You are on page 1of 2

Terima kasih saudari pengerusi majlis.

Bersyukur kita kepada Tuhan kerana dapat kita bersama-sama dapat berkumpul di sini untuk bersama-sama meraikan Pertandingan Nyanyian Bintang Gaya anjuran PISMP Semester 1 Ambilan Januari 2014.

Yang Dihormati Puan Nurulhuda Abdullah Yang Dihormati Encik Rayner Anjumal Yang Dihormati Encik Ladius Emor Ketua-ketua Jabatan Ketua-ketua Unit Pensyarah kanan Para Pensyarah Staf Sokongan Ahli Jawatankuasa Penganjur Para Peserta Serta rakan pelajar yang dikasihi sekalian. Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Pertandingan nyanyian ini bertujuan untuk mencungkil bakat para pelajar IPG Kampus Gaya seterusnya

mempertingkatkan potensi diri pelajar terutamanya dalam kemahiran menyanyi. Sebagai bakal guru yang sentiasa menjunjung Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan, guru seharusnya seimbang dari pelbagai aspek dan menguasai pelbagai kemahiran dan bukan hanya cemerlang dalam bidang akademik sahaja. Harapan saya agar pertandingan nyanyian ini menjadi landasan kepada para pelajar untuk terus melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak IPG Kampus Gaya serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara warga IPG Kampus Gaya. Saya juga berharap agar pertandingan nyanyian ini dapat melahirkan bintang-bintang nyanyian. Dalam penganjuran pertandingan nyanyian ini, pelbagai nilai

murni seperti nilai kerjasama antara pelajar dan nilai kepimpinan dalam pengurusan aktiviti dapat dipupuk. Justeru aktiviti pertandingan sebegini berupaya memberi impak yang positif terhadap pembangunan jati diri pelajar sebagai bakal guru.

Sidang hadirin sekalian,

Sebelum

saya

mengakhiri

ucapan,

saya

ingin

mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur yang telah berusaha menganjurkan Pertandingan Nyanyian Bintang BM 2014 ini. Bagi peserta-peserta yang menyertai pertandingan ini, semoga berjaya dan menyanyilah dengan sebaik mungkin.

Akhir kata, saya dengan sukacitanya merasmikan pada Pertandingan Nyanyian Bintang BM Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya 2014 dengan jayanya.

Sekian terima kasih.

You might also like