You are on page 1of 5

Teori Kecardasan Pelbagai

Pembelajaran Masteri

Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran Koperatif

Strategi dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran

Pembelajaran Inkuiri Penemuan

Pembelajaran Kolaboratif

Pembelajaran Berasaskan Komuniti

Pembelajaran Berasaskan Projek

Pembellajaran Berpandukan Komputer

Kajian Masa Depan

Pembelajaran Luar Bilik Darjah Perancangan Aktiviti Berdasarkan Pengalaman (EAP)

Theory of Constraints (TOC)

Teori Kecerdasan Pelbagai


Kecerdasan Pelbagai yang mencakupi sembilan kecerdasan pada dasarnya merupakan pengembangan dari kecerdasan otak (IQ), kecerdasan emosional (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ).

Pembelajaran Masteri

Pembelajaran Kontekstual
menyatakan konsep pembelajaran, mengetahui matlamat, mengetahui perkaitan pembelajaran serta mengaplikasi pembelajaran kontekstual.

Berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari.

mendasari dua prinsip asas iaitu manusia mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan semua orang dapat mengembangkan kesemua kecerdasan ini ke satu tahap yang kompeten. Sembilan kecerdasan pelbagai tersebut ialah, logikal matematik, spatial ruang, linguistik, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal, naturalis, spiritualis

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya.

Bentuk pembelajaran kontektual ialah seseorang murid akan melalui pengalaman pembelajaran iaitu REACT.

Perkara perlu diketahui oleh guru. Antaranya: a.kebolehan dan keupayaan murid yang berbeza b.kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza c.kemudahan yang ada d.masa yang diperuntukan

R Relating (menghubungkait) E Experience (mengamali) A Applying (mengaplikasi) C Cooperating (bekerjasama) T Transferring (memindahkan)

Pembelajaran Koperatif - 5 unsur dalam pembelajaran ko[eratif iaitu saling bergantung diantara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi secara bersemuka, akauntibiti individu atas pembelajaran diri sendiri, kemahiran ko[eratid dan pemprosesan berkumpulan. - 5 jenis pembelajaran koperatif iaitu penyiasatan berkelompok, Student Team Achievement Division, jigsaw, Team Accelerated Instruction dan Team Games Tournament.

Pembelajaran Inkuiri Penemuan - Pendekatan inkuiri membolehkan murid menggunakan keperluan ingin tahu mereka untuk meneroka sesuatu bidang ilmu. - 5 fasa: a. Fasa 1: Berhadapan dengan masalah b. Fasa 2: Mengumpul data c. Fasa 3: Pengumpulan data ujikaji d. Fasa 4: Menyusun, merumus keterangan e. Fasa 5: Analisi inkuiri

Pembelajaran Kolaboratif - Kolaboratif berlaku di dalam kumpulan yang terdiri empat atau lima orang pelajar. - terdapat tiga bahagian utama dalam pengajaran berkonsepkan Pengajaran Kolaboratif iaitu a)Pra-pengajaran - Peringkat perancangan dan persediaan. b)Pengajaran - Peringkat persembahan dan pelaksanaan. c)Pasca-pengajaran - Peringkat penilaian dan pengubahsuaian. - Beberapa ciri utama dalam pembelajaran kolaboratif, iaitu: a.Perkongsian ilmu pengetahuan di antara pengajar dan pelajar b.Perkongsian autoriti di Antara pengajar dan pelajar c.Pengajar sebagai fasilitator

Pembelajaran Berasaskan Komuniti - Pembelajaran berasaskan komuniti ini melibatkan beberapa bahagian iaitu komuniti bilik darjah yang melibatkan rakan sebaya dan guru. Selain itu, komuniti luar bilik darjah berkaitan masyarakat setempat iaitu lebih meluas proses pembelajarannya. - Antara aktiviti yang dapat diaplikasikan daripada kaedah pembelajaran ini ialah gotong-royong kawasan sekolah, khidmat masyarakat di rumah orang-orang tua, membersihkan kawasan surau atau masjid serta membuat lawatan ke rumah anak-anak yatim.

Pembelajaran Berasaskan Projek - Pengajaran berasaskan projek merupakan suatu kaedah pengajaran yang menekankan kajian dalam bentuk projek sebagai cara murid memperolehi ilmu. Kaedah ini menekankan pembelajaran kendiri serta amalan penerokaan oleh murid. - Pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek boleh dilakukan secara individu atau kumpulan berdua atau bertiga di bawah bimbingan yang minima oleh guru.

Pembelajaran Berpandukan Komputer Pengajaran atau pembelajaran yang dilakukan dengan menggunakan perisian kursus yang dihasilkan untuk disampaikan melalui komputer. Perisian kursus melibatkan perisian yang menggabungkan elemen-elemen seperti video, audio, teks, grafik dan animasi untuk menyampaikan pengetahuan serta mewujudkan aktiviti pembelajaran yang sesuai dan berkesan. Teknik PPBK yang diadaptasi dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran ialah tutorial, latih tubi, permainan, simulasi, dan tunjuk cara.

Kajian Masa Depan Satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna, murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum. Pembelajaran berasaskan KMD merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan pelajar dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan untuk menghasilkan generasi masa depan yang berkeyakinan, berupaya, dan bertanggungjawab.

Pembelajaran Luar Bilik Darjah Pembelajaran luar bilik darjah (PLBD) adalah suatu program atau aktiviti luar bilik darjah yang terancang dan berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan untuk menyokong dan mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah.Ia juga merangkumi pembelajaran yang progresif. Selain itu, ia memberi fokus mengenai perkembangan potensi individu secara menyeluruh dari segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Terdapat tiga Model PLBD iaitu Model PLBD 1 merupakan pembelajaran di luar bilik darjah iaitu di kawasan. Model PLBD 2 pula ialah berhampiran kawasan sekolah. Model PLBD 3 ialah pembelajaran jauh dari kawasan sekolah (dengan kebenaran PPD).

Perancangan Aktiviti Berasaskan Pengalaman (EAP)

Theory Of Constrains (TOC)

EAP merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan beberapa pedagogi seperti kemahiran berfikir, kajian masa depan, teori kecerdasan pelbagai dalam satu pengajaran.

TOC adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah berdasar pemikiran yang logik dan sistematik. Teknik ini adalah sebagai satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid.

EAP merangkumi lima aspek pembelajaran seperti berikut: a. belajar dalam suasana yang riang dan harmonis. b. kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif c. Pembelajaran Koperatif d. penglibatan komuniti. e. proses pembelajaran individu dan kecerdasan pelbagai

Menerusi perlaksanaan teknik TOC dalam pengajaran dan pembelajaran, murid dan guru berupaya; a. mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran. b. menyelesaikan masalah dengan berkesan. c. membuat keputusan secara bertanggungjawab dan bersama d. berkomunikasi dengan baik dan memperoleh pembelajaran sepanjang hayat.

You might also like