You are on page 1of 4

GERKO OLAHRAGA

LAPORAN LONTAR PELURU

DISEDIAKAN OLEH Razvi bin musily Nadzirah binti Razak

TARIKH: 26 Februari 2014 Waktu & Tempat: 11 pagi 12 tengah hari (di padang USIM) Pada minggu terakhir, acara olahraga yang kami jalani adalah lontar peluru.Acara ini adalah acara yang terakhir kami jalani dan pelajari, sebelum ujian amali diadakan pada 5 mac nanti. Oleh kerana acara lontar peluru ini agak susah bagi kami kerana ianya jarang-jarang diminati oleh pelajar. Hal ini kerana terpaksa melontar peluru yang tersangat berat.Sebelum mempratikalkan lontaran, En. Ghazali telah menjelasakan teknik-teknik memegang dan melontar peluru yang betul. Lontar peluru Lontar peluru merupakan salah satu acara padang yang paling mudah jika dibandingkan dengan cara balingan yang lain. Kalau diperhatikan acara ini selalunya dikuasai oleh atlit yang bertubuh besar dan tegap serta kekuatan otot.Teknik lontaran merupakan faktor utama dalam menentukan jarak lontaran yang dibuat. Ramai penonton menganggap atlit yang bertubuh besar dan kuat boleh membuat lontaran yang jauh serta akan memenangi dalam kejohanan. Sebenarnya teknik melontar adalah sesuatu yang kompleks yang mesti dipelajari secara berterusan sehingga dapat dikuasai dengan sepenuhnya. Jarak lontaran dalam acara melontar peluru adalah dipengaruhi oleh: i. ii. iii. Halaju Pelepasan Sudut ketika membuat lontaran Ketinggian peluru ketika melontar Ini bermakna atlit melontar peluru mesti memahirkan teknik lontaran dan kepantasan ketika membuat lontaran menjadi faktor yang paling penting dalam mencapai jarak balingan yang baik. Teknik atau gaya melontar peluru: i. ii. iii. Gaya berdiri dan melontar (tanpa lungsuran) Gaya melungsur selangkah Gaya Parry OBrien

Gaya lontar peluru Parry OBrien. Gaya Parry OBrien adalah suatu gaya yang telah diperkenalkan oleh Parry OBrien sendir. Beliau ialah seorang ahli sukan Amerika yang terkemuka pada tahun 50-an. Pada tahun 1956, dengan gaya mulaan yang membelakangkan kawasan lontaran, beliau telah berjaya menjadi pelontar pertama yang mencipta rekod dunia dengan lontaran melebihi 18 meter jaraknya. Teknik lontaran ini masih popular hingga ke hari ini. Di samping sumbangannya dari segi teknik melontar, Parry OBrien juga telah membuktikan kepada semua ahli sukan tentang pentingnya latihan bebanan bagi acara melontar peluru.

Aspek penting dalam Lontar peluru. i. Cara memegang dan menempatkan peluru pada bahu harus dilakukan dengan betul sebelum gerakan ke belakang dimulakan. ii. Gerakan berjingkit (shift) ke belakang jangan dilakukan terlalu tinggi iaitu lakukan seberapa rendah yang boleh. iii. Semasa gerakan meluncur ke belakang dilakukan peluru hendaklah berada di bahu dan siku tangan sentiasa di belakang peluru. Sebelum peluru lepas daripada bahu pandangan hendaklah ditumpukan ke arah sudut lontaran.

Refleksi kami Pada pendapat kami acara lontar peluru ini memerlukan kemahiran yang khusus jika seseorang itu ingin melibatkan diri dalam bidang sukan ini. Untuk acara pertandingan, lontar peluru lebih sesuai dijalankan bagi para pelajar sekolah menengah. Walau bagaimanapun, asas melontar peluru seperti acara-acara alohraga yang lain, boleh juga diperkenalkan kepada para pelajar sekolah rendah. Cara pengajaran dan latihan hendaklah disesuaikan dengan kemampuan kumpulan pelajar yang diajar.

Teknik acara melontar peluru

You might also like