You are on page 1of 21

PENDEKATAN PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS

BMM 3104 PISMP PSV JAN 2012 Pensyarah : EN. ISMAIL BIN HASBULLAH
Disediakan oleh: Noor Sharina Mohammed Zuhair Nor Adilah Ali Nor Herlena Atan Noraini Bachok Nur Afiqah Osman

Pendekatan Pengajaran Kemahiran MenulisTerbahagi Kepada Dua Iaitu:

Pendekatan Proses

Pengalaman Bahasa (LEA)

PENDEKATAN PROSES

DEFINISI
Menurut Hii Yek Ming, penggunaan pendekatan proses dalam pengajaran penulisan karangan bukanlah satu yang baru. Pendekatan ini telah digunakan sejak 1970-an. Faridah Nazir & Tuan Jah TuanYusof (2011), menerangkan bahawa pendekatan proses berperanan penting dalam penulisan karangan yang mana murid dibantu untuk melalui proses merancang, membuat draf dan menyemak teks.

Model ini menekankan interaksi di antara guru dengan murid melalui aktiviti seperti perbincangan, menjadi model, kerjasama rakan sebaya dan berdialog mengenai teks.

PENDEKATAN PROSES
Menekankan proses dalam penghasilan sesebuah karangan. Tidak menekankan kepada hasil penulisan. Penulisan bermula dengan :
i. menulis draf; ii. semakan; iii. perbincangan

PRINSIP PENULISAN PROSES


Penulisan ialah proses pemikiran terpilih yang membolehkan penulis mengolah dan menyusun idea. Proses penulisan di susun secara hierarki, bermula dengan pra penulisan dan berakhir dengan penulisan semula. Penulisan ialah proses yang berpandukan sesuatu matlamat.

Penulisan yang baik :


i. penggunaan tatabahasa yang tepat ii. format yang betul iii. struktur penulisan yang sesuai

Memerlukan penulis menguasai kemahiran bahasa dan mempunyai pengetahuan tentang format dan model penulisan yang baik Pendekatan proses juga berasaskan andaian bahawa sesuatu yang baik itu bermula daripada proses bagaimana tulisan itu dihasilkan.

Kemahiran penulisan jenis ini boleh dilaksanakan melalui:


1. Murid mengumpul bahan berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru. 2. Boleh dilakukan secara berkumpulan atau individu. 3. Bahan- bahan yang telah dikumpul di simpan di dalam folio.

4. Bahan- bahan daripada folio disunting untuk menentukan kesesuaian dengan tajuk karangan yang diberikan kepada mereka. 5. Penggunaan sumber bahan berasaskan ICT adalah sangat digalakkan. 6. Bahan yang tidak digunakan di simpan semula ke dalam folio untuk digunakan kepada tajuk karangan yang lain.

AKTIVITI PENDEKATAN PROSES


i. Murid menyusun isi ii. Dalam peringkat menyusun isi, murid berbincang dengan guru. iii. Rangka karangan yang mantap ditulis dalam bentuk penulisan yang lengkap. iv. Edit karangan yang telah siap dan lakukan pembetulan. v. Setelah siap dan lengkap, hantar kepada guru untuk dinilai.

PENGALAMAN BAHASA (LEA)

DEFINISI (LEA)
Menurut buku Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah, Aktiviti Bahasa, Jilid 7,Pendekatan pengalaman bahasa memberi penekanan kepada pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid-murid dalam membaca. Murid-murid akan mudah memahami mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam tulisannya sekiranya murid-murid mempunyai pengalaman membaca bahan yang menggunakan laras yang sama serta mereka mempunyai pengetahuan mengenai bidang yang dibincangkan. Yahya Othman (2005) pula menyatakan, pengalaman muridmurid membaca pelbagai bahan yang mempunyai pelbagai laras, susuk ayat dan sebagainya akan memudahkan mereka mengenali menulis sesuatu perkara berkaitan dengan perkara berikut. Pada peringkat interpretasi dan inferens, pengetahuan atau pengalaman murid-murid sangat diperlukan untuk mentafsir makna (mesej) yang ingin disampaikan oleh penulis.

Pendekatan pengalaman berbahasa (LEA) berasaskan prinsip bahawa kemahiran berbahasa tidak boleh di pecah- pecahkan dalam bentuk yang berasingan, seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Sehubungan dengan itu pendekatan ini menekankan konsep dan penggunaan struktur bahasa yang bermakna, yang boleh dituturkan dan dituliskan. Pendekatan ini juga mengeksploitasi pengalaman bahasa yang bermakna dalam kalangan pelajar untuk dijadikan bahan perbincangan dalam proses penulisan karangan.

Memberi penekanan kepada pengalaman/pengetahuan sedia ada murid2 dalam membaca. Peringkat pemahaman:
1. 2. 3. 4. Lateral (penubuhan makna) Interpretasi (pentafsiran makna) Inferens (perumusan makna) Penilaian makna

Bagi setiap peringkat, murid-murid perlu mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia ada bagi memudahkan mereka menguasai peringkat-peringkat itu.
Sebagai contoh, pada peringkat lateral, muridmurid harus mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai ilmu kebahasaan (tatabahasa, istilah, keindahan bahasa, ragam, laras bahasa dan lain-lain lagi) untuk mengetahui tulisan dibacanya.

CONTOH:
Jika murid murid mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang pelancongan, ini akan memudahkan mereka memahami teks yang membincangkan pelancongan. Seseorang guru perlu mengambil tindakan berikut: Beri sebanyak mungkin pengalaman kepada muridmurid untuk membantu mereka memahami bahan yang dibaca. Pengalaman boleh terdiri daripada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain. Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid perlu sesuai dengan pengetahuan sedia ada mereka.

Sediakan bahan-bahan sokongan lain seperti gambar, grafik, bahan maujud dan sebagainya untuk membantu murid-murid mengusai konsep. Perbincangan mengenai bidang yang terdapat dalam teks bacaan perlu dijalankan sebelum aktiviti membaca. Guru perlu mempelbagaikan bentuk atau laras bacaan dalam pengajaran pembelajaran bacaan.

KESIMPULAN
Pendekatan proses dapat meningkatkan pencapaian kemahiran menulis karangan dalam jangka masa panjang. Murid-murid lama-kelamaan akan memahami proses-proses yang berlaku dalam mengarang iaitu daripada proses merancang, membuat draf, menyemak, menulis semula dan menyemak kembali sehingga selesai penulisan karangan. Proses ini melibatkan masa yang lebih panjang untuk muridmurid membiasakan diri mereka dalam menulis karangan. Jika murid-murid dapat menguasai kemahiran menulis, sudah tentu proses pembelajaran penulisan karangan akan menjadi lebih baik dan menarik.

Pendekatan proses ini amat sesuai dengan pembelajaran berpusatkan murid dan guru sebagai fasilitator dalam membantu, membimbing dan memberi motivasi kepada murid-murid.
Manakala bagi pendekatan pengalaman bahasa (LEA) pula ia dapat memanfaatkan pengalaman murid dalam pembelajaran kemahiran menulis. Aktiviti ini bukan sahaja dapat menambahkan pengalaman para pelajar, bahkan dapat menimbulkan minat dan juga melatih murid membuat karangan

BIBLIOGRAFI
http://specialed11.blogspot.com/2013/03/pe ndekatan-pengajaran-kemahiran-menulis.html http://www.slideshare.net/cikgupaklong/kem ahiran-menulis-11431779 http://eyain.blogspot.com/p/pendekatanpengajaran-menulis-bahasa.html

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like