You are on page 1of 2

2

1.1

PENGENALAN Menjadi seorang guru yang berdedikasi seharusnya bijak dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran yang baik akan dimulakan dengan penyediaan perancangan pengajaran yang berkualiti. Justeru, penyediaan yang berkualiti akan meningkatkan kefahaman

pembelajaran para pelajar. Namun, tanpa melakukan penilaian kepada pelajar, tahap kefahaman pelajar tidak dapat diukur dan akan menyebabkan sesuatu pengajaran guru akan menjadi sia-sia sahaja.

1.2

OBJEKTIF KAJIAN Objektif kerja kursus projek yang dijalankan ialah : i. Dapat menjelaskan konsep atau definisi penilaian kemahiran bahasa dan bentuk-bentuk penilaian kemahiran Bahasa Melayu. ii. iii. Dapat menghasilkan sebuah rancangan pengajaran harian (RPH). Dapat menghasilkan satu set alat penilaian kemahiran bahasa.

1.3

KAEDAH KAJIAN Dalam melaksanakan kerja kursus projek ini, kaedah yang saya gunakan ialah kaedah keperpustakaan iaitu dengan merujuk buku, bahan-bahan dalam bentuk maya, jurnal dan majalah.

1.4

BATASAN KAJIAN Batasan kajian saya ialah melibatkan format Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan mata pelajaran Bahasa Melayu.

1.5

DEFINISI OPERASIONAL Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, rancangan (halaman 1280) ialah

sesuatu yang dirancang, persediaan, persiapan, program, rencana. Pengajaran (halaman 21) pula diertikan sebagai perihal mengajar, segala sesuatu yang

berkaitan dengan mengajar. Harian (halaman 516) didefinisikan setiap hari; buku. Kesimpulannya, rancangan pengajaran harian ialah bahan ilmiah yang digunakan sebagai panduan kepada seorang guru untuk mengajar. Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan instrumen (halaman 582) sebagai alat, perkakas (muzik, pertukangan, dll). Penilaian pula ialah perihal atau perbuatan menilai (halaman 1081). Manakala, kemahiran ialah kecekapan atau kepandaian (halaman 976). Kesimpulannya, intrumen penilaian kemahiran ialah alat yang diguna pakai untuk menilai sejauh mana tahap kebolehan seseorang individu tersebut.

You might also like