orang remaja, dan ia diikuti dengan kumpulan berumur antara 13 dan 15 tahun seramai 1,472orang. (Berita Harian, 8 Februari 2006)Jenayah membunuh dalam kalangan remaja di Malaysia semakin menjadi-jadi. Mereka sudahtidak kisah dengan tindakan dan undang-undang kerajaan. Jika dikaji begitu banyak punca berlakunya kes jenayah di kalangan remaja. Antaranya ialah didikan yang kurang sempurnadaripada ibu bapa dan keluarga. Ibu bapa ialah orang yang paling dekat dan yang paling pentingdalam pembentukan peribadi dan sahsiah di kalangan anak-anak. Pada zaman teknologimaklumat dan globalisasi sekarang, mereka sentiasa sibuk bekerja dalam mengisi tuntutankebendaan sehingga mereka lupa akan tanggungjawab hakiki mereka iaitu mendidik danmengajar anak-anak menjadi insan yang sempurna. Inilah punca utama yang menyebabkanakhlak pelajar-pelajar dan remaja-remaja runtuh. Natijahnya mereka tergamak melakukan jenayah berat seperti membunuh.Buktinya, statistik serta kajian pihak berkuasa, badan bukan kerajaan (NGO) serta institusi pengajian tinggi tempatan, menunjukkan betapa jenayah pelajar di dalam mahu pun di luar sekolah, bukan lagi sesuatu yang boleh dipandang ringan. Ia diakui sendiri Ketua Polis Negara,Tan Sri Musa Hassan, yang memetik statistik menunjukkan peningkatan kes jenayah bunuh,rogol, samun, merusuh, mencuri dan kesalahan lain membabitkan anak muda itu. Selain peningkatan kes, jumlah tangkapan pelajar berumur antara 13 hingga 18 tahun juga turutmencatatkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya. Buktinya, bagi sepanjang 2007,sejumlah 1,836 kes jenayah dilaporkan dengan 3,383 pelajar ditahan. Angka itu meningkatsebanyak 382 kes kepada 2,218 kes tahun lalu yang menyaksikan seramai 3,725 pelajar ditahan.Belum pun reda kejutan akibat kenyataan Musa, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan JenayahMalaysia, Tan Sri Lee Lam Thye pula mendedahkan, dalam tempoh dua bulan pertama tahun inisaja, seramai 295 pelajar berusia antara 13 hingga 18 tahun terbabit pelbagai kes jenayahtermasuk membunuh. Sambil mengakui trend itu amat membimbangkan, Lee berkatakebanyakan pelajar itu terbabit dalam kes curi motosikal selain kes pecah rumah, mencederakanorang lain dan rogol. Lebih menyedihkan, walaupun kelab pencegahan jenayah sudahdilancarkan di 3,764 sekolah sejak 1994, ia ternyata tidak berjaya membendung kadar peningkatan jenayah di kalangan pelajar. (Berita Harian, 13 April 2009)
Leave a Comment