You are on page 1of 21

TAJUK 4

Asemblaj
Merupakan himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Dihasilkan dalam bentuk dua ataupun tiga dimensi. Teknik penghasilan kimpalan, skru, ikatan, acuan dan binaan. Boleh memberikan impak positif terhadap alam sekitar kerana seringkali dihasilkan menggunakan gabungan bahan-bahan terbuang.

Bicycle Wheel, karya Marcel Duchamp (1951) merupakan asemblaj terawal dan dicipta daripada bahan-bahan yang terdapat di rumah.

Marcel Duchamp & Kurt Schwitters Mengubah bahan buangan yang tidak menarik kepada hasil seni yang indah.

Edward Kienholz & Bruce Conner Pendekatan yang bertentangan daripada Duchamp & Schwitters. Asemblaj yang dihasilkan Kienholz menggambarkan nilai kemanusiaan yang semakin terhakis pada kurun ke-20.

(i) Mengumpul objek

- Bahan buangan seperti kepingan logam, jam dinding, tudung botol dan sebagainya.
- Bahan penyambung - Objek dibersihkan daripada debu dan karat.

(ii) Menyediakan objek

Objek dinyahkuman menggunakan campuran air & alkohol


- Objek dikemaskan dengan sapuan varnish.

Proses Aktiviti

(iii) Menyediakan bahan sokongan

- Rekaan asemblaj yang besar dan berat memerlukan tapak sokongan yang kukuh.

(iv) Menghasilkan asemblaj

- Asemblaj dihasilkan mengikut sumber inspirasi artis. Asemblaj disambungkan kepada tapak sokongan. Asemblaj dicat ataupun dibiarkan dengan warna semulajadi.

Objek Asemblaj

Pelbagai bahan buangan

Perkakas Catan Varnish, cat akrilik, berus Tukul, spana, perkakasan elektrik BAHAN

Pelekat Pelekat logam, gel medium, super glue Bahan Penyambung (Hardware) Skru, kertas pasir, wayar, engsel, paku

Peralatan

4.3.2 KEMAHIRAN MENGAPLIKASI ALAT, BAHAN DAN TEKNIK

1. KESESUAIAN TAJUK, TEMA DAN TEKNIK YANG DIKAITKAN DENGAN PEMILIHAN ALAT DAN BAHAN

Pemilihan tajuk menentukan alatan yang digunakan. Pemilihan alatan ada kaitan dengan pemilihan bahan binaan asemblaj. Tema menentuan kombinasi alat dan bahan serta bagaimana konsep gabungan ( asemblaj ) ke atas objek pilihan di susun atur. Teknik juga mempengaruhi pemilihan alat dan bahan.

2. MEMBUAT TEKNIK THUMBNAIL-PRINT ) BERTUJUAN UTK MEMBUAT PILIHAN YG TERBAIK.

Dianggap satu kemestian untuk dapatkan hasil karya yang mapan dan menarik. Setiap thumbnail-print ditentukan oleh tajuk dan tema serta hal subjek. Sketsa thumbnail-print asemblaj mengambil kira asas seni reka seperti unsur seni, prinsip seni dan struktur seni. Sketsa thumbnail-print asemblaj juga mengambil asas penghasilan model sebelum karya pada saiz yang sebenar.

Thumbnail-print sebagai rumus alat, bahan dan teknik yang dikaryakan. Sketsa membantu pengesanan dalam konteks peragaan atau tempat pameran.

3. KAEDAH MENGGUNA ALAT PERLU BETUL DAN MENGIKUT PERATURAN.

Kemahiran menggunakan alat sgt penting berkaitan dgn hasil tema. Alat sesuai ptg agar proses berjalan lancar. Alatan yg digunakan mesti sesuai dgn tempat. Alatan diurus dan ditadbir dgn kemas.

4. KEMASAN DAN PERAGAAN


Tapak asemblaj perlu stabil, mantap dan kukuh . Asemblaj 3 dimensi byk terdapat di ruang luar bangunan, taman bunga, taman perumahan dan beranda pejabat. Tekstur yg ditambah pd asemblaj boleh menjadikannya lebih menarik. Kepelbagaian dalam pemasangan bahan perlu mengambilkira rentak. Pergerakan, kontra, keseimbangan, kadar banding dan kesatuan imej.

4.3 PERSEMBAHAN HASIL KERJA


4.3 PERSEMBAHAN HASIL KERJA

4.3.1 EKSPRESI DIRI Asemblaj dikatakan cantik dan menarik apabila memenuhi spesifikasi pembuatan dan kekemasan. menyerupai arca dan karya seni yang lain yang menampilkan ciri-ciri estetika.

Ciri-ciri estetika yang dianggap sebagai kriteria utama ekspresi asemblaj


a) Menepati Tema dan Tajuk berupa maklumat, dokumentasi, lonjakan, paradigma, cetusan emosi dan perasaan, sindiran atau satira, protes, kegilaan idea dan lain-lain. soal tepat atau tidaknya tema dan tajuk hanya diketahui oleh pengarca. bagi pemerhati dan penonton, ketepatan tema dan tajuk berdasarkan paparan di kaki-kaki arca.

b) Bahan Binaan Sesuai dengan Tujuan Hasilan


mewakili karya yang agak bebas dan pelbagai dari penggunaan bahan atau media. asemblaj wujud secara gabungan dan cantuman. pilihan bahan yang serasi dan boleh dipadukan, asemblaj terus mewakili penggunaan bahan subjek yang mewah dan pelbagai.

c) Asemblaj yang kuat, Kukuh dan selamat


penggunaan alat dan bahan terdiri daripada kombinasi yang padat dan kukuh. mengaplikasikan penggunaan bongkahbongkah keluli, kepingan logam, rod besi dan bongkah kayu yang kuat dan kukuh. disepadukan dengan kimpalan, skru, bol dan nat serta tanggam antara objek secara kukuh dan terancang.

d) Kepelbagaian Bahan Dapat Diadun atau Dipasang dengan baik


mengadun pelbagai bahan lalu membentuk kesatuan komposisi yang artistik. ciri bentuk dan sifat bahan yang pelbagai mewujudkan satu ritma atau rentak yang menarik disebabkan oleh keistimewaan objek yang berbeza-beza.

e) Mengaplikasikan Asas Seni Reka, Estetika dan Etika Pengkaryaan


semua objek seni digubah berdasarkan asas seni reka. terkandung unsur seni, prinsip seni dan struktur seni. apabila asas seni reka ini diaplikasikan dengan baik dan betul, penampilan karya akan menjadi lebih terancang dan rapi.

f) Asli, Unik dan Berketerampilan


ciplakan atau plagiat merupakan suatu fenomena yang tidak seharusnya berlaku. dianggap sebagai suatu kelemahan, kepicikan dan kejahilan terhadap si pengkarya. pengkarya yang memahami hakikat keaslian (originality), ciplakan adalah satu kelemahan apatah lagi jika tujuannya untuk komersial. keaslian diambil kira melalui pernyataan hanya satu atau tiada di tempat lain seperti ini. keaslian reka cipta di dalam dunia perniagaan, hak cipta terpelihara disahkan sebagai penguatkuasaan agar plagiat tidak berlaku.

You might also like