Remaja adalah individu yang telah hidup bertahun-tahun dengan ibu bapa dan kemudian beralih kepada lingkungan yang lebih luas meliputi rakan sebaya, guru-guru serta orang lain.Peralihan zaman alam kanak-kanak menuju alam dewasa adalah suatu masa yang penting kepadaremaja kerana pada masa ini mereka akan menentukan konsep dirinya atau siapakah dirinya atausuatu proses menentukan konsep jati diri pada dirinya. Rogers (1985) menyatakan antara perubahan nyata yang berlaku pada peringkat remaja ialah mereka mula pandai berfikir, menilai perasaan, mengkaji skrip hidup ibu bapa, mencuba sesuatu yang baru dan berkhayal tentangkeindahan dunia kehidupan orang dewasa yang sukar dicapai baginya. Perubahan emosi danfikiran ini menimbulkan kegelisahan pada remaja kerana untuk berdikari mereka tidak mampudan untuk mengikut jejak langkah orang dewasa juga tidak berupaya. Keadaan ini menimbulkankonflik nilai dalam dirinya. Mereka mengalami rasa gembira dan kadangkala kesunyian, berkahayal dengan orang yang dikaguminya, dan cenderung mencontohi dalam pelbagai perkara,seperti cara berpakaian, cara bergaul dan cara berfikir. Remaja sering dikaitkan dengan masalahwalaupun daripada sifat semula jadi, remaja adalah zaman yang penuh bertenaga danmempunyai potensi diri yang cemerlang. Masalah sosial yang membabitkan remaja hari ini benar-benar membimbangkan. Ketidakupayaan dan kegagalan mengatasi halangan inimenimbulkan pelbagai masalah. Justeru itu, guru dan pihak sekolah amnya sangat berperanandalam mengatasi masalah dan konflik remaja di sekolah kerana kebanyakan masa remaja diMalaysia pada hari ini banyak dihabiskan di sekolah.Bagi mengatasi konflik-konflik remaja di sekolah terdapat pelbagai ilmu yang bolehdipraktikkan oleh para guru dan pihak pentadbiran sekolah. Teori psikologi pendidikan amat bersesuaian jika dapat diaplikasikan secara sempurna. Psikologi Pendidikan merupakan ilmuyang mengkaji bagaimana teori-teori psikologi boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah (Borichdan Tombori, 1997). Menurut Huffman (2004) dalam buku Psikologi Pendidikan pula psikologi pendidikan merupakan bidang ilmu mengenai ‘pembelajaran tentang proses pendidikan danmemperkenalkan perkembangan intelektual, sosial dan emosi kanak-kanak di dalam persekiratansekolah’. Bidang psikologi pendidikan membantu guru supaya lebih memahami diri sendiri,memperbaiki dan melangkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang sepatutnya ada padaseorang guru. Guru mesti bercakap di hadapan kelas dengan suara yang jelas dan lantang,menghuraikan fakta dengan tersusun, berpakaian kemas supaya senang dipandang oleh pelajar,
Leave a Comment