You are on page 1of 4

1. Mula-mula download gambar ni.

2. Oleh kerana meja guru di sebelah kiri, saya ubah kepala kereta api menghadap ke kanan. Macam ni.

3. Selepas itu guna aplikasi picture tool untuk crop kepala keretapi ni.

4. Dah crop, set up margin jadi 0.5cm atas, bawah, kiri dan kanan.

5. Kemudian klik print 1. Tekan properties 2. Klik photo printing 3. Glossy paper 4. Paper size A4

1. 2. 3. 4. 5.

Klik ke page set up pula. Di page layout tekan arrow ke tiling /poster. Dah klik tiling/poster, akan keluar butang specify. Klik butang tu, pilih devide into 16(4x4). Letak 16 helai glossy paper kat printer dan print.

SAYA DAH LUPA POSTER ITU POTRAIT ATAU LANDSCAPE. NANTI SAYA PERIKSA DI KELAS POTRAIT ATAU LANDSCAPE. RASARASANYA LANDSCAPE YANG GUNA 8 HELAI KERTAS TU. MAAF CIKGU2. KEMUDIAN SAYA INFOKAN SEMULA. 5. Selepas print, sambung-sambungkan kertas dengan menggunakan gam. Selepas itu, guntinglah ikut bentuk kepala kereta api. 6. Tampal di dinding kelas menggunakan duble side-tape. 7. Lapik di atasnya menggunakan plastik pembalut. Kemaskan dengan salotape yang kuat gamnya di sekeliling plastik itu. Untuk menyambung bahagian bahagian gerabak keretapi, saya print ini sahaja. Lepas tu laminate. Kemudian potong ikut bentuknya.

Untuk tayar, boleh guna sugar paper dan kertas berkilat silver. Guna cd lama pun boleh.

1.

2.

Ini tayar yang sudah dicrop. Guna cara print kepala keretapi tadi untuk print skala besar (tiling/poster). Saya guna dua kertas A4 menjadikan dua tayar yang belakang saiz kertas A3. Begitu juga tayar hadapan(saiz 2 helai kertas A4).

Ini saya jadikan acuan. Sudah print, saya gunting ikut bentuknya. Tekap pada sugar paper yang sudah dillipat-lipat(sekali gunting pasti dapat banyak) tak perlu gunting banyak kali. Kemudian buat bulat pada kertas silver saiz cd. Lekatkan kertas silver tu di atas sugar paper. Kemudian dilaminate. Selepas laminate, barulah saya cantumkan tayar hadapan dan belakang menjadikannya 4 tayar. Untuk gerabaknya, saya gunakan sehelai sugar paper untuk setiap gerabak. Lapik di atas sugar paper itu, ialah getah lapik kaki pelbagai warna yang dibeli di THE STORE. Cikgu-cikgu boleh guna kreativiti sendiri untuk lapiknya. BBM cikgu Anis pun memang dah sedia cantik dan berwarna warni untuk ditampalkan. Balut gerabak dengan plastik sebelum menampalnya pada dinding. Kemudian tampalkan tayar-tayar di bawah gerabak. Akhir sekali lekatkan penyambung-penyambung gerabak. Itulah carenye. Selamat mencuba.

You might also like