You are on page 1of 10

EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran

1. Pengenalan Penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kesan yang baik kepada murid-murid khususnya yang di sekolah rendah.Namun begitu terdapat juga kelemahan yang timbul kesan daripada penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu untuk mewujudkan pengajar yang kompeten, tumpuan utama

teknologi pendidikan ialah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.Pengajaran yang berkesan membolehkan murid-murid memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar sekaligus membantu pembinaan disiplin yang positif. Teknologi pendidikan perlu dititi beratkan dalam penyampaian kandungan pembelajaran dan pengajaran oleh guru. Murid-murid perlu dibawa keluar daripada kepompong ciri-ciri pembelajaran abad ke-19, antaranya, guru ibarat pelayan komputer (server) yang meyimpan beribu-ribu maklumat dan murid ibarat cakera keras (hard disk) tanpa memori yang menunggu untuk diisi. Gaya pembelajaran terkini, seperti yang ditegaskan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), menyarankan penggunaan pelbagai pendekatan seperti pembelajaran secara hands-on, kontekstual, konstruktivisme dan masteri; melalui permainan dan inkuiri penemuan; dan berasaskan projek. Pendekatan yang digunakan haruslah memberi peluang yang tidak terhad kepada murid dan mengambil kira tahap kecerdasan murid. Ini adalah selaras dengan gaya pembelajaran abad ke-21 yang berpaksikan literasi era digital, murid berfikir secara kreatif dan inovatif, kemahiran komunikasi yang berkesan dan penghasilan kerja yang tinggi. 2. Kemudahan Teknologi di Sekolah Sk Madrasah Datuk Hj. Abdul Kadir Hasan Oleh kerana sekolah saya merupakan sebuah sekolah besar yang mempunyai 86 orang tenaga pengajar ( guru ) dan menampung lebih kurang 1231 orang murid maka kemudahan tenologi terutamanya ICT sememangnya lengkap. Keadaan ini ditambah dengan pengikhtirafan yang diperoleh sekolah sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan

membolehkan pihak sekolah memperoleh kemudahan ICT untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kami juga mempunyai dua buah makmal komputer yang dilengkapi dengan 20 buah komputer setiap makmal, skrin dan LCD projektor serta kemudahan internet bagi memudahkan dan menggalakkan warga guru menggunakan kemudahan teknologi ini untuk sesi pembelajaran dan pengajaran.

1|Page

EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran

3.

Tahap Penggunaan Teknologi di Sekolah Saya

Kemudahan tenologi yang lengkap di sekolah memudahkan guru-guru menggunakan teknologi dalam menjayakan sesi pembelajaran dan pengajaran mereka. Penggunaan teknologi dalam pembelajaran juga dapat membantu guru meningkatkan kefahaman muridmurid terhadap kandungan pelajaran yang ingin disampaikan. Oleh itu, ramai guru-guru yang berinisiatif untuk menggunakan kemudahan teknologi ini dalan sesi pengajaran mereka. Penggunaan teknologi terutamanya ICT di sekolah saya adalah pada tahap berikut : a. Sangat Baik b. Baik c. Sederhana - 10% - 40% - 50 %

Berdasarkan pada angka tersebut, semua guru berinisiatif untuk menggunakan kemudahan teknologi yang ada untuk membantu mereka menyampaikan kandungan pelajaran kepada murid-murid. Golongan sangat baik terdiri daripada guru yang celik ICT dan tidak memerlukan bantuan pihak lain dalam mengendalikan bahan-bahan untuk pengajaran

mereka. Manakala golongan baik pula boleh mengendalikan pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna dan perlu bantuan daripada juruteknik apabila berlakunya masalah

teknikal. Bagi golongan sederhana, guru-guru ini berinisiatif untuk menggunakan komputer tetapi memerlukan bantuan daripada segi teknikal dan penyediaan peralatan seperti slaid, komputer, CD untuk sesi pengajaran dan pembelajaran dan pengajaran. 4. Kepentingan penggunaan Teknologi Penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual. Mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami. Selain daripada penglibatan aktif pelajar dalam proses pembelajaran melalui medium web yang dapat menghasilkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif yang juga dapat mempertingkatkan tahap pembelajaran dalam kalangan pelajar (Chang 2001). ( Norazah Mohd. Nordin dan Ngau Chai Hong : Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 111 129) Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
2|Page

EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran

Melalui penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek. Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan. Kemahiran

menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat digunakan dalam aktiviti pembelajaran. Penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting

untuk dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar. Melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT seperti komputer, LCD, CD, pendrive, hardware, software, internet dan sebagainya. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan,memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi. Kemahiran dalam menggunakan ICT ini mampu memberi nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar. Di samping itu, guru juga dapat menambah pengetahuan mengenai sistem ICT melalui pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan proses pengajaran melalui interaksi dua hala dengan pelajar bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian yang akan guru dan pelajar akan berusaha lagi menambahkan pengetahuan mengenai teknologi ICT ini.Pengetahuan yang mendalam mengenai ICT amat penting bagi guru agar ianya dapat di aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan lagi pemahaman murid. Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak semua pelajar

mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru.Justeru itu melalui penggunaan ICT murid-murid dapat memahami apa yang di ajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT tersebut. Contohnya melalui pengunaan alat seperti

powerpoint,grafik,audio,video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran dan persembahan yang lebih mudah untuk difahami. 5. Isu Cabaran-Cabaran Penggunaan Teknologi di Sekolah Teknologi telah digunakan secara meluas dalam aspek ekonomi,sosial, pentadbiran dan pendidikan. Tidak dapat tidak, warga pendidik perlu mengaplikasikan penggunaan
3|Page

EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran

teknologi

terutamanya

ICT

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran

sejajar

dengan

perkembangan semasa. Setiap anjakan perubahan yang dilakukan semestinya berdepan dengan isu dan masalah yang perlu diselesaikan secara bersama. Tidak dinafikan, wujud masalah-masalah dalam pengaplikasian penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia. Namun, kerajaan Malaysia khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha mengatasi masalah-masalah yang timbul. Masalah utama yang wujud adalah kemahiran tenaga pengajar iaitu warga pendidik untuk menggunakan alatan teknologi. Generasi yang lahir sebelum era 1970-an dikatakan kurang cekap mengendalikan peralatan-peralatan tenologi. Hal ini sangat berbeza dengan generasi selepas era 1990-an yang cekap dan berpengetahuan luas dalam hal penggunaan ICT. Masih terdapat guru yang tidak tahu menggunakan komputer untuk memasukkan data atau masih terkial-kial untuk menaip surat rasmi menggunakan Microsoft Word!. Selain daripada itu, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia dikatakan meluaskan lagi jurang perbezaan pelajar bandar dan luar bandar. Pelajar di luar bandar kurang terdedah kepada gajet-gajet ICT dalam kehidupan seharian. Hal ini menyebabkan kesukaran pihak guru untuk menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan program pendidikan yang dibangunkan dalam bentuk teknologi harus digunakan secara dua hala, iaitu memerlukan interaksi balas daripada pelajar. Namun, hal initidak dapat dilaksanakan jika pelajar tidak tahu dan takut menggunakan gajet ICT. Dapatan kajian menunjukkan sikap guru-guru Bahasa Malaysia terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran adalah positif. Namun begitu, pengetahuan dan kemahiran guru-guru Bahasa Malaysia masih berada pada tahap yang sederhana. ( Melvina Chung Hui Ching dan Jamaludin Badusah : Sikap Guru Bahasa Malaysia Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran di Sekolah-sekolah Rendah Bintulu, Sarawak : Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009):58 - 64 ) Sesetengah guru yang tidak cekap mengambil masa yang lama untuk menyediakan peralatan sebelum memulakan proses pengajaran. Sebagai akibat, masa di bilik darjah terbazir begitu sahaja memandangkan guru terkial-kial menggunakan peralatan ICT yang disediakan pihak sekolah.Isu penyalahgunaan makmal komputer dan internet percuma di sekolah jugadiperkatakan. Guru-guru dan pelajar didapati menyalahgunakan kemudahan internet disekolah untuk melayari laman-laman web yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti laman sosial facebook, tweeter, MySpace, Friendster dan

sebagainya. Penyalahgunaanseperti ini dibimbangi mampu meningkatkan jenayah intenet yang sukar dikawal.
4|Page

EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran

6. Rumusan Penggunaan teknologi masa kini terutamanya ICT amat perlu untuk proses pembelajaran dan pengajaran dalam era globalisasi ini. Meskipun berhadapan dengan isu-isu dan cabaran terhadap pengaplikasiannya ke dalam aktiviti pembelajaran di dalam kelas namun dengan usaha dan komitmen guru-guru dan pihak pentadbir sekolah penggunaan teknologi dapat direalisasikan. Pendedahan terhadap peralatan dan kemahiran teknologi ini sangat penting bagi guru-guru dan kumpulan sasaran iaitu murid-murid. Penggunaan kemudahan teknologi ini merupakan salah satu dasar yang menjadi keutamaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 5 Tema Kesusasteraan

Mata Pelajaran Tahun Tarikh Masa Bilangan Murid Tema Tajuk Hasil Pembelajaran/Kemahiran : Fokus Utama 1.2 Aras 3 (i) :

: Bahasa Melayu : 5 Cerdas : 3 April 2012 : 1 jam (7.30 pagi hingga 8.30 pagi) : 38 orang : Kesusasteraan (Pantun) : Buah-buahan Tempatan

Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. : Bersoal jawab secara bertatasusila tentang sesuatu perkara dengan menggunakan

soalan pelbagai aras. 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan

lancar serta memahami perkara yang dibaca. Aras 2 (i) : Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul

serta gaya yang sesuai. Objektif : Pada akhir pelajaran ini, murid dapat: i. menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru secara bertatasusila.

5|Page

EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran

ii.

membaca kuat teks pantun teka-teki dan definisi kata adjektif dengan sebutan dan intonasi yang betul dan gaya yang sesuai.

Sistem Bahasa Tatabahasa Kosa Kata Pengisian Kurikulum Ilmu Nilai Murni Kemahiran bernilai tambah Kemahiran berfikir Teori Kecerdasan Pelbagai Belajar Cara Belajar Bahan Bantu Mengajar
Masa Isi pelajaran

- Kata adjektif, binaan ayat lengkap. - Kolek, menoreh

- Kesusasteraan, kemasyarakatan - Kesyukuran, patriotisme, rasional

- Menjana idea, menghubungkait, menilai, mengenal pasti. - Muzik - Membaca mekanis - Kad imbasan, teks pantun teka-teki, slaid, lembaran kerja.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan

Set Induksi (5 minit)

Slaid Lagu : Buah-buahan tempatan. Soalan - Apakah perkara yang dinyatakan di dalam lagu tersebut? Bolehkan anda menyenaraikan buahbuahan yang disebut di dalam lagu tadi? Di negara manakah kita boleh perolehi buah-buahan ini?

1. Guru menayangkan video lagu buah-buahan tempatan 2. Murid memerhati tayangan video buah-buahan tempatan. 3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang lagu. 4. Murid meneka tajuk pelajaran.

Teknik : - Soal jawab

Nilai : - Kerjasama

5. Guru memberitahu tajuk pelajaran


hari ini. BBM : Komputer, internet,

Langkah 1 (10 minit)

Slaid Gambar buah-buahan tempatan

Teknik : 1. Murid-murid dikehendaki mendengar semula dan - Tunjuk cara menyenaraikan nama buah-buahan yang mereka dengar daripada lagu

6|Page

EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran

tadi

Nilai :

2. Murid menamakan buah-buahan - Kerjasama yang mereka dengar daripada lagu. - Tekun 3. Guru menunjukkan gambar buahbuahan yang disebutkan. BBM : 4. Guru memberi penerangan kepada murid-murid tentang bentuk fizikal - Slaid dan teks buah-buahan yang ditunjukkan pantun teka-teki.

Langkah 2 ( 15 minit )

Slaid Teks Pantun teka-teki Pantun teka-teki bertajuk Kenali Buah-buahan Tempatan.

1. Murid dibahagikan kepada 5 Kumpulan 2. Setiap kumpulan akan menjawab teka-teki yang dikemukakan dalam slaid yang diberikan 3. Murid diminta meneliti teka-teki dan meneka jawaban 4. Wakil setiap kumpulan diminta membaca pantun dengan menggunakan sebutan intonasi dan gaya yang betul beserta dengan jawaban. 5. Setiap kumpulan akan mnyemak jawaban mereka. BBM :

- Slaid dan teks pantun teka-teki.

Langkah 3 (15 minit)

Pengajaran tatabahasa: Kata adjektif. Contoh : - enak - keras - manis - merah

1. Guru menyenaraikan beberapa perkataan di dalam pantun. 2. Murid menjawab beberapa soalan yang dikemnukakan oleh guru berkaitan dengan perkataan yang dikemukakan.

Teknik : - Tunjuk cara - Soal jawab

Nilai :

3. Guru memberi penerangan tentang - Kerjasama kata sifat/adjektif yang ditunjukkan. - Tekun - Mendengar arahan 4. Murid diminta mencari dan membulatkan kata adjektif yang terdapat dalam rangkap pantun

7|Page

EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran

- hitam

- teks pantun tekateki, lembaran kerja 5. Perbincangan antara guru dan murid dan slaid. mengenai kata adjektif yang terdapat di dalam teks pantun.

teka-teki. Kemudian menulis kembali dalam kotak yang disediakan

BBM :

6. Wakil murid setiap kumpulan


diminta membuat ayat lain berdasarkan kata adjektif, secara spontan.

Langkah 4 (10 minit)

Mencari maklumat tentang buahbuahan dan pantun teka teki tentang buah-buahan tempatan dengan melayari internet

Teknik : 1. Murid secara berkumpulan dikehendaki menlayari internet - Penyelesaian untuk mendapatkan maklumat masalah tentang buah-buahan yang mereka pilih serta serangkap pantun tekateki mengenai buah tersebut. Nilai : 2. Setiap kumpulan dikehendaki - Kerjasama mendapatkan maklumat tentang - Tekun buah pilihan mereka dan serangkap rangkap pantun teka-teki yang BBM : berlainan antara satu sama lain. - Komputer dan 3. Murid diminta membacakan kemudahan maklumat tentang buah pilihan internet. mereka dan pantun yang didapati serta menyatakan jawabannya

Penutup (5 minit)

Nilai murni: - Kesyukuran - Patriotisme - Rasional

1. Guru menyimpulkan pelajaran. 2. Soal jawab antara guru dan murid berkaitan isi pelajaran dan nilai murni berdasarkan teks pantun tekateki, secara lisan. 3. Guru memberikan aktiviti latihan pengukuhan.

Teknik : Soal jawab Nilai : Kerjasama Tekun BBM : Lembaran kerja

Isi pelajaran :

1.Cara membaca pantun dengan betul.

8|Page

EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran

2.Konsep Kata adjektif

9|Page

EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran

Bibliografi Baharom Mohamad dan Iliyas. 2010. Pengajaran dan Pembelajaran. Batu Caves, Selangor. PTS Publication. Juriah Long. 1998. Innovasi Dalam Perkaedahan Pengajaran Bahasa, Sains Sosial Dan Teknologi Maklumat. Bangi . Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kassim Abas.2006. Media dalam pendidikan: merancang dan menggunakan media dalam pengajaran dan pembelajaran. Tanjong Malim, Perak . Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Melvina Chung Hui Ching dan Jamaludin Badusah. 2010. Sikap Guru Bahasa Malaysia Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran di Sekolah-sekolah Rendah Bintulu, Sarawak dalam Malaysia 35(1):58 - 64 ) Norazah Mohd. Nordin Dan Ngau Chai Hong. 2009. Pembangunan Dan Penilaian Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Berasaskan Web Webquest Bagi Mata Pelajaran ICT Dalam Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 111 - 129 Norasiah. 2009. Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Puchong, Selangor. Penerbitan Multimedia. Rozinah Jamaluddin . 2003. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Utusan Publication Sulaiman Masri.2006. Bahasa Melayu : Dimensi Pengajaran Dan Pembelajaran.
Kuala Lumpur . Utusan Publications & Distributors

Jurnal Pendidikan

10 | P a g e

You might also like