You are on page 1of 4

REFLEKSI

Nama : Che Khairi Bin Kamaru Zaman Kelas: Sce / Kohot 2, Ambilan Februari 2012.

Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya maka dapatlah saya menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya.Masa yang terhad, disusuli pula dengan tugasan tugasan dari pengkhususan yang lain serta tugasan seharian di sekolah telah menambahkan lagi suasana kesibukan yang amat-amat memerlukan komitmen yang tinggi.Doa dipohon,pengharapan yang tinggi dijelmakan maka segala perancangan yang telah dilakukan dapat juga dilaksanakan. Akhirnya, mohon agar segala pengorbanan yang telah dilakukan mendapat kemurahan hati pensyarah pembimbing untuk menerima segala tugasan yang dibuat ini dengan sebaiknya. In sha Allah. Imbas kembali kepada tugasan yang telah dilaksanakan. Ia bermula dengan sesi taklimat dari pensyarah pembimbing iaitu Pn.Zowyah binti Sabdin.Beliau telah memberi taklimat berkaitan dengan tugasan yang perlu saya dan rakan-rakan lalui.Tugasan ini merupakan Tugasan Projek bagi MTE 3102EKurikulum Pendidikan Matematik. Beliau memberi penjelasan dengan sebaiknya dan di terima baik oleh kami semua. Dalam tugasan ini saya perlu melalui 3 peringkat penghasilan tugasan. Tugasan ini melibatkan penglibatan individu dan juga secara kumpulan.Tugasan secara individu memerlukan saya mencari menjalani tiga peringkat yang berbeza.Pertama , saya perlu mengenalpasti tokoh-tokoh matematik dunia. Kemudian saya di kehendaki memilih 10 tokoh tersebut untuk di senaraikan sedikit latar belakang dan juga sumbangan yang mereka berikan dalam bidang ilmu matematik. Rujukan banyak yang saya perolehi daripada internet dan juga daripada modul MTE3102E semester 5. Daripada tugasan itu, saya telah memperolehi pengetahuan baru berkaitan sumbangan-sumbangan yang diberikan oleh mereka. Pentingnya sumbangan mereka sehingga generasi masa kini mendapat manfaatnya.

Tugasan ke dua pula adalah juga tugasan individu. Tugasan ini adalah berbentuk pembentangan berkaitan tujuh tajuk berkaitan dengan perkembangan kurikulum matematik di Malaysia dan juga dunia.Selepas itu , saya perlu menyediakan bahan berkaitan dengan perkembangan kurikulum tersebut . Nampak seakan mudah untuk melakukannya tetapi banyak juga masa yang di perlukan untuk mengenalpasti sumber rujukkan yang di perlukan. Terutama sekali bagi mencari maklumat perkembangan kurikulum matematik dunia. Saya terpaksa gunakan rujukkan internet dan juga modul sahaja untuk mendapatkan maklumat tersebut. Untuk rujukkan buku saya tidak memperolehinya. Namun saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya. Selepas menyelesaikan slaid berkaitan dengan perkembangan tersebut , saya meneruskan tugasan seterusnya. Tugasan ini adalah menghuraikan setiap perkembangan kurikulum tadi dengan mengupasnya dalam bentuk esei . Tugasan ini amat mencabar sekali kerana saya perlu memerah idea untuk sekali lagi membincangkan perkembangan kurikulum itu. Saya gagahinya dengan merujuk sumber yang telah di perolehi dan mengarangnya sehingga selesai. Saya mengharapkan agar tugasan ini akan di terima oleh pensyarah pembimbing. Amin. Tugasan yang ke tiga adalah tugasan berbentuk kumpulan. Kumpulan saya hanya berdua. Kawan saya adalah Mohd Hamdi Bin Abdul Rahim. Untuk tugasan ini kami membuat perbincangan melalui telefon dan juga sms. Ini adalah kerana masa untuk di luangkan bersama-sama untuk berkumpul melaksanakan tugasan ini adalah amat terhad dan sukar untuk di jalankan. Kami mengambil keputusan untuk berbincang mengenai tugasan ini melalui dua kaedah tersebut. Itu lah kelebihan teknologi masa ini, jarak yang jauh dapat di dekatkan. Akhirnya dapat juga kami selesaikan tugasan ini dengan jayanya. Tugasan berkumpulan itu adalah tugasan yang memerlukan kami mendapatkan maklumat berkaitan perubahan-perubahan kurikulum matematik di Malaysia. Kemudian kami di kehendaki menyediakan slaid power point untuk menulis maklumat berkaitan dengannya. Selepas itu, kami perlu cetak dan masukkan di rungan kerja berkumpulan. Hasil dari tugasan ini saya mendapat manfaat seperti segi kerjasama, pengorbanan wang ringgit serta sikap prihatin antara kami dapat di pupukkan. Di tambah lagi dengan pemerolehan maklumat pengetahuan yang telah di cari menambahkan lagi kandungan ilmu di minda kami. Terima kasih saya dedisikasikan kepada pensyarah yang membentuk tugasan yang sebegini. .

Tugasan akhir ialah tugasan individu.Tugasan ini berkaitan dengan penulisan refleksi terhadap setiap tugasan yang telah ditempuhi.Tugasan ini bermatlamat untuk menganalisis setiap tugasan yang telah dibuat dari segi kekuatan serta kelemahan yang ada,dan hasilnya bolehlah saya perbaiki jika terdapat kelemahan dari setiap tugasan yang di laksanakan. Kekuatan semasa melaksanakan tugasan ini, ialah saya di kelilingi oleh mereka yang suka membantu dalam segenap lapangan yang diperlukan. Ini terbukti hasil dari kemudahan untuk mendapat pertolongan untuk menghasilkan tugasan berkumpulan. Di samping itu juga kemudahan untuk mengakses maklumat dari internet turut membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak berlaku talian terputus sepanjang penghasilan tugasan ini dilakukan.Syukur saya panjatkan kepada Allah yang maha Esa. Banyak pengetahuan baru saya perolehi semasa melakukan tugasan ini. Kedua-dua elemen ini telah banyak menolong saya dalam menyiapkan tugasan ini. Jika ada kekuatan maka sudah pasti disusuli pula dengan kelemahan.Antara kelemahan yang dapat di nyatakan disini ialah masa untuk melaksanakan tugasan tidak mencukupi oleh kerana saya juga turut mendapat tugasan dari subjek-subjek lain. Setiap subjek mempunyai beberapa tugasan. Semua tugasan tersebut memerlukan masa yang lama untuk menyelasaikannya di tambah pula tanggungjawab utama di sekolah, yang mana awal tahun sebegini sememangnya banyak program yang perlu di jalankan. Di tambah pula saya adalah guru tahun 6 dan juga merupaka Ketua Panitia Sains di sekolah. Banyak perancangan yang perlu saya lakukan. Terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Pn Zowyah binti Sabdin di atas keperihatinan beliau memanjangkan tarikh akhir penghantaran tugasan ini. Di atas keperihatinan itulah kurang sedikit tekanan yang saya dan mungkin juga rakan-rakan rasakan untuk menyelesaikan tugasan ini. Sebagai kesimpulannya, dapatlah di nyatakan bahawa setiap tugasan yang telah di amanahkan untuk di laksanakan oleh setiap pelajar PPG adalah merupakan tugasan yang telah di rancang rapi. Ini adalah kerana setiap tugasan tersebut adalah langkah awal yang telah di ambil oleh pihak perancang yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah untuk memberi kebersediaan kepada setiap pelajar sama ada untuk menghadapi peperiksaan mahupun memberi pengalaman yang baru untuk di laksanakan di peringkat

sekolah. Walaupun penat dengan tugasan yang di beri tetapi berbaloi jika usaha serta hasil berjaya di laksanakan. Melalui tugasan yang di rancang juga , banyak yang telah memberi manfaat kepada saya selaku pelajar guru untuk di ambil sebagai panduan bagi menjalani proses kehidupan sebagai guru di sekolah. Sekian, terima kasih.

You might also like