You are on page 1of 2

Kata Hubung Kata hubung digunakan untuk menggabungkan kata, frasa, klausa dan ayat.

Kata hubung terbahagi kepada tiga jenis, iaitu Kata hubung gabungan Kata hubung pancangan Kata hubung berpasangan a. b. c. d. Menggabungkan kata Contoh: Ali dan Chin pergi ke Kuantan. Menggabungkan frasa Contoh: Chun Hing menonton wayang dan membeli-belah di KLCC. Menggabungkan klausa Contoh: Setelah saya menyiapkan kerja ini, saya akan keluar bermain. Menghubungkan ayat Contoh: Nenek menanak nasi manakala ibu menyiang ikan. Kata Hubung 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. dan atau kecuali tetapi supaya jika kerana lalu sambil walaupun Fungsi Menunjukkan gabungan antara subjek, objek dan ayat. Menunjukkan pilihan Menunjukkan perbezaan tujuan atau perbuatan Menunjukkan perbandingan makna tujuan yang berlawanan Menyatakan tujuan Menunjukkan syarat Menunjukkan sebab Menunjukkan tindakan lanjutan Menunjukkan perbuatan yang dilakukan serentak Menunjukkan suasana atau peristiwa yang bertentangan. Ayat Contoh Ali, Muthu dan Siva memancing ikan di sungai. Kamu hendak minum teh atau kopi? Semua murid hadir ke sekolah kecuali Murni. Siti pendiam tetapi adiknya peramah. Kita mesti rajin membaca buku supaya pandai. Jika hari tidak hujan, kami akan pergi ke padang. Munir tidak datang ke sekolah kerana demam. Adik masuk ke bilik lalu baring di atas katil. Bapa makan sambil menonton televisyen. Walaupun cuaca panas terik, bapa saya masih berkebun.

Latihan Kata Hubung

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Kamu hendak baju ini atau baju itu? Walaupun hari panas, Minah masih memakai baju sejuk. Siew Lee dan Fiona hendak pergi ke Seremban. Chin Chin cantik tetapi malas. Kedai runcit itu dibuka setiap hari, kecuali hari Ahad. Adik menangis kerana duit belanjanya telah hilang. Gunalah payung ketika hujan supaya kamu tidak basah. Bapa masuk ke dalam rumah lalu duduk di sofa. Abang membasuh kereta sambil menyanyi.

10. Perlawanan itu akan dibatalkan jika hujan lebat.

You might also like