You are on page 1of 12

ALAM MELAYU

Kerajaan-kerajaan awal mengamalkan pemerintahan beraja. Raja mempunyai kuasa mutlak. Sistem beraja- gabungan sistem tempatan @ pengaruh agama Hindu dan Buddha.

Raja berkuasa memberikan undang-undang utk :

mengukuhkan kedudukannya menjatuhi hukuman mati memegang jawatan penting bertindak menurut keperluannya. Rakyat mesti mematuhi undang-undang yang ditentukan oleh raja dan tidak boleh mempersoalkannya. Raja juga berperanan menguasai sumber ekonomi seperti :

pungutan cukai penggunaan tenaga buruh perkhidmatan hasil pertanian hasil bumi perdagangan. Sumber pendapatan baginda ialah cukai, ufti dan barangan yang diperolehi dari kawasan pedalaman. Ibu kota diraja bperanan sbg pusat pemerintahan dan pusat kegiatan ekonomi. Raja mempunyai hubungan baik dgn kawasan yang membekalkan barangan utk perkembangan ekonomi bagi menjamin penguasaannya terhadap kawasan itu. Hubungan raja dgn kuasa-kuasa kecil terjalin melalui kepercayaan dan amalan. Hal ini membolehkan raja meluaskan pengaruhnya.

Raja bertanggungjawab menjaga keamanan dan kemakmuran negara. Golongan Brahmin digunakan untuk mendapatkan penghormatan rakyat. Golongan ini akan menyebarkan cerita dongeng, mitos dan lagenda mengenai kesaktian raja bagi mendapatkan kepercayaan rakyat.

Raja diberi keistimewaan dari segi penggunaan bahasa, wajah, kehidupan, kedudukan, kekuasaan dan sebagainya melalui cerita kesaktian.

Rakyat menganggap raja sebagai tuhan dan tidak mempersoalkan tindakan raja. Raja bertanggungjawab menyelesaikan masalah tanah dan buruh apabila pembesar gagal mengendalikannya.

TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

Pengenalan Kemunculan Tamadun awal Asia Tenggara dapat dibuktikan dengan wujudnya kerajaan awal di : Tanah Besar spt Funan, Chenla, Angkor, Sukhotai, dan Ayuthia kawasan kepulauan Melayu dapat dilihat melalui Kedah Tua, gangga Negara dan Langkasuka, Srivijaya, Majapahit, Singhasari dan Mataram. Bukti kewujudan dapt dilihat menerusi sumber bertulis dan artifak arkeologi. Sumber Cina: Funan wujud pada 3M yg awal di AT. Data arkeologi Funan wujud 3M bukti jumpa seni arca unsur Hindu Buddha. Langgamnya dipengaruhi langgam Amaravati di India. Tahap awal jalin hubungan diplomatik dgn Cina hubungan budaya dengan India. Hubungan petempatan wujud sejak zaman logam hubungan dagang. Buktinya jumpa artifak gendang gangsa Dongson dari Dongson, Vietnam Utara di Batu Buruk Trengganu, Sg tembeling, Sungai Klang,Thai, Indonesia, dan Burma.

Hubungan dagang Rom juga wujud buktinya persamaan artifak manik di Kuala Selinsing, Kota Tinggi, dan Muar, Pantai Barat dan Selatan Siam.

Petempatan awal merupakan pembekal bahan mentah dan pelabuhan pembekal kerana berhampiran dengan sungai.- tetapi belum ditakrif sebagai kerajaan sebab tidak ada raja.

Tamadun Awal AT seiring dengan perkembangan perdagangan maritim yang berkembang dengan kapal layar dan perahu.

Manik dan tembikar bukti perdagangan di AT mula sejak 5SM dan petempatan awal pada 2 @ 3M

Bentuk Kerajaan Awal Dibahagi 2 : Kerajaan Agraria dan Kerajaan Maritim. Berasaskan kedudukan geografi dan sosioekonomi. Kerajaan Agraria 1. Kerajaan berasaskan ekonomi pertanian, penternakan, dan pemungutan hasil hutan dan sungai. 2. Terbentuk berhampiran lembah sungai yg subur spt kerajaan Dvaravati Sungai Menam, Thailanddan Sg Irrawady, Kerajaan Sungai Merah, Vietnam, Kerajaan Sg Mekong ( Kemboja, Loas, dan Vietnam) 3. Selain itu dapat juga di pedalaman kaw. Berbukit dan lereng gunung berapi spt kerajaan taruma di Tanah Tinggi Dieng, Indonesia.. 4. Kerajaan awal yg terkenal: Sailendra ( Jawa tengah ) Angkor ( Kemboja ) Sukhotai ( Thailand ) Funan dari agraria ke maritim

5. Terbentuk secara evolusi jadi petempatan kekal kemudian bandar dan kerajaan. 6. Tanaman utama : Padi sawah, padi huma, jagung , pisang, keledek, dan sayur-sayuran. Rempah ratus spt cengkih, dan lada hitam hasil hutan spt gaharu, kapur barus, tanduk, gading, damar, kayu cendana, dan pelbagai buahan. 7. Lain-lain : Sarang burung utk perdagangan, Menangkap ikan di sawah, paya dan sungai, kulit kura-kura. 8. Ternakan haiwan spt lembu, kerbau, kambing, dan ayam. 9. Tahap awal pertanian utk sara diri kemudian komersil ia dipengaruhi pembinaan sistem pengairan. 10. Funan dan Angkor pengairan dari sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap. raja dan kerajaan bertanggungjawab membina dan mengurusnya spt zaman Raja Indravarman 1 (877M) bina sistem pengairan dan baray tempat takungan air seperti tasik.- Majukan pertanian Angkor. 11. Kerajaan Angkor kuat sebab kedudukannya dekat dengan Tasik Tonle Sap dan Sungai Mekong. Cuaca yang sesuai dan tanah yang subur.- utk padi, ikan air tawar, punca air minum upaya tampung penduduk yg ramai.

Kerajaan Angkor

1. Pentadbirannya adalah berdasarkan kelas sosial atau hierarki sosial. 2. Raja dianggap sebagai dewaraja atau raja tuhan. 3. Baginda mempunyai kuasa veto (kata pemutus) dalam semua hal kenegaraan dan kehidupan rakyat. 4. Raja ini juga menjadi penggubal undang-undang dan ketua tentera, menjaga ketenteraman dan keselamatan rakyat dan kerajaan.

5. Dalam pentadbiran, terdapat pegawai kerajaan pusat di peringkat tertinggi, gabenor di wilayah dan ketua di kampung-kampung. 6. Di peringkat pusat, terdapat satu majlis menteri atau kebinet. 7. Majlis menteri ini berfungsi untuk membantu raja dalam pemerintahan dan pentadbiran. 8. Selain itu, terdapat juga pegawai yang bertanggungjawab berkenaan dengan perundangan dan pegawai-pegawai kebajikan. 9. Para pegawai dilantik menerusi sistem peperiksaan untuk menentukan kecekapan dan tahap keilmuannya, di samping untuk menentukan kesetiaan mereka kepada raja. 10. Dengan itu, mereka dapat bertugas secara teratur dan sistematik serta penuh taat kepada raja kerana percaya berbakti kepada raja bererti menjalankan perintah dewa.

Kerajaan Maritim 1. Kerajaan yg menjalankan ekonomi perdagangan dan kelautan serta pelabuhan. 2. Terletak pesisiran pantai, lembah sungai, dan kepulauan spt Srivijaya di Sungai Musi, Kedah Tua Sg Merbok dan Sg.Muda, Tiumah di Pulau Tioman. 3. Kearajaan utama : Langkasuka ( Sungai Yarang ) Kataha/Chieh-cha/Kedah Tua ( Sungai Merbok dan Sg.Muda ) Chih Tu ( Sungai Kelantan ) Srivijaya ( Sungai Musi ) Mo-lo-yu ( Sungai Batang Hari ) Kalah ( Sungai Takuapa) Fo-lo-an ( Sungai Trengganu )

Peng-keng ( Sungai Pekan ) Tiumah di Pulau Tioman. 4. Bermula dengan tangkap ikan dan hasil laut jadi kampung nelayan ada juga berkembang jadi kaw. Emas dan timah. Wujud lebihan pengeluaran didagang jadi pusat dagang pelabuhan pembekal spt Klang dan Kuala Selingsing ( Perak ). Disinggahi dapatkan barang spt. Damar, rotan, emas, timah, dan hasil laut. 5. Maju jadi pelabuhan kerajaan spt. Kedah Tua, Langkasuka, dan Srivijaya. Mula perdagangan yg berhampiran kemudian berkembang jauh. 6. Kedudukan di tengah perjalanan Timur Barat jadikan Kedah Tua dan Srivijaya maju. Dekat dengan Selat Melaka dan Selat Sunda laluan dagang antarabangsa. jadi pelabuhan entrepot pembekal emas, timah, hasil hutan, dan hasil kerajaan persekitarannya. 7. Emas banyak T Melayu dikenali sbg. Semenanjung Emas, Sumatera Bumi Emas. Tarikan org India dan Yunani. 8. Bahasa melayu bahasa lingua franca penduduknya: orang tempatan, orang laut dan pedagang luar. Org Melayu terkenal pelaut, pedagang, peneroka punyai pelabuhan yang lengkap spt di Champa, dan Srivijaya. Mampu belayar dan berkemahiran buat perahu dan kapal layar. Tahu juga kaedah bintang di langit.

Kerajaan Maritim Srivijaya

1. Sistem pemerintahan dan pentadbiran adalah mencontohi kerajaan yang terdapat di India. 2. Raja-rajanya mempunyai hubungan erat dengan India. 3. Raja di Srivijaya berkuasa mutlak dan bersifat ketuhanan. 4. Raja dianggap sebagai "raja di gunung", suci dan istimewa.

5. Dalam pemerintahan negara, terdapat satu jemaah menteri yang menasihati raja dalam perkara yang berkaitan dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat jelata. 6. Pentadbirannya juga mengikut hierarki yang dibahagikan kepada pentadbiran diraja hal ehwal diraja perdagangan hukuman/denda kutipan cukai. 7. Pentadbiran tentera pula diketuai oleh panglima yang bergelar Pratisava yang bertanggungjawab untuk membina pasukan tentera dan mengadakan latihan yang berkaitan. 8. Di peringkat daerah, ketua wilayah yang bergelar "Datu" bertanggungjawab dalam hal-ehwal tanah dan kebajikan rakyat. 9. Beliau menjadi hakim dan menjatuhkan hukuman kepada rakyat yang menentang kerajaan. 10. Beliau juga bertanggungjawab menanamkan dan memupuk rasa setia terhadap pemerintah di kalangan rakyat. 11. Terletak di Sungai Musi. Punyai tentera yg besar.- Kawal keselamatan dan perdagangan di Selat Melaka. 12. Rakyat terdiri orang laut dan pelbagai golongan lain. 13. Pelabuhan strategik ditengah laluan Timur dan barat di Selat Melaka. Bekalkan barang dagang di kawasan jajahan takluk dan pemerintahannya. Ia juga mampu bina kapal besar kata I Tsing. 14. Anutan agama Hindu. 15. Jadi kuasa Maritim Utama dengan cara i. Ada bala trentera yang besar kawal perdagangan dan jalan laut seperti di Selat Melaka.

ii. Kedudukan pelabuhan yang strategik dan jadi pusat persinggahan kapal yang berdagang antara Cina dan India. iii. Ada hasil barangan untuk perdagangan antara bangsa yang dibekalkan oleh wilayah taklukannya. iv. Keupayaan membina kala besar.

Kerajaan Maritim Kedah Tua

1. Terletak di Sungai Merbok dan Sg.Muda, Kedah. 2. Jadi pelabuhan entrepot. Bukti : jumpaan tembikar Cina Dinasti Tang, Song, dan Yuan pelita tembaga dan tembikar dari Timur tengah manik dari India, Sri Lanka dan Myanmar.

3. Banyak terpengaruh dengan Srivijaya. 4. Panduan ke pelabuhan Gunug Jerai. 5. Kedudukan strtegik Selat Melaka, terlindung dari angin monsun, laluan Timur dan Barat. 6. Wujud tempat penyimpanan barang spt. Damar, rotan dan timah. Barangan luar yang ada spt. Teh, sutera, kaca, manik dan tembaga.

Kerajaan Majapahit

1. Raja menduduki tempat yang tertinggi dalam hierarki organisasi sosial. 2. Baginda mempunyai kuasa mutlak. Baginda bertindak sebagai orang yang bertanggungjawab menggubal undang-undang dan segala undang-undang yang digubal mesti dipatuhi oleh rakyat 3. Semasa Patih Gajah Mada menjadi Perdana Menteri, beliau telah membentuk sebuah kabinet.

4. Beliau sendiri menjadi ketua kabinet dan ahli-ahlinya terdiri daripada Demung, Kahuruhan, Rangga dan Temenggung.

Hubungan Kerajaan Maritim dan Kerajaan Agraria

1. Agraria hasilkan beras , makanan dan hasil hutan kepada kerajaan maritim. Kerajaan maritim bekalkan barangan mewah spt tembikar, tekstil, gelas, dan manik. Berlaku perdagangan cara tukar barang @ sistem barter. 2. Kerajaan maritim juga perlukan kayu dari kerajaan agraria untuk buat kapal guna tukang kayu kerajaan agraria. 3. Kerajaan maritim juga perlukan gajah diperoleh dari kerajaan agraria. 4. Berlaku hubungan dan saling perlu memerlukan antara kerajaan hubungan diplomatik.

Ciri-Ciri Kerajaan Maritim 1. Pelabuhan Pembekal kemudian pelabuhan kerajaan 2. Terletak dipesisiran pantai, sungai dan di kepulauan 3. Pelabuhan entrepot 4. Penduduknya pelbagai terdiri daripada orang tempatan, pedagang luar, orang laut. 5. Wujud bahasa lingua franca 6. Kerajaan maritim srivijaya ada bala tentera laut yang besar dan kuat. 7. Pelabuhannya menjadi tempat persinggahan kapal 8. Menjadi pusat perkembangan agama hindu buddha.

Peranan Pelabuhan Kerajaan Maritim 1. Pelabuhan Pembekal bekalkan barangan tempatan kepada pedagang kemudian pelabuhan kerajaan apabila menjadi sebuah kerajaan dan negeri dan jadi pelabuhan entrepot membekalkan hasil tempatan dan luar kepada perdagangan antarabangasa. 2. Pelabuhannya menjadi tempat persinggahan kapal

Pengaruh Hindu Buddha Amalan masyarakat dalam Zaman Logam Animisme . Dalam abad ke 3M dipengaruhi kepercayaan dan budaya kerajaan India . Antaranya sistem kepercayaan dan agama, sistem pemerintahan beraja, kesenian dan kesusasteraan. Bukti kemasukan pengaruh India: Peninggalan data arkeologi seperti Candi Lembah Bujang, Candi Borobudur, Candi di Angkor. Perkembangan agama Hindu dan Buddha di Sriwijaya dapat juga dilihat melalui data I Tsing 671M terdapat 1000 bhiksu yang belajar agama Buddha dan nahu sanskrit

Cara kedatangan Pengaruh Hindu dan Buddha. 1. Dibawa oleh golongan kesyatria atau tentera. 2. Pedagang atau vaisya. 3. Golongan Brahmin atau pendeta. 4. Proses pengambilan aspek budaya India dan disesuaikan dengan budaya tempatan. Diterima oleh sejarawan dengan bukti berikut: Jumpaan seni arca yang kasar yang ada langgam bercirikan AT spt arca dengan ikatan tali kulit harimau di Srivijaya.

Candi yang didirikan spt Borobudur, Lembanh Bujang, Prambanam, Angkor Wat. Amalan kepercayaan agama Buddha dan Hindu . Kedah Tua Buddha, Dieng, Indonesia Hindu. 7 M Kerajaan di Takuapa dan Pulau Bangka Hindu, Sumatera dan Jawa Buddha Mahayana.

Sistem beraja Aspek amalan agama dan sistem beraja dipengaruhi perdagangan sejak 5SM. untuk dapatkan emas. Ketara bila Maharaja Vespian ,Rom hentikan perdagangan emas dengan India.

Kerajaan Melaka

1. Orang yang menduduki tempat yang tertinggi ialah raja. 2. Baginda merupakan ketua dalam pemerintahan dan pentadbiran. 3. Konsep raja di Melaka dipengaruhi oleh unsur agama Hindu seperti istilah devaraja. 4. Pemerintahannya dianggap luhur dan suci. 5. Baginda dianggap sebagai wakil dewa di bumi dan berkuasa mutlak. 6. Dengan kedatangan Islam, raja menggunakan gelaran sultan dan dianggap Amirul Mukminin. 7. Baginda juga mempunyai kuasa kehakiman dan kuasa menggubal undangundang. 8. Baginda dibantu oleh sekumpulan pembesar yang bertugas sebagai pegawai pentadbir dalam Empayar Melaka. 9. Di peringkat pusat, terdapat satu Majlis Tertinggi yang dianggotai oleh 4 orang pembesar utama iaitu Bendahara Temenggung Laksamana Penghulu Bendahari.

10. Bendahara merupakan ketua pentadbiran negeri

11. Temenggung bertugas sebagai ketua polis negara yang ada seperti hari ini 12. Laksamana menjadi ketua angkatan laut 13. Penghulu Bendahari menguruskan hal-ehwal kewangan kerajaan. 14. Selepas Majlis Tertinggi terdapat 8 orang pembesar yang bergelar Sri dengan salah satu daripadanya ialah Syahbandar. Seterusnya, terdapat 16 orang pembesar rendah yang bergelar raja dan 32 orang pegawai kerajaan yang menduduki tangga terakhir. 15. Di peringkat kampung, ketuanya ialah Penghulu dan Penggawa. 16. Beliau menjadi orang perantaraan antara pembesar-pembesar daerah dengan rakyat. 17. Tugasnya adalah untuk memungut cukai menjaga keamanan dalam kampong menjaga keadilan dengan menjatuhkan hukuman ringan mendapatkan tenaga buruh untuk sultan membekalkan tenaga tentera semasa peperangan memastikan rakyat kampungnya taat setia kepada sultan. 18. Mereka tidak diberi gaji tetapi memperoleh pendapatan daripada hasil cukai yang dikutip daripada anak kampungnya.

You might also like