You are on page 1of 3

PERKEMBANGAN KURIKULUM MATEMATIK DI MALAYSIA

Perkembangan kurikulum matematik di Malaysia dapat dilihat bermula pada tahun 1956 selepas cadangan Pennyata Tun Razak. Namun perubahan secara drastik hanya berlaku semenjak tahun 1970. Selepas itu, perkembangan kurikulum matematik sentiasa mengalami perubahan dan penambahbaikan demi perkembangan pendidikan matematik di Malaysia. Terdapat beberapa projek telah dilaksanakan dalam proses untuk memperkembangkan dan memperkasakan kurikulum matematik. Antaranya adalah Projek Khas, Projek Akal, Projek Inspire, Matematik Sekolah Bestari, Scottich Mathematics Groups, School Mathematics Project dan NCTMs Standard.

Pertama, Projek Khas. Projek Khas Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada tahun 1968. Kemudian ia dilancarkan dengan rasmi pada tahun 1970. Antara objektif utama projek ini ialah untuk memperbaiki mutu pendidikan matematik dan sains di Malaysia. Bahan-bahan pengajaran-pembelajaran bagi projek ini direka cipta oleh pensyarah dan guru yang telah dilatih di luar negara. Strategi dan kaedah yang digunakan pula adalah berpusatkan guru. Projek ini telah diubahsuai dan diperkenalkan ke semua sekolah rendah dari masa ke semasa sehingga ianya digantikan dengan Matematik KBSR.

Kedua, Projek Akal (A Kit Arithmetic Learning) pula telah ditubuhkan pada tahun 1985 oleh Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan (BPSP). Antara perkara yang penting dalam projek ini adalah berkaitan dengan penyediaan ABM sebagai pengayaan untuk mata pelajaran Matematik. Contoh bahan-bahan ABM adalah seperti permainan, kuiz matematik, kad-kad latihan dan kad-kad uji minda. Projek ini terbentuk dalam tiga kategori iaitu bermula dengan senang, kemudian sederhana dan akhirnya susah. Dalam Projek Akal ini, pengendaliannya dirancang dengan rapi dengan menyediakan peralatan, bahan dan menetapkan peraturan serta panduan yang diawasi oleh guru. Bahan percubaan Projek Akal yang pertama adalah bahan Matematik tahun 4 iaitu pada tahun 1985.

Ketiga, Projek InSPIRE (Integrated System of Projekmed Instruction for Rural Environment). Projek ini telah dilancarkan secara rasmi pada tahun 1983. Namun idea

untuk menubuhkan bermula dari tahun 1977 lagi yang diterajui oleh USM. Objektif utama projek ini adalah merancang kaedah untuk menjalankan projek pemulihan dan pengayaan matematik di sekolah-sekolah rendah di luar bandar. Dengan itu, pelbagai set bahan bahan untuk aktiviti pemulihan dan pengayaan matematik telah dibina dan dihantar ke sekolah- sekolah untuk diuji. Ia telah digunapakai oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan projek pemulihan dan pengayaan dalam KBSR.

Keempat adalah Projek Sekolah Bestari di Malaysia. Projek ini adalah salah satu daripada tujuh flagship dalam Projek Koridor Raya Multimedia. Ia telah dilancarkan pada bulan Julai 1997 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu. Syarikat Swasta dari dalam atau luar negara juga terlibat dalam menjayakan projek ini. Fokus utama dalam projek Sekolah Bestari ini ialah pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajarannya supaya pelajar dapat belajar dengan lebih berkesan dan cekap. Kaedah pembelajarannya adalah dengan mengamalkan pembelajaran akses kendiri , terarah kendiri dan mengikut kadar pembelajaran sendiri. Pakej courseware yang lengkap mengikut sukatan matematik bagi Sekolah Bestari di peringkat rendah dan menengah telah disiapkan dan digunakan bermula dengan projek rintis Sekolah Bestari di Malaysia pada tahun 1998 dan berakhir pada tahun 2002. Bagi projek ini, Kementerian Pelajaran Malaysia dipertanggungjawabkan untuk memantau penggunaan courseware ini di semua Sekolah Bestari.

Kelima, Scottish Mathematics Group (SMG) adalah projek dimana sebuah pasukan yang terdiri daripada sekumpulan ahli matematik Scotland yang telah menulis sesiri sembilan buah buku teks yang berjudul Modern Mathematics for Schools. Bukubuku ini telah memperkenalkan tajuk-tajuk baru dalam matematik seperti Sets, Number Systems, Number Bases, Modular Mathematics, Transformation,Inequalities, Linear Projekming dan Matrices. Salah satu ciri utama dalam sukatan ini ialah mengaplikasikan tajuk- tajuk ini dalam penyelesaian masalah seharian. Bahan SMG ini telah menjadi dokumen rujukan utama dalam Projek Matematik Moden untuk Sekolah Menengah Rendah Malaysia pada tahun 1970.

Keenam, School Mathematics Project (SMP). SMP pada mulanya hanyalah merupakan sebuah projek kajian yang telah dilakukan untuk melakukan perubahan yang sewajarnya dalam pengajaran matematik di Great Britain berikutan pelancaran Sputnik 1 oleh Soviet Union. Dalam projek ini, pendekatan tradisional dalam P&P telah digantikan dengan pendekatan yang lebih bersepadu contohnya, teori set diajar bersekali dengan tajuk algebra dan geometri. Buku teks SMP telah digunakan secara meluas di sekolah menengah di Great Britain. Walau bagaimanapun, dapatan menunjukkan sukatan SMP ini tidak sesuai untuk pelajar yang lemah dalam matematik. Namun begitu, SMP tetap juga menjadi sumber rujukan yang penting untuk buku teks subjek Matematik Moden di Malaysia.

Terakhir, National Council of Teachers of Mathematic (NCTM). NCTM ialah satu pertubuhan non- profit peringkat dunia yang terbesar dan mempunyai lebih daripada 250 associates di Amerika Syarikat dan Kanada. NCTM telah bermula pada tahun 1920 dengan tujuan menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran matematik. NCTM memainkan peranan yang penting untuk memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan matematik yang sempurna dan menyediakan peluang perkembangan profesional yang berterusan untuk setiap guru matematik. NCTM juga bekerjasama dengan National Council for Accreditation of Teacher Education (NCATE) yang memberi kuasa kepada NCTM untuk menilai projek latihan guru matematik. Melalui penilaian yang dibuat ke atas projek matematik sekolah, NCTM dapat mempastikan dan menentukan guru- guru permulaan telah cukup bersedia untuk menjalankan tugas mereka sebagai guru matematik.

Daripada huraian di atas, didapati semua projek tersebut memberi banyak kebaikan dan manfaat terhadap perkembangan matematik khasnya di Malaysia. Sehingga kini kajian terus dijalankan bagi memastikan pendidikan matematik sentiasa berkembang selaras dengan keperluan kemodenan dunia.

You might also like