You are on page 1of 12

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF150
3
SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN
KETAMADUNAN

Nama : RAJA KHAIRUDDIN BIN RAJA MAJID


Nombor Matrik : 680822 08 5077001
Nombor Telefon : 013 9009128
Alamat E-mail : mrking68@gmail.com
Nama Tutor : IDRUL HISHAM BIN ISMAIL

ISI KANDUNGAN

HALAMAN

1.0 PENGENALAN

2.0 ISI KANDUNGAN

2.1 Budaya Dialog Antara Kaum/Etnik/Budaya


dan Peradaban

2.2 Kekuatan Budaya Dialog Antara Kaum/Etnik/


Budaya dan Peradaban

2.3 Kelemahan Budaya Dialog Antara Kaum/Etnik/


Budaya dan Peradaban

3.0 CADANGAN MEMPERTINGKATKAN PELAKSANAAN DIALOG

4.0 KESIMPULAN

11

RUJUKAN

1.0 PENGENALAN
Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah Negara yang
bercirikan pelbagai kaum serta identiti. Terdapat lebih 80 kaum yang terdapat di Malaysia.
Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama di Malaysia iaitu
Melayu, Cina dan India. Menurut Kamus Dewan, konsep masyarakat membawa maksud
kumpulan manusia yang menetap bersama-sama di suatu tempat mengikut aturan dan cara yang
tertentu dan masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Oleh itu, gabungan
kedua-dua istilah masyarakat majmuk membawa maksud satu kumpulan manusia yang terdiri
daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan, khususnya dalam aspek
politik, social dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk perpaduan integrasi nasional.
Menurut pendapat Furnivall, beliau mengatakan bahawa masyarakat majmuk muncul akibat
daripada dasar-dasar penjajah yang menggalakan penghijrahan penduduk mengikut keperluan
ekonomi mereka yang telah mengakibatkan wujudnya kelompok-kelompok yang pelbagai ragam
dalam satu unit politik.
Kelompok-kelompok ini bercampuran tetapi mereka tidak bergantung antara kaum lain
dan amat berpegang kuat kepada agama, bahasa, budaya, idea-idea dan cara hidup yang
tersendiri. Dalam memahami intipati masyarakat majmuk yang menumpukan semenanjung
Malaysia sahaj, perkara yang akan dibincangkan pertamanya ialah sejarah yang mewujudkan
masyarakat majmuk. Namun pada pertengahan abad ke 19, penghijrahan masuk kaum Cina dan
India secara beramai-ramai ekoran dasar liberal inggeris telah mengubah struktur kependudukan
asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik yang
dikategorikan mengikut cara hidup, pola petempatan, pekerjaan dan pendidikan. Oleh kerana itu,
maka Malaysia merupakan sebuah Negara Pluralistik yang mempunyai jumlah penduduk lebih
kurang 26.6 juta orang pada tahun 2006. Umumnya, Melayu merupakan kelompok etnik
majority iaitu mewakili lebih kurang 55%, sementara Cina mewakili lebih kurang 25%, India
pula 7% dan selebihnya adalah terdiri daripada kelompok pribumi kecil seperti Dayak, Bidayuh,
Melanau dan Orang Ulu di Sarawak, Kadazan Dusun, Murut dan Bajau di Sabah. Kemajmukan
Negara kita telah menjadi tarikan masyarakat luar.

J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukan konsep masyarakat majmuk


berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall ( 1967 : 54 ), masyarakat
majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahsa dan adat
resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum brganding bahu di bawah sistem politik yang
sama tetapi kehidupan mereka dalah berasingan dan interaksi social dalam kalangan mereka
amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbats kepada hal ekonomi dalam jual beli.
Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras. M.G Smith merupakan salah seorang yang
telah memberikan satu analisis yang panjang lebar mengenai konsep ini. M.G Smith juga
menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya,
perpecahan social dan perselisihan. Dari segi politik pula, masyarakat majmuk dikuasai oleh stu
kelompok minority yang mempunyai kebudayaan mereka yang tersendiri. Beliau juga
berpendapat bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai
bersama. Selain daripada Furnivall dan Smith, P.L.Van Den Berghe juga memberikan
sumbangan terhadap perbincangan mengenai konsep masyarakat majmuk. Beliau menbezakan
kemajmukan social iaitu masyarakat dipecahkan kepada kelompok korporat dan bukannya
budaya daripada kemajmukan budaya iaitu wujud daripada beberapa kelompok etnik.
Antara ciri-ciri masyarakat majmuk di Malaysia ialah ia dicirikan dari segi kepelbagaian
budaya, pemisahan fizikal, pengenalan kaum melalui pekerjaan, kekurangan kontrak social dan
wujudnya stu kumpulan etnik yang dominan dari segi politik. Malaysia merupakan sebuah
negara majmuk yang amn dan makmur. Keamanan yang dinikmati dan keharmonian hidup
pelbagai kaum telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang dihormati oleh pelbagai pihak dan
dikalangan negara luar. Selain itu juga, ciri-ciri masyarakat majmuk menuruk J.S Furnivall (
1956 ) dalam bukunya bertajuk Colonial Policy And Practice : a comparative study of Burma
and netherlands India (Indonesia) dalam kajiannya di Burma dan kepulauan jawa ialah terdapat
beberapa jenis manusia seperti Eropah, Cina, India dan penduduk asli (bumiputera). Masyarakat
ini bercampur antara stu sama lain tetapi tidak bersatu. Mereka ini hidup berdekatan tetapi tidak
terpisah dalam sistem politik yang turut serta masing-masing berpegang pada kebudayaan,
agama, bangsa, idea dan kaedah sendiri.

2.0 ISI KANDUNGAN


2.1 Budaya Dialog Antara Kaum/Etnik/Budaya dan Peradaban

Malaysia mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai golongan etnik, agama
dan budaya. Kepelbagaian inilah yang menjadikan negara ini unik dari segi hubungan antara
kaum. Budaya dialog antara kaum/etnik/budaya dan peradaban amat perlu disuburkan dalam
konteks negara kita untuk memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional yang merupakan
kunci kelestarian kepimpinan kelompok dan budaya teras serta kelangsungan identity negara.
Walaupun secara umumnya, kita bertuah di Malaysia kerana tiada konflik keagamaan yang
membimbangkan, namun beberapa peristiwa yang boleh dianggap serius seperti konflik
kampung Medan mengingatkan kita bahawa mendasari hubungan baik antara budaya juga
adalah isu-isu keadilan social dan ekonomi. Didalam konteks ini misalnya amat penting isu
kepimpinan kelompok atau budaya terus diberi perhatian. Didalam konteks ini juga kita
memperdalamkan apresiasi kita tentang soal peradaban. Apakah dialog peradaban sebenarnya
dan apakah faktor-faktor yang berkaitan dengan kegagalan mahupun kejayaan sesebuah
peradaban dan apakah situasi dialog di Malaysia serta di persada global dan akhirnya
bagaimanakah dialog berperanan dalam proses pemartabatan bangsa dan umat melalui
penghayatan agama.
Sepertimana yang kita teliti, dialog merupakan satu kaedah perbincangan dan perbahasan
tentang sesuatu tajuk atau isu yang kita kemukan. Dialog tidak boleh berbentuk perbahasan
ataupun diskusi. Ini kerana diskusi lebih kepada aspek penyelesaian sesuatu masalah. Walaupun
dialog juga mempunyai tujuan yang sama iaitu mencari sesuatu penyelesaian tetapi diskusi lebih
kepada membincangkan sesuatu perkara secara lebih mendalam dam juga mempunyai unsureunsur kalah dan menang dari segi ketengahan isu di antara beberapa orang yang terlibat secara
langsung. Tetapi seperti yang dihuraikan dialog lebih membincangkan sesuatu isu secara
mendalam dan teliti sam a seperti diskusi tetapi ia tidak mendasarkan unsur menang atau kalah
serta perbincangannya memberi kebaikan kepada semua orang.

Justeru itu, walaupun kelahiran sesebuah tamadun banyak bergantung kepada


kedudukannya yang strategik dari segi perolehan sumber-sumber semulajadi dan lokasi geografi
(contohnya kemunculan tamadun Cina di Lembah Huang-Ho dan Yang Tsi, tamadun India di
Lembah Ganges dan Brahmaputra, tamadun Mesopotonia di Lembah Tigris dan Euphrates,
tamadun Mesir di Lembah Nil dan tamadun Melaka dipinggiran Selat Melaka). Kemunculan
sesebuah tamadun banyak berkait dengan rangsangan keagamaan dan kerohanian. Ajaran agama
dan amalan rohani sebenarnya mendorong manusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan
yang tulus dan suci yang menghasilkan kehidupan yang bertamadun.

2.2 Kekuatan Budaya Dialog Antara Kaum/Etnik/Budaya dan Peradaban


Terdapat banyak kekuatan dialog yang ada di antara kaum, etnik, budaya dan peradaban.
Di antaranya ialah Kajian menunjukan bahawa hanya apabila sesebuah masyarakat menghayati
kehidupan agama ia akan dapat membangunkan kehidupan seimbang yang merupakan resepi
kepada kesempurnaan kemanusiaan dan keharmonian serta ketinggian budaya. Kemunculan
tamadun islam yang telah mencapai tahap Golden agenya (8-14 Masihi) itu misalnya adalah
dipengaruhi oleh rangsangan nilai dan penghayatan cara hidup islam bersumberkan risalah
wahyu yang digembelingkan dengan penguasaan ilmu keduniaan yang mantap.
Kekuatan seterusnya ialah dengan berasaskan prinsip-prinsip kespiritualan yang jitu,
sesebuah masyarakat akan mampu melahirkan sebuah tamadun yang mempunyai penghayatan
moral dan akhlak yang terpuji yang didalamnya terkandung kecintaan kepada ilmu, ketekunan,
kerajinan, semangat berdisiplin dan kekreatifan yang tinggi untuk memperkukuhkan perpaduan
dan integrasi nasional dalam kepimpinan negara.
Selain itu juga, kekuatan budaya dialog di antara kaum, etnik, budaya dan peradaban
mewujudkan nilai-nilai murni pada pemimpin di negara kita yang pastinya akan menggalakkan
kepimpinan yang berhemah, bertanggungjawab dan jujur yang mendorong rakyatnya berganding
bahu membangunkan negara dan tamadun kearah perpaduan dan integrasi nasional yang tinggi.
Penghayatan nilai-nilai murni ini telah ditekankan oleh tokoh-tokoh utama dalam pelbagai
tamadun seperti Lao Tse, Kung Fu Tze dalam tamadun Cina, Kautilya dan Sambara dalam
tamadun India, serta Al-Farabi, Al-Mawardi, Al-Ghazali dan juga Ibnu Khaldun dalam tamadun
6

islam selain daripada tamadun ini yang bersumberkan Al-Quran dan Hadith serta model sebenar
diri yang mulia iaitu junjungan kita Rasulullah SAW.
Oleh itu, perbincangan yang dijalankan seharusnya dibincangkan supaya kita dapat
mencari jalan penyelesaian yang memberi kebaikan bersama dan bukan mengikut cara diskusi
atau perbahasan yang memberi manfaat kepada pihak yang berjaya mengukuhkan pendapat dan
fakta mereka. Sesorang yang melibatkan diri dalam perbincangan harus mempunyai minda yang
terbuka serta perasaan perkauman yang bersama. Mereka juga perlu mempunyai sifat sederhana
dalam semua perkara kerana ia dapat menjamin kepentingan semua orang dalam sesebuah
negara. Misalnya, semasa kaum-kaum majoriti Malaysia iaitu kaum Cina, kaum India, kaum
Melayu melibatkan diri dalam dialog peradaban sesuatu kaum tersebut tidak boleh hanya
mengetengahkan isu-isu yang menjadi kepentingan dan keperluan yang diperlukan kaum mereka
sahaja. Sebagai contoh, isu-isu kebajikan dan sistem pendidikan yang mengkhususkan sesuatu
kaum tetapi ia tidak memberi manfaat secara bersama.

2.3 Kelemahan Budaya Dialog Antara Kaum/Etnik/Budaya dan Peradaban


Antara kelemahan utama yang menjadi tribulasi kepada perkembangan proses dialog
peradaban di Malaysia adalah sikap fanatik dan juga perkauman. Semasa perbincangan dialog
diadakan kita tidak boleh membincangkan isu-isu yang bersifat fanatik dan perkauman. Inilah
yang menjadikan budaya dialog peradaban tidak menepati pencapaiannya dan hanya
menguntungkan segelintir pihak sahaja. Ini telah membolehkan masyarakat tidak lagi menaruh
harapan terhadap dialog peradaban kerana mengikut pandangan mereka hanya pihak yang
mendominankan perbincangannya sahaja yang dapat menikmati faedah manakala pihak yang
lain tidak dapat menuntut kehendak mereka. Di sini kita boleh mengatakan bahawa dialog yang
dijalankan pula tidak mengikut protokol yang sewajarnya serta prosesnya tidak berjaya. Ini
menyebabkan matlamat tidak akan tercapai untuk menyatukan kaum di Malaysia dan memepuk
perpaduan dan integrasi nasional serta mencari jalan penyelesaian yang disetujui oleh semua
kaum terhadap sesuatu masalah tetapi hanya merumitkan lagi perpisahan kaum dan perasaan
fanatic dalam diri masyarakat.

Seterusnya kelemahan yang lain, jika kita tidak menyetujui sesuatu pendapat yang hanya
melihatkan kebaikan perkauman tertentu dan bersikap fanatik ia boleh mengundang masalah
perkauman di negara kita. Jikalau kita tidak bersetuju untuk mengambil sesuatu keputusan
tersebut walupun ia lebih kepada kepentingan perkauman ia juga masih boleh mengundang
masalah seperti kaum yang tidak diendahkan akan melakukan pemberontakan dan menimbulkan
rasa tidak berpuas hati. Oleh itu, hubungan harmoni antara pelbagai kaum di negara kita tidak
boleh dilaksanakan dan ini boleh menimbulkan rusuhan antara kaum seperti peristiwa 13 Mei
1969 yang pernah berlaku. Sehingga hari ini, masalah sedemikian kian terus menular dan
menjadi satu cabaran yang tidak dapat ditandingi dalam proses dialog dialog peradaban.
Misalnya, Utusan Online mengatakan MCA dan MIC semakin memupuk perkauman dengan
fahaman pembelaan ras supaya mereka mengangkat kembali kedudukan masing-masing semasa
pilihan raya ke 12 ini. krisis yang melanda kedua-dua parti tersebut seperti menuntut supaya
mereka nkembali ke landasan asal yang bersifat perkauman itu.
Selain itu juga, kelemahan yang menjadi tribulasi kepada proses dialog peradaban di
Malaysia ialah perspeksi yang salah pihak tertentuterhadap pihak yang lain. Perasaan dan
tanggapan yang salah terhadap sesebuah peradaban adalah kerana menganggapnya sebagai satu
ancaman kepada kepentingan pihak yang tertentu. Dialog peradaban yang dijalankan di antara
dua pihak yang berbeza budaya, kefahaman dan nilai amalannya boleh mengundang perspektif
yang salah dan pihak yang tidak bersetuju dengan peradabannya akan berfikir bahawa ini
merupakan satu helah yang memberi peluang kepada pihak lain untuk mempengaruhi mereka
melalui budayanya serta meleburkan nilai jati diri sesebuah budaya tersebut.
Kelemahan budaya dialog peradaban

yang seterusnya ialah salah tanggapan sejak

peringkat awal lagi terhadap sesuatu tamadun yang berpunca dari pelbagai aspek boleh memberi
kesan bahawa segala tindakan dan gerak-geri sesebuah peradaban adalah memberi ancaman serta
keburukan kepada pihak yang lain. Salah tanggapan ini mengundang pelbagai masalah yang
besar serta tidak diingini dan bukan hanya menyusahkan penganut sesebuah budaya tersebut
tetapi memberi kesan kepada tamadun lain di dunia ini. Oleh itu, semasa mengadakan dialog kita
tidak boleh mengutarakan sesuatu isu yang memberi kebaikan serta memanfaatkan diri dan
sesuatu kelompok tertentunya sahaja. Inilah yang menyebabkan dialog peradaban tidak menepati
pencapaiannya dan hanya menguntungkan segelintir pihak sahaja. Ini membolehkan masyarakat
8

tidak lagi menaruh harapan terhadap diskusi mahupun dialog kerana mengikut pandangan
mereka hanya pihak yang mendominankan perbincangan sahaja dapat menikmati faedah
manakala pihak lain tidak dapat menuntut kehendak mereka. Dialog perlu dilakukan dalam
keadaan yang menguntungkan semua pihak supaya sesuatu peradaban dapat ditingkatkan lagi.

3.0 CADANGAN MEMPERTINGKATKAN PELAKSANAAN DIALOG

Politik di Malaysia telah mula mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional melalui
sudut politik semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan. Menurut Wong Khek Seng, Raminah
Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2002), Malaysia adalah sebuah kerajaan yang mengamalkan
demokrasi yang berparlimen adalah galakan British semasa memberi kemerdekaan, Malaysia
terdiri daripada pelbagai kaum dan sistem ini memberi peluang dalam penganutan agama oleh
kaum-kaum tertentu. Dalam kerajaan demokrasi yang berparlimen Malaysia, rakyat

akan

memilih pemerintahnegara melalui pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali dengan parti
politik yang akan memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya akan menjadi pemerintah
negara. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006) satu cara untuk
mewujudkan perpaduan dalam politik negara adalah menerusi konsensus atau persetujuan. Ini
bermakna kerajaan yang memerintah diberi kuasa memerintah atas pilihan dan persetujuan
rakyat melalui pilihan raya. Di sini parti politik Barisan Nasional menjadi pemerintah kerana
memenangi majority kerusi yang dipertandingkan. Keadaan ini berlaku kerana Barisan Nasional
adalah satu parti politik yang terdiri daripada gabungan UMNO wakil melayu, MCA wakil cina
dan MIC wakil india yang melambangkan perpaduan antara ketiga-tiga parti etnik di Malaysia.
Oleh itu, antara cadangan yang dapat dikemukan di sini ialah seseorang yang melibatkan
diri dalam dialog dan perbincangan haruslah mempunyai minda yang terbuka serta perasaan
perkauman yang bersama. Mereka juga perlu mempunyai sifat sederhana dalam semua perkara
kerana ia dapat menjamin kepentingan semua orang dalam sesebuah negara. Contohnya, semasa
semua kaum-kaum di Malaysia iaitu kaum Cina, kaum India dan Melayu melibatkan diri dalam
dialog peradaban sesuatu kaum tersebut tidak boleh hanya mengetengahkan isu0isu yang
menjadi kepentingan dan keperluan kaum mereka sahaja bahkan perlulah menjaga perasaan
9

sesame kaum. Hal ini membolehkan dialog di akhiri dengan aman dan tenteram tanpa ada
perasaan sesuatu kaum yang tidak berpuas hati sesama mereka.
Selain itu juga, media massa serta sekolah dan IPT perlu mengorak langkah untuk
merapatkan jurang antara kaum serta penginteraksian supaya proses dialog peradaban dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Contohnya, apabila kita berinteraksi antara pelbagai kaum, kita
dapat mengembleng tenaga bersama serta dapat menyelesaikan masalah atau kekangan isu
seperti globalisasi dan isu-isu global yang kompleks seperti dadah dan pencemaran secara
bersama. Melalui interaksi antara pelbagai kaum, kita dapat meningkatkan pendekatan dan
persefahaman di antara pelbagai kaum serta dapat kenal mengenali dan berkomunikasi untuk
menyelesaikan isu-isu yang mementingkan kepentingan bersama seperti kemiskinan dalam
negara serta masalah-masalah sosial secara bersama.
Cadangan lain ialah kerajaan perlu mewujudkan keharmonian dan kerjasama antara kaum
dalam masyarakat dan tamadun bertujuan untuk menyatu padukan seluruh negara dalam satu
kesatuan yang rapat dan harmoni . keadaan ini telah menunjukkan bahawa betapa pentingnya
wujud perpaduan dan integrasi nasional di dalam konteks Malaysia. Contohnya, adanya program
rumah terbuka di antara kaum-kaum yang terdapat di Malaysia dan ia akan dihadiri oleh semua
rakyat tidak mengira bangsa dan agama. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan
Zulkifly (2006) Masalah perpaduan bagi negara-negara yang mempunyai satu keturunan bangsa
tidaklah sebegitu serius berbanding dengan negara-negara yang mempunyai penduduk
yang terdiri daripada pelbagai suku kaum dan etnik seperti Malaysia.

10

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, tugas dalam menyatukan perpaduan rakyat Malaysia yang pelbagai


bukanlah satu tugas yang mudah. Namun kepimpinan yang baik oleh para pemimpin kita
menunjukkan bahawa sesuatu yang dikira mustahil akhirnya dapat diselesaikan. Malahan jika
tersilap langkah ia boleh menjurus kepada kejatuhan sesebuah negara yang sedang membangun.
Maka dapatlah kita lihat bahawa pengukuhan hubungan etnik dalam masyarakat majmuk di
Malaysia adalah penting bagi menguruskan sesebuah negara yang mempunyai kelompok
masyarakat yang pelbagai. Nilai sosiobudaya yang positif dan dinamik akan membantu
mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu dan bermaruah. Senario masyarakat Malaysia
adalah berdasarkan rakyatnya yang berbilang kaum. Konsep bangsa Malaysia sebenarnya
bergantung kepada kesedaran dalam semua etnik dan masyarakat iaitu mereka harus bersatu
untuk memajukan diri sendiri dan negara bahkan umtuk mempertingkatkan perpaduan integrasi
nasional dalam masyarakat di Malaysia.
Mereka harus sedar bahawasanya mereka harus menjaga dan membina tamadundan
warisan bangsa mereka sendiri supaya ia tidak hilang di telan zaman. Perbezaan yang wujud
dalam kalangan masyarakat majmuk adalah satu keistimewaan yang harus dipeliharai oleh
semua kaum. Kerajaan tidak pernah untuk menghapuskan nilai tradisi dan warisan setiap kaum
di Malaysia seperti yang telah dijamin dalam undang-undang tertinggi negara iaitu
Perlembagaan Malaysia. Maka, setiap kaum harus bangkit dan bekerjasama antara satu sama lain
untuk membentuk bangsa Malaysia. Melalui penerapan rukun negara dapat menyatupadukan dan
mengeratkan lagi perpaduan kaum, etnik, budaya dan peradaban di Malaysia. Dalam rancangan
Malaysia yang terbaru, banyak lagi program yang telah direncanakan supaya perpaduan dalam
kalangan Malaysia dapat dikukuhkan lagi. Perancangan untuk mewujudkan satu bangsa
Malaysia dalam rancangan Malaysia kedua telah dibawa semula ke rancangan Malaysia yang
kesepuluh iaitu didalam program SATU MALAYSIA yang bertujuan untuk mewujudkan satu
sahaja bangsa Malaysia. Rakyat Malaysia haruslah menyahut seruan Perdana Menteri kita. Hal
ini kerana ia mendorong bangsa dan kaum Malaysia terus bergerak maju ke tahun 2020.

11

RUJUKAN
A.Aziz Deraman. Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Cahaya Pantai
(M) Snd.Bhd 2001.
Chong. K.K Masyarakat Melayu Semenanjung Malaysia: Evolusi Sejarah. In Masyarakat
Malaysia. Zuraina Majid (Ed.). Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. 1985
Ismail Hussein et.al. Tamadun Melayu Menyongsong abad Kedua Puluh Satu (Edisi Kedua).
Selangor: UKM. 2001.
J.S. Furnivall. Netherlands India. Cambridge University Press. 1939.
Kassim Ahmad. Soal Kebangsaan. Wednesday, November 09, 2005. _HYPERLINK
http://kassimahmad.blogspot.com/ _http://kassimahmad.blogspot.com/_
Leon Comber. 13 May 1969. A Historical Survey Of Sino-Malay Relations. Hong Kong:
Heinemam Educational Books (Asia) Ltd. 1983.
McGee. T.G. The Population of Malaysia: A Survey. New York: Praeger Press. 1964.
Mohd Redzuan Othman et. al. Sejarah Pembinaan Negara Bangsa. Kuala Lumpur: UM. 2006.
Mohd Salleh Lebar. Perubahan Dan Kemajuan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin
Enterprise. 1992

12

You might also like