You are on page 1of 5

Kupasan Buku : Dialog Dengan Jin Islam - Siri Kelima 25 November 2012 pukul 13:24 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Sahabat yang dirahmati Allah, Muhammad Isa Daud (MID) meneruskan dialog dengan sahabatnya Jin Islam yang berna ma Mustaffa. MID : Bagaimana pendapatmu tentang orang yang mengatakan adanya kapal cahay a yang sering kali muncul di lautan, dan ia ikut terlibat dalam 'rompakan' kapal -kapal yang hilang itu? JI : Apa yang engkau maksudkan?

MID : Mereka mengatakan bahawa ada makhluk luar angkasa, dan merekalah yang melakukan perbuatan-perbuatan yang mencelakakan itu, dalam erti bahawa Segitiga Bermuda itu merupakan pusat penelitian makhluk-makhluk cerdas dari planet lain. Bagaimana pendapatmu tentang itu? JI : Bukan, bukan mereka. Sebab, sekalipun aku telah melakukan penerbang an lebih dari seratus kali ke berbagai penjuru angkasa, aku belum pernah melihat makhluk-makhluk luar angkasa. Sedangkan Segitiga Bermuda, sebahagian rahsianya sudah aku sampaikan kepadamu. MID : Bagaimanapun saya yakin akan adanya makhluk cerdas lain selain manusia , jin dan malaikat. Tetapi mereka berada di planet lain yang bukan planet bumi k ita ini. Tidak ada salahnya, Allah Maha Mengetahui tentang itu. Akan tetapi apa dalilmu? JI : Cuba ajarkan kepadaku apa yang telah diajarkan Allah kepadamu.

MID : Tentang mereka itu, Allah SWT berfirman maksudnya, " Allahlah yang menc iptakan tujuh langit dan bumi seperti itu pula. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan sesun gguhnya Allah, ilmu-Nya benar-benar meliputi segala sesuatu." (Surah Ath-Thalaq ayat 12) Dalam sahih Muslim diriwayatkan sebuah hadis dari Said Bin Zaid, katanya, 'Aku m endengar Rasulullah SAW bersabda (maksudnya), "Barangsiapa yang merampas sejengk al tanah (milik orang lain) secara zalim, maka dia akan dihimpit dalam kubur ole h tujuh bumi." JI : Apakah ada bukti tentang komunikasi yang telah maju itu dengan manusi a di planet bumi ini? Muhammad Isa Daud menceritakan terdapat peristiwa yang berlaku : "Seorang Amerika (namanya Mash) berjumpa di kebunnya makhluk yang pendek tinggi sekitar 160 sentimeter. Di pinggan kanannya ada senjata, sedang di pinggang kiri nya tergantung beg besar. Mereka melarikan diri dengan pesawat mereka tingginya kira-kira 2.5 meter. Pesawat mereka diperbuat dari bahan sejenis kaca, pintu pes awat tertutp, dari bawah ke atas. Pesawat berlepas dengan penyemburan cahaya yan g sangat menyilaukan." JI : Aku bersumpah kepadamu dengan nama Allah, bahawa mereka adalah jin. Ak

an tetapi, lazimnya, mereka menampakkan diri dalam bentuk yang lebih tinggi dan besar daripada bentuk mereka yang sebenarnya. MID : Dari mana mereka datang? JI : Entah, tetapi mungkin saja mereka itu adalah penghuni ruang cahaya yang terdapat di antara sinar merah dan awan. Atau, penduduk yang datang dari dasar lautan. Sekarang engkau sudah tahu secara lengkap. Kerana itu kemukakan kebenara n yang engkau ketahui ke seluruh dunia, sehingga tidak ada lagi kegelapan yang d itimbulkan oleh tipu-muslihat jin dan yang terbentuk kerana dugaan-dugaan salah. [ Perhatian : Misteri terlihatnya UFO (Kapal Piring berbentuk bulat) sebenarnya adalah pesawat daripada makhluk jin bukannya makhluk asing dari planet yang lain daripada bumi. Mustafa (Jin Islam) yang berbicara dengan Muhammad Isa Daud menj elaskan beliau sudah melakukan penerbangan lebih seratus kali di angkasa raya te tapi tidak berjumpapun dengan makhluk asing yang dikatakan oleh manusia. Jika ka lian bertemu dengan apa saja bentuk rupa makhluk samaada cantik atau hodoh seben arnya mereka adalah terdiri daripada makhluk jin yang boleh menyerupai sesuatu. ] Jin yang berdiam di suatu tempat dan memperlihatkan diri dalam peristiwa-peristi wa yang ganjil-ganjil. Apabila mereka (jin) berhadapan dengan seorang muslim yan g bertakwa dan kuat akidahnya, lalu orang itu membaca Ayat Kursi dan ayat pertam a dalam surah Ash- Shaffat . [Firman Allah SWT maksudnya, "Demi (rombongan malai kat) yang berbaris bershaf-shaf" (Surah Ash-Shaffat ayat 1) ], pasti mereka terb akar dengan kekuatan yang diberikan Allah, atau lari lintang pukang, tanpa mahu kembali lagi ketempat itu. Saya tegaskan kepadamu bahawa jika ada seorang muslim yang melalui Segitiga Berm uda itu, dan ia membaca ayat-ayat Allah, nescaya Iblis beserta pasukannya tidak akan dapat mencelakakannya. MID : Subhanallah, sesungguhnya memang begitu. Bukankah Allah SWT telah berfi rman, " Maka apabila engkau (Muhammad) hendak membaca al-Quran, mohonlah perlind ungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk. Sesungguhnya, syaitan itu tidak a kan berpengaruh terhadap orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhan. Pengaru hnya hanyalah terhadap orang yang menjadikan pemimpin dan terhadap orang yang me mpersekutukannya dengan Allah." (Surah an-Nahl ayat 98-100) Bagaimana pendapatmu tentang daerah lain yang disebut dengan "Pusaran Syaitan" d i Farmosa, iaitu suatu kawasan berbentuk segitiga mirip Segitiga Bermuda. [Farmosa adalah nama sebuah pulau yang terletak 145 km sebelah timur dataran Cin a yang dipisahkan oleh selat yang disebut Selat Farmosa] JI : Apakan ia daerah yang merupakan pusaran air yang tersembunyi.?

MID : Ya, bukti-bukti ilmiah menunjukkan bahawa kawasan tersebut merupakan per temuan antara arus air hangat dengan air dingin. JI : Akan saya sampaikan kepadamu suatu rahsia yang baru pertama kali ini d iketahui manusia. MID : Silakan. JI : Semua tempat yang merupakan pertemuan dua laut, yakni pertemuan antara aliran air hangat dan air dingin, adalah kawasan yang dipilih oleh Iblis dan pe mbantu-pembantunya, sebagai pusat pemerentahan kerajaan dan negaranya.

MID : Apakah ini ada kaitan dengan pengertian yang dimaksudkan oleh Nabi Muhamm ad SAW ketika baginda melarang seseorang untuk duduk di antara tempat yang panas dan yang teduh. Baginda mengatakan, " Itu adalah tempat duduk syaitan, ataukah itu sekadar penerangan tambahan atas petunjuk Nabi SAW ini? [ Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya) ," Apabil a salah seorang berada di tempat terbuka atau di tengah matahari sedang bersinar , lalu bayangan yang meneduhinya bergerak, sehingga sebahagian dari dirinya terl etak di tempat panas dan sebahagian lagi di tempat teduh, maka hendaklah dia ber diri (meninggalkan tempat itu)." (Hadis Riwayat Abu Daud, dengan tabi' majhul, d an diriwayatkan pula oleh Al-Hakim yang mengatakan bahawa hadis ini sahih sanadn ya. JI : Ya termasuk hal yang seperti itu, atau paling tidak mendekatinya. Syaita n sendiri memang sangat tertarik pada posisi-posisi yang terletak di antara dua hal yang bertentangan. MID : Mengapa harus memilih hal-hal yang bertentangan seperti itu?

JI : Kalian umat manusia, tidak akan boleh memahaminya. Jadi , cukuplah bi la saya katakan bahawa tempat yang demikian itu memberikan kekuatan kepada syait an. MID : Apakan semua jin duduk di tempat yang seperti itu?

JI : Tidak, hanya syaitan yang melakukannya. Keturunan Iblis memang berbez a dari jin, bahkan dalam hal dudk sekalipun. MID : Apakan istana Iblis berjumlah dua belas?

JI : Entahlah, yang jelas wilayah kekuasaannya sangat luas. Semoga Allah m elindungi kita darinya dan dari pasukannya serta dari gangguannya. [Allah SWT berfirman yang bermaksud, " Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Dia akan mencukupkan (keperluan)nya." (Surah Ath- Thalaq ayat 3)] Perkahwinan Jin. Kehidupan jin sangat mirip dengan kehidupan alamiah manusia, ada cinta dan benci , kesepakatan dan perselisihan, kasih sayang dan permusuhan. Tentang kegembiraan yang ada di kalangan mereka, fenomena dan kebiasaannya berbeza satu sama lain. Persetubuhan antara jin lelaki dan jin perempuan juga sama seperti manusia. Teta pi hal ini terjadi sesuai dengan bentuk tubuh mereka yang lazimnya kecil. JI : Malam pengantin bagi jin sama saja maknanya dengan malam pengantin bagi manusia. Jin perempuan menyerahkan keperawanannya sebagai bukti atas kegadisann ya. 'Kehormatan' bagi kalangan jin adalah lebih penting daripada manusia , sekal ipun tetap saja ada jin pelacur. MID : Berapa usia kawin di kalangan kalian? JI : Biasanya saat sesudah baligh. Dunia jin, usia perkahwinan berkisar ant ara 170 atau 180 hingga 200 sampai 250 tahun yang dipandang sebagai usia perkahw inan yang paling baik. MID : Apakah hamil dan melahirkan juga disertai rasa sakit?

JI : Tentu saja. Hamil dan kelahiran adalah penciptaan di dalam penciptaan . Bahkan kesusahan kehamilan di kalangan jin jauh lebih berat daripada yang di a

lami manusia. MID : Mengapa boleh begitu?

JI : Kerana masa kehamilan jin tidak berkisar antara enam sampai sembilan bu lan seperti yang berlaku di kalangan kalian. Tetapi lima belas bulan, dimulai de ngan masa haidh berhenti yang disertai dengan rasa sakit, khususnya kerana rahim jin kadang-kadang berisi tujuh sampai sembilan janin. Malahan boleh juga terjad i kembar dua belas. MID : Apakah wanita-wanita kalian juga menyusu? JI : Tentu saja. Tidak berbeza dengan wanita dikalngan manusia. Perbezaanny a terletak pada usia seorang manusia. Bayi jin untuk waktu yang cukup lama tergo lek tanpa bergerak dan bersuara. Ia banyak tidur. MID : Sesudah itu?

JI ; Ia tumbuh menjadi besar dan mula belajar. Mungkin masuk sekolah atau perguruan-perguruan tinggi, serupa seperti kalian. Akan tetapi dengan sarana yan g lebih cangih dan macam-macam, sesuai dengan kehidupan dan kondisi para jin. Ad a yang masuk Fakulti Kedoktoran, Teknik, Sastera, Juruanalisa. Sama seperti kali an. Cuma , ya yang sesuai dengan kehidupan kami. [ Alam jin dan alam manusia hampir serupa malahan lebih cangih lagi darisegi per kembangan sains dan teknologi, perubatan dan sebagainya seperti wujudnya univers iti dan berbagai bidang pengajian. Contoh manusia masih tidak mampu mencipta kap al piring terbang sedangkan alam jin sudah memiliki kapa piring terbang yang can gih dan bergerak secepat silat. Ini boleh berlaku kerana kehidupan masyarakat ji n telah wujud beribu tahun sebelum Nabi Adam a.s. diciptakan oleh Allah SWT] Perkahwinan Antara Jin Dan Manusia. MID : Bagaimana pendapatmu mengenai cerita tentang kemugkinan perkahwinan anta ra manusia dengan jin? JI : Tidak mungkin. Sebab mahkluknya berbeza. Manusia dan jin memilih wata k yang berbeza. Kalau tidak mengapa Allah SWT berfirman maksudnya, "Dan di antar a tanda-tanda kekuasaa-Nya, Dia telah menciptakan bagimu pasangan-pasangan dari jenismu, agar supaya kamu tenang bersamanya, dan Dia menjadikan di antaramu cint a dan kasih sayang." (Surah ar-Rum ayat 21). Ayat yang mulia ini berlaku untuk jin dan manusia. Manusia berkumpul dan tinggal bersama-sama sesama manusia, dan jin dengan sesama jin. MID : Tetap banyak peristiwa yang menyokong terjadinya perkahwinan antara jin dan manusia, sampai-sampai di sebut Ratu Balqis adalah makhluk yang lahir dari perkahwinan silang manusia dan jin. JI : Percayalah, bahawa perkahwinan antara jin dan manusia itu tidak akan te rjadi, kecuali dalam satu kondisi. Yakni ketika jin menampakkan diri dalam bentu k manusia. Tetapi yang demikian jarang terjadi, atau merupakan pengecualian yang hanya semacam dongeng. Pengecualian, tentu saja , tidak boleh dikenali hukum. S aya tegaskan kepadamu bahawa kalaupun ada perkahwinan yang menyimpang seperti in i, pasti tidak akan dapat menimbulkan kehamilan, baik yang lelaki jin atau sebal iknya. MID JI : Bagaimana boleh begitu? : Sebab, air mani jin tidak sama dengan air mani manusia. Rahim jin jug

a bukan seperti rahim manusia. Sedangkan semuanya itu merupakan persyaratan bagi terjadinya kehamilan. MID : Kalau begitu , cerita yang mengatakan bahawa ibunda Balqis itu jin adal ah bohong belaka? JI : Pasti bohong. Nuftah manusia yang masuk ke rahim jin pasti akan beruba h sepenuhnya. Demikian pula sebaliknya. Kalau tidak begitu, bagaimana mungkin ji n boleh melahirkan jin yang tidak terlihat, dan manusia melahirkan manusia yang boleh dilihat? Masing-masing punya karakter sendiri-sendiri. Yang satu ciptaan A llah dan yang lainnya pun ciptaan-Nya pula.

You might also like