You are on page 1of 10

DEFINISI KESEJAHTERAAN Kesejahteraan merupakan cara hidup ke arah mencapai tahap kesihatan dan kesejahteraan diri yang optimum

merangkumi fizikal, mental dan spiritual yang diintegrasikan oleh individu untuk kehidupan yang berkualiti di dalam masyarakat (Myers, Sweeney and Wittmer, 2005, p. 252). Menurut Cole dan Hall (1970) (dalam Alizarinah Ali, 1993), kesejahteraan hidup adalah satu keadaan emosi yang dapat mempengaruhi corak hidup individu. Individu yang berjaya menjalani dengan tenang, puas dan gembira jarang mempamerkan akhlak yang kurang baik. Sebaliknya, individu yang jarang mengalami ketenangan dalam hidup akan sentiasa berhadapan dengan rasa bersalah, gelisah, takut, bimbang, menyesal dan berkecenderungan marah tanpa sebarang sebab yang nyata.Enam dimensi kesejahteraan seperti yang digariskan oleh Ballard (2012) merangkumi persekitaran,intelek,fizikal,emosi, spiritual dan sosial.Individu yang didefinisikan mencapai kesejahteraan adalah individu yang mencapai tahap optimum bagi keseluruhan dimensi di atas. Namun demikian, tidak dinafikan bahawa terdapat juga turun naik pada dimensi tersebut dalam proses mencapai kesejahteraan (Baker, 2003).

Intelek

persekitaran

fizikal

KESEJAHTERAAN

sosial spiritual

emosi

Kesejahteraan persekitaran Merupakan keseimbangan antara kehidupan individu dan perhubungan dengan persekitaran dan sumber-sumber dalam komuniti. Kesejahteraan persekitaran diperoleh daripada kesihatan individu bermula dari bekalan makana sehingga ke kekecohan dalam persekitaran.Kesejahteraan memerlukan pembelajaran tentang cara-cara bagi menjaga persekitaran dalam menjadikan suatu persekitaran yang kondusif buat semua. Kesejahteraan persekitaran pula dikaitkan dengan kesedaran tentang kestabilan dan pemusnahan dunia atau alam sekitar kesan daripada kegiatan manusia.Kesejahteraan ini akan menggerakkan manusia untuk menyediakan persekitaran yang sihat serta menghargai sumber alam sekeliling(Prentice, 1999).

Kesejahteraan Intelektual Merupakan situasi dimana individu melibatkan diri dalam aktiviti kreatif serta menggunakan sumber-sumber yang ada untuk meluaskan ilmu pengetahuan, perkembangan, aplikasi dan artikulasi pemikiran yang kritis. Kesejahteraan intelektual termasuklah keupayaan menghasilkan idea-idea baru,kebolehan berfikir secara kritikal,motivasi dalam mendapatkan ilmu baru, mempunyai unsur kecindan,krativiti dan sifat ingin tahu.Kesejahteraan intelektual akan mengenalpasti masalah,mencari jalan penyelesaian serta melakukan tindakan pembetulan.Mereka ini tidak akan berhenti belajar malah akan sentiasa mencari pengalaman serta cabaran baru.

Kesejahteraan Fizikal Merupakan proses aktif yang berterusan untuk mengekalkan tahap aktiviti fizikal secara optimum yang memfokuskan kepada nutrisi, penjagaan diri dan gaya hidup yang sihat. Kesejahteraan fizikal bermaksud kesihatan optimum yang memerlukan amalan pemakanan yang sihat,senaman,mengelakkan tabiat yang merosakkan,pemeriksaan kesihatan
3

yang regular dan pencegahan kecederaan semasa di rumah,jalan raya dan di tempat kerja.Ini secara tidak lansung akan meningkatkan kesejahteraan fizikal. Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan.

Kesejahteraan Emosi Kesejahteraan bermaksud kesedaran dan penerimaan perasaan diri sendiri dan orang lain serta kemampuan menguruskan, mengekspresi dan integrasi perasaan.(Roscoe,2009) Merupakan sikap dan kepercayaan individu terhadap diri dan kehidupan. Ianya merangkumi konsep kendiri yang positif dan realistik, identiti diri, tahap penghargaan kendiri dan kesedaran dalam mengawal perasaan. Kesejahteraan emosi termasuklah optimistik,kepercayaan,self-esteem,keyakinan diri,kawalan diri serta keupayaan berkongsi perasaan.Pengekalan kesejahteraan emosi memerlukan pengawalan serta pengembangan pemikiran dan perasaan serta mungkin memerlukan khidmat nasihat pakar. Kesedaran dan penerimaan perasaan diri sendiri dan orang lain serta kemampuan menguruskan, mengekspresi dan integrasi perasaan.

Kesejahteraan Spiritual Kesejahteraan spiritual didefinisikan sebagai dimensi yang holistik merangkumi pencarian makna dalam kehidupan, nilai-nilai intrinsik, hubungan dengan tuhan, dan komuniti spiritual. Definisi spiritual setiap individu dipengaruhi oleh budaya, perkembangan, pengalamanhidup, kepercayaan dan ide-ide tentang kehidupan. Spiritualitas juga memberikan suatu perasaan yang berhubungan dengan intrapersonal (hubungan antara diri sendiri),interpersonal (hubungan antara orang lain dengan lingkungan) dan transpersonal(hubungan yang tidak dapat dilihat yaitu suatu hubungan dengan ketuhanan yangmerupakan kekuatan tertinggi). Adapun unsur-unsur spiritualitas meliputi kesihatanspiritual, kebutuhan spiritual, dan kesadaran spiritual. Dimensi spiritual merupakan suatu penggabungan yang menjadi satu kesatuan antara unsur psikologikal, fisiologikal, ataufisik, sosiologikal dan spiritual. kesejahteraan spiritual pula direalisasikan melalui agama,kepercayaan dan amalan ritual. Kesejahteraan ini melibatkan kepercayaan
4

bahawa ada suatu kuasa yang agung yang menjadikan manusia dan alam sekeliling. Komitmen kesejahteraan spiritual individu dapat direalisasikan melalui amalan ritual.Kesejahteraan pekerjaan pula meliputi pengembangan dan penggunaan.

Kesejahteraan Sosial Merangkumi kadar dan kualiti interaksi dengan orang lain, komuniti, dan persekitaran. Kesejahteraan sosial boleh dikaitkan dengan kemampuan untuk berinteraksi dengan komuniti dan mampu untuk memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat, menerima perbezaan bangsa, budaya,kepercayaan, adat resam dan gender serta menjadikan individu saling menyokong dan menghargai antara satu sama lain juga menyumbang bakat tenaga dan idea. Kesejahteraan sosial yang optimum akan menjadikan individu seorang anggota masyarakat yang dapat memainkan peranan yang pelbagai dengan baik.

Akibat Ketidak Seimbangan Dimensi Kesejahteraan Pengendalian keseimbangan emosi sangat diperlukan untuk menjaga kesihatan. Lebih dari 80% penyakit timbul akibat dari ketidak seimbangan emosi, hal ini sering disebut dengan penyakit psikosomatik, yaitu penyakit-penyakit fisik (soma) yang dimulia akibat ketidak seimbangan psikis (kejiwaan). Pengendalian keseimbangan emosi ini dapat dilakukan dengan pendekatan rekreatif (memanjakan diri kita untuk bersantai sejenak, relaks) misalnya dengan melakukan kegiatan yang merupakan hobi kita, atau yang paling mudah adalah dengan pendekatan spiritual. Setiap manusia adalah peribadi yang ungul , yang mempunyai aspek fizikal , rohani , emosi , dan sosial . Setiap aspek ini mempunyai keperluannya masing - masing yang perlu dipenuhi . Orang juga kemudian terbiasa untuk memenuhi keperluan sosialnya , kerana hubungan dengan orang lain akan sangat mempengaruhi aspek rohani dan emosi . Namun sebenarnya aspek rohani dan emosi juga mempunyai keperluan sendiri yang perlu dipenuhi dengan cara yang sihat .Apabila kita mengabaikan aspek satu atau beberapa dimensi ini , yang terjadi adalah ketidakseimbangan dalam hidup .Jika kita memberi tumpuan pada satu aspek , dan kemudian mengabaikan aspek yang lain akan mengakibatkan kemerosotan dalam kualiti kehidupan Keseimbangan Seumpama
5

ini mengambarkan perasaan untuk disayangi dan dihargai, penghargaan diri, dan juga sebahagian daripada jaringan komunikasi dan tanggungjawab (Uchino, Uno, dan Holt-Lunstad, 1999). Dalam keadaan yang lain pula, tahap sokongan sosial yang rendah terutamanya sokongan emosi, mempunyai hubungan yang signifikan dengan pelbagai tekanan psikologi seperti depresi, kebimbangan, dan tahap kesihatan yang rendah (House, Landis dan Umberson, 1998; Uchino, Cacioppo, dan Kiecolt-Glaser, 1996).Ketidak seimbangan dalam dimensi dimensi ini akan menggangu kesempurnaan kehidupan manusia dari aspek kesihatan,kebahagian kekeluargaan,kesejahteraan dan kebebasan jiwa yang mutlak.

Cara mengamalkan gaya hidup demi keseimbangan Kesejahteraan Gaya hidup yang sihat merupakan cara hidup yang dapat memastikan kesejahteraan dan kebahagiaan hidup manusia. Gaya hidup yang sihat mencakupi pelbagai aspek seperti bersenam, kebersihan, menjauhi seks bebas,dan mengamalkan pemakanan seimbang. Tujuan mengamalkan gaya hidup yang sihat adalah untuk memastikan kesihatan dan kegembiraan hidup kita. Pada hakikatnya, pemakanan yang seimbang turut merupakan asas kepada gaya hidup sihat.Kita harus makan berdasarkan piramid makanan yang menyenaraikan makanan yang harusdimakan dengan banyak. Contohnya, kita harus banyak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan pelawas, vitamin, dan garam mineral. Juzuk-juzuk makanan ini memainkan peranan untuk menjamin kesihatan badan kita. Makanan yang mengandungi lemak dan minyak yang banyak perlu dijauhi. Sementara itu roti dan susu harus dimakan dengan kadar sederhana. Faktor-faktor yang menyumbang kepada kesejahteraan ialah fizikal yang aktif,memilih diet yang sihat,mengekalkan berat badan yang optimum, menguruskan tekanan yang efektif,mencegah merokok dan menjauhi dadah serta melindungi diri daripada penyakit dan kecederaan.Selain pemakanan, bersukan atau beriadah juga adalah sebahagian daripada amalan gaya hidup sihat. Menyingkap daripada sudut perspektif , aktiviti riadah yang dilakukan pada setiap minggu mampu menjadi pemangkin untuk mengurangkan tekanan dalam diri seseorang. Kepenatan, keletihan dan beban kerja yang memberatkan akan menyebabkan mereka menunjukkan simptom-simptom tekanan seperti mudah marah,letih,lesu dan tidak bersemangat. Hal ini demikianakan menyebabkan prestasi mereka sama ada di tempat kerja mahupun sekolah mengalami kemerosotan dan mengundang pelbagai impak negatif seperti mendapat teguran
6

daripada pihakatasan,dilucutkan jawatan dan sebagainya. Dengan aktivitinya riadah,hal ini akan membolehkan kita melakukan aktiviti yang kita gemar. Hal ini menjadi cara yang efektif untuk menghiburkan kita. Kita dapat melupakan beban yang ditanggung dan menjadi lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan.Oleh itu, wajarlah aktiviti riadah dipraktikkan dalam kehidupan kita untuk mengurangkan tekanan yangdialami. Sementelahan pula, melakukan aktiviti riadah turut memberi peluang kepada kita untuk mengeratkan hubungan antara keluarga mahu pun taulan. Hal ini dapat menjadi medium ke arah pembentukan keluarga.

Tambahan Dua Dimensi Kesejahteraan Kerjaya Merupakan tahap di mana individu dapat mempersembahkan nilai dalam diri dan memperolehi kepuasan kendiri menerusi kerjaya dan aktiviti yang diceburi . Ianya merangkumi sikap terhadap kerja serta kebolehan untuk menyeimbangkan pelbagai peranan dalam pekerjaan/ aktivit yang diceburi serta bagaimana individu menggunakan kemahiran dan keupayaan untuk menyumbang kepada masyarakat. Kesejahteraan pekerjaan juga meliputi pengembangan dan penggunaan kemahiran, bakat, anugerah dan pengetahuan untuk meningkatkan pencapaian dan taraf hidup. Kesejahteraan pekerjaan membina sikap positif terhadap pekerjaan dan seterusnya meningkatkan produktiviti serta mencapai kepuasan dalam pekerjaan.

Kesejahteraan Pendidikan Pendidikan memain peranan penting untuk mencapai hidup yang berkualiti kerana pendidikan merupakan antara petunjuk terpenting dalam kualiti hidup manusia. Pendidikan mempunyai
7

hubungan rapat dengan ilmu, dan ilmu dikenalpasti sebagai faktor hasil. Pendidikan membantu individu membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan dunianya, menikmati kemudahan yang ada dipersekitarannya,serta memahami diri sendiri. Pendidikan juga bertindak sebagai pemangkin kesejahteraan hidup dengan cara memimpin individu ke arah sumber-sumber ekonomi yang mantap, keupayaan kawalan diri, dan kestabilan hubungan sosial. Individu yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi cenderung untuk mengalami gangguan emosi dan tekanan fizikal yang rendah. Taraf pendidikan yang baik memberikan seseorang individu itu laluan ke arah pembangunan diri, bergantung bagaimana ilmu tersebut distruktur dan dilaburkan dalam pendidikan. Justeru itu, untuk mencapai kecemerlangan kualiti hidup melalui pendidikan, perhatian awal harus tertumpu kepada kanak-kanak. Kanak-kanak adalah khazanah dunia yang paling berharga kerana pendidikan terawal bermula dari zaman kanak-kanak.

Kesimpulan Kualiti Kesejahteraan Hidup adalah merujuk kepada dimensi persekitaran, intelek, fizikal,emosi, spiritual, sosial, kerjaya dan pendidikan.Kesemua dimensi ini pelu seimbang untuk menjalani satu kehidupan yang sempurna dan bermakna.Kualiti hidup di Malaysia ditakrifkan sebagai merangkumi kemajuan diri, gaya hidup yang sihat, kecapaian dan kebebasan untuk memperolehi pengetahuan dan menikmati taraf hidup yang melebihi keperluan asas dan psikologi individu, untuk mencapai tahap kesejahteraan sosial yang seiring dengan hasrat negara. Apabila sesebuah masyarakat beralih kepada suasana kehidupan yang pada amnya lebih baik, maka kualiti hidupnya dianggap telah meningkat (Unit Perancang Ekonomi: 2002). Memahami kualiti hidup pada hari ini adalah penting dalam penjagaan kesihatan di mana sukatan kewangan tidak di ambil kira. Kualiti hidup ialah darjah kesejahteraan hidup yang dirasai oleh seseorang individu atau kumpulan manusia. Kualiti hidup bukanlah konsep yang nyata dan tidak boleh disukat secara terus. Selain itu, kualiti hidup mengandungi dua komponen. Pertama ialah dari aspek fizikal termasuklah kesihatan, diet, perlindungan daripada penyakit dan kesakitan. Komponen kedua ialah psikologi secara semulajadi. Aspek ini termasuklah tekanan, kebimbangan, kepuasan dan
8

keadaan emosi yang negatif atau positif. Ini adalah mustahil untuk meramalkan kualiti hidup khususnya bagi seseorang individu. Gabungan sifat yang ada pada seseorang individu jarang mendorong seseorang individu untuk berpuas hati terhadap orang lain (Eiser & Morse: 2001).

RUJUKAN. Alias Baba (1992). Statistik penyelidikan dalam pendidikan dan sains sosial. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Arulrajah, A. A. (2005). Hubungan kesihatan psikologi dengan persepsi tekanan, stail menangani tekanan, dan sokongan sosial di kalangan pelajar universiti. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Baker, R. (2003). Dimensions of wellness. Dicapai pada Jun 16, 2005daripada http://www.bradley.edu/eddey/cwc/
Corbin, C. B., Welk, G. J., Lindsey, R., & Corbin, W. R. (2004). Concepts of fitness and wellness: a comprehensive lifestyle approach. New York: McGraw-Hill. Jas Laile Suzana Jaafar (2002). Psikologi kanak-kanak dan remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Kesihatan Malaysia (2000). Kempen cara hidup sihat:kesihatan mental. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia. 9

Kementerian Kesihatan Malaysia (2005). Manual mesej utama dan sokongan: kempen cara hidup sihat setting tempat kerja. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia. Mohd Majid Konting (1998). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia. Nor Ezdianie Omar, (2007). Kesejahteraan psikologi dan kesejateraan spiritual dalam kalangan pelajar IPTS di negeri Kelantan. Serdang:Thesis sarjana yang tidak diterbitkan. Kamus Dewan (2003), edisi ketigaKualiti Hidup Malaysia (2004). Unit Perancanagn Ekonomi Jabatan PerdanaMenteri, Malaysia.Laily, p. and Nurizan, Y.(2004). Kesejahteraan Isi Rumah Johor Darul Takzim.Penerbit: Serdang.Mohamed, I. (2005).

10

You might also like