You are on page 1of 10

AMALI 6

Tajuk : Nilai pemalar Avogadro

Tujuan : Untuk menentukan nilai pemalar Avogadro dengan menggunakan prosedur elektrolisis.

Bahan : 1 mol dm-3 larutan kuprum(II) sulfat 2 kepingan kuprum

Radas: suis Bateri bikar 250 cm3 ammeter jam randik. wayar penyambung dengan klip buaya

Langkah Berjaga-jaga : 1. Jangan menggunakan tangan atau tisu untuk mengelap basahan pada kepingan kuprum selepas dibersih dan dikeringkan dengan propano kerana ia menjejaskan berat pada kepingan kuprum. 2. Pastikan kepingan kuprum dibersihkan dengan kertas pasir sebelum digunakan kerana bahan teroksida pada kepingan kuprum menjejaskan keputusan ujikaji. 3. Pastikan anod dan katod disambung pada terminal yang betul sebelum eksperimen bermula.

Prosedur

1. Dua kepingan kuprum dibersihkan dengan menggunakan kertas pasir dan ditimbangkan. 2. Bikar diisikan dengan 1 mol dm-3 larutan kuprum (II) sulfat sehingga separuh penuh. 3. Radas telah disediakan seperti rajah 1, kemudian suis dihidupkan dan jam randik dimulakan. 4. Rheostat dilaraskan bagi membenarkan jumlah arus yang kecil mengalir. 5. Bacaan ammeter telah direkod. 6. Selepas 30 minit, suis elektrik dimatikan. 7. Sebarang perubahan pada anod dan katod telah diperhatikan dan dicatatkan. 8. Kepingan kuprum dibersih dan dikeringkan dengan menggunakan propanon dan berat kepingan kuprum ditimbangkan.

Keputusan : Kriteria Jisim sebelum (g) Jisim selepas (g) Katod (Kuprum A) 1.10 1.14 Terdapat enapan pada kepingan kuprum. Jisim kepingan kuprum bertambah Anod (Kuprum B) 1.20 1.03 kepingan kuprum semakin nipis kerana terhakis - Jisim kepingan kuprum berkurangan Pengoksidaan Cu Cu2+

Keadaan fizikal elektrod / Perubahan Jisim -

Tindak balas

Penurunan Cu
2+

Cu

Elektron

Menerima dua elektron Membebaskan dua untuk membentuk ion Cu elektron dan membentuk ion Cu2+ Cu2+ + 2e- Cu 0.12 A 3.0 V Cu Cu2+ + 2e-

Persamaan setengah Arus (A) Voltan (V)

Pengiraan :

Persamaan setengah : Katod : Cu2+ + 2e- Cu Anod : Cu Cu2+ + 2e(penurunan) (pengoksidaan)

i) Kira jumlah cas melalui litar, Q

jumlah cas melalui litar, Q = Arus,I x masa, t = 0.12 A x (30 minit x 60) = 0.12 A x 1800 s = 216 C

ii) Kira Bilangan elektron (Cas bagi satu elektron = 1.602 x 10-19 C)

Bilangan elektron

= = = 1.348 x 1021

iii) Kira bilangan atom kuprum yang terbentuk daripada anod bilangan atom kuprum yang terbentuk =

= = 6.74 x 1020 0.07 g kuprum, Cu membentuk sebanyak 6.74 x 1020 ion kuprum, Cu2+.

iv) Kira bilangan ion Cu2+ yang terbentuk bagi satu gram ion bilangan ion Cu2+ yang terbentuk bagi satu gram ion =

= = 9.629 x 1021 satu gram kuprum,Cu membentuk sebanyak 9.629 x 1021 ion kuprum, Cu2+.

v) Bilangan atom kuprum dalam satu mol

Bilangan atom kuprum,Cu bagi setiap satu gram = bilangan ion kuprum, Cu 2+ = 9.629 x 1021 Oleh itu, bilangan atom kuprum, Cu dalam satu mol = jisim x jisim molekul relatif = (9.629 x 1021) x 63.55 = 6.12 x 1023

Perbincangan :

Menurut Tan Pek Soo, Hukum Elektrolisis Faraday adalah jisim bahan yang termendak pada elektrod berkorelasi dengan kuantiti elektrik Q (arus masa) yang lalu menerusi larutan, dan dengan jisim molar bahan berkenaan. Manakala nilai pemalar Avogadro merupakan satu hukum dimana gas-gas dengan isi padu yang sama, pada suhu dan tekanan yang sama, mempunyai bilangan zarah atau molekul yang sama. Bilangan molekul yang ada pada isi padu gas yang tertentu adalah bebas daripada saiz ataupun jisim molekul gas tersebut. Nilai teori bagi pemalar Avogadro merupakan 6.02 1023 (Soo, 2008).

Dalam eksperimen ini, kepingan kuprum dijadikan sebagai elektrod anod dan elektrod katod. Ini adalah kerana elektrod kuprum adalah contoh elektrod tidak lengai yang juga dikenali sebagai elektrod aktif (Soo, 2008). Hal ini bermakna elektrod kuprum di anod akan bertindak balas. Dalam elektrolisis ini larutan kuprum (ll) sulfat digunakan sebagai elektrolit. Sehubungan ini, ion-ion yang terdapat dalam larutan kuprum (ll) sulfat termasuklah ion Cu2+, ion SO42-, ion H+ dan ion OH-. Ion-ion Cu2+ dan H+ akan bergerak ke elektrod katod untuk didiscaskan. Manakala ion-ion SO42- dan OH- ditarik ke elektrod anod. Dalam sel elektrolisis, elektron bergerak dari anod (terminal positif) ke katod (terminal negatif). Manakala arus mengalir dari terminal negatif ke terminal positif. Arah aliran elektron dan arus elektrik adalah bertentangan. Propanon berfungsi untuk melekatkan serbuk atau lapisan yang berwarna keperangan di elektrod katod.

Berdasarkan pemerhatian eksperimen, elektrod anod menjadi semakin nipis dan jisim kepingan kuprum telah berkurang sebanyak 0.07g. Manakala bagi elektrod katod pula menjadi semakin tebal dan jisim kepingan kuprum telah bertambah sebanyak 0.04g. Hal ini menunjukkan bahawa proses pengoksidaan telah berlaku di anod dan proses penurunan telah berlaku di katod. Maka, tindak balas yang berlaku di eksperimen ini adalah tindak balas redok. Di elektrod anod, proses pengoksidaan telah berlaku di mana elektrod kuprum membebaskan 2 elektron untuk membentuk ion kuprum,Cu2+. Dengan kata lain, elektrod kuprum terhakis dan menghasilkan ion-ion Cu2+. Maka, elektron-elektron dan ion-ion Cu2+ yang dibebaskan oleh logam kuprum dialirkan ke elektrolit.

Sementara itu, ion-ion SO42- dan OH- tidak dipilih untuk didiscas kerana elektrod anod adalah logam kuprum. Setengah persamaan di anod adalah seperti berikut:

Di elektrod katod pula, ion-ion kuprum,Cu2+ dan

hidrogen, H- ditarik untuk

didiscaskan. Namun berdasarkan siri elektrokimia, ion Cu2+ yang berada di bawah ion H+, ion Cu2+ mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi dipilih untuk didiscaskan semasa elektrolisis. Dengan ini, proses penurunan telah berlaku di mana ion-ion Cu2+ dipilih untuk didiscas dengan menerima dua elektron untuk membentuk logam kuprum di elektrod katod. Proses penurunan jelas berlaku di katod apabila ion-ion Cu2+ menerima dua elektron untuk membentuk logam kuprum, Cu. Nombor pengoksidaan ion Cu2+ berkurang daripada +2 kepada 0. Dalam eksperimen ini ion Cu2+ bertindak sebagai agen pengoksidaan yang mengoksidakan logam kuprum, Cu kepada ion Cu2+. Hal ini terbukti apabila jisim kuprum di katod bertambah sebanyak 0.04g pada akhir eksperimen. Pertambahan jisim adalah disebabkan hasil enapan logam kuprum yang terbentuk daripada proses penurunan ion-ion Cu2+. Setengah persamaan di katod adalah seperti berikut:

Selain itu, pemerhatian turut mendapati bahawa elektrolit yang berwarna biru tidak berubah warna sepanjang eksperimen. Dalam elektrolisis ini warna elektrolit sepatutnya warna biru menjadi pudar apabila elektrod katod menarik ion-ion Cu2+ daripada larutan akues kuprum (II) sulfat untuk didiscaskan. Tarikan ion-ion ini telah menyebabkan kepekatan dan kuantiti ion Cu2+ dalam larutan akues berkurang dan secara logik, warna biru larutan pudar. Tetapi, kepekatan larutan akues ini tidak berubah kerana ion-ion Cu2+ yang terhasil di elektrod anod melarut ke dalam larutan akues tersebut dan menggantikan kehilangan ion Cu 2+ yang telah diturunkan di katod. Maka warna biru larutan kuprum (II) sulfat tidak berubah. Justeru, berdasarkan pemerhatian eksperimen ini juga, terdapat bintik-bintik kecil yang berwarna perang terapung di permukaan elektrolit selepas 30 minit tindak balas. Ini adalah disebabkan terdapat mendakan kuprum yang dihasilkan dalam tindak balas tetapi tidak dilekatkan di permukaan elektrod.

Berdasarkan pengiraan eksperimen, nilai pemalar Avogadro yang diperoleh adalah tidak sama dengan nilai teori pemalar Avogradro. Nilai teori adalah 6.02 X 1023 mol-1 manakala nilai yang didapati dalam eksperimen adalah 6.12 x 1023 mol-1.. Ini bermakna ion-ion Cu2+ yang tertarik ke elektrod katod berlebihan untuk dinyahcas. Hal ini berlaku mungkin disebabkan oleh beberapa kemungkinan seperti lapisan teroksida di permukaan kepingan kuprum yang digunakan dalam eksperimen tidak dibersih sepenuhnya. Dengan ini, jisim elektrod yang ditimbangkan lebih berat daripada jisim sebenar seterusnya menjejaskan nilai pemalar Avogadro yang

diperoleh. Tambahan itu, wayar penyambung dan buaya klip yang digunakan dalam eksperimen telah memyebabkan rintangan yang tinggi berlaku dalam litar. Ini menyebabkan arus yang digunakan adalah lebih banyak dan turut menjejaskan nilai pemalar Avogadro. Di samping itu, bekalan kuasa dimatikan bukan tepat pada 30 minit tetapi adalah lebih daripada 30 minit turut merupakan salah satu sebab nilai pemalar Avogadro tidak jitu. Nilai pemalar Avogadro bertambah kerana

pertambahan masa menyebabkan lebih banyak zarah kuprum,Cu dipindahkan melalui elektrolit dari anod ke katod. Sebab terakhir adalah kepingan kuprum yang ditimbang semula itu belum kering sepenuhnya semasa ditimbang. Elektrod yang belum kering masih mengandungi lapisan eseton dan pepejal kuprum tidak dapat terbentuk sepenuhnya sewaktu masih basah dan akan menjejaskan bacaan jisim bagi elektrod tersebut.

Kesimpulan Nilai pemalar Avogadro melalui proses elektrolisis elektrod kuprum dengan larutan akues kuprum (II) sulfat 1.0 mol dm-3 adalah 6.12 X 1023 mol-1.

Soalan:

1. Secara teori, pertambahan jisim dalam satu elektrod kuprum sepatutnya sama dengan pengurangan jisim pada elektrod lain. Jelaskan mengapa terdapat sedikit perbezaan antara kedua-dua nilai semasa eksperimen dijalankan. Perbezaan adalah disebabkan oleh kuantiti ion Cu2+ yang ditarik untuk didiscaskan dielektrod katod adalah lebih daripada kuantiti ion Cu 2+ yang dibebaskan untuk dibentuk oleh elektrod anod. Selain itu, hal ini mungkin disebabkan kehadiran bendasing pada permukaan kuprum yang jatuh ke dasar bikar. jarak yang tidak konsisten diatara dua elektrod ketika eksperimen dijalankan juga menyebabkan terdapat sedikit perbezaan antara kedua-dua nilai semasa menjalankan eksperimen ini.

2. Tuliskan persamaan tindak balas yang seimbang untuk tindak balas yang berlaku di anod dan katod. Anod Katod : 2H2O (ce) O2 (g) + 4H (ak) + 4e: Cu2+ (ak) + 2e- Cu (p)

3. Nyatakan

dan

terangkan

dua

cara

untuk

meningkatkan

ketepatan

keputusan yang diperoleh Cara pertama adalah Membersihkan lapisan oksida pada permukaan kepingan kuprum hingga habis menggunakan kertas pasir. Hal ini bagi memastikan jisim sebenar elektrod kuprum dapat ditimbang dan diperolehi. Lapisan oksida yang dibersihkan akan meningkatkan nilai timbangan jisim elektrod itu. Cara kedua pula ialah nilai rintangan harus dikawal dengan melaraskan rheostat sepanjang eksperimen dijalankan. Hal ini bagi memastikan beza keupayaan dalam sel elektrolisis itu adalah tetap iaitu tidak menurun dan berkurang daripada 3 sepanjang eksperimen dijalankan.

4. Selain daripada mengukur nilai pemalar Avogadro, nyatakan dan jelaskan dua kegunaan proses elektrolisis dalam industri.

Kegunaan proses elektrolisis dalam industry adalah Penulenan Logam. Pada pengolahan tembaga dari bijih kalkopirit diperoleh tembaga yang masih tercampur dengan sedikit perak, emas, dan platina. Untuk beberapa keperluan dibutuhkan tembaga tulen, misalnya untuk membuat kabel. Tembaga yang tidak tulen dipisahkan dari zat pengotornya dengan elektrolisis. Tembaga yang tidak tulen dipasang sebagai anod dan tembaga tulen dipasang sebagai katod dalam elektrolit larutan CuSO4 . Tembaga di anod akan teroksida menjadi Cu2+ selanjutnya Cu2+ diturunkan di katod. Dengan demikian tembaga di anod pindah ke katoda sehingga anod semakin habis dan katod semakin bertambah besar. Logam emas, perak, dan platina terdapat pada lumpur anoda sebagai hasil samping pada pemurnian tembaga. Kegunaan seterusnya adalah Penyaduran Logam. Produk yang diperbuat daripada logam perlu dilindung dari pengaratan dan kelihatan menarik. Maka prosuk logam ini seringkali dilapisi dengan lapisan tipis logam lain yang lebih tahan korosi dan berkilat. Salah satu cara melapisi atau menyepuh adalah dengan elektrolisis. Benda yang akan dilapisi dipasang sebagai katod dan potongan logam penyepuh dipasang sebagai anod yang dibenamkan dalam larutan garam dari logam penyepuh dan dihubungkan dengan sumber arus searah. Contohnya untuk melapisi sendok garpu yang terbuat dari baja dengan perak, maka garpu dipasang sebagai katod dan logam perak dipasang sebagai anod, dengan elektrolit larutan AgNO3.

Rujukan

The Chem Team . (2009). Didapatkan February 7, 2014, daripada Hess' Law of Constant Heat Summation Using two equations and their enthalpies: http://www.chemteam.info/Thermochem/HessLawIntro1.html Pemalar Fizik . (2013, Mac 9). http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemalar_fizik Didapatkan dari Wikipedia:

Blaber, M. (1996). Energy Relations in Chemistry: Thermochemistry. Didapatkan Februari 7, 2014, daripada Enthalpies of Formation: http://www.mikeblaber.org/oldwine/chm1045/notes/Energy/HeatForm/Energy0 5.htm Ngoh, D. T. (t.t). Nota Ringkas Tenaga Dalam Kimia . Sembilan Darul Khusus: Jabatan Sains IPG Kampus Pendidikan Teknik . Pahaikan. (2011, Julai 26). Chemistry Discussion . Didapatkan Februari 7, 2014, daripada HESS LAW dalam Thermochemistry: http://www.pahaikan.com/forum.php#nabble-td6622580 Physical Chemistry For Bioscience . (t.t). Didapatkan Februari 7, 2014, daripada Hess Law : http://books.google.com.my/books?id=PNH1fHj5Tw0C&pg=PA66&lpg=PA66 &dq=hess%27s+law+indirect+method&source=bl&ots=JWRGkrp3G&sig=fWbpQIiIqFGWKPHGt2auRMVZgpA&hl=en&sa=X&ei=munyUqD4 NsKkrQesu4DwDQ&redir_esc=y#v=onepage&q=hess's%20law%20indirect% 20method&f=fals Toon, T. Y. (1998). Kimia Fizik STPM. Shah Alam : Kursus Sains Fajar Bakti. TOON, T. Y. (2003). SUKSES KIMIA SPM. Petaling Jaya: PENERBITAN FAJAR BAKTI SDN. BHD.

You might also like