You are on page 1of 36

AYAT TUNGGAL

MOHD. ALIF HAIQAL BIN TARMIZI JENNY BAILIN

Definisi ayat tunggal


Ayat tunggal merupakan ayat yang mengandungi hanya satu klausa, iaitu satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.

Binaan Ayat Tunggal


Ayat tunggal ialah ayat yang terdiri drpd dua bahagian, iaitu subjek iaitu bahagian ayat yang diterangkan, dan predikat merupakan ayat yang menerangkan ayat. Contohnya: Subjek Ariathy Mereka Predikat guru. ke Kota Kinabalu esok.

Binaan subjek
Subjek ayat tunggal terdiri drpd frasa nama yang terbentuk drpd salah satu unsur yang berikut: i. Kata nama ii. Kata ganti nama iii. Kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama iv. Kata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama

Subjek Kata Nama


Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada kata nama am, kata nama khas, atau kata nama terbitan, seperti yang terdapat dalam ayat berikut:
Subjek (Nama Am) 1. Kakaknya 2. Gaung itu Predikat pramugari. sangat curam.

Subjek (Nama Khas)


1. Sheila 2. Lina Subjek (Nama terbitan) 1. Kesilapan itu 2. Pertunjukan itu

Predikat
peragawati terkenal. telah melawat Cambodia. Predikat satu pengajaran. berakhir esok.

Subjek Kata Ganti Nama


Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada kata ganti nama orang atau kata ganti nama tunjuk, seperti yang terdapat dalam ayat berikut:
Subjek ( Kata Ganti Nama Orang) Predikat

1. Saya 2. Kami 3. Awak


Subjek ( Kata Ganti Nama Orang) 1. Dia 2. Beliau

jururawat. pelajar Tingkatan Dua. boleh tinggal di sini.


Predikat amat malas. ke Labuan minggu depan.

Subjek (Kata Ganti Nama Tunjuk Umum) 1. Itu 2. Itu

Predikat pendapat yang bernas. tuduhan yang melampau.

Subjek (Kata Nama Tunjuk tempat) 1. Sini 2. Situ 3. Sana

Predikat perhentian bas yang baharu. kedai buku sekolah kami. tempat orang beriadah.

Subjek Kata Kerja


Ada sejenis kata kerja yang penggunaannya dalam ayat berfungsi sebagai subjek, iaitu kata kerja yang mengambil tugas kata nama. Contohnya :
Subjek (Kata Kerja ) 1. Melastik 2. Bercakap 3. Menjadi guru Predikat menjadi kegemarannya. memang mudah. memang cita-citanya.

Subjek Adjektif
Ada juga sejenis kata adjektif yang berfungsi sebagai subjek sesuatu ayat, yakni kata adjektif yang mengambil tugas kata nama. Contohnya:
Subjek (Kata Adjektif) 1. Merah jambu 2.Lemah lembut 3.Kecil 4.Kedekut Predikat ialah warna kegemaran Sheila. sifat orang-orang Timur. tidak bererti lemah. suatu sifat yang buruk.

Binaan Predikat
Predikat sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur utama yang berikut: i. Frasa Nama ii. Frasa Kerja iii. Frasa Adjektif iv. Frasa Sendi Nama

Predikat Frasa Nama


Binaan Frasa Nama yang menjadi predikat nama seperti binaan frasa nama yang berfungsi sebagai subjek dalam sesuatu ayat. Tegasnya, unsur ini boleh terbina daripada frasa nama am dan frasa nama khas seperti contoh yang berikut: Subjek Predikat (Frasa Nama Am) polis. ketua darjah.

1.Ahmad 2. Murid itu

Subjek 1. Binatang itu 2. Ceritanya 3. Tegurannya

Predikat (Frasa Nama Am) rusa. alasan sahaja. suatu pengajaran.

Subjek 1. Beliau 1. Bangunan itu 2. Institusi itu

Predikat (Frasa Nama Khas) Pengarah Pendidikan Negara. Muzium Negara. Universiti Malaya.

Predikat Frasa Kerja


Frasa Kerja yang menjadi predikat dalam sesuatu ayat terbentuk daripada unsur berikut : i. Kata kerja asal. ii. Kata kerja terbitan. iii. Kata bantu. iv. Kata keterangan.

a) Kata kerja asal


Terdiri daripada dua jenis iaitu: 1. Kata kerja tidak berimbuhan - Kata kerja yang terdiri drpd satu kata dasar. Boleh terdiri drpd kata kerja tidak transitif dan kata kerja transitif. Contohnya:
Predikat

Subjek
1. Bapa Ariathy 2. Sarimah 3. Hafizul

Kata Kerja Tak Transitif tidur. mandi pulang

Keterangan di sungai. pada waktu senja.

Subjek 1. Monyet 2. Kucing saya

Predikat Kata Kerja Transitif Objek itu makan pisang. minum susu.

2. Kata kerja asal berimbuhan. -kata kerja yang terdiri daripada gabungan kata dasar dan imbuhan. Boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Contohnya :
Subjek 1. 2. 3. 4. Para pelancong Orang tua Keretanya Mereka Predikat sedang menari di majlis itu. Itu sedang berehat di bilik. terbalik di tepi jalan. bersenam setiap hari.

Subjek 1. Dia 2. Perompak itu 3. Sheila 4. Kakak

Predikat mengarang sebuah cerita jenaka. mengikat tangan kerani wang itu. menjahit pakaian ibunya. menggoreng ikan selar kering.

b) Kata Kerja Terbitan


Kata kerja terbitan ialah kata kerja yang asalnya bukan daripada golongan kata kerja tetapi dengan golongan kata yang lain seperti kata nama atau kata adjektif. Untuk menjadi kata terbitan, kata nama atau kata adjektif perlu menerima imbuhan meN--kan, meN-..-I, atau memper-.. Contohnya menyekolahkan, menemani, memperindah.
Subjek 1. Encik Rahim 2.Puan Peyona 3. Bapa kami Predikat menyekolahkan anak sulungnya. menemani ibu mertuanya. Memperindah serambi rumah.

c) Kata bantu
Kata bantu menjadi unsur frasa kerja yang hadir sebelum kata kerja. Terdapat dua jenis kata bantu dalam bahasa Melayu iaitu: a). Kata Bantu Aspek b). Kata Bantu Ragam

Kata bantu aspek Kata bantu aspek ialah kata bantu yang menyatakan atau menerangkan sesuatu perbuatan dari segi masa, sama ada belum, sedang atau sudah dilakukan. Contohnya akan, belum, pernah, sedang, masih, baru, sudah, telah, mula.

Kata bantu Ragam Kata bantu ragam ialah kata bantu yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan. Contoh kata bantu jenis ini adalah seperti hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat, patut, mungkin, enggan.

4. Unsur Keterangan
Frasa kerja yang mengandungi kedua-dua jenis kata kerja, transitif dan tak transitif, boleh menerima unsur keterangan. Frasa keterangan ialah unsur yang menerangkan kata kerja secara lebih lanjut lagi, seperti yang terdapat dalam contoh berikut : i. Dia berjalan dengan cepat. ii. Ramai wanita bekerja di kilang. iii. Murid-murid itu datang dari kampung berdekatan. iv. Dia berlagak macam orang kaya.

Predikat Frasa Adjektif


Frasa adjektif ialah yang berfungsi sebagai predikat terdiri daripada kata adjektif, iaitu kata adjektif selapis atau kata adjektif ganda. Contoh kata adjektif selapis yang berfungsi sebagai predikat :
Subjek 1. Kucing kesayangannya itu 2. Masakannya 3. Buah pokok durian kami Predikat gemuk. enak. Sungguh lebat.

Kata adjektif boleh digandakan untuk membawa erti banyak dan berbagai-bagai rupa bentuk serta sifatnya.
Subjek 1. Rumah di bandar itu 2. Pekerja kilang itu 3. Pelajar sekolah itu Predikat besar-besar. rajin-rajin. pandai-pandai.

Predikat Frasa Sendi Nama


Frasa sendi nama yang menjadi predikat terbina daripada kata sendi nama yang diikuti oleh frasa nama. Contohnya :
Subjek 1. Adik saya 2. Mereka semua 3. Abang Ali 4. Bungkusan itu 5. Hadiah ini 6. Begnya 7. Arahan itu Predikat di rumah. dari kampung. ke sekolah. daripada Wana. untuk Haiqal. ada pada saya. kepada semua pekerja.

Susunan konstituen ayat tunggal


Ayat tunggal dibina oleh dua konstituen, iaitu subjek dan predikat. Ayat tunggal mempunyai dua bentuk susunan iaitu : a) Susunan biasa b) Susunan songsang

Dalam susunan biasa bagi ayat tunggal, kedudukan konstituen subjeknya adalah di hadapan konstituen predikat.

Contoh ayat biasa


Subjek 1) 2) 3) 4) 5) Haiqal Beberapa buah bangunan Mereka semua Negeri-negeri Pantai Timur Penyalahgunaan dadah Predikat telah berjaya memenangi hadiah pertama. musnah dalam kebakaran itu. sudah lama menetap di Malaysia. masyhur dengan perusahaan kerajinan tangan. melemahkan tenaga pekerja kilang itu.

Ayat songsang Ayat tunggal dalam bahasa Melayu boleh terbentuk dalam susunan biasa dan boleh juga dalam susunan songsang, melalui proses pendepanan atau penjudulan Dalam susunan songsang, unsur-unsur dalam konstituen predikat yang biasanya hadir selepas subjek dipindahkan ke hadapan subjek. Terdapat dua proses pendepanan yang berlaku pada predikat iaitu: a) Pendepanan seluruh predikat b) Pendepanan sebahagian daripada predikat.

1) Pendepanan seluruh subjek Seluruh konstituen predikat dibawa ke hadapan mendahului subjek. Contohnya : i. Perangainya baik sungguh ii. Baik sungguh perangainya. i. Rasa buah itu enak sekali. ii. Enak sekali rasa buah itu.

2) Pendepanan sebahagian daripada predikat Bahagian bahagian daripada predikat ini boleh mengalami proses pendepanan secara berasingan iaitu : a) Pendepanan frasa kerja b) Pendepanan frasa adjektif c) Pendepanan frasa sendi nama

a) Pendepanan frasa kerja Bahagian dalam frasa kerja, iaitu kata kerja sahaja, kata kerja dengan objek atau kata kerja dengan kata bantu boleh mengalami prose pendepanan. contohnya.: Pendepanan kata kerja i) Mereka bekerja setiap hari. ii) Bekerja mereka setiap hari.

Pendepanan kata kerja dengan objek i) Pak Abu menanam jagung tahun ini. ii) Menanam jagung Pak Abu tahun ini. Pendepanan kata kerja dengan kata bantu i) Budak-budak itu masih bermain. ii) Masih bermain budak-budak itu.

b) Pendepanan frasa adjektif. Kata adjektif atau kata adjektif dengan kata bantu akan dikedepankan dalam susunan ayat songsang. Contoh pedepanan kata adjektif sahaja : i) Dia sakit pada masa itu. ii) Sakit dia pada masa itu. Contoh pendepanan kata adjektif dengan kata bantu. i) Barang itu belum tentu baik. ii) Belum tentu baik barang itu.

c) Proses ini mengalihkan unsur frasa sendi nama ke bahagian hadapan iaitu mendahului subjek. Terbahagi dua iaitu : 1. Frasa sendi nama sebagai predikat 2. Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.

Contoh frasa sendi nama sebagai predikat: i) barang-barang itu untuk ibu. ii) Untuk ibu barang-barang itu. Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat. i) Saya berpegang pada janji ii) Pada janji saya berpegang.

Sekian

You might also like