Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
28Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Bahan, Teknik dan Idea

Bahan, Teknik dan Idea

Ratings: (0)|Views: 7,707 |Likes:
Published by fairus
Bakat Muda Sezaman (BMS) merupakan pertandingan seni rupa kontemporari untuk mencari bakat baru di dalam
penghasilan karya seni yang berprestasi tinggi di Malaysia. Pemenangnya diiktiraf sebagai pengkarya seni terbaik di Malaysia juga di peringkat antarabangsa. Namun tiada maklumat terperinci yang menghuraikan pengolahan bahan, teknik dan idea karya-karya tersebut yang menjadikan hanya golongan celik seni lukis sahaja yang dapat menghayatinya. Perkara ini menjadikan jurang yang lebih luas antara pengkarya dengan masyarakatnya. Walhal karya-karya seni tampak adalah sebahagian daripada wadah budaya bangsa yang sepatutnya dapat diamati dan difahami oleh semua ahli masyarakat.

Objektif kajian ini adalah untuk merungkai aspek ‘bentuk’ dan ‘makna’ karya-karya pemenang utama BMS bagi memberi maklumat yang terperinci dengan pernyataan yang mudah serta mengenalpasti perkembangannya dari segi tema dan pengolahan serta artis yang terlibat. Kaedah penyelidikan ini menggunakan pendekatan Kualitatif dan
Kuantitatif menerusi rekabentuk Content Analysis. Semua karya pemenang utama pertandingan BMS sejumlah 20 karya dari tahun 1974 hingga 2004 telah dijadikan sampel kajian untuk dianalisa. Kajian merangkumi perkara yang berkaitan idea daripada tema dan pengolahan bahan serta teknik setiap karya tersebut berpandukan model ‘Organic Unity‘ menerusi analisa dalam aspek subjek yang digunakan, pengolahan bentuk dan makna yang tersirat.
Bakat Muda Sezaman (BMS) merupakan pertandingan seni rupa kontemporari untuk mencari bakat baru di dalam
penghasilan karya seni yang berprestasi tinggi di Malaysia. Pemenangnya diiktiraf sebagai pengkarya seni terbaik di Malaysia juga di peringkat antarabangsa. Namun tiada maklumat terperinci yang menghuraikan pengolahan bahan, teknik dan idea karya-karya tersebut yang menjadikan hanya golongan celik seni lukis sahaja yang dapat menghayatinya. Perkara ini menjadikan jurang yang lebih luas antara pengkarya dengan masyarakatnya. Walhal karya-karya seni tampak adalah sebahagian daripada wadah budaya bangsa yang sepatutnya dapat diamati dan difahami oleh semua ahli masyarakat.

Objektif kajian ini adalah untuk merungkai aspek ‘bentuk’ dan ‘makna’ karya-karya pemenang utama BMS bagi memberi maklumat yang terperinci dengan pernyataan yang mudah serta mengenalpasti perkembangannya dari segi tema dan pengolahan serta artis yang terlibat. Kaedah penyelidikan ini menggunakan pendekatan Kualitatif dan
Kuantitatif menerusi rekabentuk Content Analysis. Semua karya pemenang utama pertandingan BMS sejumlah 20 karya dari tahun 1974 hingga 2004 telah dijadikan sampel kajian untuk dianalisa. Kajian merangkumi perkara yang berkaitan idea daripada tema dan pengolahan bahan serta teknik setiap karya tersebut berpandukan model ‘Organic Unity‘ menerusi analisa dalam aspek subjek yang digunakan, pengolahan bentuk dan makna yang tersirat.

More info:

Published by: fairus on Oct 22, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/10/2012

pdf

text

original

 
C S S R 0 8’ 0 9
 
14 - 15 March 2009
C
O N F E R E N C E ON
S
C I E N T I F I C
&
 
S
O C I A L
R
E S E A R C H
 
Paper number: 5590841
BAHA, TEKIK DA IDEA: Kajian Penghasilan Karya Seni Halus
Azian Haji Tahir dan Rosiah Md oor
 Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA, Kampus SERI ISKADAR Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, MALAYSIA Azian572@perak.uitm.edu.my rosiah65@yahoo.com 
ABSTRACTBakat Muda Sezaman (BMS) merupakan pertandingan seni rupa kontemporari untuk mencari bakat baru di dalam penghasilan karya seni yang berprestasi tinggi di Malaysia. Pemenangnya diiktiraf sebagai pengkarya seni terbaik diMalaysia juga di peringkat antarabangsa. Namun tiada maklumat terperinci yang menghuraikan pengolahan bahan,teknik dan idea karya-karya tersebut yang menjadikan hanya golongan celik seni lukis sahaja yang dapatmenghayatinya. Perkara ini menjadikan jurang yang lebih luas antara pengkarya dengan masyarakatnya. Walhalkarya-karya seni tampak adalah sebahagian daripada wadah budaya bangsa yang sepatutnya dapat diamati dandifahami oleh semua ahli masyarakat.Objektif kajian ini adalah untuk merungkai aspek ‘bentuk’ dan ‘makna’ karya-karya pemenang utama BMS bagimemberi maklumat yang terperinci dengan pernyataan yang mudah serta mengenalpasti perkembangannya dari segitema dan pengolahan serta artis yang terlibat. Kaedah penyelidikan ini menggunakan pendekatan Kualitatif danKuantitatif menerusi rekabentuk 
Content Analysis.
Semua karya pemenang utama pertandingan BMS sejumlah 20karya dari tahun 1974 hingga 2004 telah dijadikan sampel kajian untuk dianalisa. Kajian merangkumi perkara yang berkaitan idea daripada tema dan pengolahan bahan serta teknik setiap karya tersebut berpandukan model ‘
OrganicUnity
‘ menerusi analisa dalam aspek subjek yang digunakan, pengolahan bentuk dan makna yang tersirat.Hasil kajian mendapati kesemua karya mempunyai kesatuan yang tersendiri dalam mengemukakan subjek pilihanyang dapat diolah menjadi bentuk yang membawa makna dalam memenuhi setiap persoalan semasa yangdikemukakan. Perkembangan penghasilan karya berdasarkan tema yang ditetapkan menjadi asas dalammenyampaikan idea, gaya, bahan dan teknik secara kontemporari mengikut peredaran zaman. Corak persembahanseni instalasi yang merupakan karya kategori sezaman adalah separuh daripada jumlah yang memenangi pertandingan hadiah utama BMS dengan 50% daripada 20 karya yang dikaji. Majoriti pemenang-pemenang adalahterdiri daripada mereka yang mendapat pendidikan formal dari Institut Pengajian Tinggi dalam bidang seni visualdengan bekas graduan kelahiran UiTM memonopoli 14 daripada 20 pengkarya.Keywords: Bakat Muda Sezaman, Bahan, Teknik, Idea dan Karya Seni Halus
1. PEGEALA 
Seni visual yang juga disebut seni tampak atau seni rupa adalah objek untuk dilihat dan dihayatikerana ianya dapat memberi kepuasan hati untuk menambah keindahan persekitaran hidup, mempamerkansesuatu perasaan dalaman, menzahirkan ekpresi diri dan bertujuan untuk berkomunikasi tentang sesuatuidea (Rosalind, 1995). Namun begitu pengutaraan sesuatu idea oleh seniman atau pengkarya yang diolahdaripada bahan dan menerusi teknik tertentu merupakan satu kegiatan yang halus dari hati nuraninya yangkerapkali sukar dimengertikan oleh khalayak ramai. Seni rupa atau seni halus sebagaimana menurutZakaria Ali (1989), ialah penghargaan atau apresiasi terhadap objek-objek seni. Di antara objek-objek seniini adalah terdiri daripada catan, lukisan, cetakan, dan arca. Penghargaan terhadap seni halus sangat bersifat subjekif kerana setiap orang mempunyai naluri yang berbeza yang akan membuat tanggapan yang juga berbeza. Manakala objek seni itu sendiri membawa makna yang berlainan kepada orang yang
 
C S S R 0 8’ 0 9
 
14 - 15 March 2009
C
O N F E R E N C E ON
S
C I E N T I F I C
&
 
S
O C I A L
R
E S E A R C H
 
Paper number: 5590841
 berlainan. Dalam era sains dan teknologi yang sentiasa berkembang pesat, perkembangan seni rupa jugasentiasa mengikut peredaran masa yang disebut sebagai seni semasa, kontemporari atau sezaman. Diseluruh dunia, terutamanya di negara-negara maju, seni sezaman menjadi suatu bentuk pencapaian dalam pengucapan kreativiti dan anovatif selaras dengan perkembangan sains dan teknologi.Bagi menyaingi dunia seni rupa ini, Balai Seni Lukis Negara mengadakan satu program berbentuk  pertandingan yang dinamakan Bakat Muda Sezaman (BMS) semenjak tahun 1974. Program ini diadakandengan harapan dapat memupuk keunggulan seni rupa tanahair menerusi arus seni sezaman oleh pengkarya muda diperingkat awal penglibatan mereka dalam dunia seni. Idea-idea yang masih segar diharapkan dapat dicungkil melalui program yang akan memberi ruang kepada pelukis-pelukis muda iniuntuk mempersembahkan bakat-bakat semasa dan terkini mengikut zaman mereka (Balai Seni Lukis Negara, 1999). Pertandingan BMS adalah pertandingan seni kebangsaan yang paling berprestij untuk  pelukis muda. Setelah lebih 30 tahun diperkenalkan, BMS telah melahirkan ramai pelukis berbakat besar yang telah menyumbang kepada perkembangan seni tampak dalam dan luar negara.
2. KAJIA LITERATUR  
Karya Seni Halus dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori konvensional dan kategori sezamanuntuk memudahkan
 
 penjelasan
 
tentang perbezaan dan jenis karya-karya dalam seni halus.
 
Konvensionalmerujuk kepada karya-karya seni halus yang mempunyai ketetapan dan kebiasaan yang tertentu. Karya-karya ini bersifat tradisional dari segi kaedah dan teknik penghasilan, material dan medium yang dipraktissecara tradisi. Karya-karya seperti Lukisan, Catan, Cetakan dan Arca adalah karya-karya yangdigolongkan dalam kategori konvensional.
 
Menurut Brian,C. (2002),
 
Louis F. (2001), lukisan adalah hasildaripada kesan yang dihasilkan secara spontan terus ke atas sesuatu permukaan seperti kertas. Kesan yangdihasilkan lebih berunsurkan pelbagai jenis garisan dan jalinan. Permukaan di mana lakaran atau kesanyang dihasilkan tidak semestinya merupakan hasil berbentuk 2 dimensi sahaja.
 
Secara tradisinya, medialukisan terdiri daripada arang (charcoal), pensel, pen, berus bersama dakwat yang akan menghasilkankesan hitam dan bertona kelabu. Manakala pelbagai lukisan berwarna boleh dihasilkan denganmenggunakan kapur, pastel, crayon dan cat air.Catan pula secara tradisinya kerap dihasilkan menggunakan bahan warna (pigment) basah seperti catminyak, tempera, akrilik bersama berus catan di atas sesuatu permukaan seperti kain kanvas atau kertasmelalui teknik yang dapat dibuat oleh media-media catan. Di antara jenis-jenis catan tradisi ialah CatanFesko yang dicat bersama atau di atas sejenis plaster simen. Encautic juga adalah jenis catan tradisi yangdianggap antara yang tertua. Ia mengandungi pigment dalam bentuk lilin. Tempera pula adalah pigmentyang dicampur bersama kuning telur. Cat minyak pula adalah media catan yang telah digunakan secarameluas sejak abad ke 15. Ia mengandungi pigment yang dicampur minyak linseed. Akrilik pula adalah jenis catan moden. Ia adalah campuran pigmen dan plastik.Karya seni cetak pula terhasil lebih daripada satu karya yang serupa. Oleh kerana karya yang samadapat dihasilkan dengan banyak, ia dapat dimiliki oleh ramai peminat seni cetakan dengan harga yanglebih murah berbanding karya lain seperti catan. Berbeza dengan catan dan lukisan yang dihasilkan teruske atas sesuatu permukaan, seni cetak mempunyai perantaraan antara permukaan imej yang digubah yangdipanggil blok cetakan dengan permukaan yang memperolehi imej yang dicetak dengan dakwat yang biasanya menggunakan bahan kertas (Louis, F. 2001,
 
Preble Duane & Sarah, 2004).Menurut Louis, F. (2001), arca adalah seni di mana boleh melibatkan kerja mengukir, membuat acuan,memodel atau pepasang sesuatu bahan menjadi bentuk 3 Dimensi. Karya yang mempunyai cirri-ciri 3Dimensi ini samaada bersifat 360oataupun sekurang-kurang 180odihasilkan tanpa tujuan penggunaanseperti karya catan, lukisan dan seni cetak yang dihasilkan untuk tujuan memenuhi nilai astetikasipengkarya. Ianya boleh berbentuk timbulan (relief) daripada permukaan rata 2 Dimensi, berdiri sendiri(free standing) atau bergerak (mobile).Kategori sezaman adalah karya-karya yang dihasilkan pada masa kini dan melibatkan penggunaanmedia campuran dan material baru dan bebas. Penggunaan bahan campuran yang melibatkan kepelbagaikaedah penghasilan, dianggap melangkaui kaedah yang biasa dihasilkan secara tradisi (Robertson &McDaniel, (2005), Hobbs 1975). Karya kategori sezaman sukar untuk dinyatakan penjenisannya
 
C S S R 0 8’ 0 9
 
14 - 15 March 2009
C
O N F E R E N C E ON
S
C I E N T I F I C
&
 
S
O C I A L
R
E S E A R C H
 
Paper number: 5590841
sebagaimana kategori konvensional. Namun penjenisan kepada seni instalasi dan seni media baru adalahkerana seni ini sering diperkatakan apabila merujuk kepada karya-karya terkini di alaf ke 21. MenurutBenjamin (1993), istilah seni instalasi telah diterima dengan sendirinya sebagai sebahagian daripada bahasa seni tampak. Secara praktisnya seni instalasi bermaksud kualiti gabungan elemen atau konsep/ideayang berbeza yang saling mempengaruhi.Menurut Tribe & Jana (2006), seni Media Baru merujuk kepada karya-karya yang berkaitan denganinstalasi multimedia interaktif,
‘virtual reality environments’ 
dan seni berasaskan laman web yangdihasilkan menggunakan teknologi digital. Terma seni media baru, menurut Tribe & Jana lagi, bolehdigambarkan sebagai sesuatu projek yang menggunakan sepenuhnya ledakan teknologi media denganmengambil berat terhadap unsur budaya, politik dan ketinggian estetik. Istilah seperti “Digital art”,“Computer art”, “Multimedia Art” dan “Interactive art” adalah kategori lama yang juga merujuk kepadaseni media baru ini. Tribe & Jana menempatkan seni Media Baru sebagai berasaskan daripada duakategori utama iaitu ‘Seni dan Teknologi’ dan ‘Seni Media’.
3. METHODOLOGY 
Penyelidikan ini menggunakan kedua-dua pendekatan Kualitatif dan Kuantitatif menerusi rekabentuk Analisa Kandungan (
Content Analysis).
Bagi memastikan penyelidikan melalui kupasan karya yangdihasilkan dapat memberi kefahaman dan kemudahan kepada pengkarya dan penghayat seni, penyelidik telah menganalisa karya–karya yang dipilih dengan teliti dan mendalam berasaskan kepada aspek-aspek ‘Bentuk’ dan ‘Makna’. Perkara ini dibincangkan dengan merangkumi aspek yang barkaitan tema/idea, pengolahan bahan dan teknik setiap karya yang telah memenangi hadiah utama di dalam PertandinganBakat Muda Sezaman (BMS), dengan menggunakan model ‘Gabungan Organik’ (
Organic Unity
) olehOcvirk, Stinson, Wigg, Bone & Cayton (2000). Semua karya pemenang utama pertandingan BMSsebanyak 20 buah karya menjadi sampel kajian.
Kaedah Analisa Kandungan Karya Seni Halus :
Secara asasnya karya seni halus terdiri daripada 3komponen utama iaitu Bahan rujukan/subjek 
(Subject),
Bentuk 
(Form)
dan Makna
(Content)
. Tradisinya,Subjek adalah merujuk kepada manusia, benda ataupun sesuatu tema. Ianya dianggap sebagai pendorong
(motivation)
untuk berkarya. Bentuk merujuk kepada penampilan sesuatu karya ataurekaletak/susunatur/penyusunan bahan rujukan melalui pengolahan sesuatu media/bahan dan teknik.Bentuk dapat dikatakan sebagai bahagian utama
(substantiation)
yang asas bagi sesuatu karya
.
ManakalaMakna pula merujuk kepada pernyataan mesej yang diolah oleh pengkarya untuk diterjemahkan oleh penonton. Ianya merupakan faktor penghubung/komunikasi
(communication)
antara pengkarya dan penonton (Ocvirk, Stinson, Wigg, Bone & Cayton, 2001).
 3.1 MODEL ‘ORGAIC UITY’
Model ‘Organic Unitiy’ dikenali sebagai ‘Gabungan Organik’ membolehkan penyelidik membuat penyelidikan dengan lebih terperinci dan teratur yang telah dapat dijalankan dengan cara yang lebihsistematik. Ini bukan sahaja memudahkan penyelidik malahan ianya akan memudahkan para pembacaapabila cuba memahami sesebuah karya dan juga mentafsirkannya. Pecahan tersebut adalah seperti berikut:Susunan ’Gabungan Organik’ ini akan dirangkakan dengan menggunakan pecahan yang terdiridaripada Bentuk (Form) yang memperkatakan tentang persoalan karya iaitu ”Bagaimana”. Subjek (Subject) memperkatakan tentang persoalan karya iaitu ”Mengapa”. Makna dan Gaya (Content and Style) pula memperkatakan tentang persoalan karya iaitu ”Mengapa”.

Activity (28)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Reni Bin Rasli liked this
Nanie Amat liked this
Qiyum liked this
Arham Azmi liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->