Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
16Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
REKABENTUK PERLANDSKAPAN RUMAH ORANG MELAYU KONTEMPORARI DI DESA WAWASAN

REKABENTUK PERLANDSKAPAN RUMAH ORANG MELAYU KONTEMPORARI DI DESA WAWASAN

Ratings: (0)|Views: 3,313 |Likes:
Published by fairus
Agenda perlandskapan dalam konteks global pada masa kini semakin mendominasi keperluan dan
kepentingan sesebuah persekitaran. Landskap kini bukan sahaja berperanan sebagai agen semulajadi
yang sentiasa berkemandirian malahan turut menjadi nilai tambah dalam kualiti estetik pembangunan
alam dan manusia. Namun sejauh mana pengaruh tersebut memberi impak ke atas cara hidup serta
mentaliti masyarakat khususnya masyarakat Melayu di desa adalah masih samar. Justeru, dalam
mengupas dilema identiti masyarakat Melayu kontemporari ini, suatu kajian dijalankan dalam
membantu mengenalpasti keperluan serta kecenderungan sesebuah masyarakat terhadap peradaban
serta cara hidup semasa. Komponen yang paling hampir menerima sebarang perubahan akibat
pengaruh semasa ini dirasakan bermula pada persekitaran masyarakat itu sendiri. Atas alasan inilah,
perlandskapan rumah dijadikan wacana dalam mengukur keperibadian serta kecenderungan masyarakat
dan seterusnya membantu merencana sesebuah imej atau identiti yang dapat mencerminkan sesebuah
bangsa atau masyarakat. Desa Wawasan iaitu sesebuah kampung yang mengamalkan Gerakan Daya
Wawasan (GDW) dipilih secara khusus bagi melihat impak keberkesanan penyelenggaraan dan
perancangan sesebuah masyarakat yang bersistematik ke atas persekitaran. Antara lain, kajian
Rekabentuk Perlandskapan Rumah Orang Melayu Kontemporari di Desa Wawasan ini dijalankan
dengan menggunakan pendekatan secara kualitatif. Maklumat kajian dikumpul berdasarkan sumbersumber
sekunder, kajian tapak seperti pemerhatian, soal-selidik serta temuramah dengan para
responden yang dijadikan sampel kajian. Di samping itu, penemuan kajian ini telah mengenalpasti ciriciri
taburan rekabentuk serta penggunaan elemen-elemen tipikal dalam sesebuah persekitaran kediaman
di Desa Wawasan yang lebih sistematik dan komprehensif. Natijahnya, keberkesanan konsep GDW
dapat dikaji untuk dipertimbangkan sebagai modul dan lantas diketengahkan sebagai salah satu
sentimen pembentukan imej atau identiti perlandskapan Melayu kontemporari.
Agenda perlandskapan dalam konteks global pada masa kini semakin mendominasi keperluan dan
kepentingan sesebuah persekitaran. Landskap kini bukan sahaja berperanan sebagai agen semulajadi
yang sentiasa berkemandirian malahan turut menjadi nilai tambah dalam kualiti estetik pembangunan
alam dan manusia. Namun sejauh mana pengaruh tersebut memberi impak ke atas cara hidup serta
mentaliti masyarakat khususnya masyarakat Melayu di desa adalah masih samar. Justeru, dalam
mengupas dilema identiti masyarakat Melayu kontemporari ini, suatu kajian dijalankan dalam
membantu mengenalpasti keperluan serta kecenderungan sesebuah masyarakat terhadap peradaban
serta cara hidup semasa. Komponen yang paling hampir menerima sebarang perubahan akibat
pengaruh semasa ini dirasakan bermula pada persekitaran masyarakat itu sendiri. Atas alasan inilah,
perlandskapan rumah dijadikan wacana dalam mengukur keperibadian serta kecenderungan masyarakat
dan seterusnya membantu merencana sesebuah imej atau identiti yang dapat mencerminkan sesebuah
bangsa atau masyarakat. Desa Wawasan iaitu sesebuah kampung yang mengamalkan Gerakan Daya
Wawasan (GDW) dipilih secara khusus bagi melihat impak keberkesanan penyelenggaraan dan
perancangan sesebuah masyarakat yang bersistematik ke atas persekitaran. Antara lain, kajian
Rekabentuk Perlandskapan Rumah Orang Melayu Kontemporari di Desa Wawasan ini dijalankan
dengan menggunakan pendekatan secara kualitatif. Maklumat kajian dikumpul berdasarkan sumbersumber
sekunder, kajian tapak seperti pemerhatian, soal-selidik serta temuramah dengan para
responden yang dijadikan sampel kajian. Di samping itu, penemuan kajian ini telah mengenalpasti ciriciri
taburan rekabentuk serta penggunaan elemen-elemen tipikal dalam sesebuah persekitaran kediaman
di Desa Wawasan yang lebih sistematik dan komprehensif. Natijahnya, keberkesanan konsep GDW
dapat dikaji untuk dipertimbangkan sebagai modul dan lantas diketengahkan sebagai salah satu
sentimen pembentukan imej atau identiti perlandskapan Melayu kontemporari.

More info:

Published by: fairus on Oct 22, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/14/2012

pdf

text

original

 
C S S R 0 8’ 0 9
 
14 - 15 March 2009
C
O N F E R E N C E ON
S
C I E N T I F I C
&
 
S
O C I A L
R
E S E A R C H
 
Paper number: 5344616 
REKABETUK PERLADSKAPA RUMAH ORAG MELAYUKOTEMPORARI DI DESA WAWASA
ur Huzeima Mohd Hussain
1
and Suriati Ahmad
2
 
1
 Faculty of Architecture, Planning & Surveying, Universiti Teknologi MARA Perak, MALAYSIA
2
 Faculty of Architecture, Planning & Surveying, Universiti Teknologi MARA Perak, MALAYSIAhuzeihusin@yahoo.com
 
 , nurhu154@perak.uitm.edu.my
ABSTRACTAgenda perlandskapan dalam konteks global pada masa kini semakin mendominasi keperluan dankepentingan sesebuah persekitaran. Landskap kini bukan sahaja berperanan sebagai agen semulajadiyang sentiasa berkemandirian malahan turut menjadi nilai tambah dalam kualiti estetik pembangunanalam dan manusia. Namun sejauh mana pengaruh tersebut memberi impak ke atas cara hidup sertamentaliti masyarakat khususnya masyarakat Melayu di desa adalah masih samar. Justeru, dalammengupas dilema identiti masyarakat Melayu kontemporari ini, suatu kajian dijalankan dalammembantu mengenalpasti keperluan serta kecenderungan sesebuah masyarakat terhadap peradabanserta cara hidup semasa. Komponen yang paling hampir menerima sebarang perubahan akibat pengaruh semasa ini dirasakan bermula pada persekitaran masyarakat itu sendiri. Atas alasan inilah, perlandskapan rumah dijadikan wacana dalam mengukur keperibadian serta kecenderungan masyarakatdan seterusnya membantu merencana sesebuah imej atau identiti yang dapat mencerminkan sesebuah bangsa atau masyarakat. Desa Wawasan iaitu sesebuah kampung yang mengamalkan Gerakan DayaWawasan (GDW) dipilih secara khusus bagi melihat impak keberkesanan penyelenggaraan dan perancangan sesebuah masyarakat yang bersistematik ke atas persekitaran. Antara lain, kajianRekabentuk Perlandskapan Rumah Orang Melayu Kontemporari di Desa Wawasan ini dijalankandengan menggunakan pendekatan secara kualitatif. Maklumat kajian dikumpul berdasarkan sumber-sumber sekunder, kajian tapak seperti pemerhatian, soal-selidik serta temuramah dengan pararesponden yang dijadikan sampel kajian. Di samping itu, penemuan kajian ini telah mengenalpasti ciri-ciri taburan rekabentuk serta penggunaan elemen-elemen tipikal dalam sesebuah persekitaran kediamandi Desa Wawasan yang lebih sistematik dan komprehensif. Natijahnya, keberkesanan konsep GDWdapat dikaji untuk dipertimbangkan sebagai modul dan lantas diketengahkan sebagai salah satusentimen pembentukan imej atau identiti perlandskapan Melayu kontemporari.Kata Kunci: rekabentuk landskap, perlandskapan, orang melayu, desa wawasan, kontemporari 
1. PEGEALA 
Kepentingan landskap pada masa kini bukan lagi dianggap sebagai memenuhi kehendak manusia malahansudah menular sebagai suatu keperluan dalam kehidupan. Rekabentuk landskap pada masa kini bukansahaja menjadi nilai tambah terhadap kuasa pembeli, tetapi juga merupakan suatu tawaran nilaian promosiyang acapkali menjadi hebahan. Namun, sejauh mana permintaan rekebentuk tersebut merangsang pemikiran dan citarasa masayarakat setempat? Apakah masih sinonim taburan laman tradisi dalam pola perlanskapan kontemporari ini? Bagaimana pula budaya dan peradaban mendatangkan impak dalamkehidupan masyarakat Melayu semasa? Perubahan modenisasi dan urbanisasi kini semakin rancak mengorak langkah. Pelbagai garapan dan unsur-unsur baru menjadi wacana Melayu kontemporari.Masyarakat seolah-olah dijajah kembali. Adakah pemikiran atau mentaliti masyarakat turut teranjak?Seterusnya bagaimana dapat dipastikan kesan pengaruh yang kian berkembang dari semasa ke semasa ini.
 
C S S R 0 8’ 0 9
 
14 - 15 March 2009
C
O N F E R E N C E ON
S
C I E N T I F I C
&
 
S
O C I A L
R
E S E A R C H
 
Paper number: 5344616 
Justeru, pendekatan permasalahan yang sinonim terhadap landskap kontemporari dalam masyarakattempatan diketengahkan dalam melihat keberkesanan aprisiasi pembangunan dalam kehidupan masyarakatluar bandar khasnya dan rakyat Malaysia, amnya. Kajian ini memilih Desa Wawasan sebagai medium penunjuk pretasi rekabentuk perlandskapan di rumah orang melayu kontemporari. Sama ada keperluansemasa dengan peradaban tradisi masih kekal seiring ataupun sebaliknya. Kupasan persoalan seterusnya,akan menjurus kepada kelompok masyarakat di Desa Wawasan ini di mana Gerakan Desa Wawasanmerupakan satu Falsafah dan Strategi Pembangunan Luar Bandar Ke Arah Tahun 2020 KementerianPembangunan Luar Bandar (KPLB) yang menjadi teras Transformasi Kedua Pembangunan Luar Bandar supaya masyarakat luar Bandar. Gerakan Desa Wawasan adalah usaha yang tersusun yang dibuat secara berterusan untuk menukar sikap penduduk desa dan budaya pertanian tradisional kepada amalan nilaihidup pertanian komersial serta perindustrian. Ke arah mencapai matlamat tersebut, strategi pembangunanluar bandar yang lebih tertumpu kepada sektor pertanian, penyediaan infrastruktur dan kemudahan asas(seperti pembinaan jalan kampung, bekalan letrik, air, balai raya, masjid dan sebagainya) yangdilaksanakan sejak negara mencapai kemerdekaan perlu diubah, sesuai dengan keadaan dan persekitaranyang telah berubah dalam usaha untuk mencapai aspirasi negara Wawasan 2020.
 
Antara lain kajian ‘
 Rekabentuk Perlandskapan Rumah Orang Melayu Kontemporari di DesaWawasan’ 
turut menyentuh berkenaan isu, pengaruh serta impak rekabentuk landskap dalam sesebuahlandskap kediaman orang melayu kontemporari.
2. KAJIA BAHA BERTULIS 2.1 Pendekatan Teori
Rangka Teori dapat digunakan sebagai panduan atau rujukan dalam memudahkan pemahaman dalam pembinaan awal konsep yang terlibat di peringkat awal kajian. Pendekatan teori yang diketengahkanadalah berkaitan dengan pemahaman persepsi. Maka pendekatan suatu teori yang berkenaan dirasakandapat dijadikan panduan dalam mengukur atau mentafsir sesuatu pemahaman yang bersifat subjektif danuniversal.Rangka Teori yang dirasakan sesuai untuk diaplikasikan dalam kajian ini menyentuh tentang ringkasan projek Zube et.al (1982) yang meneruskan kerja-kerja pengkajian dalam psikologi persekitaran oleh W.HIttelson yang membina suatu rangka teori persepsi landskap yang praktikal dan rasional. Beberapa perkara yang perlu diambil kira untuk digunakan di dalam kajian landskap secara amnya menyentuhtentang saling kaitan interaksi antara manusia dan landskap. Hal ini akan menyentuh tentang keperluandan kehendak yang wujud dan praktikal antara kedua-dua instrument tersebut dan mengaitkannya dengankeperluan rekabentuk perlandskapan rumah orang Melayu kontemporari.Menurut Zube et. Al (1982) analisis dari kandungan kajian bahan bertulis memperlihatkan empat paradigma atau model dalam penyelidikan ini iaitu pakar, psikofizikal, kognitif dan pengalaman. Dalammembangunkan satu rangka teori untuk persepsi terhadap landskap, beberapa isu perlu difahami dalam pencarian teori yang bernilai konseptual dan praktikal. Ini termasuklah:i)
 
Bagaimana nilai dan perangai manusia berinteraksi dengan landskapii)
 
Maksud interaksi-interaksi tersebut kepada individuiii)
 
Bagaimana hasil atau akibat dari interaksi-interaksi tersebut mempengaruhi landskap danindividu-individuAntara lain, teori daripada Zube et al. (1982) ini turut menyentuh tentang kesimpulan yang digariskan olehIttelson tentang persepsi. Pertama, persepsi bebas dari kawalan rangsangan secara langsung. Kedua, persepsi tidak boleh dipisahkan dan tidak boleh dikenalpasti daripada lain-lain aspek psikologi dan ketiga, persepsi juga sesuai dan tepat kepada konteks persekitaran yang ianya dicetuskan.
 
C S S R 0 8’ 0 9
 
14 - 15 March 2009
C
O N F E R E N C E ON
S
C I E N T I F I C
&
 
S
O C I A L
R
E S E A R C H
 
Paper number: 5344616 
2.2 Persekitaran Rumah Tradisional Melayu
Konsep seni bina ruang dalaman rumah tradisional Melayu adalah bertoleransi dengan ruang luaran atauhalaman rumah tradisional Melayu. Perlandskapan di persekitaran rumahnya menggambarkankesederhanaan di dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional berasaskan kepada kepercayaan danfalsafah mereka. Oleh itu, perlandskapan persekitaran rumah tradisional Melayu mempunyai hubungkaitdengan aktiviti-aktiviti di dalam rumah. Pada asasnya, semua elemennya mempunyai kepentingan danfungsi, selain daripada cara kehidupan dan pantang larang yang memainkan peranan di dalam perletakanelemen-elemen landskap di persekitaran rumah tradisional masyarakat Melayu. Secara amnya, perlandskapan masyarakat Melayu tradisional adalah untuk mencapai keharmonian dengan alam sekitar.
2.2.1 Ruang Halaman Depan
Ruang halaman depan terletak dibahagian hadapan rumah adalah ruang yang luas dan mempunyai unsur-unsur estetika. Di ruang halaman depan, kanak-kanak boleh bermain dengan gembira dan selesa. Ruangini, bebas daripada laluan kenderaan dan hanya dibenarkan pejalan kaki (penduduk kampung) sebagailaluan. Ruang halaman depan juga sering dijadikan ruang untuk meraikan tetamu ketika upacara kendurikendara seperti berkahwin, bersunat, khatam Quran dan lain-lain lagi. Ianya adalah ruang yangmenggambarkan suasana kegembiraan dan nilai-nilai menjemput.
2.2.2 Ruang Halaman Tepi
Ruang tepi terletak di kiri dan kanan rumah tradisional Melayu. Ruang ini berfungsi sebagai ruang laluanyang menghubungkan halaman depan dan halaman belakang. Bergantung kepada saiz keseluruhan tanahtuan rumah, ruang halaman tepi ini juga menjadi kawasan permainan bagi kanak-kanak.
2.2.3 Ruang Halaman Belakang
Ruang halaman belakang rumah tradisional Melayu adalah ruang yang menyambung aktiviti ruang dapur rumah tradisional Melayu seperti mandi, membasuh dan memasak. Ruang ini adalah ruang aktiviti basahan dilakukan. Kadangkala, ruang halaman belakang menjadi ruang berkumpul bagi kaum wanitaketika kenduri-kendara dan juga aktiviti sosial yang lain.
2.4
 
Konsep Desa Wawasan
Gerakan Desa Wawasan ialah proses membangkitkan kesedaran dan pembangunan sikap penduduk desake arah transformasi luar bandar. Gerakan ini menekankan kepada penglibatan penduduk desa itu sendiridalam proses perancangan program pembangunan ke arah menjadikan desa lebih maju, menarik danmenguntungkan. Matlamat Gerakan Desa Wawasan (GDW) ini adalah mewujudkan masyarakat desa yang berdaya tahan, berinisiatif, berdikari, berilmu dan memiliki disiplin kerja yang tinggi untuk melaksanakan pemodenan desa. Melalui GDW ini juga perancangan dibuat untuk mempertingkatkan keupayaan penduduk desa untuk membentuk senario desa 2020. Pelbagai program dilaksanakan dalam GDW iniantaranya ialah Program Bina Insan dan Kesedaran, Ilham Desa, Program Keluarga Angkat dan ProgramPengindahan Persekitaran.
3. METODOLOGI KAJIA3.1 Rekabentuk penyelidikan
Kajian penyelidikan terhadap rekabentuk perlandskapan persekitaran luaran kediaman masyarakat Melayudi desa wawasan ini dijalankan secara kualitatif. Hal ini merujuk kepada keperluan dan keupayaanmemperoleh data dan informasi bagi keperluan kajian ini.Kajian penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk melihat rekabentuk atau susun atur yang lazim dalamsesebuah persekitaran luaran kediaman masyarakat Melayu desa kontemporari. Ia bertujuan untuk mengetahui fenomena serta mendapatkan corak rekabentuk persekitaran luaran masyarakat Melayu yangtipikal, dewasa ini. Antara lain, kajian kes adalah untuk mencari jawapan terhadap persoalan yangdiketengahkan dalam kajian ini. Di samping itu, pengumpulan maklumat juga dibuat berdasarkan pembacaan dari sumber-sumber sekunder sebagai sororan kajian bertulis. Kaedah pembacaan ini penting bagi mengelakkan sebarang pertindihan pendapat dan fakta serta persamaan dengan kajian yangdijalankan sebelum ini.

Activity (16)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Aleesya Dania liked this
Ana Shita liked this
Sutyee Chin liked this
Sutyee Chin liked this
Look Wei Zhii liked this
Fiz Ieza liked this
zakue323 liked this
mekesah liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->