You are on page 1of 33

KKP RBT 3119 RBT 3119 - PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

1. Penyata Kewangan Penyata kewangan (laporan kewangan) ialah rekod formal kegiatan-kegiatan kewangan sesebuah perniagaan, orang perseorangan atau entiti-entiti yang lain. Penyata ini memberikan maklumat kewangan yang penting kepada pihak pengurusan untuk melakukan perancangan dan membuat keputusan. Penyata kewangan memberikan pandangan keseluruhan keadaan kewangan jangka pendek serta jangka panjang bagi sesuatu perniagaan atau orang perseorangan. Maklumat daripada penyata kewangan diperlukan oleh: 1. Kreditor (institusi kewangan) 2. Kerajaan (menentukan cukai perniagaan dan perancangan pembangunan ekonomi) 3. Pemegang saham (saham keutamaan dan saham biasa) 4. Pihak pengurusan (organisasi) Semua maklumat kewangan perusahaan perniagaan yang disampaikan dengan cara berstruktur dan dalam bentuk yang mudah difahami, dikenali sebagai penyata kewangan. Terdapat empat penyata kewangan yang asas: 1. Kunci Kira-Kira 2. Penyata Pendapatan 3. Penyata Aliran Tunai 4. Penyata Ekuiti Pemilik

1.1 Kunci Kira-Kira Dikenali juga sebagai Lembaran Imbangan. Kunci kira-kira member gambaran ringkas tentang kedudukan kewangan sesebuah firma. Data yang ditunjukkan merupakan ringkasan harta yang dimiliki dan hutang yang ditanggung oleh sesebuah organisasi. Perkara-perkara asas dalam kunci kira-kira ialah aset, liabiliti dan ekuiti pemilik. Ia menyenaraikan semua milik syarikat, obligasi dan pelaburan pemilik. Ia disediakan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. 1.1.1 Komponen Kunci Kira-Kira 1.1.1.1 1.1.1.2 1.1.1.3 Aset (apa yang dimiliki oleh syarikat): Aset Semasa Aset Tetap Lain-lain aset Liabiliti (apa yang dihutang oleh syarikat): Liabiliti Semasa Liabiliti Jangka Panjang Ekuiti Pemilik / Dana Pemegang Saham (nilai syarikat

kepada pemiliknya): Saham Perolehan Tertahan

1.2 Penyata Pendapatan Penyata yang menunjukkan hasil operasi firma (jumlah perolehan / keuntungan dari operasi firma dan perbelanjaan yang dilibatkan) bagi sesuatu tempoh tertentu. Penyata pendapatan menunjukkan kecekapan seseorang pengurus

menggunakan asset untuk menghasilkan keuntungan. Item dalam penyata pendapatan bergantung kepada jenis perniagaan sama ada menjual barang niaga, perkhidmatan atau perkilangan. Penyata pendapatan bagi perniagaan yang menjual barang niaga mengandungi komponen kos barang dijual (KBDJ).

1.3

Penyata Aliran Tunai Merupakan satu penyata tentang aliran sumber dan penggunaan tunai yang

menunjukkan perubahan kedudukan tunai bagi suatu tempoh perakauanan. Penyata ini membantu pihak pengurusan membuat perancangan ke atas aktiviti harian, pelaburan jangka panjang dan mencari peluang perniagaan. Ia juga digunakan oleh pihak luar untuk mengukur keupayaan firma membayar dividen, menyelesaikan hutang dan membayar faedah. Aliran tunai boleh dibahagikan kepada 3 aktiviti kewangan: 1.3.1 Aktiviti Operasi - termasuk untung bersih campur item-item belanja bukan tunai seperti susut nilai dan perubahan dalam beberapa akaun Modal Kerja. 1.3.2 Aktiviti Pelaburan - menunjukkan aktiviti pelaburan untuk sekuriti jangka panjang, mesin, kilang dan asset tetap lain.
3

1.3.3 Aktiviti Pembiayaan - menunjukkan aliran tunai aktiviti pembiayaan modal syarikat iaitu penjualan atau penamatan bon, saham utama dan saham biasa.

1.4. Penyata Ekuiti Pemilik Merupakan baki setelah aset ditolak dengan liabiliti. Ia menunjukkan tuntutan pemilik terhadap asset yang ada. Ekuiti pemilik syarikat terdiri daripada: 1.4.1 Modal berbayar 1.4.2 Premium saham 1.4.3 Pendapatan Tertahan 1.4.4 Rizab

2. Analisis Penyata Kewangan Dalam bidang kewangan, analisis nisbah adalah suatu teknik yang boleh digunakan oleh penganalisis kewangan atau sesiapa sahaja bagi mengesan prestasi dan kedudukan kewangan sesebuah organisasi perniagaan. Sebagai contoh, nisbah semasa syarikat membolehkan penganalisis menentukan sama ada sesebuah syarikat itu berupaya membayar obligasi jangka pendeknya apabila ia matang. Terdapat banyak lagi nisbah-nisbah kewangan lain seperti nisbah semasa di atas yang membolehkan kita mengukur pencapaian satu-satu syarikat, namun ia boleh memberi makna sekiranya aktiviti perbandingan dapat dijalankan ke atas nisbah-nisbah ini. Antara teknik perbandingan yang boleh dilakukan adalah analisis arah aliran dan analisis keratan rentas. Kami telah memilih tiga syarikat insurans untuk dibuat analisis penyata kewangan, iaitu:

Takaful Malaysia Berhad Etika Insurans Berhad Takaful Ikhlas Penyata kewangan bagi ketiga-tiga syarikat ini adalah bagi tahun 2010.

2.1 KAEDAH ANALISIS PENYATA KEWANGAN Dua kaedah yang biasa digunakan untuk menganalisis penyata kewangan ialah Analisis Perbandingan dan Analisis Nisbah.

2.1.1 ANALISIS PERBANDINGAN Analisis perbandingan dibuat berdasarkan kepada 3 asas iaitu : 2.1.1.1 Asas Intera Syarikat dibandingkan dengan item-item

- data-data dalam syarikat itu sendiri

yang serupa tetapi dalam tahun yang berlainan. 2.1.1.2 Asas Antara Syarikat - item-item dibandingkan antara satu syarikat dengan syarikat yang lain dalam tahun yang sama sama subsidari dalam satu syarikat tetapi secara individu. 2.1.1.3 Asas Purata Industri di mana syarikat itu berada syarikat itu merupakan syarikat

induk atau syarikat yang sama industrinya

-Perbandingan dibuat dengan purata industri

operasi. Contoh Syarikat A (syarikat barangan elektrik) dibanding dengan angka industri dari pelbagai syarikat pengeluar barangan elektrik. Dua jenis analisis perbandingan adalah secara menegak dan secara melintang.

2.1.1.3.1 ANALISIS MENEGAK Menganalisis komponen atau item dalam penyata pendapatan dan kunci kirakira menggunakan peratusan yang relatif.Bermaksud setiap item dibandingkan dengan satu item asas dalam penyata pendapatan contohnya jualan bersih dan dalam kunci kira-kira item dibandingkan dengan jumlah aset bersih.

2.1.1.3.2 ANALISIS MELINTANG Analisis arah aliran pula membuat perbandingan data-data laporan kewangan dengan menggunakan satu tahun tertentu tahun

sebagai tahun asas perbandingan. Contohnya, peratus pulangan atas jualan

2009 dan tahun 2010 dibandingkan dengan peratus tahun 2008 yang dijadikan tahun asas perbandingan.

2.1.2 ANALISIS NISBAH Analisis nisbah digunakan untuk menunjukkan hubungan antara satu kuantiti

dengan kuantiti yang lain. Hubungan ditunjukkan dalam bentuk peratus, kadar atau nisbah. Analisis nisbah boleh dibahagikan kepada : 2.1.2.1 Nisbah Kecairan 2.1.2.2 Nisbah Keberuntungan 2.1.2.3 Nisbah Mampu Bayar

2.1.2.1 Nisbah Kecairan (Mudah Tunai) Nisbah kecairan mengukur kemampuan jangka pendek sesebuah syarikat untuk membayar hutang atau obligasi-obligasi mereka yang sudah cukup tempoh dan untuk memenuhi keperluan tunai yang tidak dijangka. Nisbah-nisbah kecairan yang biasa digunakan ialah nisbah semasa dan nisbah cepat. 2.1.2.1.1Nisbah Semasa o Mengukur keupayaan sesebuah perniagaan untuk membayar hutang jangka pendek. o Mengukur tahap aset semasa yang mampu untuk membayar balik liabiliti semasa. o Semakin tinggi nisbah semasa, semakin kukuh keupayaan firma membayar balik hutang jangka pendek. o Firma mampu membayar balik hutang jangka pendek seandainya nisbah semasa firma melebihi 1. o Nisbah yang kurang daripada 1 menunjukkan firma tidak berupaya untuk menjelaskan tyuntutan semasa.

Nisbah Semasa =

Aset Semasa Liabiliti Semasa

2.1.2.1.2 Nisbah Cepat o Nisbah cepat mengukur keupayaan tunai dan aset hampir tunai untuk menampung liabiliti semasa. o Nisbah ini member penekanan kepada kecairan sebenar melalui pengecualian nilai inventori sukar ditukar kepada tunai kerana inventori merangkumi 3 item; bahan mentah, barang separuh siap

dan barang siap dan pembelian secara kredit. Oleh itu, ianya mengambil masa untuk mendapatkan tunai. o Lebih tinggi nisbah adalah lebih baik.

Nisbah Cepat =

Aset Semasa - Inventori Liabiliti Semasa

2.2 Nisbah Keberuntungan Nisbah-nisbah di dalam kumpulan ini mengukur keberkesanan aktiviti-aktiviti firma dalam menjana keuntungan. Terdapat tiga jenis nisbah keberuntungan iaitu: 2.2.1 Nisbah margin untung bersih 2.2.2 Nisbah pulangan atas aset 2.2.3 Nisbah pulangan atas ekuiti Secara ringkasnya, semakin tinggi pulangan yang diperolehi bererti semakin berupaya syarikat membuat keuntungan.

2.2.1 Nisbah Margin Untung Bersih Dikenali juga sebagai pulangan atas jualan. Mengukur peratus untung bersih yang diperolehi bagi setiap jualan. Menunjukkan lebihan dari setiap ringgit jualan setelah ditolak dengan semua belanja firma. Nisbah ini mengukur keupayaan syarikat daripada segi mengurus dan mengawal perbelanjaan syarikat yang mempunyai kesan secara langsung ke atas keuntungan syarikat.

Nisbah Margin Untung Bersih = Pendapatan Bersih Jualan

Secara ringkasnya, terdapat beberapa factor yang menentukan kejatuhan dan kenaikan margin untung ini iaitu: Harga Kos Jualan 2.2.2 Nisbah Pulangan Atas Aset (ROA) Dikenali juga sebagai pulangan atas pelaburan. Ia mengukur kadar keuntungan daripada setiap wang yang dilaburkan ke atas aset. Selain itu, menunjukkan kecekapan firma di dalam pelaburan aset. Semakin tinggi nisbah, semakin baik kerana menunjukkan keuntungan.

Nisbah Pulangan Aset =

Pendapatan Bersih Jumlah Aset

2.2.3 Nisbah Pulangan Ekuiti Nisbah ini membolehkan kita mengukur kecekapan syarikat ini menjana keuntungan pemegang saham syarikat. Para pemegang saham syarikat ingin nisbah pulangan ekuiti yang tinggi kerana ini menunjukkan syarikat berjaya menjana keuntungan cukup supaya diagih-agihkan antara mereka. Antara komponen-komponen ekuiti syarikat termasuklah: Keuntungan tertahan
9

Saham keutamaan Saham biasa Keuntungan tertahan dianggap ekuiti kerana ia adalah sebahagian daripada keuntungan syarikat yang tidak diagihkan balik kepada pemegang saham. Keuntungan ini ditahan oleh pihak pengurusan syarikat bagi tujuan pelaburan dan pengembangan syarikat.

Nisbah Pulangan atas Ekuiti =

Pendapatan Bersih Jumlah Ekuiti

Kami telah memilih tiga syarikat insurans untuk dibuat analisis penyata kewangan, iaitu: Takaful Malaysia Berhad Etika Insurans Berhad Takaful Ikhlas Penyata kewangan bagi ketiga-tiga syarikat ini adalah bagi tahun 2010. Kami telah memilih untuk membuat analisis perbandingan asas purata industri iaitu kami membandingkan penyata kewangan tahunan bagi ketiga-tiga syarikat insurans berkenaan.

10

3. Perbandingan pengurusan aset bagi Syarikat Takaful Ikhlas Berhad, Takaful Malaysia Berhad dan Etika Insurans Berhad bagi tahun 2010 Takaful Ikhlas ASET Berhad RM000 Takaful Malaysia Berhad RM000 Etika Insurans Berhad RM000

Hartanah, loji dan peralatan

1, 750

21,446

87, 680

Hartanah pelaburan

11, 665

489, 080

Aset tidak ketara

911

285

Tunai dan baki di bank

148

2, 321

104, 181

Jumlah Aset

2, 809

35, 432

681, 226

(Rujuk lampiran)

Syarikat Etiqa Insurans Berhad merupakan syarikat yang mempunyai jumlah asset tertinggi iaitu RM 681, 226, 000 pada tahun 2010. Syarikat ini mempunyai pelaburan hartanah yang banyak bernilai RM489 080 000 manakala syarikat Takaful Malaysia pula hanya RM11 156 000. Syarikat Takaful Ikhlas tidak membuat pelaburan hartanah dan ini menyebabkan aset syarikat ini paling kecil di antara ketiga-tiga syarikat yang dinilai. Dari segi asset tidak ketara pula Syarikat Takaful Malaysia tidak
11

menyatakan jumlah manakala Etiqa Insurance Berhad bernilai RM285 000 manakala Syarikat Takaful Ikhlas pula RM911 000. Jika dilihat dari segi tunai dan baki di bank pula, Syarikat Etiqa Insurance Berhad masih mendahului dengan jumlah RM104 181 00 berbanding dengan Syarikat Takaful Malaysia RM2 321 000 dan Takaful Ikhlas RM148 000. Secara logiknya, Syarikat Etiqa Insurance Berhad adalah syarikat yang baik dan memberikan keuntungan melihat kepada pemilikan asset-asetnya.

4. Perbandingan ekuiti bagi Syarikat Takaful Ikhlas Berhad, Takaful Malaysia Berhad dan Etiqa Insurans Berhad bagi tahun 2010. Takaful Ikhlas EKUITI Berhad RM000 Takaful Malaysia Berhad RM000 Etika Insurans Berhad RM000

Modal Saham

213, 070

162, 817

152, 151

Rizab

420, 485

232, 866

1, 065 898

Jumlah Ekuiti

633, 555

395, 683

1, 218 049

(Rujuk lampiran)

Berdasarkan carta di atas, jelaslah kepada kita syarikat Takaful Ikhlas Berhad merupakan syarikat yang mantap dari segi modalnya yang lebih besar jika dibandingkan dengan kedua-dua syarikat takaful yang lain.Ini menunjukkan pelaburpelabur baru patutlah menyertai Takaful Ikhlas Berhad oleh kerana modalnya yang
12

lebih besar dari segi sahamnya.Dari segi jumlah keseluruhan ekuiti ,jelas syarikat Etika Insurans Berhad mendahului kedua-dua syarikat yang lain kerana rizabnya yang tinggi dan banyak menolong menaikkan jumlah ekuitinya itu.Di sini kita ketahui syarikat Etika Insuran Berhad merupakan syarikat yang paling besar ekuitinya dan untuk pelaburan masa depan adalah digalakkan untuk melabur dalam syarikat Etika Insuran Berhad ini. Syarikat Takaful Malaysia Berhad pula,merupakan syarikat yang paling sedikit rezabnya serta jumlah ekuitinya paling kurang jika dibandingkan dengan dua syarikat yang lain itu.Para pelabur tidak digalakkan untuk menyertai atau memasuki Syarikat Takaful Malaysia Berhad ini berdasarkan kewangannya yang kurang kukuh dan mantap ini.Adalah menjadi dasar pelabur-pelabur baru melihat dahulu ekuiti dan rizab sesebuah syarikat itu supaya pelabur akan mendapat pulangan yang menguntungkan dari segi saham ataupun bentuk-bentuk kewangan yang lain.Tiada orang yang melabur inginkan kerugian jadi ,bagi memastikan keuntungan itu pilihlah syarikat yang mempunyai kewangan atau ekuiti yang besar dan mantap seperti Syarikat Etiqa Insuran Berhad.

5. Perbandingan liabiliti bagi Syarikat Takaful Ikhlas Berhad, Takaful Malaysia Berhad dan Etiqa Insurans Berhad bagi tahun 2010. Takaful Ikhlas LIABILITI Berhad RM000 Takaful Malaysia Berhad RM000 Etika Insurans Berhad RM000

Jumlah Liabiliti

215, 091

4, 223, 996

6, 841, 810

(Rujuk lampiran) Dari segi liabilitI pula,Etika Insurans Berhad merupakan sebuah syarikat yang paling tinggi sekali hutangnya.Secara praktikalnya semakin tinggi peratus modal hutangnya atau liability maka semakin besarlah syarikat itu dibebani oleh belanja kewangan. Ini
13

menunjukkkan Syarikat Etika Insurans berisiko tinggi kepada pelabur-pelaburnya kerana syarikat ini berhutang terlalu besar jika dibandingkan dengan kedua-dua syarikat yang lain di atas. Semakin banyak hutang syarikat Etika Insurans Berhad ini maka semakin tinggi risiko syarikat tidak dapat menjelaskan faedah pinjamannya.Sementara itu syarikat Takaful Ikhlas Berhad mempunyai jumlah liabiliti yang paling sedikit/kurang. Nilai yang rendah ini menunjukkan pelaburan yang besar kepada pemilik syarikat ini di samping menjamin lebih perlindungan kepada pemiutang. 6. Perbandingan Keuntungan bersih bagi Syarikat Takaful Ikhlas Berhad, Takaful Malaysia Berhad dan Etiqa Insurans Berhad bagi tahun 2010. Takaful Ikhlas KEUNTUNGAN Berhad RM000 Takaful Malaysia Berhad RM000 Etika Insurans Berhad RM000

Keuntungan / Lebihan sebelum zakat / cukai

59, 787

93, 022

178, 531

Zakat

358

Cukai

194

42, 808

60, 378

Keuntungan bersih

59, 593

49, 856

118, 153

(Rujuk lampiran)

14

Keuntungan bersih ketiga-tiga syarikat ini dapat dilihat setelah ditolak zakat dan cukai. Saya dapati hanya Syarikat Takaful Malaysia Berhad yang mengeluarkan zakat sebanyak RM358 000 pada tahun ini. Pembayaran zakat ini kecil jika dibandingkan dengan pembayaran cukai kerana peratus pengeluaran zakat hanyalah 2.5 % sahaja jika dibandingkan dengan cukai. Pada saya kedua-dua syarikat yang lain juga perlu membayar zakat sekiranya mereka mengamalkan perniagaan bersyariatkan Islam kerana zakat itu adalah wajib. Pembayaran cukai oleh syarikat Etiqa Insurance Berhad adalah yang tertingggi di antara ketiga-tiga syarikat ini. Jika dilihat pada peratusannya pula ketiga-tiga syarikat dikenakan cukai yang sama cuma jumlahnya agak besar kerana keuntungan yang dimiliki syarikat itu adalah besar. Bolehlah dikatakan, sesebuah syarikat yang

memperolehi keuntungan yang besar akan membayar cukai yang besar juga. Pada pengguna dan pemegang saham, keuntungan sesebuah syarikat adalah penting walau pun membayar cukai yang tinggi.

7. Nisbah Kewangan Bagi Ketiga-tiga Syarikat Insurans Bagi Tahun 2010. 7.1 Nisbah Kecairan (Mudah Tunai) 7.1.1 Nisbah Semasa 7.1.1.1 Syarikat Takaful Ikhlas

Nisbah Semasa = Aset Semasa = 848 646 000 = 3.95 kali Liabiliti Semasa 215 091 000

Berdasarkan kepada pengiraan di atas didapati bahawa syarikat tersebut mempunyai asset semasa 3.95 kali ganda daripada liability semasa.ini bermakna syarikat menyediakan RM 3.95 aset semasa bagi tujuan pembayaran semula.Baki bagi pembayaran semula adalah RM 2.95 apabila RM 1 liabiliti semasa dituntut.
15

7.1.1.2 Syarikat Takaful Malaysia Nisbah Semasa = Aset Semasa = 4619679000 = 1.09 kali Liabiliti Semasa 4223996 000 Berdasarkan kepada pengiraan di atas didapati bahawa syarikat tersebut mempunyai asset semasa 1.09 kali ganda daripada liabiliti semasa.ini bermakna syarikat menyediakan RM 1.09 aset semasa bagi tujuan pembayaran semula. Baki bagi pembayaran semula adalah RM 0.09 apabila RM 1 liabiliti semasa dituntut.

7.1.1.3 Etiqa Insurance Berhad Nisbah Semasa = Aset Semasa = 8059859000 = 1.17kali Liabiliti Semasa 6841810000

Berdasarkan kepada pengiraan di atas didapati bahawa syarikat tersebut mempunyai asset semasa 1.17 kali ganda daripada liability semasa.ini bermakna syarikat menyediakan RM 1.17 aset semasa bagi tujuan pembayaran semula.Baki bagi pembayaran semula adalah RM 0.17 apabila RM 1 liabiliti semasa dituntut.

7.2 Nisbah Pengurusan Aset 7.2.1 Pusing Ganti Aset Tetap 7.2.1.1 Syarikat Takaful Ikhlas

Nisbah Pusing Ganti Aset Tetap = Jualan Bersih = 959479000 = 1.13 kali Aset Tetap 848646000 Pengiraan di atas menunjukkan syarikat ini mempunyai ganti aset tetap sebanyak 1.13 kali yang memberi maksud setiap RM1 aset tetap memberi sebanyak RM1.13 jualan dapat dijanakan.
16

7.2.1.2 Syarikat Takaful Malaysia

Nisbah Pusing Ganti Aset Tetap = Jualan Bersih = 366119000 = 0.08 kali Aset Tetap 4619679000 Pengiraan di atas menunjukkan syarikat ini mempunyai ganti aset tetap sebanyak 0.08 kali yang memberi maksud setiap RM1 aset tetap memberi sebanyak RM0.08 jualan dapat dijanakan.

7.2.1.3 Etiqa Insurance Berhad

Nisbah Pusing Ganti Aset Tetap = Jualan Bersih = 852670000 = 0.11 kali Aset Tetap 8059859000 Pengiraan di atas menunjukkan syarikat ini mempunyai ganti aset tetap sebanyak 0.11 kali yang memberi maksud setiap RM1 aset tetap memberi sebanyak RM0.11 jualan dapat dijanakan.

7.3

Nisbah Leveraj 7.3.1 Nisbah Hutang 7.3.1.1 Syarikat Takaful Malaysia Nisbah Hutang = Jumlah Hutang = 215091000 Jumlah Aset 848646000 = 25.34%

Berdasarkan pengiraan di atas didapati bahwa nisbah syarikat tersebut adalah 25.34%. Setiap RM1 aset yang diberi oleh syarikat, ia masih berhutang sebanyak 25.34 sen.

17

7.3.1.2 Takaful Malaysia Nisbah Hutang = Jumlah Hutang = 4223996000 Jumlah Aset 4619679000 = 91.43%

Berdasarkan pengiraan di atas didapati bahwa nisbah syarikat tersebut adalah 91.43%. Setiap RM1 aset yang diberi oleh syarikat, ia masih berhutang sebanyak 91.43 sen.

7.3.1.3 Etiqa Insurance Berhad

Nisbah Hutang = Jumlah Hutang = 6841810000 Jumlah Aset 8059859000

= 84.88%

Berdasarkan pengiraan di atas didapati bahwa nisbah syarikat tersebut adalah 84.88%. Setiap RM1 aset yang diberi oleh syarikat, ia masih berhutang sebanyak 84.88 sen.

7.3.2 Nisbah Hutang/Ekuiti 7.3.2.1 Takaful Ikhlas Nisbah Hutang/Ekuiti = Jumlah Liabiliti = 215091000 = 0.34 kali Jumlah Ekuiti 633555000 Berdasarkan kepada pengiraan di atas didapati modal hutang syarikat tersebut adalah 0.34 kali lebih besar daripada ekuiti. Ini menunjukkan syarikat banyak berhutang jika dibandingkan dengan modal yang disalurkan oleh para pemegang saham.

7.3.2.2 Takaful Malaysia Nisbah Hutang/Ekuiti = Jumlah Liabiliti = 4223996000 = 10.67 kali Jumlah Ekuiti 395683000

18

Berdasarkan kepada pengiraan di atas didapati modal hutang syarikat tersebut adalah 10.67 kali lebih besar daripada ekuiti. Ini menunjukkan syarikat banyak berhutang jika dibandingkan dengan modal yang disalurkan oleh para pemegang saham.

7.3.2.3 Etiqa Insurance Berhad Nisbah Hutang/Ekuiti = Jumlah Liabiliti = 6841810000 = 5.62 kali Jumlah Ekuiti 1218049000 Berdasarkan kepada pengiraan di atas didapati modal hutang syarikat tersebut adalah 5.62 kali lebih besar daripada ekuiti. Ini menunjukkan syarikat banyak berhutang jika dibandingkan dengan modal yang disalurkan oleh para pemegang saham.

7.4 Nisbah Keberuntungan

7.4.1 Nisbah Margin Untung Bersih 7.4.1.1 Syarikat Takaful Ikhlas

Nisbah Margin Untung Bersih = Pendapatan Bersih = 59593000 = 6.21% Jualan 959479000

Nisbah ini menunjukkan margin untung bersih daripada jualan selepas ditolak semua belanja-belanja yang terlibat adalah 6.21%. Dengan perkataan lain, daripada setiap ringgit jualan, perniagaan memperoleh untung bersih sebanyak 6.21sen.

7.4.1.2 Syarikat Takaful Malaysia

Nisbah Margin Untung Bersih = Pendapatan Bersih = 49856000 = 13.62% Jualan 366119000

19

Nisbah ini menunjukkan margin untung bersih daripada jualan selepas ditolak semua belanja-belanja yang terlibat adalah 13.62%. Dengan perkataan lain, daripada setiap ringgit jualan, perniagaan memperoleh untung bersih sebanyak 13.62sen.

7.4.1.3 Etiqa Insurance Berhad

Nisbah Margin Untung Bersih = Pendapatan Bersih = 118153000 = 13.86% Jualan 852670000

Nisbah ini menunjukkan margin untung bersih daripada jualan selepas ditolak semua belanja-belanja yang terlibat adalah 13.86%. Dengan perkataan lain, daripada setiap ringgit jualan, perniagaan memperoleh untung bersih sebanyak 13.86 sen.

7.4.2 Nisbah Pulangan Atas Aset

7.4.2.1 Syarikat Takaful Ikhlas

Nisbah Pulangan asset = Pendapatan Bersih = 59593000 = 7.02% Jumlah Aset 848646000

Pengiraan di atas menunjukkan kadar keuntungan yang diperolehi daripada penggunaan aset-aset perniagaan ialah 7.02%.

7.4.2.2 Syarikat Takaful Malaysia

Nisbah Pulangan aset = Pendapatan Bersih = 49856000 = 1.07%


20

Jumlah Aset

4619679000

Pengiraan di atas menunjukkan kadar keuntungan yang diperolehi daripada penggunaan aset-aset perniagaan ialah 1.07%.

7.4.2.3 Etiqa Insurance Berhad

Nisbah Pulangan asset = Pendapatan Bersih = 118153000 = 1.46% Jumlah Aset 8059859000

Pengiraan di atas menunjukkan kadar keuntungan yang diperolehi daripada penggunaan aset-aset perniagaan ialah 1.46%.

7.5 Nisbah Pulangan Ekuti

7.5.1 Syarikat Takaful Ikhlas

Nisbah Pelangan Atas Ekuiti = Pendapatan Bersih = 59593000 = 9.4 % Jumlah ekuiti 633555000

Berdasarkan pada pengiraan di atas menunjukkan nisbah yang diperolehi ialah 9.4% iaitu bagi setiap ringgit yang dilaburkan menghasilkan pulangan sebanyak RM9.40.

7.5.2 Syarikat Takaful Malaysia

Nisbah Pelangan Atas Ekuiti = Pendapatan Bersih = 49856000 = 12.59 %


21

Jumlah ekuiti

395683000

Berdasarkan pada pengiraan di atas menunjukkan nisbah yang diperolehi ialah 12.59% iaitu bagi setiap ringgit yang dilaburkan menghasilkan pulangan sebanyak RM12.59.

7.5.3 Etiqa Insurance Berhad

Nisbah Pelangan Atas Ekuiti = Pendapatan Bersih = 118153000 = 9.7 % Jumlah ekuiti 1218049000

Berdasarkan pada pengiraan di atas menunjukkan nisbah yang diperolehi ialah 9.7% iaitu bagi setiap ringgit yang dilaburkan menghasilkan pulangan sebanyak RM9.70.

8. RUMUSAN TENTANG KEKUATAN DAN KELEMAHAN SYARIKAT YANG DIANALISIS. Rumusan yang dapat kami buat tentang kekuatan dan kelemahan syarikat-syarikat yang kami analisa ialah dari segi aset. Syarikat Etiqa Insurance Berhad adalah syarikat yang mempunyai jumlah aset tertinggi di antara ketiga-tiga syarikat tersebut. Nilai asetnya mencecah RM681 226 000 dan dikira sangat tinggi jika dibandingkan dengan Syarikat Takaful Ikhlas yang Cuma mempunyai aset sebanyak RM2 809 000. Kami dapati sebagai sebuah anak syarikat kepada sebuah bank yang terbesar di Malaysia iaitu, Maybank Berhad suntikan modal yang besar membolehkan syarikat ini menjalankan perniagaan dengan lancar. Keyakinan para pelanggan juga adalah
22

tinggi kerana mereka berasa selamat untuk melabur di dalam syarikat ini. Ini adalah kelebihan kepada syarikat Etiqa Insurans Berhad berbanding pesaing-pesaingnya di dalam analisis kami. Syarikat Takaful Malaysia dan Syarikat Takaful Ikhlas yang mana mereka adalah syarikat induk. Dari segi ekuiti pula, Etika Insurans Berhad masih merupakan syarikat yang mempunyai jumlah ekuiti yang tinggi di antara ketiga-tiga syarikat itu. Jumlah ekuitinya sebanyak RM 1 218 049 000 dengan rizab sebanyak RM 1 065 898 000 membolehkan mereka meneroka pasaran dengan lebih agresif. Walau pun syarikat Takaful Ikhlas mempunyai modal saham yang lebih tinggi daripada ketiga-tiga syarikat tersebut, namun jumlah ekuitinya adalah RM633 555 000. Bolehlah dikatakan bahawa syarikat Takaful Malaysia Berhad adalah syarikat yang lemah di antara ketiga-tiga syarikat yang kami analisa kerana mempunyai modal saham dan rizab yang terendah. Ini membataskan penerokaan mereka untuk pasaran baru. Manakala dari segi liabiliti pula, syarikat Takaful Ikhlas cuma mempunyai liabiliti paling sedikt iaitu sebanyak RM215 091 000 jika dibandingkan dengan dua syarikat lain yang mempunyai liabiliti melebihi 4 billion. Kita sebagai pelabur atau pelanggan tidak boleh melihat liabiliti sesebuah syarikat jika ingin melabur atau membeli produk kerana ia tidak menggambarkan kekuatan atau kelemahan sesebuah syarikat. Nisbah hutang/ekuiti untuk syarikat Takaful Ikhlas cuma 0.34 kali dan Etiqa Insurans pula 5.62 kali lebih rendah jika dibandingkan dengan syarikat Takaful Malaysia yang mempunyai nisbah hutang/ekuitinya 10.67 kali. Syarikat Etiqa Insurans Berhad adalah syarikat yang mempunyai keuntungan bersih yang tertinggi di antara ketiga-tiga syarikat yang kami analisa. Mereka membayar cukai sebanyak RM60 378 000 setahun kepada kerajaan. Nisbah margin untung bersih syarikat Takaful Ikhlas adalah 6.21%, merupakan yang terkecil jika dibandingkan dengan kedua-dua syarikat lain yang mempunyai nisbah untung bersih melebihi 13%. Jika dilihat pada nisbah untung bersih ini, kami percaya para pelabur dan pelanggan akan memilih syarikat Etiqa Insurans Berhad sebagai syarikat insurans pelaburan mereka.

23

Pelanggan Islam pula kami rasa akan memillih syarikat Takaful Malaysia Berhad kerana mereka adalah satu-satunya syarikat yang membayar zakat perniagaan mereka. Pada umat Islam dapat melaksanakan hukum syarak yang berkaitan dengan muamalat dituntut oleh Islam baik dalam kehidupan maupun pelaburan mereka.

24

REFLEKSI Bismilahirrahmanirrahim dan Assalamuaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terlebih dahulu bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dapat saya,En. Kamarudin Bin Abu Hassan, menyiapkan Tugasan Kerja RBT 3119 iaitu Pengajian Perniagaan dan Keusahawanan secara berkumpulan yang diberikan kepada semua guru Kumpulan PGSR ( BM ) mengikut masa yang telah ditetapkan. Pada mulanya apabila melihat kepada soalan dan tajuknya saya berasa amat teruja dan teruji untuk mendapatkan bahan-bahan yang patut dimuatkan dalam tugasan ini di samping ingin memahami dengan teliti apa kehendak tugasan tersebut.Di sini saya perlu mengenalpasti tiga buah syarikat kewangan.Syarikat kewangan yang telah saya pilih adalah berkaitan dengan Syarikat Takaful Insuran iaitu Syarikat Takaful Ikhlas,Takaful Malaysia dan Etiqa Takaful.Di sini juga saya perlu menganalisis penyata kewangan ketiga-tiga syarikat di atas berdasarkan apa yang saya ketahui.Barulah saya mengetahui serba sedikit tentang perniagaan atau topik RBT 3119 seperti kunci kirakira,penyata pendapatan,penyata aliran tunai mahupun penyata ekuiti pemilik.Kalau selama ini saya tidak pernah pun mendengar perkataan-perkataan tersebut ,kali ini AlHamdulilah sedikit sebanyak ilmu itu dapat saya pelajari.Banyak juga perkataanperkataan berkaitan dengan ekonomi seperti aset,ekuiti,ability,obligasi telah dapat saya fahami dan menambah perbendaharaan kata dalam diri saya.Walaupun subjek yang saya belajar ini tiada dalam sukatan terutamanya untuk sekolah rendah tetapi saya akan cuba memanfaatkan ilmu ini untuk anak-anak saya yang berada di sekolah

menengah .Insyallah.Saya akan menggunakan segala kaedah atau panduan yang saya dapati ini sebagai contoh untuk saya membuat kajian kes untuk mata pelajaran Bahasa Melayu pada masa atau semester yang akan datang.Saya juga terpaksa menggunakan masa dengan sebaiknya,semaksimum yang ada dan sabar untuk menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini.Saya dan kawan-kawan saya terpaksa berkorban masa pada setiap hujung minggu terutamanya hari Ahad demi untuk menyiapkan kerja kursus tersebut.Bagi saya ini satu cabaran dalam meningkatkan lagi diri saya dan juga ilmu yang didapati sebagai seorang guru yang akan bergelar siswazah tidak lama lagi.Insyallah.Banyak benda dan perkara yang selama ini tidak saya ketahui dalam
25

memantapkan diri saya dapat saya lakukan terutamanya dalam bidang Perniagaan dan Keusahawanan ini melalui pembacaan buku-buku berkaitan dengan tajuk ini serta pencarian maklumat melalui internet.Saya dapat rasakan bahawa tajuk atau mata pelajaran Perniagaaan dan Keusahawanan ini ( RBT 3119 ) merupakan salah satu subjek yang paling mencabar dan sukar setakat ini. Pada kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas kepada pensyarah kesayangan kami ( RBT 3119 ) Perniagaan dan Keusahawanan iaitu Encik Senin Bin Khamis di atas segala bimbingan,panduan dan tunjuk ajar yang telah diberikan kepada saya dan kawan-kawan saya sepanjang menyiapkan tugasan ini sama ada dalam bentuk penerangan,nasihat ataupun sumber bahan.Saya beruntung dan berterima kasih mendapat pensyarah RBT 3119 ini yang sangat baik hati dan berkomitmen tinggi .Ruang masa yang panjang serta mencukupi yang diberikan kepada kami semua,pelajar PGSR diucapkan ribuan terima

kasih.Harapan saya dan kawan-kawan agar hasil yang kami berikan dapat memuaskan hati kedua-dua pensyarah tersebut.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada semua pensyarah unit Sains Sosial IPGM Perempuan Melayu Melaka lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memberi kerjasama,dan panduan semasa saya menyiapkan tugasan ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada semua teman-teman dan rakanrakan seperjuangan kerana bersama-sama berbincang dan bertungkus lumus tidak kira masa dalam menyiapkan tugasan ini terutamanya dalam mencari bahan berkaitan tajuk RBT 3119 ini.Seperti mana yang kita semua maklum walaupun banyak kekangan dan kerja yang perlu diselesaikan terutamanya di sekolah namun masih mampu tersenyum dalam menyiapkan kerja kursus pendek ini bak kata pepatah di mana ada kemahuan di situ pasti ada kejayaan.Berat sama dipikul,ringan sama-sama kita jinjing.Insyaallah. Akhir sekali saya amat berharap agar ilmu yang saya perolehi ini dapat

diaplikasikan sepenuhnya dan sebaik mungkin untuk meningkatkan lagi kemahiran saya sebagai guru berijazah yang berkualiti tinggi sejajar dengan kehendak falsafah pendidikan negara masa kini dan secara tidak langsung memberikan satu manfaat yang amat berkesan kepada murid-murid saya khususnya dalam membentuk 1 Malaysia
26

yang aman,damai,bersatu padu,dinamik serta semangat berkerjasama yang erat tanpa mengira agama,bangsa ataupun kaum.Selamat Maju Jaya. Sekian.Terima kasih.Wassalamualaikum.

KAMARUDIN BIN ABU HASSAN 640702-03-5151 ( PGSR BAHASA MELAYU AMBILAN NOV. 2008 )

27

REFLEKSI Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan KKP bagi mata pelajaran RBT 3119 Perniagaan dan Keusahawanan ini dengan jayanya. Pada kesempatan ini juga saya ingin merakam ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing, Encik Senin bin Khamis yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada rakan-rakan sekumpulan, Encik Mohmad Khaidar dan Encik Kamarudin yang telah banyak memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bagi semasa menyiapkan tugasan ini. Penghargaan juga ditujukan kepada insan tersayang iaitu buat isteri dan anak-anak tercinta. Tanpa kalian, siapalah saya. Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, saya telah banyak belajar terutamanya tentang aspek mata pelajaran Perniagaan dan Keusahawanan. Pada mulanya, apabila menerima tugasan ini, saya mendapati agar sukar untuk menyiapkannya kerana ketidakfahaman saya kepada kehendak soalan. Tetapi selepas menerima penerangan dan tunjuk ajar daripada pensyarah pembimbing berserta dengan kolaborasi bersama dengan rakan-rakan sekuliah, akhirnya tugasan ini dapat disiapkan. Antara aspek yang dapat saya belajar daripada tugasan ini ialah, saya dapat membuat perbandingan antara syarikat dari segi keupayaan kewangan sesebuah syarikat berkenaan. Perbandingan ke atas penyata kewangan sesebuah syarikat boleh dilakukan melalui dua (2) cara iaitu melalui analisis arah aliran dan analisis keratan rentas industri. Namun bagi tugasan ini, analisis yang sesuai digunakan ialah analisis keratan rentas industri kerana mengikut analisis ini, perbandingan dibuat berdasarkan antara beberapa syarikat dalam industri atau firma yang sama. Ini bertepatan dengan kehendak soalan tugasan. Selain itu, saya juga dapat belajar bagaimana membuat analisis ke atas penyata kewangan sesebuah syarikat berdasarkan nisbah kecairan, nisbah pengurusan aset,
28

nisbah leveraj dan nisbah keberuntungan. Keupayaan sesebuah syarikat mendapat keuntungan, membayar hutang dan sebagainya dapat dikesan melalui pengiraan berdasarkan nisbah-nisbah ini. Walaupun ilmu yang saya perolehi ini tidak dapat saya aplikasikannya semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah, namun secara tidak langsungnya saya dapat sedikit ilmu bagaimana untuk menilai keadaan kewangan sesebuah syarikat untuk saya aplikasikannya dalam kehidupan seharian saya. Siapa tahu suatu hari nanti saya atau ahli keluarga saya terlibat dalam bidang perniagaan, sekurang-kurangnya saya telah ada sedikit ilmu tentang bidang ini. Akhir sekali saya merasakan tugasan yang dibuat ini telah dapat menyedarkan saya bahawa bidang perniagaan dan keusahawanan ini adalah satu bidang yang berisiko, iaitu siapa yang sanggup menanggung risiko, dia pasti akan mendapat ganjarannya.

Disediakan oleh: Kamal Bahrin Bin Awang Ahmad 730601-03-5431 2008142360005

29

REFLEKSI Syukur kehadrat Allah kerana mengurniakan kesihatan dan akal fikiran yang sihat dan bernas untuk menyiapkan tugasan Pengajian Perniagaan dan

Keusahawanan RBT 3119 ini. Penerimaan tugasan ini merupakan sesuatu yang baru dan menakutkan apatah lagi ketiadaan pengalaman dan pengetahuan tentang bidang perniagaan. Kerjasama dan kesabaran yang dimiliki oleh rakan-rakan sekumpulan banyak membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini. Pada saya kerelaan dan sifat keterbukaan serta sikap sentiasa berfikiran positif saya ini adalah kekuatan saya untuk melaksanakan tugasan-tugasan yang sukar. Saya dapati pihak pengurusan syarikat menyediakan pelbagai dokumen dan penyata untuk kegunaan pihak yang berkepentingan. Salah satu dokumen penting yang disediakan oleh pihak syarikat ialah penyata kewangan. Ia merupakan sebuah dokumen bertulis yang menerangkan perkara yang berkaitan dengan kedudukan kewangan sesebuah entiti perniagaan. Semua maklumat kewangan perusahaan perniagaan yang disampaikan hendaklah dengan cara berstruktur dan dalam bentuk yang mudah difahami. Penyata kewangan ini mengandungi maklumat yang berkaitan aset, liabiliti, ekuiti pemilik dan kedudukan kewangan yang telah berlaku. Saya sedar bahwa penyata kewangan ini digunakan oleh pelbagai pihak seperti pelabur dengan pelbagai tujuan. Penyata kewangan ini memberikan pandangan keseluruhan keadaan kewangan jangka serta jangka panjang bagi sesuatu perniagaan atau orang perseorangan. Ini dapat membantu pelabur membuat penelitian dan perkiraan sebelum mengeluarkan wang mereka untuk membuat pelaburan. Bagi kerajaan pula, penyata kewangan ini diperlukan untuk menentukan cukai dan perancangan pembangunan ekonomi. Pihak institusi kewangan pula memerlukan penyata kira-kira untuk melihat potensi dan kebolehupayaan syarikat untuk membayar semula kredit sebelum mululuskan sebarang permohonan. Manakala pihak pengurusan pula memerlukan penyata kira-kira untuk melihat kekuatan dan kelemahan dalam perniagaan mereka untuk membuat perancangan dan penambahbaikan.

30

Dalam membuat KKP ini juga saya sedar rupanya figure yang besar tidak melambangkan keuntungan atau kehebatan sesebuah syarikat kerana ada liabiliti dan tanggunggan yang perlu dibayar. Sesebuah syarikat akan dilihat sebagai syarikat yang mendapat keuntungan setelah keuntungan/lebihan sebelum cukai ditolak zakat atau cukai. Keuntungan bersih inilah yang mencerminkan kejayaan dan keuntungan sesebuah syarikat. Contohnya syarikat Etiqa Insurance Berhad, walaupun memperoleh keuntungan bersih sebanyak RM118, 153 000 tetapi memilik liabiliti sebanyak

RM6 841 810 000 berbanding Syarikat Takaful Ikhlas yang cuma memperoleh keuntungan bersih sebanyak RM59 593 000 tetapi memiliki liabiliti cuma RM215 091 000. Saya bersyukur kerana dalam proses menyiapkan tugasan ini banyak

maklumat baru tentang kewangan dan perniagaan yang saya peroleh. Saya berharap maklumat dan ilmu yang saya perolehi dapat saya gunakan dalam kehidupan seharian saya nanti. Insyaallah. Sekian, terima kasih.

MOHMAD KHAIDAR BIN ABD HAMID 640530-04-5675


31

BIBLIOGRAFI
M.Fazilah Abdul Samad, Shamsuudin Ismail, Fauzi Zainir. (2002). Pengurusan Kewangan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

http://www.mnrb.com.my/media/annual_reports/AR20010_BM/27_penyata_kewangan.p df http://www.maybank.com.my/files/Etiqa%20Insurance%20Berhad%20June%202011%2 0%28BM%29.pdf http://www.takaful-ikhlas.com.my/malay/takafulAm/

32

LAMPIRAN

33

You might also like