Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
65Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Analisis Pahlawan Pasir Salak

Analisis Pahlawan Pasir Salak

Ratings:

5.0

(3)
|Views: 5,707 |Likes:
Published by k301193
For all PMR and Form 2 students. Much more convenient. You will never regret reading this!!
For all PMR and Form 2 students. Much more convenient. You will never regret reading this!!

More info:

Published by: k301193 on Oct 22, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/01/2011

pdf

text

original

 
Analisis Pahlawan Pasir SalakSoalan 1 :Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan sinopsis novel tersebut.[ 10 markah ]Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Novel ini mengisahkan kebencianpenduduk Kampung Pasir Salak terhadap kedatangan Inggeris yang ingin menjajah negeri Perak. Ketokohan DatukMaharaja Lela selaku penghulu di kampung Pasir Salak dengan dibantu oleh tenaga-tenaga muda seperti Deli, Akub,dan Lamin telah berjaya menghalang niat askar-askar Inggeris untuk menawan Pasir Salak. Darah kepahlawananMelayu yang dimiliki jelas meniupkan semangat juang tinggi yang tidak merelakan bumi mereka dijajah.Walaupun terdapat orang Melayu sendiri yang menjadi tali barut dan anjing penjajah, namun mereka telah berjayadikalahkan. Kematian Residen Inggeris, J.W.W Birch yang datang untuk memungut cukai di Pasir Salak benar-benartelah menaikkan lagi semangat pengikut-pengikut Datuk Maharaja Lela untuk terus mempertahankan tanah tumpahdarah mereka.Dengan peristiwa itu, pihak Inggeris telah menghantar pasukan tenteranya yang lengkap bersenjata serta meriamuntuk menawan Kampung Pasir Salak. Kedatangan tentera Inggeris ini telah pun dinanti-nantikan denganperancangan peperangan oleh Datuk Maharaja Lela dan anak buahnya. Peperangan telah meletus dan akhirnyapihak Inggeris telah berjaya ditewaskan dengan kebijaksanaan serta kepahlawanan Datuk Maharaja Lela danpenduduk Kampung Pasir Salak.
Soalan 2 :Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tema dan persoalan yang terkandung dalam novel tersebut. [ 10markah ]Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Novel ini bertemakan semangatperjuangan menentang penjajah. Perjuangan ini dapat dikesan menerusi perwatakan Deli, Lamin, Akub, DatukMaharaja Lela dan beberapa orang watak yang lain. Mereka membakar pondok mengutip cukai, enggan membayarcukai, membunuh Residen Birch dan menentang Inggeris yang menyerang Pasir Salak.Persoalan pertama ialah tekanan penjajah. Buktinya, penjajah mengenakan cukai yang tinggi sehinggamenyebabkan penduduk berasa tertekan. Mereka juga merampas hasil Pak Wan.Persoalan kedua ialah perasaan dendam. Buktinya, Deli mendendami Lamsah yang mengkhianati penduduk PasirSalak. Pada mulanya Lamsah berbaik-baik dengan penduduk Pasir Salak tetapi akhirnya bertindak membakarpondok kawalan yang dibina oleh orang kampung.Persoalan ketiga ialah kepimpinan yang berkesan. Datuk Maharaja Lela merupakan seorang Ketua Kampong PasirSalak yang memperlihatkan cara beliau memimpin dengan penuh kesabaran di samping perancangan yang telitisehingga menyelamatkan Pasir Salak daripada menjadi mangsa penjajah.Persoalan keempat ialah muafakat membawa berkat. Oleh sebab penduduk Pasir Salak sentiasa hidup dalamkeadaan saling membantu dan muafakat, mereka bekerjasama membina pondok kawalan dan membuat rondaan.
Soalan 3:Huraikan Watak dan perwatakan bagai watak utama berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Watak utama novel ini ialahDatuk Maharaja Lela. Beliau merupakan penghulu Kampung Pasir Salak. Di rumah beliau terdapat gelanggang silatbagi melatih anak-anak muda kampung. Beliau seorang yang berpengalaman mentadbir kampungnya sehinggadisegani oleh penduduk.Beliau seorang yang mencintai tanah air. Buktinya, beliau sentiasa memberi kata-kata semangat kepada pendudukPasir Salak supaya berjuang mempertahankan kedaulatan Pasir Salak. Beliau juga melarang penduduk kampungmembayar cukai.Selain itu., beliau juga seorang yang berani. Tindakannya yang nekad dan tidak menghiraukan penjajah Inggerisdengan membakar pondok mengutip cukai dan mengoyak surat kenyataan mengutip cukai sudah cukupmembuktikan keberaniannya.
 
Tambahan pula, beliau seorang yang berhati-hati dan tidak terburu-buru. Beliau mengambil tindakan mengikutpemikiran, bukannya perasaan. Beliau tidak membenarkan pengikut-pengikutnya bertindak melulu terhadap wakil-wakil Inggeris yang membina pondok mengutip cukai.Lebih-lebih lagi, beliau pandai merancang strategi. Datuk Maharaja Lela pintar menghadapi serangan pihak Inggeris.Beliau menyuruh pengikut-pengikutnya membina kubu di Bandar Tua untuk menghadapi serangan musuh.
Soalan 4 :Huraikan empat watak dan perwatakan watak sampingan berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markahJawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Watak sampingan pertama ialahPak Itam. Dia merupakan bapa kepada Deli dan pembantu Datuk Maharaja Lela semasa melatih anak-anak mudabersilat. Dia seorang yang amat menghormati ketuanya, Datuk Maharaja Lela. Pak Ita juga merupakan seorang yangtegas. Dia tegas semasa mendidik anaknya, Deli. Selain itu, Pak Itam juga seorang yang mencintai tanah air. Diaberjuang dan bersemangat tinggi menentang penjajah. Dia juga bersemangat tinggi menghadapi kedatanganInggeris.Watak Sampingan kedua ialah Pak Wan. Dia digambarkan sebagai seorang yang sudah berumur tetapi menghormatijiwa anak-anak muda. Dia ialah bapa saudara Lamin. Dia seorang yang sensitif. Hal ini demikian kerana dia berasasedih apabila mengenangkan anaknya, Mat Nor yang meninggal dunia akibat dipatuk ular. Dia seorang yang rajin.Dia menghulurkan bantuan semasa membina pondok kawalan dan kubu pertahanan di samping rajin meronda.Watak sampingan ketiga ialah Mamat. Dia merupakan abang saudara Deli yang baru berumah tangga yang tinggal diBandar Bharu. Dia mencintai tanah air. Buktinya, dia sering menyampaikan maklumat dari Bandar Bharu kepada PakItam dan Datuk Maharaja Lela tentang rancangan Inggeris yang hendak menguasai Pasir Salak.Watak sampingan yang memainkan peranan yang agak penting ialah Seputum. Walaupun wataknya hanya munculsekali-sekala, Dia merupakan pahlawan yang bersemangat tinggi. Datuk Maharaja Lela yang yakin akankebolehannya telah menyebabkan dia menjalankan tanggungjawabnya dengan baik, yakni membunuh Residen Birch.Dia seorang pejuang yang memiliki semangat cinta akan tanah air. Keberanian yang ada pada watak Seputum wajarkita contohi.
Soalan 5 :Plot memainkan peranan yang penting dalam sesebuah karya. Huraikan plot atau jalinan peristiwa dalam novelyang telah anda kaji. [ 10 markah ]Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Plot novel ini dijalin menurutkronologi. Pada bahagian pengenalan cerita atau eksposisi, pengarang memperkenalkan watak Deli, Pak Itam,Lamin, Akub dan juga Datuk Maharaja Lela. Mereka adalah watak-watak yang menetap di Pasir Salak, iaitu tempatyang menjadi fokus utama pengarang dalam novel ini.Pada bahagian perkembangan cerita, pengarang menceritakan masalah yang dihadapi oleh penduduk Pasir Salak,yakni ancaman Inggeris yang sudah mula bertapak di Perak. Dijelaskan juga mengenai peranan Deli, Akub, danLamin yang bersemangat tinggi dalam menentang Inggeris.Pada bahagian perumitan cerita atau konflik, pengarang menceritakan usaha-usaha Inggeris menguasai Pasir Salak.Mereka menghantar wakil menampal surat kenyataan mengutip cukai dan membina pondok mengutip cukai.Kedatangan Residen Birch bersama-sama askar Sipahi juga merupakan konfliknya, tetapi dapat ditangani olehpenduduk Pasir Salak.Pada bahagian puncak atau klimaks cerita, Residen Birch telah mati dibunuh oleh Seputum dan Mat Arshad matidibunuh Pak Endut ketika mereka datang ke Pasir Salak untuk menampal surat-surat kenyataan memungut cukai.Lantaran itu, Lamsah berjaya terjun ke dalam sungai lalu melarikan diri.Pada bahagian peleraian atau pengakhiran cerita, cerita disampaikan begitu antiklimaks. Buktinya, anggota Inggerisyang lengkap dengan meriam dan senjata api bersama-sama Lamsah yang ditugaskan sebagai penunjuk jalanakhirnya telah berjaya ditewaskan oleh Datuk Maharaja Lela dan anak-anak buahnya.
 
Soalan 6:Teknik plot atau teknik penceritaan memainkan peranan yang penting dalam sesebuah karya. Huraikan teknikplot berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Teknik penceritaan pertama ialahimbas kembali. Imbas kembali ialah mengingati sesuatu peristiwa atau perkara yang telah berlaku. Buktinya, PakWan berasa sedih apabila mengenangkan anaknya, Mat Nor yang meninggal dunia akibat dipatuk ular.Teknik plot kedua ialah imbas muka. Imbas muka ialah pengarang memberi gambaran atau ramalan tentang sesuatuyang bakal berlaku. Buktinya, Deli dan Mamat dapat membayangkan bahawa peperangan akan berlaku sekiranyaInggeris datang ke Pasir Salak.Teknik plot ketiga ialah monolog. Monolog ialah pengucapan secara senyap oleh watak kepada diri sendiri, oranglain atau pembaca. Bukti penggunaan teknik ini ialah ketika Deli yang hanya tersenyum apabila menerimakedatangan Lamsah. Dia seolah-olah sedang berfikir tentang sikap Lamsah yang seperti ada udang di sebalik batudaripada pertemuan kali pertama itu.Teknik seterusnya ialah monolog dalaman. Monolog dalaman bermaksud bicara hati atau watak menyatakanperasaannya dalam hati tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata. Dalam novel ini, pengarang menggunakan teknikini ketika Deli melihat orang yang sedang berkayuh di dalam perahu menuju ke pangkalan. Antara petikannya ialah:“Siapa pula tu?” bisik Deli sambil mengecilkan matanya; memandang ke arah perahu.
Soalan 7:Huraikan latar tempat berdasarkan novel yang telah anda kaji berserta peristiwa yang berlaku di tempat-tempat yang anda nyatakan tersebut. [ 10 markah ]Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Latar tempat pertama ialahrumah Datuk Maharaja Lela. Buktinya, tempat ini menjadi tempat anak-anak muda berlatih silat. Di sini jugapenduduk Pasir Salak selalu berkumpul untuk mendengar ucapan daripada Datuk Maharaja Lela.Latar tempat kedua ialah warung Pak Itam. Di sinilah berlakunya pergaduhan antara Deli dan rakan-rakannyadengan wakil Inggeris yang ingin mengutip cukai daripada Deli yang membuka warung di situ.Latar tempat ketiga ialah sungai. Buktinya, Residen Birch mati dibunuh oleh Seputum di situ.Latar tempat keempat ialah rumah Pak Itam. Buktinya, Deli menceritakan kepada ayahnya mengenai peristiwaLamin dan Pak Wan diserang oleh anjing penjajah.Latar tempat seterusnya ialah pondok kawalan. Pondok kawalan ini terletak berhampiran pangkalan. Di sini, Deli,Lamin, dan Akub mengawal keselamatan mengikut giliran. Mereka ingin memastikan keselamatan penduduk PasirSalak.
Soalan 8:Huraikan latar masa berdasarkan novel yang telah anda kaji berserta peristiwa yang berlaku pada masa yanganda nyatakan tersebut. [ 10 markah ]Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Jarak masa sepanjang perjalanancerita novel ini ialah lebih kurang 8 bulan iaitu bermula pada bulan Mac 1875 hingga 7 November 1875. Ceritabermula dengan peristiwa Deli membantu Pak Itamnya di warung dan cerita berakhir di rumah Datuk Maharaja Lelaselepas pihak Inggeris berundur.Perjalanan cerita berlangsung pada zaman penjajahan Inggeris di tanah Melayu. Pada 1875, Residen Birch memaksaSultan Perak menandatangani Perjanjian Pangkor yang membolehkan pihak Inggeris mengutip cukai di negeri Perak.Pada waktu malam pula. Biasanya penduduk kampung berkumpul di rumah Datuk Maharaja Lela dan mendengarnasihat daripada beliau. Anak-anak muda juga berlatih silat pada waktu sebegini.Waktu pagi juga merupakan latar masa yang agak penting. Pada waktu tersebut, Deli, Lamin, dan Akub membinapondok kawalan di pinggir sungai Perak.Pada lewat petang dan senja, Biasanya Deli membantu bapanya Pak Itam menutup warung. Pada ketika itulah Deliterlihat Pak Wan yang tercedera dipapah oleh Lamin kerana cedera dipukul anjing penjajah.

Activity (65)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Nuraina Syasya liked this
Safari Razak liked this
Safari Razak liked this
josm994834 liked this
Akmal Akram liked this
Adrian Lua liked this
Wang Liang Hong liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->