You are on page 1of 1

REKABENTUK PENILAIAN

APAKAH REKABENTUK PENILAIAN?


Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi mempertimbangkan pilihan yang ada Selain itu, penilaian juga merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran Namun begitu, ia juga merupakan satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap. Penilaian juga merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Maka berdasarkan penggabungjalinan definisi rekabentuk dan penilaian maka kami menyimpulkan rekabentuk penilaian merupakan sesuatu corak atau bentuk direka untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran.

You might also like