You are on page 1of 5

PENGENALAN Terdapat beberapa acara lumba lari yang boleh dikategorikan sebagai acara lari jarak jauh seperti

acara 1000 m, 2000 m, 3000 m, 5000 m, 10000 m, perlumbaan lebuhraya dan merentas desa. Daripada acara tersebut, hanya setakat 5000 meter yang disertai oleh wanita manakala selebihnya hanya khusus untuk lelaki. Selain itu, dalam beberapa perjumpaan olahraga sama ada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa, terdapat juga acara lari jarak jauh sejauh 3000 meter tanpa halangan. Penyertaan acara ini terbuka kepada lelaki dan wanita. Di peringkat antarabangsa, acara ini biasanya diadakan untuk bahagian junior dan wanita. Acara ini terbuka untuk semua sama ada perempuan atau lelaki dewasa. Pihak penganjur sesuatu pertandingan olahraga boleh menetapkan acara-acara yang sesuai diadakan dalam sesuatu perjumpaan itu. Pemilihan acara ini bagaimanapun harus dipersetujui oleh KOAM. Di peringkat sekolah, berkemungkinan penganjur mengehadkan bilangan acara sehingga 1500 meter sahaja untuk lelaki dan wanita. Ini disebabkan acara pada jarak jauh yang lebih daripada itu mungkin terlalu jauh bagi pelajar sekolah. Dalam perjumpaan sukan utama dunia seperti Sukan Olimpik, acara yang dinyatakan di sini adalah termasuk dalam senarai acara yang dipertandingkan dalam sukan olahraga sejak bertahun-tahun dahulu sehingga sekarang.

SEJARAH LARI JARAK JAUH Sejarah lari sememangnya sudahpun tertulis secara autentik sejak manusia mula berlari sebagai prestasi atau untuk kejohanan. Sejak kecil lagi kita sudah mampu berjalan dan berlari, namun tidak tercatat sebagai satu bentuk olahraga atau sebagai satu prestasi untuk mengetahui siapa yang terpantas atau terhebat. Larian jarak jauh ini bermula daripada bangsa Yunani yang sedang dilanda peperangan antara kaum Yunani dan Persia di kota Marathonas, Pulau Egina Yunani. Pasukan Persia mengalami kekalahan dan pasukan Yunani yang memenangi peperangan tersebut telah memerintahkan salah seorang pasukannya untuk membawa pesanan. Si pembawa pesanan berlari ke Anthena yang letaknya sejauh 40.8 km (25.4 miles) dalam sehari untuk mengkhabarkan kemenangannya. Sesampainya di kota, si pembawa pesanan berteriak dan dia akhirnya pengsan dan meninggal dunia. Untuk mengenang kemenangan terhadap perang tersebut dan untuk menghormati si pembawa pesanan, maka beberapa tahun selepas itu diadakan perlawanan lumba lari dan sukan ini semakin berkembang menjadi satu sukan olahraga.

Disebabkan prestasi atau pencapaian yang memberangsangkan, sukan ini terbahagi menjadi pelbagai cabang larian. Dikhabarkan cabag olahraga larian seperti marathon yang pertama kali dipertandingkan dalam Olimpik telah diadakan di kota Athens. Acara ini telah dimenangi oleh Eucles dan pada perlumbaan yang berikutnya acara ini dimenangi oleh atlet dari Filipina. Setelah mengalami pelbagai kejadian dan mengambil masa yang panjang, perlumbaan ini berubah menjadi salah satu acara olimpik dan pada tahun yang berikutnya, perlumbaan ini mendapat perhatian olimpik moden. Olahraga ini berkembang menjadi beberapa cabang yang dibahagikan dalam beberapa jarak dan tempoh yang tertentu. Dalam berkembangnya cabang olahraga larian ini terbahagi menjadi larian cepat jarak pendek (sprint), larian jarak sedang (middle distance) dan larian jarak jauh (long distance). Lari jarak pendek pula dibahagikan lagi menjadi larian jarak 50 m, 55 m, 60 m, 100 m, 150 m, 200 m, 300 m, 400 m dan 500 m. larian jarak sedang pula terbahagi kepada acara 800 m, 1500 m dan 3000 m. untuk larian jarak jauh pula dibahagikan menjadi acara 5000 m, 10000 m, half marathon dan marathon. Pada saat ini, perkembangan yang lebih pesat lagi dan kecenderungan cabang olahraga lain seperti lari halang rintang, triathlon, pentathlon, heptathlon dan decathlon. Walaupun aktiviti berlari untuk menyihatkan badan atau memelihara fizikal badan tidak tercatat sejak bila namun secara logiknya dapat dikatakan bahawa manusia menjadikan aktiviti berlari ini sebagai satu sukan setelah merasakan banyak manfaat yang dapat diperolehi daripada aktiviti ini. Walaupun dunia semakin moden dan manusia semakin kurang berlari namun tetap timbul kesedaran bagi mereka untuk menjadikan aktiviti berlari sebagai satu sukan yang dapat memelihara kesihatan. Malah, aktiviti berlari kini menjadi sebahagian hobi manusia zaman moden dan mendapat tempat meluas dalam acara sukan di peringkat dunia. Aktiviti berlari pada zaman sekarang juga telah menjadi seakan satu trend atau gaya hidup yang menjadi tarikan dan galakan tidak kira umur, bangsa dan agama. Hal ini membuktikan bahawa sukan berlari ini mampu memberi banyak manfaat dan seharusnya menjadi kebiasaan kepada masyarakat kini.

PERALATAN LARIAN JARAK JAUH

Dalam acara larian jarak jauh ini, atlet tidak memerlukan sebarang peralatan ketika acara atau perlumbaan tersebut berlangsung. Peralatan yang dimaksudkan dalam acara ini ialah peralatan seperti pakaian. Peralatan seperti pakaian amat penting kepada kemajuan dan prestasi pelari. Seseorang pelari yang berpakaian kemas dan bersih menunjukkan sifat disiplin diri yang baik. Pelari perlu memakai singlet atau kemeja T yang sesuai dan tidak terlalu ketat. Pakaian yang terlalu ketat akan menghalang pergerakan tubuh badan, begitu juga ketika memilih seluar. Pelari tidak perlu membeli kasut yang terlalu mahal tetapi memilih kasut yang tahan lasak, selesa dan mempunyai ciriciri keselamatan. Sebelum sesuatu kejohanan larian jarak jauh diadakan, beberapa peralatan perlu disediakan. Peralatan yang digunakan perlu dipastikan bahawa ianya selamat dan berada dalam keadaan baik. Antara peralatan yang perlu ada dalam acara larian jarak jauh ialah :

1. Pakaian Setiap peserta yang mengambil bahagian dalam acara larian jarak jauh perlu memakai pakaian yang sesuai. Namun begitu, perlu dipastikan bahawa pakaian yang dipakai tidak terlalu ketat atau nipis sehingga boleh mengganggu keputusan pengadil.

2. Nombor Setiap peserta yang mengambil bahagian perlu memakai nombor kerana sangat penting bagi membezakan antara setiap peserta yang bertanding. Bagi acara larian jarak jauh, satu set nombor yang sama perlu diletakkan di bahagian hadapan dan belakang pakaian untuk memudahkan proses pengelolaan dan penghakiman.

3. Kasut Kasut yang digunakan dalam acara larian jarak jauh perlu bersesuaian dengan keadaan trek dan padang. Bagi larian jarak jauh, kasut yang digunakan tidak boleh terlalu tebal dan perlu ringan supaya larian berjalan lancar.

4. Stud Kasut yang digunakan dalam acara larian jarak jauh di atas trek perlu menggunakan kasut yang dilengkapi dengan stud supaya daya cengkaman kasut atlet dengan trek lebih kukuh di samping dapat mengelakkan berlakunya kemalangan seperti tergelincir, terjatuh dan sebagainya. Kasut yang digunakan juga tidak boleh terlalu tebal dan perlu ringan supaya larian berjalan lancar.

5. Pistol

Penggunaan pistol adalah bertujuan untuk melepaskan peserta semasa berada di barisan permulaan.

6. Bendera Penggunaan bendera sangat penting dalam acara larian jarak jauh. Bendera yang sering digunakan adalah bendera merah yang mana digunakan untuk membatalkan larian. Bendera putih pula membawa maksud pengesahan terhadap sesuatu acara larian yang telah dijalankan.

7. Alat penyukat angina Alat penyukat angina digunakan untuk mengetahui halatuju angina sebelum dan semasa acara larian jarak jauh dilaksanakan.

8. Jam randik Jam penyukat masa digunakan untuk mempamerkan masa yang dicatatkan oleh peserta. Jam digital sering digunakan untuk mencatat masa bagi setiap peserta yang mengambil bahagian di samping untuk mengetahui rekod terbaru yang dicipta oleh peserta.

9. Papan pusingan Penggunaan papan pusingan larian sangat penting bagi acara larian jarak jauh. Papan ini akan menjadi petunjuk kepada para pelari tentang bilangan pusingan yang perlu ditamatkan.

TEMPAT ACARA DILANGSUNGKAN 1. Gelanggang Larian jarak jauh ini terbahagi kepada beberapa acara seperti acara 1000 m, 2000 m, 3000 m, 5000 m, 10000 m, perlumbaan lebuhraya dan merentas desa. Bagi acara 1000 m, tempat atau arena yang akan digunakan ialah di gelanggang balapan. Gelanggang balapan ini berbentuk bujur dan balapan ini dibina daripada rumput, asphalt atau bahan sintetik dan biasanya mengandungi lapan lorong. Dalam pertandingan yang menggunakan peraturan KOAM, acara seperti 800 m dan ke atas, lari bergantiganti yang lebih daripada 4 x 400 m dan acara-acara yang seumpamanya dijalankan dalam satu pusingan sahaja. Kedudukan lorong atau permulaan ditentukan dengan undian.

2. Merentas desa Bagi acara merentas desa pula, jarak yang ditetapkan bagi kejohanan Berpasukan Merentas Desa Dunia yang telah dipersetujui oelh KOAM ialah :

Kategori Lelaki Lelaki Junior Wanita Wanita Junior

Jarak Larian 12 km 8 km 8 km 6 km

Laluan merentas desa hendaklah direka di kawasan terdedah atau di kawasan tertutup seperti stadium, jika boleh dilindungi dengan rumput, mempunyai halangan semula jadi agar boleh digunakan oleh pereka laluan untuk membina satu laluan perlumbaan yang menarik. Namun begitu, larian merentas desa juga boleh dibuat di tempat yang tertutup yang luas. Laluan yang digunakan hendaklah cukup luas dan bukan hanya untuk menempatkan laluan pelari tetapi juga segala kemudahan yang digunakan.

You might also like