You are on page 1of 20

1.

0 PENGENALAN Sebagai seorang guru PSV yang berkesan,beliau perlu memperbagaikan pendekatan,strategi,kaedah dan teknik dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Perancangan bersistematik pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan

dapat menentukan keberkesanan pembelajaran ke tahap yang

optima.Sebelum kita membincangkan pendekatan,strategi,keadah dan teknik yang boleh digunapakai,adalah lebih baik jikalau kita teliti apakah definisi-definisi setiap istilah tersebut.

1.1 DEFINISI PENDEKATAN

Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan cara bagaiman sesuatu mata pelajaran boleh diajar untuk mencapai objektif pengajaran. Pendekatan yang terdapat dalam sesuatu mata pelajaran tertentu adalah berlandaskan kepada teori-teori, model dan prinsip- prinsip pembelajaran.

PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PSV PENDEKATAN PROSES DAN PRODUK

Pendekatan ini diperkenalkan oleh Stufflebeam(1971). Tugas para penilai ialah mengumpul data, merancang, menganalisis ,menyediakan maklumat untuk memilih tindakan alternatif dan melaporkan. Penilaian proses tertumpu kepada proses yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat program. Maklumat ini perlu diketahui dari masa ke masa untuk mengawal pelaksanaan program. Untuk kajian ini penilaian proses ialah cara pengajaran dan pembelajaran guru-guru PSV, cara guru menilai kerja-kerja projek dan kursus PSV yang diikuti oleh guru.

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan bagi mata pelajaran PSV berdasarkan kepada pembelajaran melalui pengalaman. Terdapat banyak aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian disarankan. Ini termasuklah kerja amali, projek, tunjuk cara, kerja luar, main peranan, sumbang saran, dan kaji siasat. Adalah diharapkan suasana yang diwujudkan dapat memberi murid pengalaman dan
1

keyakinan untuk mengaitkan pengetahuan PSV dengan kemahiran dan amalannya dalam kehidupan seharian.

Program

ini

mengajar

murid-murid

sepatutnya

menggunakan

kaedah

penyampaian yang beragam, Penilaian produk tertumpu kepada hasil program setelah ia tamat dilaksanakan. Penilaian produk dalam kajian ini ialah hasil perubahan sikap pelajar dan pencapaian objektif PSV. Sikap pelajar juga merupakan faktor yang dapat menentukan pencapaian matlamat pengajaran dan pembelajaran. Rummers dan Gage (1987) menyatakan bahawa sikap mempengaruhi dan mencorakkan pengajaran di dalam bilik darjah. Ramlah (1993) menegaskan bahawa ada empat proses sikap yang mempengaruhi pembelajaran iaitu integrasi, perbezaan, kejutan, dan penerimaan. Keempat-empat proses ini dapat menentukan sama ada pelajar dapat menyesuaikan diri dengan pengajaran dan pembelajaran.

PENDEKATAN DBAE ( DISCIPLINE-BASED ART EDUCATION)

PROSES SENI

ESTETIKA

PENDEKATAN DBAE

SEJARAH SENI

KRITIKAN SENI

DBAE adalah pendekatan kepada perkembangan Pendidikan Seni yang bermula pada awal 1980an oleh Getty centre for Art Education.Ianya merupakan sebahagian daripada J.Paul Getty Trust iaitu sebuah yayasan swasta yang mendedikasikan sumbangan kepada Seni Visual dan Kemanusiaan. Pendekatan

DBAE juga merupakan satu konsep atau struktur kurikulum berdasarkan empat disiplin ilmu pendidikan seni yang diguna pakai di peringkat global. Matlamat pendekatan DBAE adalah seperti berikut : 1) Peningkatan ilmu dalam membuat gubahan 2) Peningkatan ilmu dalam sejarah seni , mengenali tokoh seni 3) Peningkatan ilmu dalam estetika dengan laras bahasa seni (mengenal gubahan yang baik) 4) Peningkatan ilmu dalam kritikan dan laras bahasa seni 5) Pengamatan terhadap sesuatu gubahan dalam ruang dua dimensi semakin berkembang.

Dalam pendekatan ini, aktiviti menghasilkan produk seni boleh membantu pelajar berfikir secara bijaksana tentang mencipta imej-imej visual, membantu mereka belajar mencipta imej yang mempunyai tenaga eksprasif, koheren, celik akal (insight ) dan pandai mencipta(ingenuity). Bagi aspek kritikan seni pula, membantu keupayaan pelajar melihat melalui keupayaan melihat dengan teliti boleh membina kualiti yang lebih bererti tentang dunia persekitarannya yang berselerakan dengan hasil kerja-kerja seni yang formal. Disiplin sejarah seni pula boleh membantu pelajar tentang hubungan antara karya seni atau hasil-hasil peninggalan seni dengan dimensi masa, ruang, manusia dan seniman serta pemikiran mereka seterusnya membolehkan pelajar memahami bentuk-bentuk tamadun merentasai dimensi masa dan ruang serta bangsa secara perbandingan. Disiplin estetika pula merupakan satu displin yang baru diperkenalkan dalam kurikulum pendidikan seni, berkaitan dengan asas-asas teori untuk menilai kualiti sesuatu yang kita lihat. Murid akan menimbangkan keaslian ,maksud serta impak nilai sesuatu hasil karya itu dan membuat penghakiman tentang sesuatu hasil karya itu.

3.3 PENDEKATAN CHAPMAN

PENDEKATAN CHAPMAN

pemerhatian

penerokaan

apresiasi

penghasilan

Laura Chapman mengemukakan tiga pandangan terhadap seni. 1) seni adalah untuk masyarakat dan ini bermakna seni itu perlu disebarkan dan dikongsi 2) seni dan kreativiti menjadi satu unsure yang berimaginasi 3) lebih menumpukan kepada seni utama iaitu melalui pemerhatian ,penerokaan, penghasilan serta apresiasi dan perlanjutan

i)Pemerhatian yang aktif

Pengetahuan sedia ada murid

mencetus idea dan imaginasi

benda yang konkrit

pemerhatian yang aktif


bahan, bunyi , pergerakan dan aksi minat, kecenderungan dan latar belakang murid

Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut: Interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan Aspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakan aktiviti, anda perlu beri perhatian kepada perkara berikut: ii. Aktiviti Penerokaan aktiviti kecil mudah ringkas cuba mencuba, suaikenal dengan bahan penemuan oleh murid sendiri, uji menguji mencari altenatif, variasi dan kemungkinan lain bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencuba aktif melibatkan pelbagai kecerdasan menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik

iii) Penghasilan / membuat penggunaan alat bahan dan teknik


5

tatacara, langkah dan proses membuat amalan tertib kerja keselamatan semasa bekerja penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil

iv) Apresiasi Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua jenis aktiviti Apresiasi. Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut: aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan, warna, ton, rupabentuk dan bentuk aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya perasaan, penghargaan dan refleksi diri penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan kandungan.

1.2 DEFINISI KAEDAH Kaedah mengikut Kamus Dewan Edisi 4(2005) bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Menurut Mok Song Sang (1992)- Kaedah pengajaran adalah tentang cara sesuatu objektif pembelajaran di dekati dengan langkah pengajaran tersusun. Kesimpulannya : Kaedah ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek. KAEDAH DAN TEKNIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PSV Terdapat pelbagai kaedah dan teknik yang boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran PSV antaranya ialah: i) KAEDAH INDIVIDU bahan bahan pengajaran yang dikhaskan kepadanya. Berasaskan kepada murid berbeza dari segi intelek ,minat ,kecekapan ,daya cipta dan kebolehan lain. Dijalankan dalam dua bentuk iaitu memberi perhatian yang teliti dan rapi kepada individu tersebut dan cuba menyelesaikan masalah Bentuk pengajaran cara begini,melibatkan hubungan yang minimum antara murid dan guru. Pengajaran individu bentuk pertama Bidang menggambar- aktiviti membuat kolaj-Guru akan memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara individu. Pengajaran invidu bentuk kedua Bidang membentuk dan membuat binaan-aktiviti menghasilkan bentuk daripada plastisin.Guru menyediakan arahan yang jelas serta menyusun bahan bahan pembelajaran yang sesuai dengan tema yang dipilih.

Pengajaran yang memberi tumpuan kepada seorang murid tertentu dengan

ii )KAEDAH KUMPULAN Pengajaran yang dihadkan kepada murid- murid dalam satu satu kumpulan tertentu. Bahan bahan yang digunakan adalah berbeza. Pengajaran dijalankan dalam keadaan kerusi meja disusun secara berkelompok. Terbahagi kepada 2 bentuk kumpulan iaitu kumpulan mengikut kebolehan atau pencapaian dan kumpulan mengikut pelbagai kebolehan dan kecenderungan.

4 aktiviti yang dijalankan menggunakan kaedah kumpulan Satu tajuk , berbeza aktiviti. Satu tajuk , berlainan media Pelbagai tajuk pelbagai teknik. Pelbagai teknik, satu tajuk

iii) KAEDAH SIMULASI Satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar. Memerlukan murid berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing masing. Pengajaran berpusatkan murid dan penglibatan secara aktif. Pelajar digalakkan memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan.

CONTOH SIMULASI DALAM PSV Mewujudkan situasi Membeli di Pasar. Menentukan siapakah yang mengambil bahagian. Peranan yang akan dimainkan. Lakonan berdasarkan arahan dalam kad arahan khusus. Murid murid melukiskan situasi di pasar.

1.4 DEFINISI STRATEGI

Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. 4.0 STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN PSV Pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR boleh dilaksana untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan bersistematik dapat menentukan keberkesanan pembelajaran ke tahap yang optima.Antara strategi yang boleh digunakan adalah seperti berikut: 4.1 Kemahiran Berfikir kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk mencarikan makna dan pemahaman sesuatu serta menyelesaikan masalah. Kemahiran ini melibatkan pemikiran kritis dan kreatif semasa aktiviti P&P. Kemahiran yang digunakan seperti mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah, atau membuat keputusan yang berkaitan dengan kehidupan harian. Kemahiran ini di aplikasi dalam PSV dengan menggunakan pemikiran secara kritis untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluative. Selain itu, pelajar boleh menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif membantu mencerna dan menghasilkan idea asli yang yang bersifat generatif.

4.2 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Strategi ini merupakan teknologi pengajaran yang berkesan berbantukan

penggunaan ICT. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui internet. ICT di aplikasikan dalam PSV dalam bentuk berikut : Mod Penemuan iaitu memahami sesuatu konsep seperti perisian simulasi
9

Mod resos iaitu aktiviti melalui internet , muat turun untuk mencari bahan. Mod perhubungan ialah menghantar dan menerima e-mel Mod sokongan seperti memproses perkataan , pereka bentuk grafik.

4.3 Kajian Masa Depan Kajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum. Contohnya, murid diberi tugasan menghasilkan rumah idaman saya. Jadi murid akan berfikir jauh ke hadapan memikirkan rumah yang di inginkan apabila dewasa kelak.

4.4 Kecerdasan Pelbagai Kecerdasan pelbagai merangkumi verbal-linguistik, logik-matematik, muzik,

kinestetik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis. Dalam P&P pendidikan Seni , kecerdasan visual ruang lebih difokuskan dimana murid perlu berkebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang , warna dan garisan termasuklah kebolehan mempersembahkan visual secara ruang secara grafik.

4.5 Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan seronok untuk belajar sepanjang hayat.

4.6 Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian murid, masyarakat, dan alam pekerjaan. Melalui

10

pembelajaran ini murid dapat memproses maklumat dan pengetahuan baru dengan cara bermakna. Contohnya, murid mengaplikasikan pengalaman melihat cara hidup seorang pesawah dengan melukis suasana di sawah padi.

1.5 DEFINISI TEKNIK Menurut Kamus Dewan Edisi 4 - (2005) Teknik ialah kaedah penciptaan sesuatu hasil seni seperti muzik ,mengarang dan sebagainya. Menurut Kamaruddin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz -2004 : teknik sebagai pengendalian sesuatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah untuk mencapai sesuatu objektif pembelajaran. Rumusan : Teknik merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Rajah 3 dibawah menunjukkan strategi-strategi yang boleh dijalankan dalam pengajaran pembelajaran PSV.

11

Kemahiran Berfikir

STRATEGI PENGAJARAN

Kemahiran

Teknologi

Maklumat

dan Komunikasi DAN PEMBELAJARAN PSV Kajian Masa Depan

Kecerdasan Pelbagai

Pembelajaran Konstruktivisme

Pembelajaran konstektual

RAJAH 3:STRATEGI PENGAJARAN DEN PEMBELAJARAN PSV KBSR

TEKNIK i)TUNJUKCARA Tunjukcara adalah kaedah lama yang digunakan di sekolah.


12

Satu cara untuk melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti. Cara ini sesuai untuk pengajaran yang menjalankan aktiviti seperti pengajaran PSV,tarian, Kemahiran Hidup ,gimnastik dan sebagainya. TUJUAN : Memberi peluang kepada murid untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajari setelah melalui prosuder yang ditunjukkan. Membuat murid menguasai konsep dengan prinsip dengan mudah. Meningkatkan ingatan murid terhadap langkah-langkah aktitiviti pengajaran. Meningkatkan keyakinan murid tehadap pengajaran dan pembelajaran. Membolehkan murid mencontohi perlakuan dengan mudah.

LANGKAH MENJAYAKAN TEKNIK TUNJUKCARA Tunjukkan kepada murid langkah yang mesti diikuti oleh mereka tentang tugasan. Beri tindakbalas kepada soalan murid tentang tunjukcara yang telah dibuat. Guru juga perlu menyoal murid untuk pastikan murid faham. Tinjau semula langkah-langkah yang untuk memastikan murid betul-betul faham. .Guru perlu menulis arahan agar memastikan tiada arahan yang tertinggal. Guru perlu memilih beberapa orang murid secara rawak untuk membaca turutan langkah-langkah yang telah dilakukan. Memberi peluang kepada murid mempraktikkan apa yang telah dipelajari untuk mengingatkan kembali .

ii)TEKNIK BERSOALJAWAB teknik yang paling lama dan paling popular

13

mudah dilaksanakan dan dapat mewujudkan interaksi murid dan guru dengan berkesan guru mengemukakan soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan murid dikehendaki memberi tindakbalas tujuan penyoalan ialah untuk mengesan pengetahuan asas seni murid dan menggalakkan murid berfikir secara kreatif ,logik ,inovatif dan krtis. guru perlu memberi masa kepada murid untuk menjawab. guru perlu bijak mengendalikan jawapan murid yang salah dengan baik. guru perlu mendorong murid untuk menjawab soalan penyoalan perlu dilaksanakan mengikut aras rendah kepada tinggi soalan-soalan yang terancang dan bermutu dapat menajamkan pemikiran murid.

iii)TEKNIK KAWALAN KELAS Melalui teknik ini pelajar dapat memberi tumpuan sebelum memulakan pengajaran. Guru perlu memastikan murid berada dalam keadaan baik dan tenteram semasa pengajaran bermula. Teknik lebih berfokus kepada guru dimana guru hanya akan memulakan pengajaran sehingga semua pelajar bersedia. Guru menggunakan suara yang lembut dan jelas agar murid memahami arahan guru. Interaksi secara langsung dimana guru memulakan pengajaran dengan memaklumkan dengan jelas apa yang berlaku serta memberi had masa tugasan. Pemantauan- guru bergerak dalam kelas untuk memantau kerja murid dan memberi pengajaran bersifat individu. Guru tidak menganggu kelas dengan membuat pengumuman kecuali ada masalah.

14

Antara kaedah dan teknik yang boleh dijalankan dalam pengajaran psv kbsr boleh dilihat dalam rajah 4 dibawah.

INDIVIDU

KUMPULAN

SIMULASI

KAEDAH

TEKNIK

TUNJUKCARA

SOALJAWAB

KAWALAN KELAS

RAJAH 4:KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PSV

MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH MURID SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM BIDANG KEGIATAN

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN PENGENALAN

15

Membentuk dan Membuat Binaan adalah satu bidang yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Bidang ini mengandungi aktiviti untuk menghasilkan karya berbentuk tiga dimensi. Kita juga dapat memilih alat dan bahan yang sesuai mengikut aktiviti yang dipilih. Daripada aktiviti membentuk dan membuat binaan ini kita juga dapat menghasilkan pelbagai jenis kraf. Aktiviti membentuk peringkat sekolah rendah memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak. Pemerhatian telah dijalankan terhadap murid-murid tahun 6 dalam bidang membentuk dan membina. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, stuktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek-aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk atau membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni. Walaubagaimanapun, saya telah mengesan beberapa masalah yang sering dihadapi oleh murid-murid ini ketika aktiviti membentuk dan membina dijalankan. Antara masalah yang dihadapi ialah:

1) Murid tidak membawa peralatan dan bahan yang diperlukan

Pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan lancar. Hal ini kerana terdapat segelintir murid yang tidak membawa peralatan dan bahan diperlukan untuk menjalankan aktiviti membentuk dan membina yang telah dirancangkan oleh guru. Alasan yang sering diberikan oleh murid ialah mereka terlupa dan tertinggal bahanbahan tersebut di rumah. Masalah ini turut menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu kerana murid-

16

murid yang tidak membawa alat dan bahan ini telah mengganggu rakan sekelas yang lain.

2) Masa aktiviti yang dijalankan tidak mencukupi Penggunaan masa yang tidak mencukupi sering dihadapi oleh murid semasa menjalankan aktiviti Pendidikan Seni Visual. Hal ini dapat dilihat apabila murid tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dalam waktu yang telah ditetapkan. Ini menyebabkan murid terpaksa menyiapkan tugasan tersebut di rumah. Seringkali juga murid tidak menyiapkan tugasan yang diberikan semasa di rumah dan ini menyebabkan guru terpaksa memberi teguran kepada murid dan mengambil masa tambahan yang lain supaya murid dapat menyudahkan tugasan tersebut.

3)Sikap murid

Selain itu, sikap murid yang menganggap subjek pendidikan seni ini adalah leceh dan menyusahkan merupakan masalah yang sering dihadapi oleh murid. Ini kerana dalam tugasan pendidikan seni, murid dikehendaki membawa alatan dan bahanbahan untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kos penyediaan alatan dan bahan juga turut menjadi faktor. Malah ada yang beranggapan bahawa wang yang digunakan untuk membeli alatan seni adalah lebih baik digunakan untuk membeli barangan keperluan lain.

Selain itu sikap murid yang tidak berkeyakinan dengan kemampuan diri sendiri.Mereka selalu mengganggap sesuatu aktiviti seni itu susah untuk dihasilkan contohnya mereka mengganggap amat sukar untuk melipat kertas dan menghasilkan sesuatu origami itu.Ini menyebabkan mereka tidak mahu mencuba dan meminta guru melipat kertas itu untuk mereka.

4 Murid keliru dengan pemilihan warna


Murid-murid ini menghadapi masalah dalam penggunaan warna harmoni, warna penggenap dan warna sewarna. Hal ini kerana mereka masih keliru dengan penggunaan warna-warna ini. Penggunaan warna adalah penting kerana warna merupakan salah satu daripada unsur seni. Penggunaan warna-warna yang tertentu
17

dalam sesuatu bahan visual akan dapat menimbulkan perasaan mood dan minat tertentu. Walaupun begitu penggunaan warna adalah tertakluk kepada prinsip-prinsip dan batasannya. Tujuan penggunaan warna adalah untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan visual. Lazimnya perbezaan warna antara latar dengan warna pada visual akan menimbulkan kontras yang baik.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid,saya ingin mencadangkan beberapa penambahbaikan antaranya:

1) Guru menyediakan alat dan bahan tambahan yang diperlukan

Sebagai guru, kita perlu bersedia terhadap perkara yang dilakukan oleh murid-murid. Seringkali murid tertinggal bahan dan alat yang dipesan oleh guru ketika sesi pengajaran Pendidikan Seni Visual. Ini menyebabkan murid tersebut tidak dapat mengikuti pembelajaran selain menganggu rakan yang lain untuk belajar. Oleh itu, sebagai langkah mengatasi masalah tersebut ialah guru perlu menyediakan alat dan bahan tambahan supaya semua murid dapat menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersama-sama. Walaubagaimnapun, guru perlu membuat teguran atau denda terhadap murid yang tidak membawa peralatan Pendidikan Seni ke sekolah sebagai salah satu ingatan kepada murid-murid yang lain supaya tidak mengulangi kesalahan tersebut. Selain itu, penggunaan bahan terbuang dan bendadaripada alam sekitar untuk menghasilkan seni memudahkan murid-murid untuk menyediakan dan tidak memerlukan kos.

2)Beri penghargaan bagi setiap karya murid untuk meningkatkan keyakinan diri mereka Apresiasi seni visual secara mudah juga boleh dihayati dalam bidang seni ini.Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuatrujukan pemerhatian kepada objek sebenar. Hasilpemerhatian seni inilah yang akan digunakan oleh para pelajar untuk membuat modelmereka sendiri. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yangdilihat dari aspek seni
18

melalui hasil kerja mereka.Hasil binaan dan rekaan pelajar perlu dipamerkan di persekitaran sekolahataupun di kelas sebagai tanda penghargaan atas hasil usaha mereka. Dengan cara inipelajar akan lebih bermotivasi instrinsik untuk mempelajari pendidikan seni dan seterusnyamembina sifat keyakinan diri yang tinggi dalam diri para pelajar. Antara kegiatan lainyang boleh dilakukan sebagai tanda apresiasi ialah seperti pernyataan, puisi, lakonan,nyanyian dan cerita.

3)Tambahan masa untuk masa pengajaran PSV Untuk menghasilkan sesuatu hasil seni yang baik,murid memerlukan masa yang agak panjang untuk menghasilkannya.Contohnya untuk menghasilkan topeng, guru boleh menggunakan masa satu jam pertama untuk menunjukkan langkah-langkah penghasilannya kepada murid.Untuk satu jam yang kedua pula barulah guru meminta murid untuk menghasilkan topeng itu berpandukan langkah-langkah yang guru tunjukkan pada minggu lepas.Ini memberi ruang kepada murid itu untuk menghasilkan sesuatu hasil seni yang sempurna.

4) Penggunaan ton warna


Penggunaan warna adalah penting kerana penggunaan warna tertentu dalam sesuatu bahan visual akan dapat menimbulkan perasaan mood dan minat seseorang yang melihatnya. Oleh itu, guru perlu mendedahkan murid-murid terhadap penggunaan warna. Sebagai contohnya, warna premier, warna sekunde dan warna tertier. Selain itu, warna lain yang sering kali digunakan ialah warna sejuk dan warna panas.Kemahiran menggunakan warna-warna ini akan dapat menghasilkan sesuatu hasil seni yang baik.

19

BAHAN RUJUKAN Zulkifli Yaakob,Mohd Jamil Ismail: Modul HBAE 1103,Pengenalan Pendidkan Seni Visual 2007, Open Universiti Malaysia

Zulkifli Yaakob ,Mohd Jamil Ismail: Modul HBEF 1403,Seni Dalam Pendidkan 2011, Open Universiti Malaysia

Modul Pendidikan Seni Visual PPG (PSV 3107) : Pedagogi Pendidikan Seni Visual KBSR (2010)

Sukatan Pelajaran Pendidkan Seni Visual Sekolah Rendah:2012 Pusat Perkembangan Kurikulum.

http://gengpsv.blogspot.com/2011/11/psv3106-pedagogi-pendidikan-senivisual.html

http://www.moe.gov.my/bpk/kbsr_kbsm/sp/sp_pseni_kbsr.pdf

20

You might also like