You are on page 1of 5

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER JANUARI 2012 KOD KURSUS : HBEF 2703 TAJUK KURSUS : KOKURIKULUM

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN : NO.TELEFON EMAIL : PUSAT PEMBELAJARAN : :

: 721105035374001 721105035374 0197512341

sazimayah@yahoo.com PUSAT PEMBELAJARAN WILAYAH

KELANTAN(PPWK)

Kerajaan Malaysia sangat perihatin terhadap pembangunan dan perkembangan sukan di Malaysia.Jesteru itu, Dasar Sukan Negara telah digubal dengan menumpukan kepada Sukan Massa dan SukanPrestasi Tinggi (Kementerian Belia dan Sukan, 1988). Dasar tersebut bertujuan untuk membentuk masyarakat yang sihat dan cergas melalui penglibatan aktiviti sukan ke arah mencapai kecemerlangan dalam sukan ke tahap tinggi. Strategi pelaksanaan sukan massa dan sukan prestasi tinggi hendaklah dibangunkan serentak dengan pendekatan serta tumpuan yang berbeza.

Pendekatan bagi membangunkan sukan massa hendaklah ditumpukan kepada pendidikan sukan. Pendekatan tersebut melibatkan sokongan daripada semua pihak termasuk guru. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana peranan guru dalam memacukan pembangunan sukan di Malaysia. Sukan sering dikaitkan dengan aktiviti fizikal yang memerlukan kemahiran pergerakan motor serta kecergasan fizikal, mental dan emosi yang baik. Sukan juga dilihat sebagai satu institusi sosial yang berpangaruh dan berperanan dalam membudayakan masyarakat yang sihat, cergas, bersemangat kesukanan dan bersikap positif dalam sukan. Membudayakan sukan perlu dibentuk dari peringkat kanak-kanak dengan ilmu pendidikan sukan. Ilmu pendidikan sukan telah bermula dibangku sekolah melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan kegiatan kokurikulum. Guru yang terlibat secara langsung dalam pendidikan sukan bertanggungjawab memberikan didikan dan bimbingan tentang bidang sukan dengan sempurna. Kesempurnaan mendidik dan membimbing merujuk kepada kemantapan ilmu konten dan pedagogi guru dalam bidang sukan melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Temasya Sukan Sekolah Kebangsaan Ayer Chanal telah diadakan pada pagi hari Isnin dan Rabu, 16 dan 18 Mei 2012. Ini adalah temasya sukan sekolah yang ke tiga saya ikuti setelah hamper tiga tahun berkhidmat di negeri sendiri iaitu Kelantan dan turut menjayakannya sebagaimana yang dirancang. Sepanjang penglibatan saya dalam menjayakan temasya ini, saya dapati ada beberapa kelebihan yang memberi kesan positif samaada kepada warga sekolah atau masyarakat sekeliling. Antara kelebihannya adalah kerjasama yang ditunjukkan oleh guru-guru SK.Ayer Chanal.Persediaan awal seperti perancangan aktiviti, jadual latihan, buku program dan sebagainya membantu melancarkan temasya sukan sekolah. Perancangan jenis acara sukan yang ingin dipertandingkan adalah idea-idea yang diberikan oleh guru-guru yang mana mengambil kira dari sudut keselamatan murid semasa acara berlangsung adalah satu perkara penting bagi mengelakkan berlakunya kemalangan yang tidak diingini.

Kerjasama

kakitangan

sekolah

dalam

bermesyuarat

membantu

guru

yang

dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan buku program dengan lebih awal dan tidak membebankan dengan perkara-perkara yang remeh sehingga menyukarkan guru berkenaan dalam menyempurnakan buku program tersebut. Kerjasama yang ditunjukkkan oleh guru-guru, ibu bapa, pihak pentadbiran sekolah dan pihak AJK PIBG sekolah mejadikan setiap aktiviti berjalan dengan lancar dan dalam suasana yang seronok. Dengan itu, hubungan antara guru-guru, murid-murid ibu bapa dan masyarakat setempat menjadi lebih rapat dan mesra. Contohnya apabila pihak sekolah memohon bantuan untuk menggunakan tenaga pengadil PIBG dan bantuan kecemasan dari Pusat Kesihatan Desa untuk temasya ini, memandangkan kakitangan sekolah yang tidak mencukupi, dengan jemputan ini, ia mendatangkan beberapa faedah yang sangat penting bagi menjalinkan satu ikatan silaturahim antara warga SK.Ayer Chanal dan warga PIBG di samping mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan guru-guru. Kesungguhan guru sebelum temasya ini berlangsung sangat memuaskan. Latihan yang diadakan pada setiap petang membantu murid-murid agar lebih bersedia pada hari sukan berlangsung. Kesungguhan guru ini juga menaikkan semangat murid-murid untuk menjadikan pasukan masing-masing bergelar juara. Selain itu, temasya sukan ini juga membantu guru untuk mengenalpasti murid yang berpotensi dalam acara sukan dan membantu murid berkenaan untuk melangkah keperingkat yang lebih tinggi, samada peringkat daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa. Walaubagaimanapun, setiap majlis atau aktiviti yang berlangsung pasti mempunyai kelemahan-kelemahan tersendiri. Kekurangan kakitangan sekolah adalah antara kelemahan sekolah ini untuk mengadakan sesuatu majlis. Tenaga pengajar dan kakitangan pentadbiran yang terhad menyukarkan pihak sekolah mengelola sesuatu aktiviti sehingga terpaksa meminta bantuan daripada pihak masyarakat setempat. Kekurangan alatan sukan, memaksa pihak sekolah untuk meminjam alatan-alatan sukan daripada sekolah-sekolah yang berhampiran. Contohnya alatan untuk acara terompah gergasi. Kerosakan alatan rosak yang mana memerlukan penggantian semula dengan alatan yang baru. Selain itu, alatan khemah dan pembesar suara juga menjadi satu masalah apabila sekolah ingin menganjurkan sesuatu majlis sehingga terpaksa meminjam daripada Pusat Latihan Sukan Daerah jeli.

Namun, kelemahan ini boleh diatasi jika pihak sekolah sama-sama memandang serius masalah ini dan cuba untuk menyelesaikannya dengan cara yang baik. Dari segi kekurangan guru, pihak sekolah perlu menambah beberapa orang guru terutamanya bagi mata pelajaran matematik dan sains, dengan penambahan ini bukan sahaja masalah kekurangan guru matapelajaran dapat diatasi malah tenaga mereka ini boleh digunakan untuk majlis-majlis sekolah contohnya temasya sukan sekolah. Bagi masalah kekurangan dan kerosakan peralatan sukan, pihak sekolah perlu memastikan peralatan mencukupi dan sentiasa dalam keadaan baik sebelum sesuatu aktiviti berlangsung, ini membantu masalah yang mungkin timbul apabila hari berkenaan. Pembesar suara dan alatan khemah sepatutnya dimiliki oleh setiap sekolah, namun sekolah ini masih lagi meminjam daripada pihak lain. Kekurangan ini perlu diatasi dengan pembelian segera oleh pihak pentadbir kerana ia sangat penting apabila sekolah ingin mengelola sesuatu majlis. Sungguhpun begitu, sepanjang saya di tempatkan di sekolah ini, temasya sukan kali ke tiga ini cukup membantu saya dalam mengendalikan sesuatu acara dan mengadilinya mengikut peraturanperaturan yang telah ditetapkan. Pengalaman ini cukup bermakna untuk saya gunakan untuk masamasa akan datang.

Wassalam Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan Yang buruk itu datangnya dari Allah

You might also like