• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Tujuan-tujuan pengujian & penilaian (06b0212>zz)PENGENALANPengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan. Misalnya, sesetengah guruapabila mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan mereka mengukur  prestasi pelajar atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambilhirau maksud sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan. Akantetapi secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang lebihspesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik ialah dengan mengambil kira semuafaktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi supaya dapatmembantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat. Dan apa yang inginditerangkan secara ringkas di bawah ini ialah tentang tujuan-tujuan pengujian dan penilaian itu sendiri.DEFINISIAntara ketiga-tiga istilah (pengujian, pengukuran dan penilaian) berkenaan,
 pengujian
selalunya dianggap mendukung maksud yang lebih sempit atau khusus.PengujianMenurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Misalnya, skala bernombor seperti angka30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (
 IQ Test 
) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula seperti ‘ekstrovert’ atau ‘introvert’ bagi ujian personaliti, atau rabunwarna bagi ujian penglihatan.1
 
Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yangdinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam RaminahHaji Sabran (1991) yang menegaskan bahawa:
“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atauditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikandasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2)”
Hasil daripada jawapan yang diberikan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran yangdisebut sebagai markah akan diberikan kepada individu berkenaan. Pengujianmenjelaskan keadaan
berapa baguskah prestasi murid yang diuji
.Secara ringkas Pengujian ialah : Satu prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahantingkah laku. Tujuan ialah menentukan pencapaian murid dalam sesuatu pembelajaran.Boleh dalam bentuk pemerhatian, ujian lisan mahupun bertulis.PenilaianPenilaian adalah suatu istilah yang boleh didefinisikan dengan banyak cara, Stufflebeamet al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai
the process of delineating, obtaining,and providing useful information for judging decision alternatives”
. Definisi inimenjangkau melepasi daripada maksud pengujian dan pengukuran.Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapatmembuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran.Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan
mengukur 
pencapaian pelajar atau guru
menilai
pencapaian pelajar. Dalam keadaan inikita boleh mengatakan bahawa guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melaluiujian yang dijalankan. Dalam sesetengah keadaan penilaian dibuat tanpa sebarang2
 
 pengukuran yang melibatkan ujian terlebih dahulu; tetapi hanya melibatkan pertimbangannilai semata-mata.Secara ringkasnya Penilaian ialah : Satu proses membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran. Bertujuan memberikan maklumat tentang pencapaian murid, objektif  pelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum.
 Kesimpulannya
, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepatdan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalammembangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah sama pentingnyadengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.TUJUAN-TUJUAN PENGUJIAN DAN PENILAIANSecara khusus, dalam konteks pembelajaran di kelas, penilaian dilakukan untumengetahui kemajuan dan hasil belajar peserta didik, mendiagnosa kesulitan belajar,memberikan umpan balik/perbaikan proses belajar mengajar, dan penentuan kenaikankelas. Melalui penilaian dapat diperoleh informasi yang tepat tentang penyelenggaraan pembelajaran dan keberhasilan belajar peserta didik, guru, serta proses pembelajaran itusendiri. Berdasarkan informasi itu, dapat dibuat keputusan tentang pembelajaran,kesulitan peserta didik dan upaya bimbingan yang diperlukan serta keberadaankurikukulum itu sendiri. Selain itu tujuan-tujuan lainnya ialah :1.
Sebagai penggerak / motivasi
Ujian juga memainkan peranan sebagai penggerak bagi murid-murid. Dengan adanyaujian, murid-murid cenderung untuk memberi perhatian kapada pelajaran yangdisampaikan oleh guru. Sebahagian besar murid akan hanya mula mengulang kaji bahan- bahan pelajaran lampau apabila diberitahu akan diadakan ujian. Begitu juga keadaanmurid-murid di kelas yang akan menempuh peperiksaan mendesak mereka belaja bersungguh-sungguh untuk lulus peperiksaan. Pengujian yang berdasarkan objektif-3
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...