You are on page 1of 4

AHMAD BIN SEPIEE<730805135127>PKE3103: PENDIDIKAN KESIHATAN

JURNAL REFLEKTIF Semasa menerima tugasan ini saya berasa bersemangat untuk memulakan tugasan kerana Pendidikan Kesihatan adalah subjek yang agak mudah untuk disampaikan kepada murid-murid. Encik Ismail Dikoh selaku Pensyarah Kursus Pendidikan Kesihatan telah memberikan kata-kata semangat, nasihat dan panduan yang berguna dalam menghasilkan satu tugasan yang baik. Oleh itu, saya mula mengumpulkan maklumat-maklumat penting serta dokumen yang berkaitan dengan tugasan ini. Kebanyakkan maklumat dan bahan yang saya peroleh adalah dari internet kerana ianya lebih mudah, pantas dan pelbagai. Namun begitu, saya tidak terus memplagiat segala maklumat daripada internet dengan sewenang-wenangnya. Saya telah mengolah maklumat tersebut dalam bahasa dan idea saya yang tersendiri. Selain itu, saya turut meminta bantuan daripada guru Pendidikan Kesihatan Tahun Tiga iaitu Cikgu Mohd. Rofizal untuk mendapatkan Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan KSSR Tahun Tiga. Dokumen ini sangat penting untuk saya menyiapkan Rancangan Pengajaran Semester Pendidikan Kesihatan Tahun Tiga dan Rancangan Pengajaran Harian Tahun Tiga. Selain itu, saya turut meminta

tunjuk ajar dan nasihat guru Pendidikan Kesihatan dalam penulisan rancangan pengajaran harian yang betul mengikut format KSSR. Ini kerana saya memang tidak mempunyai gambaran yang jelas tentang KSSR memandangkan ianya suatu yang baru dan saya merupakan guru prasekolah bukannya guru kelas perdana. Saya ingin mencuba sesuatu yang baru dan mencabar sekaligus menambah pengetahuan saya tentang pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan KSSR Tahun Tiga. Dalam menyiapkan tugasan ini juga, saya telah menggunakan kemahiran ICT di mana saya menghasilkan salid persembahan menggunakan perisian Power Point untuk menjayakan pengajaran mikro saya. Walaupun saya mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan slaid persembahan tentang kumpulan dan jenis makanan tersebut, saya berasa puas hati kerana mampu menghasilkannya sendiri.

AHMAD BIN SEPIEE<730805135127>PKE3103: PENDIDIKAN KESIHATAN

Masalah utama yang saya hadapi semasa menyiapkan tugasan ini ialah masa yang tidak mencukupi. Ini kerana saya mempunyai banyak tugas dan tanggungjawab lain yang terpaksa disempurnakan. Oleh kerana saya bukan guru yang mengajar di kelas perdana, saya perlu mencari masa yang sesuai untuk melakukan pengajaran mikro di kelas Tahun Tiga. Saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah memberi kesempatan kepada saya untuk melaksanakan pengajaran mikro dalam tempoh masa 30 minit.

Semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan, saya telah mengikut semua langkah pengajaran dan pembelajaran yang dirancang. Murid-murid kelihatan begitu seronok menyanyikan lagu Makanan Berzat dengan melodi lagu Ikan Kekek. Untuk aktiviti kotak misteri, murid -murid dapat memilih kad gambar dan menampalnya pada carta kumpulan makanan yang disediakan. Saya juga berpuas hati kerana mampu memberikan jawapan yang cukup bernas apabila murid-murid mengajukan soalan semasa aktiviti perbincangan dan soal jawab. Murid-murid juga begitu teruja dan aktif dalam memberikan idea dan pendapat mereka. Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid-murid kelihatan amat seronok melakukan aktiviti hands on iaitu menggunting dan menampal gambargambar makanan dalam lembaran kerja. Mereka kelihatan bekerjasama dengan baik dan dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan. Salah satu lembaran kerja yang telah disempurnakan oleh murid-murid secara

berpasangan turut saya kepilkan sebagai lampiran tugasan saya ini. Saya amat berpuas hati kerana tempoh masa 30 minit untuk pengajaran mikro ini dapat saya manfaatkan dengan sepenuhnya. Pengalaman saya dalam menjalankan tugasan ini mampu meningkatkan kefahaman saya tentang perkembangan kognitif individu. Menurut Jean Piaget, proses pemikiran seseorang individu berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga mencapai kematangan. Oleh itu, setiap individu sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. Faktor utama perkembangan kognitif individu adalah interaksi mereka dengan persekitaran. Sebagai contoh apabila murid kurang cerdas
2

AHMAD BIN SEPIEE<730805135127>PKE3103: PENDIDIKAN KESIHATAN

berpasangan dengan murid cerdas, mereka akan cuba berinteraksi dengan persekitaran untuk memahami perkara-perkara yang berlaku. Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang didapati. Selain itu, saya turut mnyedari bahawa perkembangan kkognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan orang-orang di persekitaran. Oleh itu, apabila adanya aktiviti berkumpulan dan aktiviti hands on, murid-murid dapat meningkatkan perkembangan kognitif mereka berbanding aktiviti yang hanya berpusatkan guru semata-mata. Murid-murid dapat berkongsi idea dan pendapat dengan rakan-rakan yang lain melalui aktiviti perbincangan dan soal jawab. Masalah masalah yang saya hadapi telah dapat saya atasi dengan mengambil beberapa inisiatif. Saya telah meminta pendapat dan bantuan daripada rakan-rakan sepengajian saya. Saya bersyukur mempunyai rakan-rakan yang sudi berkongsi maklumat dan panduan yang berguna untuk saya menyelesaikan masalah yang saya hadapi. Guru-guru di sekolah saya juga turut memberikan idea dan pendapat kepada saya untuk mengatasi masalah yang saya membelenggu fikiran saya. Pada masa akan datang, saya akan cuba membuat penambahbaikan dari pelbagai aspek terutamanya dari segi pengurusan masa. Saya perlu menyiapkan tugasan lebih awal dan melakukan lebih banyak perbincangan dengan rakan-rakan sepengajian dan bertanya kepada pensyarah kursus lebih kerap lagi seandainya saya mempunyai kemusykilan berkaitan tugasan. Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan hasil tugasan saya ini kerana semuanya adalah hasil kerja saya sendiri. Saya perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran pedagogi yang lebih meluas supaya saya boleh menjadi guru yang berwibawa. Selain itu, saya perlu menjadi lebih kreatif dalam mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya murid-murid berasa seronok seterusnya melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti yang dilaksanakan. Di samping itu, saya perlu lebih professional dan berfikiran lebih rasional dalam menyempurnakan tugasan seperti ini pada masa yang akan datang supaya hasil tugasan menjadi lebih berkualiti.

AHMAD BIN SEPIEE<730805135127>PKE3103: PENDIDIKAN KESIHATAN

You might also like