You are on page 1of 18

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

45

UNIT 4 TEORI DAN MASALAH KAJIAN


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharapkan dapat: 1. 2. 3. Menyatakan konsep asas dan definisi teori Membincangkan kepentingan teori dalam penyelidikan Menyatakan konsep masalah kajian dan sumber-sumber yang mencetuskan idea memilih masalah kajian tersebut 4. Mengaplikasi teori pendidikan dengan masalah kajian yang bakal dijalankan nanti 5. Memberikan justifikasi kesesuaian teori yang dipilih dan masalah kajian yang ingin dikaji

PETA KONSEP

Teori & Masalah Kajian

Definisi teori

Fungsi teori dalam kajian

Masalah kajian

Perkaitan teori dan masalah kajian

Definisi masalah kajian & konsep asasnya

Sumber yang mencetuskan idea memilih masalah kajian

46

Unit 4 Teori dan Masalah Kajian

PENGENALAN
Dalam bab ini akan membincangkan secara ringkas pekara-pekara penting iaitu konsep serta definisi teori, fungsi teori dalam penyelidikan, definisi masalah kajian dan sumber-sumber yang membantu mencetuskan idea pemilihan isu kajian. Perkaitan antara teori dan masalah kajian turut diterangkan agar ianya menjadi panduan dalam memilih teori bersesuaian dengan masalah kajian. Kesemua aspekaspek ini perlu difahami sebelum sesuatu kajian dijalankan.

ISI KANDUNGAN
Definisi Teori

Teori merupakan pekara-pekara asas dalam sesuatu bidang sama ada bidang sains, sains sosial, ekonomi dan sebagainya. Begitu juga dalam pendidikan, sub-sub bidangnya seperti sosiologi, psikologi, pedagogi dan sebagainya, turut mempunyai teori-teorinya yang tersendiri. Namun, apakah teori? Menurut Kerlinger (1964) dan Babbie (1992) teori adalah satu penerangan, di mana ianya memberitahu kita bagaimana dan mengapa sesuatu perkara atau benda berkait antara satu sama lain (dalam Bohamn, 2001). Leedy dan Ormrod (2005) menyatakan teori adalah konsep yang tersusun dan suatu prinsip untuk menerangkan fenomena tertentu. Manakala menurut Mc Millan dan Schumacher (2006), teori dapat meramal dan menerangkan fenomena semulajadi. Othman Lebar (2009), pula mendefinisikan teori merupakan kenyataan tentang apa yang berlaku terhadap fenomena yang ingin difahami. Ia bukan sahaja satu kerangka, malah ianya merupakan satu cerita tentang apa yang kita fikirkan berlaku dan mengapa. Maka, secara rumusannya teori adalah suatu penyataan yang mampu menerangkan sesuatu kejadian, mengaitkan pekara-pekara yang menyebabkan terjadinya kejadian tersebut, meramalkan sesuatu kejadian dan ianya amat berguna sebagai panduan bagi menjalankan kajian. Teori boleh diterangkan dalam pelbagai cara, misalnya frasa ayat-ayat atau rajah-rajah tertentu (cth; teori ekologi brofenbrenner, teori hieraki maslow). Namun, menurut Suter, (1998), teori-teori

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

47

akan lebih difahami apabila ianya diterangkan melalui paparan visual, seperti rajah ataupun model-model geometri tertentu. Dengan ini, sebagai bakal pengkaji, kita perlu memahami definisi sebenar teori dan idea atau konsep asas yang ingin diutarakan oleh sesuatu teori. Pemahaman tentang pengertian dan maksud teori amat penting, kerana ianya merupakan asas utama dalam melaksanakan kajian. Memandangkan ianya penting, pada bahagian berikutnya akan diterangkan peranan atau fungsinya pula.

AKTIVITI 4.1 Bincang bersama rakan atau tanya diri anda, apakah teori-teori yang sering digunakan dalam penyelidikan pendidikan. Senaraikan dan nyatakan fungsinya Tips: Anda boleh merujuk jurnal dalam dan luar negara untuk melihat teori-teori yang sering digunakan oleh pengkaji dalam bidang pendidikan.

Fungsi Teori dalam Kajian

Menurut Bogdan dan Biklen (1998), teori digunapakai oleh manusia dalam pelbagai cara, misalnya ia digunakan oleh penyelidik kuantitatif dalam bidang pendidikan untuk menguji set-set data yang boleh diuji secara empirikal, namun kegunaan teori adalah lebih meluas dalam penyelidikan kualitatif, iaitu untuk memahami semua kejadian dan masalah yang berlaku. Teori mempunyai beberapa fungsi dan ianya diolah dengan pelbagai cara oleh penulis-penulis berbeza.

Secara umumnya terdapat empat fungsi teori dalam penyelidikan, (Wiersma, 1986; Wiersma & Jurs, 2005) iaitu membentuk kerangka bagi penyelidikan, mensintesis idea baru, menjelaskan sesuatu fenomena dan terakhir sekali adalah untuk pembentukan generalisasi yang dapat diuji. Namun bagi memudahkan pemahaman umum, fungsi teori diolah dan dinyatakan seperti di bawah.

48

Unit 4 Teori dan Masalah Kajian

1. Membantu pengkaji dalam membina kerangka konseptual kajian

Menurut Bogdan dan Biklen (1998), teori akan menghubungkan data-data antara satu sama lain, membantu pengkaji agar lebih terarah dalam menjalankan kajiannya. Maka, secara amnya teori akan membantu pengkaji untuk menjalankan kajian secara sistematik, terarah dan dapat menghubungkaitkan pelbagai aspek-aspek penting yang ada kaitannya dengan isu kajian, melalui pembentukan kerangka konseptual kajian. Menurut Othman Lebar (2009), teori penting dalam membentuk kerangka konseptual kajian kerana dapat membantu penyelidik membuat gambaran visual tentang teori yang akan digunakan, gambaran tentang apa yang difikirkan sedang berlaku dengan fenomena yang sedang dikaji. Secara umumnya, kerangka konseptual adalah satu rajah yang

menggambarkan beberapa aspek penting dalam kajian, misalnya teori yang digunakan, objektif kajian atau soalan-soalan kajian tersebut, pembolehubah yang digunakan dan hubungannya dalam kajian. Berikut merupakan contoh satu kerangka konseptual yang mengkaji interaksi sosial pelajar pelbagai etnik di Sekolah Menengah Kebangsaan. Dalam rajah 4.1 di bawah, dua teori dalam bidang sosiologi digunakan bagi membina kerangka kajian ini, iaitu teori fungsionalisme dan teori pemilihan rasional. Sebagai panduan umum kepada bakal-bakal pengkaji, dalam membina kerangka konseptual kajian, pelbagai bentuk geometri (petak, bulatan, segitiga dan sebagainya) boleh digunakan. Tidak ada betul atau salahnya dalam memilih bentukbentuk geometri tersebut, asalkan ianya menggambar keseluruhan kajian yang ingin kita dilaksanakan kelak. Namun elemen-elemen penting seperti teori yang diguna pakai, soalan kajian atau objektif kajian teori yang ingin diuji dan isu kajian perlu dimasukkan dalam kerangka konseptual ini. Bagi penyelidikan kuantitatif pula, pada kebiasaanya pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah dimasukkan dalam kerangka konseptual ini. Penggunaan anak panah dapat memberi lebih kefahaman kepada pembaca atau penilai untuk memahami perkaitan atau hubungan antara pemboleh ubah dalam kajian.

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

49

Isu kajian: Interaksi sosial pelajar pelbagai etnik di SMK Soalan-soalan Kajian: i. Bagaimanakah bentuk interaksi sosial dalam kalangan pelajar tingkatan 4 yang pelbagai etnik di SMK? ii.Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi interaksi sosial pelajar tingkatan 4 yang pelbagai etnik di SMK? iii. Apakah strategi yang di gunakan oleh sekolah ini dalam meningkatkan interaksi sosial pelajar pelbagai etnik ini?

Cara pengumpulan data: -Temubual - Pemerhatian -Analisis Dokumen

Aplikasi teori sosiologi dalam kajian: Teori Fungsionalisme Teori Pemilihan Rasional

Rajah 4.1: Contoh kerangka konsetual kajian

Secara amnya, dengan adanya teori yang mendasari sesuatu kajian, ianya dapat memberi gambaran yang lebih menyeluruh tentang isu kajian tersebut dan ianya boleh dipaparkan dalam bentuk rajah tertentu agar mudah difahami oleh pembaca.

2. Menjelaskan sesuatu fenomena, isu, kejadian atau masalah

Menurut Othman (2009), teori dapat menceritakan tentang sesuatu fenomena, memberi pemahaman baru serta memperluaskan pemahaman kita tentang fenomena tersebut. Menurut Suter (1998) pula, teori bukan hanya memfokuskan penerangan terhadap fenomena yan boleh dilihat (observable), malah boleh menerangkan konstruk (construct) yang abstrak (cth; kepandaian, motivasi, dan sebagainya). Dengan ini jelaslah betapa pentingnya teori dalam menghuraikan apa

50

Unit 4 Teori dan Masalah Kajian

sahaja pekara, termasuklah yang bersifat abstrak (cth:kenapa adanya peningkatan motivasi dalam seseorang individu). Secara amnya, kesemua teori-teori yang ada dalam bidang-bidang

pendidikan (sosiologi, psikologi) ini berguna bagi menerangkan sesuatu isu atau fenomena yang berlaku dalam sistem pendidikan, bermula daripada peringkat pembuat dasar (Kementerian Pelajaran Malaysia), sekolah sehinggalah dalam bilik darjah. Sebagai contoh, dalam isu kajian yang dinyatakan di atas Interaksi sosial pelajar pelbagai etnik di Sekolah Menengah Kebangsaan, melalui pendekatan dua teori sosiologi ini (Teori Fungsionalisme, Teori Pilihan Rasional), isu atau fenomena interaksi sosial pelajar di sekolah akan lebih difahami dengan lebih mendalam. Menurut Schaefer (2009), perspektif fungsionalisme menekankan setiap bahagian dalam masyarakat mempunyai fungsi tertentu yang harus dimainkan, agar kestabilan dapat di kekalkan. Maka melalui pendekatan teori ini, memberi pengkaji kefahaman, iaitu bagi memastikan interaksi pelajar dalam keadaan baik, guru dan sekolah harus memainkan peranan masing-masing. Apabila guru tidak memainkan peranannya khususnya untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan, atau pihak sekolah yang kurang komited menjalankan usaha mengeratkan interaksi dan pelajar yang tidak menunjukkan sikap positif bergaul dengan rakan berbeza etnik, maka berlakulah disfungsi mengikut kefahaman aliran teori fungsionalisme. Manakala, menurut teori pilihan setiap individu akan bertingkah laku berdasarkan rasionalnya dan faedah yang bakal di perolehi hasil tingkah laku tersebut, (Yasmin Ahmad & Najeemah Mohd Yusof, 2010). Dalam kajian yang dinyatakan di atas, pelajar memilih untuk berinteraksi dengan rakan pelbagai etnik adalah atas pilihan sendiri, misalnya agar hubungan erat terjalin, untuk berbincang pelajaran dan sebagainya. Selain itu, pelajar tidak berinteraksi dengan etnik lain juga adalah atas pilihannya dan ianya mungkin disebabkan oleh sikap negatif yang terdapat dalam diri mereka seperti prejudis, stereotaip, perbezaan budaya dan lainlain lagi. Dengan ini, dapatlah dirumuskan berdasarkan sesuatu teori, ianya

menerangkan kenapa

sesuatu isu atau fenomena itu berlaku. Ini kerana di

persekitaran kita, akan terdapat pelbagai isu yang perlu difahami dan dijelaskan melalui penerangan berbentuk ilmiah, iaitu melalui penggunaan teori.

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

51

3. Membantu pengkaji meramalkan sesuatu pekara

Menurut Wiersma dan Jurs (2005), selain daripada bersifat deskriptif, teori juga berupaya meramal sesuatu keadaan. Dengan ini, sesuatu teori yang baik akan membantu seseorang pengkaji meramal apakah keputusan yang bakal di perolehi. Oleh itu, berdasarkan pemahaman pengkaji terhadap teori-teori yang dikuasainya, ramalan atau andaian awal dapat di buat. Namun, menurut Amir Hasan Dawi (2006). untuk memastikan andaian awal yang di buat terhadap sesuatu fenomena adalah bertepatan atau sebaliknya, memerlukan satu penyelidikan untuk membuktikannya, Berikut antara contoh-contoh teori yang digunakan untuk meramal sesuatu pekara dalam bidang pendidikan.

Jadual 4.1: Contoh teori dan ramalan berkaitan kajian

Teori dan idea utamanya Teori pembelajaran Slavin

Ramalan berkaitan kajian Pembelajaran koperatif dapat meningkatkan pencapaian pelajar.

Ianya berkaitan dengan pembelajaran kumpulan koperatif

Pembelajaran koperatif dapat meningkatkan interaksi positif antara pelajar.

Teori pembelajaran sosial Bandura

Individu yang terdedah kepada rancangan televisyen bercorak ganas

Pentingnya modelling dalam pembentukan sikap seseorang individu

akan cenderung berkelakuan agresif di sekolah

4. Menjana dan menghasilkan penyelidikan baru

Dengan adanya teori, pelbagai hipotesis atau andaian awal akan dibentuk terhadap isu yang berada di pesekitaran kita. Maka, akan muncullah pelbagai kajian yang bertitik tolak daripada konsep asas teori-teori ini. Akhirnya hasil dapatan kajian daripada penyelidikan baru ini akan menyumbang kepada informasi baru atau penemuan baru yang memberi manfaat kepada masyarakat. Berikut digambarkan dua isu kajian yang berbeza, tetapi menggunakan konsep dan idea teori yang sama, iaitu teori fungsionalisme.

52

Unit 4 Teori dan Masalah Kajian

Konsep asas dalam teori fungsionalisme

Kajian untuk melihat interaksi sosial pelajar pelbagai etnik

Kajian untuk melihat komitmen guru dalam melaksana kurikulum baru sekolah rendah (KSSR).

Kajian untuk melihat peranan pihak pentadbiran dalam mengatasi masalah salah laku.

Rajah 4.2: Contoh tiga isu kajian yang berbeza berdasarkan aliran teori fungsionalisme Sebagai contoh, konsep asas dalam teori fungsionalisme ini bukan hanya boleh digunakan untuk mengkaji interaksi sosial pelajar pelbagai etnik di sekolah, namun ianya boleh digunakan untuk melihat aspek-aspek lain dalam sistem pendidikan. Sebagai contoh yang mudah, kajian diperingkat kelas untuk melihat komitmen guru dalam melaksana Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KSSR). Jika guru tidak berperanan sebagaimana yang diharapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), iaitu melaksanakan KSSR ini dengan bersungguhsungguh, maka matlamat KSSR mungkin tidak tercapai. Selain itu, teori fungsionalisme ini boleh juga digunakan untuk menganalisis masalah devian atau salah laku di sekolah. Berlakunya devian di sekolah, mungkin disebabkan sikap sambil lewa pihak pengurusan disiplin untuk mengatasi masalah salah laku ini. Ini menunjukkan pihak pengurusan tidak memainkan peranan yang sepatutnya dan ini juga merupakan satu disfungsi dalam sekolah. Rumusannya, dengan hanya memahami satu teori sebagai contoh, ianya boleh digunakan untuk membuat beberapa penyelidikan baru, seperti yang dibincangkan di atas.

AKTIVITI 4.2 Secara berpasangan, kemukakan soalan-soalan di bawah kepada rakan sekelas anda: 1. Apakah itu teori? Berikan definisinya.

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

53

Masalah Kajian

Setiap kajian dimulakan dengan mengenal pasti masalah untuk dikaji. Permasalahan merujuk kepada pekara atau fenomena yang ingin dikaji dan ianya di sampaikan dalam bentuk isu-isu yang menimbulkan persoalan-persoalan, (Amir, 2006). Dalam bidang pendidikan, pelbagai masalah yang memerlukan kajian-kajian dilaksanakan bagi mengenal pasti puncanya dan apabila puncanya dapat di ketahui, maka pendekatan yang bersesuaian boleh di ambil. Menurut Creswell (2007) pula masalah kajian adalah sesuatu pekara yang perlu rasional dan ianya perlu diselidiki. Pada asasnya masalah kajian adalah sesuatu yang lebih kompleks, merangkumi pelbagai isu sama ada isu positif atau sebaliknya dan ianya memerlukan penyelidikan khusus. Menurut Amir (2006) lagi, masalah kajian bukan hanya terhad kepada pekara yang bermasalah sahaja atau yang bersifat negatif, namun ianya boleh juga merangkumi aspek-aspek positif tentang sesuatu isu itu, misalnya faktor kejayaan sesebuah sekolah. Dalam proses mengenal pasti masalah yang bersesuaian, adalah perlu bagi setiap individu untuk mengenal pasti dan menilai masalah kajian yang dipilih. Ini kerana tidak semua masalah kajian tersebut sesuai untuk diuji atau sebaliknya. Kesimpulannya, masalah kajian yang baik adalah masalah yang mengandungi persoalan dan isu penting yang boleh dijawab serta diselesaikan melalui penyelidikan. Maka, sebagai individu yang ingin memulakan kajian, kita seharusnya lebih berfikiran kritis dan analitikal dalam memilih masalah kajian. Jadual berikut menggambarkan ciri-ciri masalah kajian yang baik.

Jadual 4.2: Ciri-ciri masalah kajian yang baik

Ciri-ciri masalah kajian yang baik Boleh diselidiki

Penerangan Isu yang dipilih perlulah boleh dikaji, sesuai dan relevan. Pengutipan data boleh dibuat untuk mengkaji isu ini.

Isu kajian penting dan menyumbang kepada bidang pendidikan

Sesuatu isu yang ingin diselidiki perlulah menyumbang kepada penambahbaikan dalam bidang pendidikan. Ianya bukanlah sesuatu isu yang remeh dan tidak penting.

Masalah

kajian

tersebut

boleh

Isu kajian yang dipilih boleh dikembangkan dan dikaji secara lebih mendalam oleh pengkaji-pengkaji akan datang.

dikembangkan

54

Unit 4 Teori dan Masalah Kajian

Isu kajian sesuai terhadap pengkaji

Apa yang dimaksudkan sesuai dengan pengkaji adalah di mana, isu yang dipilih perlulah pekara-pekara yang diminati oleh pengkaji. Jika isu tersebut tidak diminati, maka kajian tidak dapat di selesaikan dengan cepat. Selain itu, pengkaji juga patut menimbangkan aspek lain seperti kemahiran yang dimiliki, sumber-sumber untuk menyiapkan kajian, kerana kesemuanya ini mempengaruhi proses menjalankan kajian nanti

Isu kajian perlulah mempunyai nilai etika

Apa yang dimaksudkan dengan etika adalah isu yang dikaji tidak akan memberi kesan buruk pada responden kajian. Selain itu, isu kajian tidak boleh bertentangan dengan etika kajian. Sebagai contoh, dalam etika kajian, pekara yang perlu dipertimbangkan adalah aspek

kerahsiaan butiran kajian, kebenaran daripada responden untuk menyertai kajian dan lain-lain lagi.

Sumber yang Mencetuskan Idea Memilih Masalah Kajian

Masalah kajian boleh diperolehi melalui pengalaman peribadi seseorang, isu yang berkaitan tempat kerja, tinjauan literatur, atas nasihat badan yang memberi dana dan sebagainya. Walau bagaimanapun, secara umumnya tidak ada satu strategi yang paling baik untuk mengenalpasti masalah kajian. Berikut antara beberapa sumber-sumber yang boleh mencetuskan idea dalam memilih topik atau masalah kajian yang ingin dilaksanakan.

1. Minat dan pengalaman pengkaji

Idea untuk memilih masalah kajian mungkin juga bermula daripada rasa ingin tahu dan minat terhadap sesuatu pekara. Selain itu, pengalaman peribadi di persekitaran kita, sebagai contoh di tempat kerja, bilik kuliah, bilik darjah turut membantu mencetuskan idea-idea untuk menjalankan sesuatu kajian. Seorang guru mungkin menghadapi masalah seperti dilema pendekatan teknik pengajaran berkesan, pengurusan kelas, pencapaian peperiksaan yang lemah, masalah disiplin dan lainlain lagi. Sementara pentadbir sekolah pula, mungkin berdepan dengan masalah komunikasi dengan guru atau staf, pengurusan jadual kerja, konflik dalam kalangan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

55

pelajar

dan

sebagainya.

Kesemuanya ini boleh mencetuskan idea untuk

menjalankan kajian.

2. Tinjauan literatur

Menurut Creswell (2007), punca atau sumber yang paling baik untuk memilih masalah kajian adalah daripada literatur-literatur lepas. Ini kerana melalui bacaan pada kajian lepas, akan membantu pengkaji dalam memilih isu kajian yang relevan dan bersesuaian. Selain itu dapatan, kelemahan, kekangan serta cadangan yang terdapat daripada karya lepas dapat membantu pengkaji dalam merangka isu kajian yang lebih baik. Sebagai contoh, dalam mengkaji interaksi etnik di sekolah, sememangnya terdapat kajian yang dilakukan sebelum ini, namun relevan ianya perlu dilaksanakan, mungkin di sebabkan isu interaksi etnik ini ingin diterokai daripada perspektif berbeza serta menggunakan teori-teori yang berbeza. Dengan kata lain, karya-karya lepas sememangnya membantu dalam mencetuskan idea untuk memilih masalah kajian, namun segala kelemahan atau aspek-aspek yang belum dikaji pada karya lepas, boleh diperbaiki dalam kajian-kajian yang akan datang.

3. Mengaplikasi teori

Setiap bidang seperti psikologi, mahupun sosiologi akan mempunyai pelbagai rangkaian teorinya tersendiri. Maka teori-teori ini juga merupakan sumber yang dapat memberi idea dalam memilih masalah kajian. Sebagai contoh, teori konflik aliran Weber menyatakan punca konflik dalam hubungan, bukan hanya disebabkan oleh faktor kelas tetapi oleh faktor-faktor lain seperti kuasa dan politik. Walaupun teori konflik berasal daripada bidang sosiologi, tetapi ianya boleh diaplikasi dalam pendidikan. Maka, berdasarkan teori ini, kajian boleh dibuat untuk mengenal pasti penyebab konflik antara guru-guru di sekolah.

56

Unit 4 Teori dan Masalah Kajian

Tips penting:
Cara efektif untuk memilih topik kajian atau masalah kajian yang bakal dijalankan, adalah dengan membaca bahagian perbincangan dan kesimpulan sesuatu penyelidikan tersebut. Selain itu, bahagian terakhir peyelidikan dalam penulisan jurnal atau disertasi kebanyakannya mempunyai cadangan (recommendations) yang boleh membantu penyelidik untuk memilih masalah kajian yang bersesuaian.

AKTIVITI 4.3: Secara berpasangan atau berkumpulan, bincangkan dan kenalpasti beberapa isu atau masalah yang berlaku di sekeliling anda (aspek pendidikan), sama ada berdasarkan pengalaman anda, tinjauan literatur dan sebagainya. Bincangkan justifikasi kenapa masalah tersebut dipilih.

Perkaitan Teori dan Masalah Kajian

Mungkin kita kurang menyedari adanya perkaitan antara masalah yang berada dalam di persekitaran kita dan teori yang dipelajari. Sememangnya terdapat pelbagai teori yang dipelajari dapat menerangkan masalah yang berlaku dalam kehidupan seharian. MARI BERFIKIR SEJENAK:
Adakah anda ingin menjadi Mak Jemah (bukan nama sebenar) atau Professor Serba Tahu (bukan nama sebenar)? Profesor, budak-budak sekolah merokok sebab mereka seronok-seronok

Berdasarkan teori pilihan rasional, segala perlakuan individu adalah atas pilihannya sendiri. Maka salah satu penyebab pelajar merokok adalah atas pilihannya sendiri, iaitu untuk keseronokan.

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

57

Apabila diamati perbualan antara dua watak di atas, ianya menggambarkan apabila individu mampu menguasai teori-teori yang berkaitan dengan bidang pengajiannya, maka adalah mudah baginya untuk menganalisis sesuatu fenomena atau masalah berdasarkan pendekatan teori. Sebagai contoh, dalam kes perlanggaran disiplin (merokok), sememangnya terdapat beberapa penyebab misalnya pengaruh rakan sebaya, keluarga dan media massa. Namun terdapat juga punca gejala merokok disebabkan sikap pelajar itu sendiri. Menurut Ritzer (2003), dalam teori pilihan rasional, fokus utama teori adalah pelaku, di mana setiap pelaku akan mempunyai tujuan tertentu untuk mencapai sesuatu. Pelaku juga akan memilih tingkah laku berdasarkan rasionalnya tersendiri. Maka, teori pemilihan rasional ini melihat sikap manusia adalah sebagai satu pilihan individu dirinya sendiri. Perkaiatan dengan kes di atas, pelajar tersebut merokok atas pilihannya sendiri, iaitu untuk tujuan keseronokan, dan dia tidak menghiraukan hukuman yang bakal di kenakan jika dia ditangkap oleh pihak sekolah. Maka teori pilihan rasional (rationale choice theory), berupaya membantu kita memahami kenapa berlakunya masalah merokok ini. Inilah dinamakan perkaitan antara teori (teori pilihan rasional) dan masalah kajian (punca pelajar merokok). Cuba anda perhatikan sekeliling anda, setiap pekara yang berlaku mempunyai penyebabnya yang tersendiri. Kadangkala penyebab berlakunya sesuatu pekara tidak boleh diketahui dengan hanya kita memerhati dan membuat andaian sahaja. Berkemungkinan andaian yang kita buat adalah tidak tepat atau sebaliknya. Maka adalah perlu kajian dijalankan dengan didasari oleh teori-teori yang bersesuaian. Sebagai contoh, teori-teori yang ada dalam bidang sosiologi memainkan peranan penting kerana ia menjelaskan fenomena dalam masyarakat, keadaan persekitaran sosial agar kita lebih memahaminya secara sistematik.

Sociological theories is a set of interrelated ideas that allow for systematization of knowledge of the social world, the explanation of that world and predictions about the future of the social world( Ritzer, 2003, p. 5).

Maka, bagi memahami sesuatu fenomena sosial dalam bidang pendidikan, teori sosiologi boleh digunakan untuk menganalisis serta memandu bakal-bakal

58

Unit 4 Teori dan Masalah Kajian

pengkaji menjalankan kajian. Seperti dibincangkan di atas, dengan menggunakan teori pilihan rasional (teori sosiologi), ianya dapat memberi kefahaman mengenai masalah merokok. Namun, terdapat juga punca pelajar merokok, disebabkan oleh masalah pembelajaran. Apabila pelajar menghadapi masalah pembelajaran, dia tidak dapat memenuhi matlamat kecemerlangan akademik yang telah di tetapkan oleh sekolah, maka ini menyebabkan pelajar tersebut mengalami ketegangan, kekeliruan dan seterusnya mendorongnya melakukan devian (merokok). Maka teori yang berupaya menerangkan keadaan ini bukan lagi teori pilihan rasional, tetapi teori anomie. Teori Anomie merupakan teori sosiologi yang melihat bahawa punca terjadinya sesuatu masalah di sebabkan kekacauan norma dalam masyarakat. Kekacauan norma ini menghasilkan ketegangan dalam masyrakat dan akhirnya pelbagai masalah lain akan muncul, sebgai contoh devian (Azlina, 2010). Begitu juga dengan teori-teori dalam bidang lain, seperti psikolgi, di mana ianya boleh dikaitkan dengan isu yang terdapat dalam pendidikan. Sebagai contoh gaya kepimpinan (autokrasi, demokrasi, laissez-faire) dan perkaitannya hasil atau pencapaian sesuatu kumpulan yang ditadbir. Maka apabila kita memahami konsep gaya kepimpinan ini, ianya boleh di aplikasi dalam bidang pendidikan. Sebagai contoh, untuk melihat perkaitan gaya kepimpinan pengetua dan pencapaian akademik pelajar. Menurut Mohd Majid (1990), penyelidik perlu pakar dalam bidang yang dikaji. Kepakaran adalah merangkumi penguasaan teori-teori yang wujud dalam bidang tersebut, kerana apabila penyelidik meguasai teori bidang itu, ini akan memudahkan proses kajiannya. Selain itu, apabila seseorang individu mahir dalam sesautu teori, maka dia adalah seorang pengkaji yang baik, (Bogdan dan Biklen, 1998). Kesimpulannya sebagai bakal pengkaji, adalah perlu bagi kita menguasai teori-teori yang ada dalam sesuatu bidang kerana ianya membantu kita melaksanakan kajian nanti.

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

59

AKTIVITI 4.4

Masih dalam kumpulan yang sama. Kenalpasti teori-teori yang berkaitan bidang anda dan kaitkan dengan masalah kajian yang telah kumpulan anda pilih. Berikan justifikasi kesesuaian teori yang dipilih dan masalah kajian tersebut. Bentangkan dalam kelas untuk mendapat maklum balas (feedback) daripada pensyarah dan rakan sekelas anda mengenai masalah kajian anda.

Namun dalam mengaitkan teori dengan masalah kajian, adakah memadai dengan menggunakan satu teori sahaja? Atau adakah kita boleh menggunakan lebih daripada satu teori untuk menganalisis sesuatu masalah kajian tersebut? Pada asasnya tiada peraturan yang menetapkan berapa banyak teori yang boleh digunakan, namun pada kebiasaanya satu atau dua teori sudah memadai bagi membina kerangka konseptual untuk menganalisa sesuatu masalah kajian. Sila rujuk rajah 4.1 di atas. Kerangka konseptual ini menggunakan dua teori sosiologi (teori pilihan rasional, teori fungsionalisme) untuk memahami masalah kajian (interaksi sosial pelajar pelbagai etnik di Sekolah Menengah Kebangsaan). Dengan menggunakan lebih daripada satu teori, lebih membantu memahami masalah kajian daripada dua perspektif yang berbeza. MARI BERFIKIR SEBENTAR:
Apakah perkaitan cerita enam orang buta serta seekor gajah ini dengan teori dan masalah kajian?

60

Unit 4 Teori dan Masalah Kajian

Setiap teori yang diutarakan oleh ahli sosiologi, psikologi, mahupun ahli-ahli dalam bidang lain akan mempunyai kekurangannya. Ini kerana setiap teori yang diutarakan hanya melihat sesuatu kejadian mengikut bahagian-bahagian tertentu dan bukannya secara holistik. Maka, kadangkala bagi memahami sesuatu masalah, ianya memerlukan beberapa teori bagi memahaminya secara menyeluruh. Ini seumpama seperti enam orang buta yang dibawa berjumpa seeekor gajah. Setiap seorang terpegang bahagian yang berbeza, iaitu ekor, kaki, gading, telinga, badan dan belalai gajah. Masing-masing mengambarkan gajah menurut bahagian yang dipegang. Namun, hakikatnya tiada sesorang pun yang mampu memberi gambaran yang sebenarnya mengenai gajah. Begitu juga dengan teori yang diutarakan oleh pelbagai tokoh, di mana ia tidak dapat mentafsirkan atau menggambarkan sesuatu fenomena secara terperinci, hanya dapat menganalisis sesuatu fenomena itu berdasarkan sudut-sudut tertentu sahaja. Inilah limitasi atau kelemahan sesuatu teori. Dengan ini, kadangkala untuk membantu kita memahami masalah atau fenomena tertentu, ianya memerlukan lebih daripada satu teori.

RUMUSAN
Apa sahaja bidang sama ada sains atau sains sosial, akan melibatkan penyelidikan bagi membuktikan sesuatu pekara, mengkaji suatu masalah/isu, menganalisis sesuatu kejadian, membuktikan teori yang telah sedia ada atau menghasilkan teoriteori baru. Maka, teori merupakan asas yang penting dalam membantu pengkaji memahami sesuatu isu, fenomena atau masalah di sekeliling kita dengan lebih terperinci dan berasas. Sememangnya terdapat perkaitan rapat antara teori dan masalah kajian dalam sesuatu penyelidikan kuantitatif mahupun kualitatif. Tanpa teori, agak sukar bagi kita untuk memahami sesuatu masalah kajian dengan lebih baik dan sistematik. Maka sebagai pengkaji kita perlu menguasai teori-teori dalam sesuatu bidang (cth: sosiologi, psikologi dan sebagainya) kerana tanpa penguasaan yang baik mana mungkin kita dapat menganalisa sesuatu masalah kajian dengan tepat dan analitik.

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

61

PENILAIAN KENDIRI
1. Apakah ciri-ciri masalah kajian yang baik? Bincangkan. 2. Apakah masalah kajian dan apakah perkaitan teori dan masalah kajian? Bincangkan beserta contoh bersesuaian.

RUJUKAN
Amir Hasan Dawi. (2006). Penteorian sosiologi dan pendidikan. Tg Malim: Quantum Books. Azlina Abdullah. (2010). Tema dan isu penyelidikan menangani gejala social pada dekad pertama abad ke 21 di Malaysia. Akademika 78 (Jan- April) 2010, pp 314.Diaksesdaripadahttp://www.ukm.my/penerbit/akademika/ACROBATAKAD EMIKA78/akademika78%5B01%5DA4.pdf, pada 20 September 2012. Bogdgan, R.C. & Biklen, S.K. (1998). Qualitative research for education: An introduction to theory and methods. Bostan: Ally & Bacon. Creswell, J. W. (2007). Qualitative inquiry & research design: Choosing among five approaches. Thousand Oak, California: Sage Publications. Leedy, P. D. & Ormrod, J. E. (2005). Practical Research: Planning and Design. New Jersey: Pearson Educational International and Prentice Hall. McMillan, J. H. & Schummacher, S. (2006). Research in education: Evidence based inquiry. Boston: Allyn & Bacon. Mohd Majid Konting. (1990). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Othman Lebar. (2009). Penyelidikan kualitatif: Pengenalan kepada teori dan metod. Tg Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ritzer, G. (2003). Contemporary sociological theory and its classical roots: The basics. New York: Mc Graw Hill. Schaefer, R.T. (2009). Sociology: A brief introduction. New York: Mc Graw Hill. Suter, W. N. (1998). Primer of Educational Research.Boston: Ally And Bacon.

62

Unit 4 Teori dan Masalah Kajian

Wiersma, W. (1986). Research methods in education: An introduction. Boston: Ally & Bacon. Wiersma, W. & Jurs, S.G. (2005). Research methods in education: An introduction. Boston: Ally & Bacon. Yasmin Ahmad & Najeemah Mohd Yusof. (2010). Ethnic boundary among students in malaysian primary schools and social interaction: A conceptual framework. Procedia Social and Behavioral Sciences 7(C), pp 8291.

You might also like