You are on page 1of 7

http://www.oocities.org/gardner02_8/luardarjah.

htm PENDEKATAN MATEMATIK LUAR DARJAH PENDAHULUAN : Suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang tidak sama dengan di dalam bilik darjah. Pelajar dapat suasana yang menarik minat mereka, bernafas udara di luar darjah, memerhati dan membuat anggaran/ukuran bendabenda yang ada di luar darjah. Saya rasa semua pelajar akan ingat apa yang ada dalam pembelajaran mereka di luar kelas, sebab lain-lain pelajaran semua diadakan dalam bilik kelas.

FALSAFAH DI SEBALIK IDEA MATEMATIK DI LUAR BILIK KELAS Pembelajaran matematik akan lebih bermakna jika ia berkaitan dengan kehidupan harian sebenar kanak-kanak. Terutamanya apabila matematik digunakan untuk memahami dan mengkaji apa yang berlaku dalam kehidupan harian sebenar. Merela a kan senang ingat apaapa sahaja yang mereka telah belajari jika dilakukan aktiviti praktikal i ni. Mereka

dapat menghargai peranan matematik dalam kehidupan mereka. Pemb elajaran koperatif ini seronok dan berfaedah kepada mereka.

Kem matematik pula boleh diadakan untuk kanak-kanak. Mereka harus diberi talimat yang jelas tentang tujuan dan aktiviti kem matematik. Guru jelaskan kepada pelajar apa yang diharapkan untuk dicapai oleh mereka. Pelajarpelajar harus diberi arahan dan panduan yang jelas dan guru harus merancang lebih awal lagi. Guru mesti cukup flexible untuk menyesuaikan aktiviti menurut situasi dan perlaku an pelajar.

KONSEP-KONSEP YANG BOLEH DIBINA 1. Panjang ,serta unit ukuran meter, centimeter 2. Luas, unit cm persegi , meter persegi 3. Sudut, unit darjah.

PENDEKATAN Pembelajaran koperatif (Pelajar di bahagikan kepada beberapa kumpulan; setiap kumpulan 4 - 6 orang )

OBJEKTIF YANG DAPAT DICAPAI 1. Pelajar dapat menganggar panjang benda atau jarak ; dan mengukur dengan tepat 2. Pelajar dapat membuat konjektur tentang luas, dan kemudian ukur . 3. Pelajar dapat mengukur sudut dengan alat

PERALATAN BANTUAN 1. Pembaris 4. kertas grid 7. alat tulis/ lukis 2. pita ukur 5. tali 8. jam randik 3 protraktor 6. wisel

CIRI-CIRI AKTIVITI 1. Penerapan konsep panjang, luas, sudut serta unit-unit berkenaan 2. Penglibatan setiap individu dari segi mental dan fizikal secara uruh 3.Pembelajaran berkumpulan yang lebih menyeronokkan daripada secar a individu 4.Peningkatan kemahiran berkomunikasi/ berinteraksi antara pelajar 5. Peningkatan hubungan yang baik antara guru dengan pelajar menyel

PERSEDIAAN AWAL OLEH GURU

1. Sebelum aktiviti luar kelas dengan pelajar, guru sendiri perlu membuat persediaan awal dengan menyelidik/meneroka kawasan berkenaan, seperti apa jenis benda yan g menarik minat pelajar, jenis tumbuhan dengan daunnya, pokok atau tiang tegak (untuk diukur tinggi) , tanah rata, sungai dan tembok yang agak lurus jika ada ( untuk diukur lebarnya ) 2. Ingatkan pelajar mengenai langkah-langkah keselamatan yang harus diambil (khasnya sungai itu berbahaya); surat janjian daripada ibu bapa pelajar ditandatangani mereka untuk memberi kebenaran kepada anakanak mereka menyertai aktiviti luar kelas ini. 3. Pelajar membawa air minuman, alat tulis/lukis dan payung (jika hujan ) 4. Pelajar memakai pakian sukan 5. Berikan penerangan ringkas tentang peranan setiap ahli kumpulan 6. Pelajar hendaklah catat keputusan dengan betul, hantar laporan kepa da guru selepas projek ini

AKTIVITI 1 Membuat anggaran tentang panjang objek seperti batang kayu, tali (yang dibawa) , tembok,

panjang dinding bangunan, lebar sungai ,tinggi pokok/bangunan....... Catatkan pada kertas cetak yang diberikan oleh guru.

AKTIVITI 2 Mengukur panjang sebenar objekobjek tersebut dengan pita ukur,atau pembaris (Lebar sungai, tinggi pokok/bangunan akan diukur dengan bantuan protraktor mengikut kaedah segitiga tepat --- guru memberi panduan .)

AKTIVITI 3 Memerhati daun yang mempunyai simetri. Membuat konjektur perimeter dan luasnya. Catat. Kemudian lakarkan bentuknya pada kertas grid dan kirakan perimeter dan luasnya. Bandingkan keputusan sebenar dengan konjektur.

AKTIVITI 4 Pelajar membuat anggaran tinggi pokok/bangunan, dan lebar sungai . Unit ukuran ....... Kemudian tunjuk cara bagaimana menggunakan protraktor secara betul untuk mengukur

sudut dalam darjah. Kenalpastikan tanda di seberang sungai untuk diuk ur sudut dari suatu titik lain di sebelah sungai di mana guru dan pelajarpelajar berada. Satu sisi segitiga bersudut tepat mesti diukur. Gunakanlah segittiga kaki sama b ersudut tegak untuk pelajar senang memahami. Segitiga bersudut lain boleh digunakan jika pelajar

telah belajar tentang sinus, kosinus atau tangen. Terangkan caracara mengira ,dengan bantuan gambar rajah.

AKTIVITI 5 Suruh pelajar mengira nadi atau denyutan jantung mereka semasa re hat . .......kali seminit Selepas berjalan cepat , ....................kali seminit. Selepas berlari pecut ,..................kali seminit. Ulangi langkah-langkah di atas bagi kadar pernafasan.

AKTIVITI 6 Dengan menggunakan protraktor, ukur kecerunan bukit (jika ada) di Liku pertama .............. liku kedua ...............

dan seterusnya.

AKTIVITI

Kutip spesimen daun tumbuhan yang cantik lagi bercorak Lakarkan p ada buku nota mereka. Cuba melukis corak itu dengan komputer perisian GSP selepas merek a balik ke sekolah.

AKTIVITI AKTIVITI LAIN dapat dilakukan jika guru fikir adalah sesuai dan berfae dah kepada p & p pelajar. Refleksi harus dibuat oleh pelajar selepas pelajaran ini. Kemukakan ap a-apa cadangan untuk membaiki aktiviti luar darjah untuk masa depan.

=========================================================== ==============

You might also like