You are on page 1of 2

Majlis mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Datin Hjh.

Fowzia binti Osman, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu diiringi Yang Beruasaha Dr. Ali bin Hj Mahmood selaku pemangku Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu untuk masuk ke dewan. Hadirin yang saya hormati, Marilah sama-sama kita berdiri untuk menyanyikan lagu kebangsaan, lagu Negaraku. Hadirin dijemput duduk. Yang Berbahagia Datin Hjh. Fowzia binti Osman, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Yang Berusaha Dr. Ali bin Hj Mahmood selaku pemangku Timbalan Pengarah Kampus Bahasa Melayu, Ketua-ketua Jabatan, Ketuaketua Unit, Staf Sokongan dan hadirin yang dihormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kita berkumpul pada majlis perasmian orientasi pelajar baharu ambilan jun 2011. Untuk pengetahuan semua, pelajar baharu ambilan jun pada tahun ini sebanyak 155 orang termasuk KPLI. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada yang Berbahagia Datin atas kesudian meluangkan masa untuk hadir ke majlis ini seterusnya merasmikan minggu orientasi pelajar baharu. Lebat kemiri pohonnya rendah, Dahan terikat tali perkasa, Sepuluh jari kami menadah,, Mohon berkat Yang Maha Esa.

Untuk memberkati lagi majlis kita pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan al-fadhil Ustaz Mohd Lutfi bin Ahmad untuk membaca doa, dipersilakan.

Duduk sekawan gadis jelita, Buat Santapan untuk pahlawan, Tampillah Datin kami meminta, Madah ucapan kata aluan.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia Datin Hjh. Fowzia binti Osman, selaku pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan minggu orientasi pelajar baharu ambilan jun 2011. Majlis mempersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datin atas ucapan itu tadi.

You might also like