You are on page 1of 18

KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

PJM 3110

KONSEP KESEPADUAN, PENGGABUNGJALINAN DAN INTEGRASI DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Kurikulum ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan Akta Pendidikan 1996

Kesepaduan merupakan strategi utama yang telah disasarkan oleh Kementerian Pendidikan untuk memastikan objektif yang ditetapkan tercapai.
Kesepaduan merupakan elemen yang diterapkan di antara kurikulum dan kokurikulum.

Keberkesanan Matapelajaran Pendidikan Jasmani dapat dikesan melalui insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Matapelajaran PJ menekankan bidang perkembangan diri individu melalui objektif yang berlandaskan pembangunan fizikal, pembangunan motor, pembangunan kognitif serta pembangunan sosial, emosi dan afektif.

Pembangunan fizikal melibatkan aktiviti pembangunan kuasa fizikal dalam individu dengan membangunkan pelbagai sistem organ dalam tubuh badan individu. Seseorang individu akan menjadi aktif, mempunyai prestasi yang lebih baik dan lebih sihat jika sistem organik tubuh badan dibangunkan dan berfungsi dengan baik.

Pembangunan motor melibatkan pembangunan kesedaran tubuh badan, perlakuan pergerakan fizikal yang baik menjimatkan tenaga serta bergerak dengan cekap. Pembangunan motor boleh membekalkan seseorang individu dengan kebolehan melakukan sesuatu kerja dengan kadar kecekapan yang tinggi. Keadaan sedemikian membangkitkan keseronokan dalaman dan secara tidak langsung membolehkan seseorang individu menyesuaikan diri dalam kumpulan dengan

Perkembangan fizikal, sosial, mental dan emosi adalah aspek-aspek yang diberikan tumpuan dalam perkembangan diri individu dalam matapelajaran PJ.
Aspek ini dilihat berupaya menyumbangkan kepada pembentukan individu yang seimbang dan menyeluruh.

Penyerapan atau kesepaduan matapelajaran lain dalam Pendidikan Jasmani

Kegiatan-kegiatan dalam PJ perlulah menggalakkan pemikiran kreatif dan dramatik untuk memberi peluang kepada murid-murid melahirkan perasaannya, sambil menikmati keseronokkan daripada pergerakanpergerakan yang mencabar kemampuannya. Pelbagai aktiviti seperti nyanyian-nyanyian, pantunpantun dan peniruan pergerakan binatang-binatang dalam pelajaran PJ bolehlah digunakan untuk tujuan tersebut. Pendidikan Jasmani juga boleh menerap dan menggunakan konsep dan kemahiran asas Matematik kepada murid-murid di sekolah rendah. Menurut Miller dan Cheffer (1974), Matematik dikenal pasti boleh diajar melalui pengalaman melakukan aktiviti permainan, aplikasi permainan sebenar, aktiviti permainan dan penggunaan peralatan Pendidikan Jasmani dapat meningkatkan kemahiran Matematik.

Contoh penyerapan matapelajaran PJ boleh kita lakukan dengan cara berikut :


i) bahasa penulisan mengenai sukan , sikap yang positif, kecergasan, pengekalan aktiviti dan jurnal pemakanan yang berkaitan dengan kesihatan. ii) kajian sosial perkaitan sukan dengan sejarah dan permainan daripada pelbagai sosio budaya

iii) Matematik pengiraan markah di dalam sukan iaitu mencampur, menolak, membahagi dan mendarab bagi mendapatkan sesuatu keputusan.
iv) Sains pendedahan kepada konsep pergerakan,otot, tuas dan fungsi-fungsi tubuh manusia. v) Muzik penghasilan bunyi yang bersesuaian untuk pergerakan manusia.

vi) Lukisan melukis pelbagai simetri dan bentuk yang dapat dilakukan

Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan


Sukatan Pelajaran disusun mengikut empat tajuk, iaitu:
i. Perkembangan Fizikal dan Pergerakan. ii. Sukan dan Rekreasi. iii. Menjaga Keselamatan. iv. Menyayangi dan Menjaga Diri Sendiri. dan orang lain

Setiap tajuk ini mengandungi ketiga-tiga aspek pembelajaran, iaitu Penglibatan murid yang aktif dan selamat. Interaksi murid dengan bahan, alat dan rakan secara kreatif 3. Penyimpanan rekod kegiatan sebagai bukti bahawa pembelajaran telah berlaku.
1. 2.

1. Perkembangan Fizikal dan Pergerakan

1.1 Mari Bergerak - Bagaimana badan saya bergerak - Pergerakan lokomotor - Pergerakan bukan lokomotor - Manipulasi dengan alatan - Pendidikan Pergerakan - Pergerakan Kreatif - Gimnastik Artistik - Gimnastik Irama - Gimnastik Pendidikan

1.2 Mari Bersenam - Saya suka bersenam - Bagaimana menjaga postur saya - Bagaimana saya menjadi cergas

1.3 Mengenali Bahagian Tubuh Badan -Bahagian tubun badan saya dan fungsinya -Peranan tulang dan otot -Akil baligh -Masalah yang biasa dialami oleh remaja

2. Sukan dan Rekreasi 2.1 Mari Berekreasi - Saya suka berekreasi - Di mana saya boleh berekreasi - Bilakah saya boleh berekreasi 2.2 Jadual Harian - Aktiviti harian saya - Mengapa perlu ada jadual harian - Bagaimana membuat jadual harian 2.3 Mari Bermain - Kemahiran asas permainan - Kemahiran asas olahraga

3. Menjaga Keselamatan
3.1 Keselamatan di Rumah, di Sekolah dan di Taman Permainan - Keselamatan diri - Bahaya di rumah dan langkah keselamatan - Bahaya di sekolah dan langkah keselamatan - Bahaya di tempat permainan dan langkah keselamatan 3.2 Keselamatan di Jalan Raya Tanda keselamatan jalan raya Peraturan jalan raya

3.3 Keselamatan Api - Punca kebakaran - Cara mencegah kemalangan api - Tindakan semasa kebakaran 3.4 Keselamatan di Air - Tempat renang - Perigi - Kenderaan air - Banjir

3.5 Langkah Asas Pertolongan Cemas - Maksud pertolongan cemas - Rawatan awal untuk kecederaan kecil

4. Menyayangi dan Menjaga Diri Sendiri 4.1 Siapa saya - Mengenali diri sendiri - Dari mana datangnya saya - Saya dan keluarga saya - Saya dan sahabat saya 4.2 Amalan Asas Kesihatan Saya - Amalan seharian - Menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan saya - Menjaga kebersihan pakaian dan alat keperluan diri - Menjaga kebersihan rumah saya 4.3 Makanan saya - Apa saya makan - Bila saya makan - Mengapa saya makan - Ke mana perginya makanan - Makanan saya masih bersih

4.4 Bagaimana Menjauhi Penyakit - Jenis Penyakit - Bagaimana penyakit merebak dan cara mengatasi penyakit - Perkhidmatan kesihatan 4.5 Memahami Perasaan Saya - Mengenali perasaan saya - Cara melahirkan perasaan saya - Cara menghadapi tekanan 4.6 Memahami Perasaan Orang Lain - Mengapa saya perlu memahami perasaan orang lain - Hubungan dengan ibu bapa, ahli keluarga, Rakan sebaya

You might also like