You are on page 1of 5

Langkah-langkah bagi mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya Bangsa Malaysia yang terdiri daripada masyarakat pelbagai

kaum seperti Melayu, Cina dan India telah hidup secara bertoleransi dan berdemokrasi sejak zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka lagi demi kelestarian kemakmuran negara bersama. Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia merupakan aspek penting dalam masyarakat di negara ini (Bernama, 2010). Oleh itu, usaha berterusan daripada pelbagai pihak untuk melestarikan aset berharga ini perlu dihargai dan diberi sokongan yang paling jitu. Menurut pepatah orang-orang tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh hal itu usaha untuk mengekalkan aset yang tidak ternilai ini perlulah dimulakan sejak bangku sekolah rendah lagi. Bagi mewujudkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya, bukan guru sahaja yang perlu memainkan peranan yang penting, bahkan pihak pentadbiran sekolah, murid-murid dan ibu bapa juga perlu turut serta dalam membina impian ini agar menjadi kenyataan. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab para guru dan pihak pentadbiran sekolah di seluruh Malaysia untuk bahu-membahu demi menjayakan usaha murni ini. Jika diamati tentang hal kepelbagaian budaya dan sekolah ini, kedua-dua entiti ini secara kasarnya tampak tidak berkait antara satu sama lain namun jika diperhalusi dengan betul-betul kedua-dua entiti ini saling berkait antara satu sama lain sama ada secara zahir atau batinnya. Budaya memerlukan sekolah untuk menyebar dan memperkembangkan penggunaan budaya tersebut manakala sekolah memerlukan budaya untuk mengukuhkan struktur asas sekolah dan membantu pencapaian matlamat penubuhan sekolah. Budaya ini menjadi sebahagian daripada budaya pendidikan di sekolah yang turut meliputi budaya dari segi lokasi, pekerjaan ibu bapa, pendidikan yang diterima, status ekonomi, sosial, keturunan, kuasa politik, bangsa, bahasa, adat resam, kepercayaan dan jantina. Justeru itu, bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, adalah penting bagi guru dan pihak sekolah untuk membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Guru perlulah kreatif dan bijak dalam menyediakan pelan bilik darjah yang mesra budaya. Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan oleh guru-guru dan juga pihak sekolah dalam merealisasikan hal ini. Pihak sekolah perlulah melakukan perbincangan terlebih dahulu bersama guru-guru bagaimana untuk membina sebuah bilik darjah bukan sahaja mesra budaya malahan sebuah

tempat menimba ilmu di mana murid-murid boleh belajar dalam keadaan yang selesa dan tidak terganggu. Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mewujudkan sebuah bilik darjah yang kondusif dan mesra budaya ialah persekitaran fizikal bilik darjah. Bagaimanakah persekitaran fizikal mampu melahirkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya? Guru harus jelas bahawa bilik darjah adalah satu ekologi yang mempunyai sistemnya yang tersendiri. Ia mempunyai perkaitan dan pertautan antara persekitaran fizikalnya dengan benda-benda bernyawa yakni guru dan murid-murid. Dalam pengurusan persekitaran fizikal, satu daripada aspek penting yang harus diberi perhatian adalah pelan lantai. Guru perlu merancang susun atur ruang aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkan proses pembelajaran yang berkesan. Selain itu, ruang yang disediakan juga harus mengambil kira juga unsurunsur hubungan sosial dan pemupukan nilai-nilai perpaduan dan persefahaman antara pelbagai kaum. Selain itu, aspek kebersihan pencahayaan dan pengudaraan juga memainkan peranan yang penting dalam menguruskan persekitaran fizikal bilik darjah. Ruang dan persekitaran yang bersih menimbulkan kedamaian dan keselesaan di samping mendorong murid untuk menjalani proses pembelajaran dengan ceria. Guru juga perlu memastikan sistem pencahayaan dan pengudaraan sesuai bagi menyediakan suasana yang selesa kepda murid untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran. Perseitaran bilik darjah seharusya dalam keadaan tidak terlalu terang atau suram serta mendapat bekalan udara yang bersih dan segar. Selain itu juga, aspek yang harus ditumpukan adalah susunan kerusi dan meja serta susunan perabot dan peralatan. Pastikan bahawa kerusi dan meja disusun dalam susunan yang memudahkan guru memantau pergerakan murid. Guru boleh menempatkan pelajar di dalam satu kumpulan tersebut dengan berlainan kaum. Contohnya, dalam satu kumpulan meja tersebut boleh diletakkan kaum Melayu, India dan Cina. Hal ini menyebabkan mereka akan mengenali antara satu sama lain dan menjalinkan sebuah ikatan persahabatan walaupun berbeza agama dan bangsa. Mereka akan saling menghormati antara satu sama lain dan menghormati budaya dan agama mereka.

Susunan perabot dan peralatan pengajaran dan pembelajaran pula perlu disesuaikan dengan suasanan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Apabila ada perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan ahli-ahli kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum etnik. Secara tidak langsung kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu kumpulan akan dapat diwujudkan serta memupuk satu suasana mesra budaya. Pembelajaran dalam persekitaran fizikal yang mesra budaya akan merangsang pelajar untuk menimba ilmu secara berkesan. Di samping itu, guru juga boleh memberi murid kebebasan untuk menghias bilik darjah dengan pandangan dan nasihat dari guru. Guru perlu membenarkan murid meletakkan lukisan mereka di dinding bilik darjah. Tindakan ini akan menyebabkan mereka berasa seronok dan dihargai. Guru juga boleh melukis mural yang berkaitan motivasi di dalam bilik darjah. Hal ini bukan sahaja menyebabkan mewujudkan kelas yang ceria dan mesra budaya, bahkan boleh memberikan motivasi kepada kanak-kanak untuk belajar. Bilik darjah juga sepatutnya menjadi tempat di mana berlakunya galakan budaya membaca dalam kalangan murid. Oleh itu tindakan seperti menampal nota dan tugasan, mewujudkan perpustakaan mini, menggantung kad-kad bacaan dan sebagainya dapat menggalakan budaya membaca di kalangan murid.

Contoh-contoh susunan meja dan kerusi di dalam bilik darjah

Dalam mewujudkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya, pengurusan persekitaran sosioemosi juga harus diberi perhatian oleh guru. Perkataan sosioemosi terdiri daripada dua perkataan iaitu sosial dan emosi. Bagi

perkembangan sosial setiap individu bermula daripada alam kanak-kanak dan ini mempengaruhi kehidupan pada peringkat seterusnya. Perkembangan sosial merupakan proses kanak-kanak belajar dan orang lain mengikut carayang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Emosi pula ialah satu perasaan dan juga gerak hati yang dialami oleh seseorang individu yang akan terpapar melalui tindak balas fisiologi sekiranya berlaku ransangan terhadap emosi sesuatu keadaan. Oleh itu, perkembangan sosial yang positif menyebabkan seseorang itu sentiasa mempertimbangkan emosinya dengan mengekalkan emosi yang positif dan mengawal emosi yang negatif. Oleh itu adalah penting bagi guru untuk membina sosioemosi yang positif dalam diri individu seawal peringkat kanak-kanak lagi. Persekitaran dan pengalaman memainkan peranan yang penting dalam melahirkan bilik darjah yang mesra budaya. Pengalaman melalui peraturanperaturan yang ditetapkan dan guru perlu membuat pengukuhan terhadap perlakuan murid sama ada perlakuan yang betul diberi ganjaran atau perlakuan yang salah akan diberi dendaan. Selain itu, guru sepatutnya mewujudkan sebuah komuniti pembelajaran melalui pembinaan persekitaran yang prihatin dan penyayang di mana murid mempunyai rasa tanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang sempurna dan berkesan. Guru perlu memupuk nilai-nilai kepercayaan saling bergantung sesama murid dalam memastikan murid memiliki sikap penyayang dan prihatin. Aktiviti bermain juga memainkan peranan yang penting dalam

perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Seseorang guru seharusnya menyediakan banyak aktiviti bermain kerana bermain mendorong pemupukan budaya yang kolaboratif dan koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti seperti ini akan meningkatkan kemahiran interpersonal dan intrapersonal, kemahiran

menyelesaikan masalah serta kemahiran berkomunikasi antara kanak-kanak. Dalam menguruskan persekitaran sosioemosi minat dan pencapaian pelajaran juga memainkan peranan dalam membentuk perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Hal ini kerana walaupun seseorang murid tidak begitu cemerlang dalam pelajarannya, namun sekiranya terdapat suatu tarikan dalam bilik darjah, murid tersebut akan bersemangat untuk berada dalam bilik darjah tersebut.

Yang terakhir ialah seorang guru perlulah menitikberatkan perhubungan antara kelompok etnik. Hal ini penting kerana Malaysia merupakan sebuah negera yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan etnik. Jika sesebuah sekolah itu mempunyai kelompok etnik yang berbeza, jadi ia menjadi usaha bagi pihak sekolah untuk membentuk sebuah perpaduan antara murid-murid tersebut. Di sekolah mereka akan bergaul dan belajar mengenali antara satu sama lain serta menjalinkan nilai-nilai perpaduan. Oleh yang demikian, guru sememangnya memikul

tanggungjawab yang besar dalam memastikan murid-murid daripada pelbagai latar belakang dapat menjalani kehidupan seharian mereka dalam suasana yang harmoni. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan ketika berada di bilik darjah ialah melakukan perayaan yang terdapat di Malaysia. Guru-guru boleh meraikan setiap perayaan di dalam bilik darjah. Melalui aktiviti ini akan terjalinnya ikatan perpaduan antara murid-murid yang berbilang kaum tersebut. Hal ini akan menyebabkan membuka ruang dan peluang kepada semua murid untuk berinteraksi bagi mewujudkan suasana yang mesra, membina semangat setiakawan yang tinggi melalui aktiviti berkumpulan, menyediakan isi pelajaran yang menjurus kepada pemupukan nilai-nilai harmoni, perpaduan dan saling menghormati, menonjolkan keunikan dan keistimewaan ciri-ciri budaya elbagai etnik. Kesimpulannya, jika seseorang guru tersebut berjaya mewujudkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya, maka guru tersebut secara tidak langsung berjaya membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menjunjung masa hadapan yang dikongsi bersama.

You might also like