You are on page 1of 3

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

1. Tajuk : Meningkatkan kemahiran murid tahun 5 menulis huruf besar pada pangkal ayat dan kata nama khas. Nama Pengkaji: Muhamad Rizal Fahmi Bin Mohd Kassim Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Seri Suria

2. Pengenalan : Aspek yang dikaji

: Cara penggunaan huruf besar dalam ayat

Kemahiran bahasa : kemahiran menulis.

3. Fokus Kajian: Penggunaan huruf besar dalam ayat terutama huruf besar pada pangkal ayat dan kata nama khas.

4. Isu Kajian: Kemahiran menulis amat menitikberatkan tentang penggunaan tanda baca yang betul. Dalam penulisan bahasa Melayu, pengunaan huruf besar diwajibkan pada huruf pertama pada perkataan pertama di permulaan ayat dan huruf pertama pada kata nama khas. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5, 2003: 10.2 Aras 1 (i) Mengenal pasti dan membetulkan kesilapan ejaan perkataan dan tanda baca dalam ayat.

5. Objektif Kajian: 5.1 Objektif am: Meningkatkan penguasaan murid dalam aktiviti penulisan 5.2 Khusus: 1. Meningkatkan kemahiran menulis huruf besar pada pangkal ayat. 2. Meningkatkan kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas. 3. Meningkatkan daya ingatan murid terhadap penggunaan huruf besar. 6. Soalan Kajian: Wujudkah peningkatkan kemahiran penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan pada pangkal kata nama khas dengan penggunaan warna? Apakah kesan penggunaan teknik ini kepada aktiviti penulisan murid?

7. Kumpulan Sasaran Kajian ini melibatkan murid tahun 5 Usaha sahaja bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Murid-murid kelas ini beranggapan bahawa penggunaan huruf besar sebagai sesuatu yang tidak penting.

8. Reka Bentuk Kajian : Model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992) - mengenalpasti aspek amalan, perancangan, tindakan, mengumpul data, refleksi.

Perancangan Cara Mengumpul Data: Semakan Buku Latihan/Buku Aktiviti Ujian Pra/Pengesanan Temu bual Latihan Ujian Pasca/Pencapaian

Instrumen : Analisis dokumen Temu bual berstruktur Ujian Pra dan Ujian Pos Soal selidik

Analisis data : Memaparkan graf turus (perbezaan pencapaian murid ketika ujian pra dan ujian pos) Hasil temu bual respondan. Peratusan ujian (markah murid selepas ujian pos)

You might also like