You are on page 1of 14

BAB 6 VARIASI BAHASA

Setelah selesai membaca bab ini, anda akan dapat: Menerangkan konsep-konsep asas; Menjelaskan maksud bahasa dialek dan bahasa pasar; Menghuraikan variasi bahasa lain

RINGKASAN BAB Pengenalan Konsep-konsep asas Gaya Bahasa Bahasa Dialek Bahasa Pasar Variasi bahasa lain Rumusan Latihan Rujukan

Bab 1: Pengenalan Bab 2: Morfologi Bab 3: Fonetik Bab 4: Sintaksis Bab 5: Semantik Bab 6: Variasi Bahasa Bab 7: Pragmatik Bab 8: Psikolinguistik Bab 9: Otak Manusia dan Bahasa Bab 10: Sosiolinguistik

6.1 6.2 6.3 6.4 6.5

Bab 8: Cabaran Profesion Perguruan

6.0

PENGENALAN

Tidak ada bahasa manusia yang tetap, seragam, atau tidak berubah-ubah: semua bahasa menunjukkan kelainan dalaman. Penggunaan sebenar berbeza antara satu kelompok dengan satu kelompok, dan antara penutur dengan satu penutur, dari segi sebutan sesuatu bahasa, pilihan kata dan makna kata-kata tersebut, malah dari segi penggunaan binaan ayat. Satu perbezaan yang diketahui umum, antaranya gaya bahasa formal dengan gaya bahasa yang tidak formal dalam bahasa Inggeris (dan sesungguhnya dalam banyak bahasa lain lagi) ialah bahawa gaya tidak formal dapat dicirikan sebagai mempunyai banyak bilangan penyingkatan, pemendekan, dan pengguguran. Gaya bahasa formal selalunya lewah dan berjela-jela. Kelainan yang terdapat bahasa itu disebut sebagai variasi bahasa.

6.1

Konsep-konsep Asas

Gaya Bahasa Gaya bahasa ialah gaya penggunaan sebenar setiap kelompok atau penutur-penutur, dari segi sebutan sesuatu bahasa, pilihan kata dan makna kata-kata tersebut, malah dari segi penggunaan binaan ayat.

Dialek Dialek bermaksud bentuk bagi suatu bahasa yang dianggap sebagai substandard. tidak betul, atau tidak asli, berbanding dengan bentuk standard, betul, atau tulen. Perbezaan yang sangat jelas ialah bahawa istilah dialek, sebagai istilah teknikal, hanya dimaksudkan pada satu bentuk bahasa yang berbeza.

Kefahaman Menyaling Kefahaman menyaling bermaksud walaupun penutur asli sesuatu bahasa itu berbeza dari segi penggunaan bahasanya, bahasanya yang berbagai-bagai itu mempunyai persamaan yang memadai dari segi sebutan, kosa kata, dan tatabahasa untuk memberi kefahamannya.

Bahasa Standard Bahasa standard ialah ragam bahasa yang mempunyai darjat sosial dan digunakan dalam konteks rasmi. Antonim: bahasa tak standard.

Gaya Bahasa Formal

Gaya bahasa formal ialah ragam bahasa yang digunakan dalam konteks rasmi, misalnya, memberikan syarahan dalam bilik mahkamah. Antonim: gaya bahasa tak formal

6.2 Gaya Bahasa

Kelonggaran yang wujud dalam bahasa manusia, serta kekompleksannya dan juga cara bahasa digunakan, menyebabkan bahasa manusia menjadi begitu berubah-ubah dan bertukar mengikut masa. Oleh sebab bahasa manusia berubah sebegitu rupa, kadang-kadang penutur dari satu generasi tidak dapat atau kurang memahami penutur generasi yang lain. Ini disebut gaya bahasa sesuatu generasi. Bahasa manusia juga tidak tetap, tidak seragam atau berubah-ubah kerana semua bahasa ini menunjukkan sifat kelainannya secara mendalam. Penggunaan setiap kelompok , dan antara setiap penutur, dari segi sebutan sesuatu bahasa, pilihan kata dan makna kata-kata tersebut,
3

malah dari segi penggunaan binaan ayat itu adalah berbeza. Satu contoh yang terkenal dapat diambil di sini, iaitu cara pertuturan orang Amerika ternyata amat berbeza daripada pertuturan orang Inggeris di Great Britain, dan pertuturan bagi kedua-dua kelompok ini pula berbeza daripada pertuturan orang Australia. Apabila kelompok penutur jelas menunjukkan perbezaan dalam bahasa yang digunakan oleh mereka, selalunya mereka akan dikatakan bertutur dalam dialek yang berbeza bagi bahasa tersebut.

6.2.1 Gaya bahasa Formal dan Tidak Formal Setiap penutur mana-mana bahasa telah menguasai sebilangan gaya bahasa tanpa disedari oleh mereka. Sebagai gambarannya, dalam keadaan formal, seseorang mungkin mempelawa seorang tamu minum kopi dengan mengatakan Boleh saya sediakan kopi untuk saudara? Dalam keadaan tidak formal, penutur yang sama mungkin akan mengatakan Nak minum kopi? Atau kopi?. Perubahan dalam gaya bahasa ini dilakukan tanpa disedari langsung dan secara automatik; sesungguhnya, untuk menyedari bahawa setiap seorang daripada kata menggunakan gaya formal dan gaya tidak formal pada masa yang berbeza, akan memerlukan sedikit penumpuan diri yang bersungguh-sungguh. Kes yang paling jelas tentang pertuturan formal berlaku dalam konteks sosial yang bersifat formal, serius, selalunya rasmi dalam beberapa segi, apabila penutur merasakan bahawa mereka perlu berhati-hati dalam penggunaan bahasa mereka dan apabila cara mengatakan sesuatu dianggap sebagai penting dari segi sosial. Konteks ini termasuklah temu duga pekerjaan yang formal, pertemuan dengan orang penting, dan perbicaraan di mahkamah. Pertuturan tidak formal dari segi penggunaan istilah tersebut dalam hubungan dengan kita berlaku dalam keadaan sosial yang bersahaja, selesa dengan pertuturan yang spontan, cepat dan tidak bertapis oleh penutur. Keadaan sosial dengan gaya pertuturan ini termasuklah perbualan dengan kawan rapat dan interaksi dalam persekitaran keluarga atau dalam keadaan selesa yang serupa. Sesetengah penutur bahasa Melayu, terutamanya penutur berpendidikan dengan gaya tersendiri, selalunya menyamakan gaya bahasa formal dengan apa yang disebut sebagai bahasa standard: gaya tidak formal, jika dibincangkan pun, dikatakan sebagai satu bentuk pertuturan tidak kemas atau malah sebagai slanga, terutamanya dalam kelas bahasa di sekolah-sekolah kerajaan. Tetapi jika dikaji dengan lebih mendalam lagi tentang perincian sebenar bahasa tidak formal, ternyata bahawa gaya tidak formal, jauh daripada sekadar bentuk bahasa yang tidak kemas, dikawal oleh rumus yang benar-benar tepat, logik dan rapi seperti rumus yang mengawal bahasa formal.

6.3 DIALEK 1. Memang amat sukar untuk mentakrifkan secara tepat apakah yang dimaksudkan dengan dialek, dan sebenarnya istilah ini telah digunakan sejak beberapa lama dalam pelbagai cara. Contoh klasik dialek ialah dialek kawasan: iaitu bentuk bahasa yang berbeza yang dituturkan dalam
4

kawasan geografi yang tertentu. Contohnya, kita mungkin bercakap tentang dialek Ozark atau dialek Appalachian, berdasarkan alasan bahawa penduduk kawasan ini mempunyai ciri linguistik yang berbeza, yang membezakan mereka daripada penutur bentuk bahasa Inggeris yang lain. Kita juga dapat bercakap tentang dialek sosial: iaitu bentuk bahasa yang berbeza yang dituturkan oleh anggota kelas ekonomi yang tertentu, seperti dialek kelas pekerja di England atau bahasa ghetto (kawasan perumahan sesak) di Amerika Syarikat. Tambahan pula, dialek etnik yang tertentu dapat dibezakan, misalnya bentuk bahasa Inggeris yang kadang-kadang dirujuk sebagai bahasa Inggeris Yiddish, yang dari segi sejarah dikaitkan dengan penutur keturunan Yahudi Eropah Timur.

Adalah penting diambil perhatian bahawa dialek sebenarnya tidak semata-mata bersifat kawasan, atau semata-mata bersifat sosial, atau semata-mata etnik. Contohnya, dialek Ozark dan Appalachian yang mempunyai ciri yang tersendiri bukanlah merupakan dialek yang hanya dituturkan oleh mana-mana penduduk tersebut. Seperti yang akan kita lihat, faktor kawasan, sosial, dan etnik bergabung dan bersilang dalam pelbagai cara dalam pengenalpastian dialek.

Dalam penggunaan yang lazim, istilah dialek bermaksud bentuk bagi suatu bahasa yang dianggap sebagai substandard, tidak betul, atau tidak asli, berbanding dengan bentuk standard, betul, atau tulen. Perbezaan yang sangat jelas ialah bahawa istilah dialek, sebagai istilah teknikal, tidak mempunyai sebarang pertimbangan nilai dan hanya dimaksudkan pada satu bentuk bahasa yang berbeza.

Sungguhpun begitu, dialek selalunya dikatakan bersifat kawasan, sosial, atau etnik, ahli bahasa juga menggunakan istilah dialek untuk maksud variasi bahasa yang tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kawasan geografi, kelas sosial, atau kumpulan etnik. Tetapi, penggunaan istilah dialek ini hanya menandakan bahawa penutur menunjukkan sedikit kelainan dalam cara mereka menggunakan unsur bahasa tersebut. Contohnya, sesetengah penutur bahasa Inggeris betul-betul selesa menggunakan kata anymore dalam ayat seperti yang berikut:

2. Tools are expensive anymore. Di sini, secara kasarnya anymore sama maksudnya dengan nowadays atau lately. Penutur bahasa Inggeris yang lain dapat menggunakan anymore hanya jika terdapat unsur nafi seperti not, dalam ayat tersebut.

3. Tools are not cheap anymore. Setakat yang kita katakan, perbezaan antara penutur ini tidak dapat dikaitkan dengan kawasan tertentu negeri tersebut atau dengan kelas sosial atau kumpulan etnik tertentu.

Variasi bahasa tidak semata-mata berhubung kait dengan dialek. Setiap dialek yang diketahui itu sendiri tertakluk pada banyak kelainan dalaman: yakni tidak ada dua penutur dalam sesuatu bahasa, walaupun jika mereka merupakan penutur dialek yang sama, menghasilkan dan menggunakan bahasa mereka dengan cara yang betul-betul sama. Kita dapat mengecam individu yang berbeza melalui pola bahasa dan pertuturan yang berbeza; dan sesungguhnya bahasa seseorang itu merupakan ciri penting identiti kendiri. Bentuk bahasa yang dituturkan oleh seseorang individu diistilahkan sebagai idiolek, dan setiap penutur sesuatu bahasa mempunyai idiolek yang berbeza.

Apabila kita sedar bahawa kelainan dalam bahasa bersifat mudah merebak (pervasive), akan ketara bahawa tidak ada apa yang disebut sebagai satu bahasa tunggal yang digunakan pada sepanjang oleh semua penutur.

6.3.1 Kefahaman Menyaling Berdasarkan kehadiran kelainan dialek dan idiolek, apakah yang membolehkan yang merujuk sesuatu yang disebut bahasa Melayu, seolah-olah ia merupakan satu bahasa yang tunggal dan teguh? Jawapan yang standard kepada soalan ini bersandar pada tanggapan kefahaman menyaling. yakni, walaupun penutur asli Melayu berbeza dari segi penggunaan bahasanya, bahasanya yang berbagai-bagai itu mempunyai persamaan yang memadai dari segi sebutan, kosa kata, dan tatabahasa untuk membolehkan pemahaman menyaling. Orang Kelantan, Terengganu, dan Kedah dapat mengecam perbezaan dalam bahasa satu sama lain, tetapi mereka dapat memahami satu sama lain dan mereka mengecam satu sama lain kerana bercakap bahasa yang sama. Dengan itu, bercakap bahasa yaang sama tidak bergantung pada dua penutur yang bertutur dalam bahasa yang seiras, tetapi hanya sekadar bahasa yang amat serupa. Melalui perbandingan, memang menarik diperhatikan kes-kes yang mungkin boleh disebut sebagai kefahaman sehala, yang melibatkan penutur yang bahasanya berbeza tetapi berhubungan dari segi sejarah. Contohnya, penutur bahasa Melayu yang tidak tahu bertutur dalam bahasa Indonesia selalunya dapat memahami bentuk bahasa Indonesia yang dituturkan di negara yang berjiran.

6.3.2 Pembetulan Berlebihan Dalam hubungan dengan sebutan ng di Terengganu, adalah menarik untuk diperhatikan bahawa sesetengah penutur Terengganu memasukkan ng dalam kata yang sebenarnya n tidak hadir dalam ejaannya. Contoh: perkataan makan disebut makang; perkataan ikan disebut ikang.

Nampaknya penutur yang menggugurkan n dalam sesetengah kata dan posisi akan memasukkan ng dalam kata dan posisi lain. Kadang-kadang difikirkan bahawa punca fenomena ini ialah pembetulan berlebihan yakni penutur yang telah diyakinkan bahawa tidak betul untuk menggunakan n akan membuat pembetulan yang berlebihan bagi sebutan ini dengan memasukkan bunyi di tempat yang bunyi ini tidak sebenarnya hadir dalam ejaan. Walau bagaimanapun, bagi penutur yang tertentu, dengan memasukkan ng hanya akan melibatkan pembetulan berlebihan. Kerana, penutur tersebut yang memasukkan ng juga tidak selalunya menyebut kata seperti barang dengan ng akhir; pemasukan ng dalam kata seperti itu berlaku hanya apabila kata yang berikutnya bermula dengan vokal. Kajian Labov menggambarkan selalunya perbezaan mutlak dan mudah antara satu dialek dengan dialek yang lain tidak wujud: kita tidak dapat dengan mudah mengatakan bahawa dialek Terengganu adalah tanpa n. Tetapi, sebutan ng dalam dialek tersebut berubah-ubah, dan kelainan ini nampaknya berhubung kait kedua-duanya dengan faktor sosial dan dengan konteks biasa dan konteks yang berhati-hati. Ini bermakna bahawa, tidak ada bahasa yang tidak berubahubah atau tetap, maka tidak ada dialek sesuatu bahasa yang tidak berubah-ubah atau tetap. Bahasa seseorang penutur individu tidak dapat dikatakan tidak berubah-ubah: kerana seorang individu Terengganu juga menunjukkan kelainan dalam penyebutan ng/ n.

6.4 BAHASA PASAR Bahasa pasar dalam istilah linguistic bermaksud tiada sesuatu bahasa yang dapat dianggap lebih betul, lebih baik, atau lebih logik daripada mana-mana bahasa standard. Semua dialek merupakan bentuk bahasa yang sama-sama berkesan, kerana semua idea yang dapat dinyatakan dalam satu dialek akan turut dinyatakan dalam mana-mana dialek lain dengan cara yang sama. Tanggapan bahawa bahasa dari Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan satu bentuk bahasa yang betul dibuat berasaskan sikap sosial. Di Malaysia, bahasa yang dikatakan standard mungkin dikaitkan secara meluas dengan kelas pertengahan orang Melayu yang berpendidikan. Contohnya, rasa hormat terhadap bahasa standard dalam upacara rasmi di sekolah-sekolah kita lebih baik dalam negara Malaysia yang menganggap sistem nilai kelas pertengahan orang Melayu sebagai sistem nilai yang betul dan terbaik.

Sebenarnya, pelabelan satu dialek yang tertentu sebagai standard dan yang lain sebagai lebih rendah membayangkan suatu pertimbangan sosiopolitik., bukan pertimbangan linguistik. Dalam negara di seluruh dunia, bahasa kebangsaan standard ialah dialek subbudaya yang paling berpengaruh dari segi kuasa dan mempunyai prestij yang paling tinggi.

Satu contoh dialek sosial yang terkenal yang telah dilabelkan sebagai bahasa pasar ialah bahasa Melayu orang Cina. Dari satu segi yang tertentu, istilah bahasa pasar / bahasa Melayu orang Cina mengelirukan kerana dengan istilah tersebut, bermakna semua orang Cina di Malaysia bertutur dalam bahasa Melayu yang tidak tepat. Ini adalah konsep yang tidak benar.

6.5 Variasi Bahasa Lain Variasi bahasa dari segi dialek dan gaya bahasa Bahasa Melayu telah diteliti. Kini, kita akan meneliti contoh tambahan yang tertentu tentang variasi bahasa yang menarik dalam bidang linguistik. Tumpuan akan diberikan kepada sebilangan kecil contoh terpilih untuk memberikan tanggapan asas tentang beberapa cara yang penting yang membezakan bentuk bahasa.

6.5.1 Lingua franca, Pijin dan Kreol Setiap kelompok orang yang bercakap bahasa yang berbeza selalunya bertemu atas pelbagai alasan, dalam sesuatu hubungan sosial. Kebiasaannya, apabila ini berlaku, satu bahasa bersama perlu dicari untuk sebagai bahasa perantaraan komunikasi. Kadang-kadang, atas persetujuan bersama, satu bahasa (tidak semestinya bahasa asli seseorang yang hadir) yang diketahui oleh semua peserta dalam komunikasi tersebut digunakan. Bahasa yang digunakan dalam situasi seperti ini dikenali sebagai lingua franca. Istilah lingua franca terbit daripada bahasa perdagangan dengan nama tersebut yang digunakan di pelabuhan Mediterranean dalam zaman pertengahan. Ia terdiri daripada bahasa Itali dengan unsur bahasa Perncis, baahasa Sepanyol, bahasa Yunani, dan bahasa Arab. Sehingga abad kelapan belas, sarjana Eropah menggunakan bahasa Latin sebagai lingua franca bahasa bersama bagi karya tentang sains dan subjek kesarjanaan yang lain. Dalam dunia sezaman, bahasa Inggeris menjadi lingua franca dalam pelbagai situasi sosial dan politik apabila orang memerlukan bahasa bersama. Contohnya, bahasa Inggeris telah menjadi lingua franca bagi jurnal saintifik antarabangsa dan pertemuan saintifik antarabangsa. Atas persetujuan bersama, bahasa Inggeris telah menjadi lingua franca yang digunakan dalam pembentangan hasil kajian saintifik. Dari segi sejarah, satu lagi situasi selalu timbul apabila orang bertembung, tetapi tidak berkongsi bahasa bersama: yakni apabila satu kelompok menjadi kelompok yang dominan dari segi politik dan ekonomi ke atas kelompok yang satu lagi. Ini merupakan situasi yang biasa dalam zaman penjajahan, apabila kelompok yang dominan ingin berdagang dengan, atau menjajah, kelompok bawahan dalam situasi seperti ini, bahasa pijin berkembang, dengan mempunyai sifat penting yang berikut: 1. Pijin tidak mempunyai penutur asli tetapi digunakan sebagai bahasa perantaraan komunikasi antara orang yang merupakan penutur asli bahasa lain. 2. Pijin diasaskan pada ciri linguistik satu atau lebih bahasa lain dan merupakan bahasa yang dipermudah, dengan kosa kata dan struktur tatabahasa yang dikurangkan.
8

Bahasa pijin kadang-kadang disebut sebagai bahasa pertembungan (membayangkan hakikat bahawa bahasa seperti ini selalunya timbul apabila kelompok sosial bertembung) atau bahasa pinggiran ( membayangkan tatabahasa dan kosa kata yang dikurangkan dalam bahasa pijin ). Sungguhpun belum ada padanan kata Inggeris, kata demi kata bagi pijin, dicadangkan untuk menggunakan terjemahan Inggeris sebagai asas bagi memisahkan kata-kata pijin. Memang menarik melihat cara satu bahasa pijin bahasa yang kosa kata dan strukturnya dikurangkan dapat digunakan sebagai wahana bagi pemikiran yang serius. Pijin tertentu menjadi begitu mantap penggunaannya. Satu kes yang paling terkenal ialah Tok Pisin, pijin yang digunakan secara melus di Papua New Guinea. Tok Pisin mempunyai sistem tulisan, sastera, dan program radio. Pijin pada umumnya digunakan oleh penutur asli bahasa lain sebagai bahasa perantaraan komunikasi. Dalam keadaan tertentu, kanak-kanak mungkin mempelajari pijin sebagai bahasa pertamanya. Apabila pijin mempunyai penutur asli yang menggunakannya sebagai bahasa utama, bahasa ini diistilahkan sebagai bahasa kreol. Bahasa kreol dikatakan berkembang dalam situasi apabila orang dewasa dalam sesuatu komuniti bercakap dalam bahasa asli yang tidak saling difahami dan perlu bergantung pada pijin untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Apabila kanak-kanak perlu menguasai pijin, mereka menggunakannya dalam kalangan rakan sepermainan dan kanak-kanak lain dalam kelompok sebaya mereka.

Apabila pijin menjadi kreol, yakni apabila pijin telah digunakan sebagai bahasa utama sesuatu kelompok penutur- pijin melalui banyak peluasan kosa kata dan tatabahasanya dan mula memperoleh rumus yang sebanding dari segi sifatnya dan kekompleksannya dengan rumus mana-mana bahasa manusia lain. Ringkasnya, dapatlah dikatakan bahawa ciri tatabahasa muncul sebagai kreol yang terbit daripada pijin.

6.5.2 Jargon dan Slanga Dalam hampir setiap profesion yang diiktiraf, kosa kata khusus berkembang untuk memenuhi keperluan khusus profesion berkenaan. Kosa kata khusus atau teknikal ini dikenali sebagai jargon. Satu contoh yang diketahui umum ialah pakar perubatan dan para profesional kesihatan menggunakan jargon perubatan, peguam menggunakan jargon perundangan dan ahli bahasa menggunakan jargon linguistik. Jargon tidak terhad pada kelompok profesional, tetapi wujud dalam apa yang dapat diistilahkan sebagai kelompok minat khusus. Contohnya, peminat sukan, pencinta seni, penggemar kereta tempahan khas; yang semuanya memanfaatkan jargon teknikal yang secara khusus bersesuaian dengan minat khusus kelompok tersebut. Jargon dunia penjenayahan selalunya dirujuk sebagai bahasa rahsia / sulit (argot).
9

Slanga dikatakan sebagai sesuatu yang dapat dikenali oleh semua orang tetapi tidak seorang pun yang dapat mentakrifkannya. Penutur menunjukkan daya kreatif yang sangat tinggi dalam penggunaan slanga, dan selalunya slanga merupakan sumber jenaka yang banyak. Terdapat beberapa ciri yang menonjol bagi bentuk bahasa ini: Slanga merupakan sebahagian daripada gaya biasa dan tidak formal penggunaan bahasa. Selain itu, pada kebiasaannya, istilah slanga membawa konotasi negatif: yakni slanga selalunya ditnggap sebagai satu bentuk bahasa yang rendah atau kesat dan dianggap tidak kena pada tempatnya dalam gaya bahasa yang formal. Slanga, seperti fesyen pakaian dan muzik yang popular, berubah dengan agak cepat juga. Istilah slanga dapat memasuki sesuatu bahasa dengan cepat, kemudian tidak digunakan lagi dalam masa beberapa tahun, malah dalam masa beberapa bulan. Kadar bertukar ganti ini lebih besar daripada bidang lain bagi kosa kata sesuatu bahasa. Bidang tertentu slanga selalunya dikaitkan dengan kelompok sosial yang tertentu, dan dengan itu seseorang dapat menuturkan slanga remaja, slanga kelompok penjenayahan, slanga budaya dadah, dan seterusnya. Dalam hal ini, slanga ialah sejenis jargon, dan penggunaannya menjadi tanda keanggotaan dan perpaduan dalam kelompok sosial yang berkenaan. Sekiranya seseorang menggunakan slanga yng ketinggalan zaman, atau menggunakan slanga semasa secara yang tidak sesuai, ia dianggap sangat ketinggalan zaman dan tidak dianggap sebagai kelompok dalam.

Slanga kadang-kadang dirujuk sebagai vernakular, dan sesetengah bentuk slanga tergolong dalam apa yang diistilahkan sebagai ragam basahan, yang merujuk gaya perbualan tidak formal bagi sesuatu bahasa. Kosa kata slanga selalunya terdiri daripada kosa kata biasa yang digunakan dengan cara yang tertentu. Contohnya, kata cun dan jambu merupakan butiran kosa kata biasa dalam bahasa Melayu, tetapi dalam slanga kata-kata ini kurang enak digunakan dalam gaya formal.

6.5.3 Pertukaran Kod dan Peminjaman Istilah pertukaran kod bermaksud satu situasi yang berlaku apabila penutur menggunakan campuran variasi bahasa yang berbeza sewaktu sesuatu perbincangan berlangsung. Ini berlaku secara yang agak umum dalam pertuturan sehari-hari dalam hubungan dengan paras gaya, seperti, apabila penutur mencampurkan gaya forml dengan gaya tidak formal. Contohnya: I will go later, you nak pergi tak? Penutur yang berkenaan mencampurkan gaya untuk mendapatkan kesan retorik yang tertentu: yakni dengan mengatur seiringan gaya pemidatoan formal dengan gaya bahasa basahan yang tidak formal akan menambah penekanan pada kedudukan formal. Penggunaan gaya tidak formal
10

dalam konteks ini dibuat oleh penutur dengan tujuan untuk meningkatkan lagi perasan perpaduan dengan khalayak. Pertukaran kod kerap boleh berlaku dalam satu ayat tunggal (dan pada beberapa tempat dalam ayat). Antara kes yang paling menarik berhubung dengan jenis pertukaran kod ialah jenis yang apabila penutur mencmpurkan bahasa yang berbeza (yang tidak saling difahami), satu situasi yang selalu timbul dalam kawasan dwibahasa dan berbilang bahasa. Contohnya: I full, baru lepas makan. You nak makan apa? Dalam kes pertukaran kod, penutur sebenarnya menggunakan dua variasi bahasa yang berbeza pada masa yang sama. Kita dapat membandingkan situasi ini dengan peminjaman. Apabila penutur sesuatu bahasa meminjam kata daripada bahasa yang lain, kata asing akan digunakan sebagai butiran kosa kata biasa. Contohnya: Apabila penutur bahasa Inggeris mengatakan, They have a great deal of savoir-faire, kita dapat mengecam bahawa istilah savoir-faire asalnya merupakan kata pinjaman daripada bahasa Perancis, tetapi telah digunakan sebagai butiran kosa kata dalam bahasa Inggeris.

PENUTUP

Dalam bab ini, kita telah meliputi beberapa aspek variasi dalam bahasa. Variasi bahasa memaparkan sifat bahasa manusia , iaitu satu sistem kuasaan rumus yang dalamnya banyak memberikan ruang untuk kefleksibelan dan daya kreatif. Variasi bahasa merupakan sesuatu yang neutral dari segi linguistik, dan tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa dialek bukan standard sendiri lebih lemah daripada apa yang disebut sebagai bahasa standard atau bahawa dialek standard adalah lebih kuat. Variasi dalam bahasa tidak secara logik menyimpulkan sebarang keunggulan atau kekurangan dalam bahasa. Seseorang tidak sepatutnya mengandaikan bahawa yang berbeza adalah yang lebih baik atau bahawa yang berbeza adalah yang kurang baik. Sebaliknya, masalah terletak pada sikap komuniti bahasa terhadap penutur bentuk ini. Komuniti pada keseluruhannya meletakkan pelbagai bentuk bahasa dari segi sosial, yang dengan itu mengangkat kedudukan sesetengah penutur dan mengecap yang lain ke tahap pendengar membuat penilaian. Penilaian dibuat tentang latar belakang dan kemampuan penutur berasaskan pemilihan dan penyebutan beberapa kata. Dialek mudah wujud merupakan akibat semula jadi manusia menggunakan bahasa yang kreatif. Desakan variasi dan perubahan dalam bahasa berlaku begitu rupa sehingga perbezaan dalam sesuatu bahasa akhirnya akan membawa kepada pembentukan bahasa yang berbeza. Daa

11

LATIHAN

1. Jika anda memahami dialek kawasan, sosial, atau etnik, senaraikan sebanyak ciri yang anda tahu yang membezkan dialek ini daripada apa yang dikatakan bahasa standard. Apakah perbezaan-perbezaan penting dari segi sebutan, kata-kata dalam kosa katanya, dan sintaksis? 2. Bagaimana anda mengungkapkan setiap satu ayat berikut dalam bahasa Melayu formal? Adakah ayat tidak formal ini mengungkapkan sebarang perasaan atau tanggapan yang tidak diungkapkan dalam gaya formal?
a. b. c. d. Apa, dah tak ada? Bos bagi naik pangkat? (Mengarutlah) Apa, Johan dapat kerja? (Peluang terakhir) Dia beli Benz? ( Sebuah basikal pun dia tak mampu beli)

3. Dalam gaya tidak formal, agak umum bagi kita untuk mendengar ayat-ayat seperti yang berikut: Ada tiga kereta dalam garaj. Ada banyak masalah dengan kereta ini. Ada banyak cara untuk membuat perkara ini. Bagaimanakah ini diungkapkan dalam bahasa Melayu formal, dan bagaimanakah gaya formal berbeza daripada gaya tidak formal dalam hubungan dengan penggunaan ada'. 4. Juruhebah sukan melalui TV dan radio menggunakan gaya bahasa Inggeris yang berwarnawarni/ menarik dan unik. Dengarlah pelbagai siaran sukan, dengan memberikan perhatian pada bahasanya, dan cuba cirikan setepat mungkin cara bahasa ini berbeza daripada gaya formal atau bahasa standard.

RUMUSAN
1. Variasi bahasa bermaksud bahasa. bentuk bahasa yang tidak seragam atau berbeza-beza

2. Gaya bahasa adalah penggunaan bahasa yang berbeza antara satu kelompok dengan satu kelompok, dan antara penutur dengan satu penutur, dari segi sebutan sesuatu bahasa, pilihan kata dan makna kata-kata tersebut. 3. Dialek bermaksud bentuk bagi suatu bahasa yang dianggap sebagai substandard, tidak betul, berbanding dengan bentuk standard, aatau betul. 4. Gaya bahasa formal berlaku dalam konteks sosial yang bersifat formal, serius, selalunya rasmi dari segi sosial.

12

5. Bahasa pijin mempunyai kosa kata yang terhad dan dari segi ciri tatabahasa, bahasa pijin ini biasanya kurang morfem fleksinya. 6. Bahasa kreol adalah apabila pijin mempunyai penutur asli yang menggunakannya sebagai bahasa utama. 7. Slanga merupakan sebahagian daripada gaya biasa dan tidak formal bahasa. Pada kebiasaannya, istilah slanga membawa konotasi negatif. penggunaan

8. Pertukaran kod bermaksud situasi apabila penutur menggunakan campuran variasi bahasa yang berbeza sewaktu sesuatu perbincangan berlangsung.

13

RUJUKAN Bickerton, D.1975. The dynamics of a creole system.Cambridge University Press. Crowley, T., dan B.Rigsby 1979. Cape Yoke creole. Dalam Shopen 1979. Giglioli,P.O., ed. 1972.Language and social context.Baltimore, Md.: Penguin Books Hudson,R.A. 1980. Sociolinguitics. Cambriidge: Cambridge University Press. Hymes,D.H.,ed 1971. Pidginization and creolization of language. Cambridge: Cambridge University Press. Labov, W. 1972. The social stratification of in New York City department stores. Dalam sociolinguistic patterns.Philadelphia: University of Pennsylvania Press. Lakoff,R. 1973 Language and womans place . Language in Society 2, 45 79. Naro,A. 1979. Review of valdman 1977. Language 55. 886 893. Pride,J.B. dan J. Holmes,ed.1972. Sociolinguistics. Middlesex, England: Penguin Books. Shopen,T., ed. 1979. Languages aand their status. Cambridge, Mass: Winthrop blishers. Valdman, A.,ed. 1977.Pidgin and creole linguistics. Bloomington, Ind.: Indiana University Press.

14

You might also like