3
BAB 2
Selamat Hari Jadi Emak! Ucapan yang sering aku berikankepada emak setiap kali tiba hari lahirnya. Biarpun kadang kalaaku terlewat sehari. Aku menghulurkan beberapa kuntum bunga yangaku petik di laman rumah. Aku tahu emak pasti bising keranabunga yang aku petik itu adalah bunga kesayangannya yang ditanamsendiri. Tetapi apa boleh buat, kerana akulah satu-satunya anaklelaki tunggal mereka yang cukup nakal. Ketika itu aku berusia10 tahun, Kakak aku yang tua dua tahun dariku dan adik perempuanyang muda 5 tahun dariku juga sering menjadi mangsa usikanku.Aku pernah bertanya pada ayah, bagaimana aku bolehmengingati hari lahir emak setiap tahun kerana aku ini mudahsaja lupa hal-hal yang berkaitan dengan tarikh? Kadang-kala,hari lahir sendiri pun aku lupa. Lalu, ayah pun berceritalahpada aku tentang salah satu sejarah negara. Waktu itu,kawansekolahku, Tan Hong Ming dan Selva juga turut mendengar ceritaayah. Kata ayah, pada tarikh yang sama, 15 tahun lalu, pernahterjadi satu peristiwa hitam di negara ini. Peristiwa itudpanggil Peristiwa Berdarah 13 Mei.Pergaduhan yang tercetus yang mlibatkan parang dan pedangpanjang sebagai senjata antara kaum telah meragut puluhan nyawa.Rusuhan yang melibatkan kaum Cina dan Melayu itu telahmenyebabkan Malaysia diisyhtiharkan darurat untuk suatu jangkamasa atas tujuan keselamatan. Menurut ayah, punca rusuhantersebut bermula apabila Parti Perikatan kalah dalam pilihanraya. Pihak pembangkang mula membuat perarakan untuk meraikankemenangan mereka. Perarakan itu hingga ke Jalan Campbell danJalan Hale menuju ke Kampung Baru. Ketika itu, hampir tiga puluhribu penduduk di Kampung baru adalah Melayu.
Leave a Comment
Assigment novel ni......bikin gempak....walaupun presentation yang dibuat hanya saya dan eric baby sahaja berbanding kumpulan yg lain seramai 5 orang.............kami dapat highers mark.........congrate sayang!!!!