You are on page 1of 45

1.

0 PENGENALAN Kemahiran merupakan kebolehan semula jadi yang diperolehi oleh manusia yang menjadikan ianya pintar, pandai dan cekap dalam melakukan sesuatu. Tahap penguasaan kemahiran bergantung kepada sejauh mana seseorang itu melatih dirinya sehingga ke tahap maksimum. Berbahasa pula ialah berasal daripada kata akar bahasa yang bermaksud system yang teratur berupa lambang lambang bunyi yang digunakan untuk mengekspresikan sesuatu perasaan dan fikiran bahasa tersebut. Kemahiran berbahasa merupakan satu cabang ilmu dalam skop bahasa yang meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berbahasa ini merupakan teras kepada individu yang ingin menguasai bahasa baku. Penguasaan kesemua kemahiran ini amat penting dalam proses pengajaran dan pempelajaran supaya berjalan dengan lancar dan berkesan. Guru perlu kreatif dalam menarik perhatian murid murid agar ilmu yang disampaikan berkesan. Kemahiran berbahasa terbahagi kepada dua iaitu kemahiran bukan lisan seperti membaca dan menulis dan kemahiran lisan melibatkan dua kompenon asas seperti mendengar dan bertutur.

1.1 KONSEP DAN JENIS KEMAHIRAN BAHASA Kemahiran berbahasa merujuk kepada kepandaian atau kebolehan seseorang berbahasa. Kemahiran berbahasa juga meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Konsep kemahiran berbahasa ini ialah keupayaan seseorang atau beberapa orang berkomunikasi atau berinteraksi bagi menyampaikan idea, pandangan, mahupun pendapat dalam percakapan dan pertuturan.

Kemahiran Bahasa

Kemahiran Lisan

Kemahiran Membaca

Kemahiran Menulis

Mendengar

Bertutur

Rajah 1 : Kemahiran Bahasa

Jadual di atas menunjukkan jenis-jenis kemahiran bahasa. Kemahiran bahasa terdiri daripada beberapa jenis kemahiran lain iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Ketiga-tiga kemahiran ini adalah sangat penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu sekolah rendah di mana ia merupakan tempat terawal bagi kanak-kanak untuk menguasai kemahiran-kemahiran ini. 1.1.1 Kemahiran Lisan (Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur) Kemahiran lisan melibatkan dua komponen lain yang sama penting iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran mendengar ialah kemahiran yang melibatkan aktiviti penerimaan mesej atau maklumat dan kemahiran bertutur pula merupakan kemahiran yang melibatkan aktiviti penghasilan maklumat.

Kesimpulannya, jika seseorang itu boleh memahami dan memproses maklumat yang didengari serta boleh pula bertutur dengan lancar, pastinya dia dapat

mengembangkan daya pemikiran dan pengertiannya terhadap sesuatu perkara atau situasi yang dialaminya ketika itu.

Kemahiran Mendengar Kemahiran Lisan Kemahiran Bertutur

Rajah 2 : Kemahiran Lisan

i. Definisi Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar ditakrifkan sebagai satu proses yang melibatkan dua peringkat kemahiran iaitu menerima dan membezakan bunyi dan memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa dan ayat. Pemahaman tentang bunyi bahasa itu bergantung kepada pengetahuan, pengalaman budaya dan sikap pendengar. Untuk memahami bahasa, seseorang itu perlu mempunyai tiga unsur iaitu pengatahuan sedia ada pada pendengar, pengetahuan tentang situasi berlaku pertuturan yang didengar dan pengetahuan tentang sistem bahasa.

menerima bunyi

pengalaman sendiri
Definisi Kemahiran Mendengar

membezakan bunyi

pengetahuan sedia ada

memahami bahasa

memahami bunyi bahasa

Rajah 3 : Definisi Kemahiran Mendengar


ii. Konsep Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar adalah proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan maklumat, manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan menghasilkan penghasilan maklumat. Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik sangat penting dalam kehidupan seharian. Ini bermakna, seseorang pendengar yang baik dapat memahami dan memproses maklumat yang didengarnya dalam sesuatu interaksi. Begitu juga seorang penutur yang baik dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan berkesan dalam interaksi itu.

KONSEP KEMAHIRAN MENDENGAR

gabungan bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingat

berlaku melalui latihan khas secara berperingkat

dipengaruhi aspek fizikal, psikologi dan neurologi

berpusatkan idea utama hujah dan bukti serta estetika

Rajah 4 : Konsep Kemahiran Mendengar Peringkat Kemahiran Mendengar Aras Rendah Tinggi

-Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci. -Mengenal maklumat khusus. -Mengesan urutan. -Mengenal sebab dan akibat. -Mengenal perhubungan orang- orang yang berinteraksi. -Mengenal sikap dan perasaan orang . -Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci. -Mengenal maklumat khusus. -Mengesan urutan. -Mengenal sebab dan akibat. -Mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraksi.

-Mengenal isi-isi penting. -Mengenal peranan dan perhubungan yang bercakap. -Mentafsirkan maksud orang yang bercakap. -Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi. -Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar.

Rajah 5 : Peringkat Kemahiran Mendengar

Mengenal dan mengecam

Mengenal dan mengecam Mengecam sebutan baku Menerangkan sebab sesuatu perkara Mencari makna perkataan

Membuat inferens

Aktiviti

Menganalisis maklumat

Membuat rumusan

Memberi pandangan

Membuat penilaian

Memberi pandangan atau pendapat

Rajah 6 : Aktiviti Kemahiran Mendengar

mendapat idea mengesan pengaruh penutur mencari isi penting

mengenal mood, suasana konteks

Tujuan Mendengar

melakukan arahan

mentafsir makna tersirat mengenal isi tersirat

mengenal pasti hubung kait

Rajah 7 : Tujuan Mendengar

iii. Definisi Kemahiran Bertutur

Kemahiran bertutur pula boleh ditakrif kan sebagai satu proses komunikasi yang kompleks yang melibatkan proses mental yang merangsang alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna. Bagi menguatkan maksud pertuturan, seseorang perlu menggunakan unsur linguistik seperti intonasi, nada, tekanan, sebutan dan jeda yang sesuai. Bertutur merupakan satu cara berkomunikasi yang paling tua, paling mudah dan murah serta cepat untuk dipelajari. Lazimnya kedua-dua kemahiran mendengar dan bertutur ini saling memerlukan. Jika salah satunya tidak dapat dikuasai seperti kecacatan alat

proses komunikasi yang melibatkan proses mental

merangsang alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna

cara berkomunikasi paling mudah dan cepat dipelajari

Rajah 8 : Definisi Kemahiran Bertutur

iv. Konsep Kemahiran Bertutur

Pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. Pertuturan juga berlaku setelah penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa-apa yang didengarnya. Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan otaknya. Aspek fizikal, kesihatan, kecerdasan otak, persekitaran, jantina dan tahap sosioekonomi boleh

mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak. Kemahiran bertutur yang baik

boleh dikuasai dengan memberi perhatian kepada akpek fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan aspek bunyi yang lain. Kemahiran bertutur juga menekankan aspek-aspek sebutan, tekanan, mora (panjang-pendek), jeda (persendian), intonasi, nada, tatabahasa, kelancaran, kefasihan dan laras bahasa yang sesuai. Kemahiran bertutur juga membolehkan seseorang individu atau murid menyebut dengan jelas, menyampaikan pendapat peribadi, melaporkan

peristiwa, menunjuk arah, bertemu-ramah, bertukar pendapat dan membina soalan untuk mencari maklumat.

KONSEP KEMAHIRAN BERTUTUR

gabungan bunyi yang dilafazkan

berlaku di peringkat penglahiran

penguasaan dari aspek fonologi, struktur dan intonasi

belajar bertutur melalui pengalaman

Rajah 9 : Konsep Kemahiran Bertutur

berupaya menyebut perkataan dan ayat dengan betul

menyatakan perasaan, pengalaman, pendapat, pandangan dengan berkesan

penguasaan dari aspek fonologi, struktur dan intonasi

bertutur dengan ayat yang tersusun dengan menggunakan perkataan dan perbendaraan yang sesuai

Rajah 10 : Tujuan Kemahiran Bertutur

latih tubi sebutan mengenal pasti idea

nyanyian

Aktiviti Kemahiran Bertutur

interaksi sosial

latihan pandang sebut

memproses maklumat

karangan lisan

Rajah 11 : Aktiviti Kemahiran Bertutur

1.1.2

Kemahiran Membaca i. Definisi Kemahiran Membaca Membaca boleh diertikan sebagai satu perlakuan mendapatkan maklumat melalui lambang-lambang bertulis atau bercetak. Aktiviti membaca melibatkan dua proses iaitu menterjemah lambang bertulis atau bercetak kepada bunyi bahasa dan mendapatkan maklumat atau makna daripada bunyi-bunyi yang disuarakan. Membaca juga melibatkan proses mekanis dan mental. Untuk menjadi pembaca yang efektif, seseorang itu perlu dapat menyebut perkataan dengan betul dan lancar serta mengetahui makna perkataan yang dibaca. Walau bagaimanapun, dalam proses membaca, aspek penyebutan kurang penting berbanding dengan keupayaan berfikir, merasai dan

membayangkan serta memahami apa yang dibaca. Melalui proses tersebut, pembaca dapat memahami isi maklumat, penerangan atau mesej yang hendak disampaikan.

perlakuan mendapatkan maklumat melalui lambanglambang bertulis atau bercetak

menterjemah lambang bertulis atau bercetak kepada bunyi bahasa

melibatkan proses mekanis dan mental

menyebut perkataan dengan betul dan lancar serta mengetahui makna perkataan

dapat memahami isi maklumat, penerangan atau mesej yang hendak disampaikan

Rajah 12 : Definisi Kemahiran Membaca i. Konsep Kemahiran Membaca Konsep kemahiran membaca, bermakna seseorang itu dapat memahami apa yang dibaca. Membaca dan memahami itu saling memerlukan dan untuk mengajar kedua-duanya perlulah mengikut peringkat-peringkat supaya

penguasaannya dapat berkembang dengan baik. Ianya perlu diajar daripada yang mudah kepada yang sukar. Akhirnya, murid dapat membaca secara senyap dan memahami apa yang dibaca. Dalam konteks ini bahan bacaan perlu dipelbagai dan diajar dengan menggunakan strategi, kaedah, pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan. Kemahiran membaca dan memahami ini diajar kepada murid supaya mereka dapat bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Daripada kemahiran ini, mereka dapat memperluaskan ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam bahan tulisan. Bacaan juga terbahagi kepada empat jenis iaitu bacaan mekanis, membaca secara bersuara, bacaan mentalis iaitu membaca secara dalam hati. Seterusnya bacaan intensif iaitu bacaan secara mendalam bagi tujuan memperkembangkan kebolehan meneliti, memahami dan mentafsir dan bacaan ekstensif iaitu bacaan secara meluas iaitu bacaan yang dilaksanakan di luar bilik darjah.

memahami apa yang dibaca

bacaan mekanis, bacaan mentalis, bacaan intensif, bacaan ekstensif

perlu diajar daripada yang mudah kepada yang sukar

memperluaskan ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam bahan tulisan

bahan bacaan perlu dipelbagai

bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan

strategi, kaedah, pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan

Rajah 13 : Konsep Kemahiran Membaca

1.1.3

Kemahiran Menulis i. Definisi Kemahiran Menulis Menulis boleh ditakrifkan sebagai satu proses pembentukan simbol-simbol tulisan dalam bahasa. Kemahiran menulis berkait rapat dengan kebolehan murid menulis dalam bentuk tulisan yang terang, jelas dan lengkap. Ia juga merangkumi kebolehan menggunakan ayat dan penggunaan tanda baca yang betul bagi menyampaikan sesuatu maksud.

proses pembentukan simbol-simbol tulisan dalam bahasa

berkait rapat dengan kebolehan murid menulis dalam bentuk tulisan

kebolehan menggunakan ayat dan penggunaan tanda baca

Rajah 14 : Definisi Kemahiran Menulis ii. Konsep Kemahiran Menulis Menulis tidak dapat dipisahkan daripada membaca, malahan saling berhubungan antara satu sama lain. Di peringkat sekolah rendah, kedua-dua kemahiran ini bermula pada tapak yang sama, iaitu mengenal huruf. Murid tidak dapat menbaca tanpa terlebih dahulu mengenal dan mengetahui huruf. Begitu juga dengan menulis. Terdapat enam peringkat dalam kemahiran menulis iaitu kemahiran mekanis, kemahiran mengeja, kemahiran memilih perkataan dan kemahiran tatabahasa, kemahiran mengumpul, memilih dan menyusun isi, kemahiran menggunakan gaya bahasa dan kemahiran membuat pertimbangan. Dalam KBSR dinyatakan bahawa objektif pengajaran kemahiran menulis ialah untuk membolehkan murid dapat menulis karangan dan surat kiriman yang menepati maksud dan tajuknya. Murid juga seharusnya boleh memahami dan mengisi borang-borang yang sesuai untuk keperluan seharian. Jika diteliti senarai kemahiran menulis, penekanan diberikan juga kepada tulisan yang jelas dengan menggunakan tanda baca dan ejaan yang betul.

Menulis dan membaca saling berhubungan antara satu sama lain

Kemahiran yang bermula dengan mengenal huruf

KONSEP KEMAHIRAN MENULIS

Penekanan kepada tulisan yang jelas dengan menggunakan tanda baca dan ejaan yang betul

Enam peringkat kemahiran menulis iaitu kemahiran mekanis, kemahiran mengeja, kemahiran memilih perkataan dan kemahiran tatabahasa, kemahiran mengumpul, memilih dan menyusun isi, kemahiran menggunakan gaya bahasa dan kemahiran membuat pertimbangan

Rajah 15 : Konsep Kemahiran Menulis

meluaskan pengetahuan

mendirikan asas menulis yang kukuh

mengeja perkataan dengan pantas

Tujuan Kemahiran Menulis

mendedahkan cara penulisan yang betul melahirkan pemikiran dan perasaan

menyusun ayat dengan betul

Rajah 16 : Tujuan Kemahiran Menulis

2.0 RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU Mata Pelajaran Tahun Tarikh Bilangan Murid Masa Tema Tajuk : Bahasa Malaysia : 3 Arif : 19 Mac 2014 : 33 Orang : 8.40 pagi 9.40 pagi (60 minit) : Kesihatan dan Kebersihan : Sihatkan Tubuh Kita STANDARD PEMBELAJARAN 1.6 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila.

STANDARD KANDUNGAN 2.4 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul.

Objektif i. ii.

: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat :

Membaca maklumat daripada risalah yang diedarkan oleh guru dengan tepat. Menyampaikan maklumat yang diberikan melalui pelbagai bahan secara bertatasusila.

Sistem Bahasa Kosa kata : senaman, berkhasiat, kebersihan, kesihatan

Pengisian Kurikulum/ Elemen Merentas Kurikulum Ilmu Nilai murni KB KP BCB EMK TMK : Sains, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan : Tanggungjawab, menjaga kesihatan dan kebersihan diri : Menerangkan sebab dan akibat : Interpersonal, Intrapersonal, Kinestetik, Verbal, Visual : Kem. Mendengar, Kem. Bertutur, Kem. Membaca : Kreativiti dan Inovasi : Belajar melalui TMK

Bahan Bantu Belajar Bil 1 2 3 4 5 6 7 Jenis Risalah Komputer riba Pembesar suara LCD Slide Power Point Latihan (lengkap gambar) Latihan (jawab soalan berdasarkan gambar) Bilangan 33 1 1 1 1 33 33

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melakukan aktiviti yang menyihatkan tubuh badan di sekolah atau di rumah. Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Audio lagu Malaysia Cergas - Aktiviti senaman Set Induksi (5 minit) 1) Guru memperdengarkan lagu Malaysia Cergas melalui audio. Soalan : i. Pernahkah kamu melakukan senaman? ii. Mengapakah kita perlu bersenam? 2) Setiap murid dikehendaki bersedia untuk melakukan aktiviti senaman. 3) Guru melakukan gerakan senaman diikuti oleh murid dengan diiringi bersama lagu Cadangan jawapan : i. Ya atau tidak ii. Menyihatkan badan, otak cerdas, tidak lesu Malaysia Cergas 4) Guru bersoal jawab dengan murid mengenai aktiviti yang dilakukan. 5) Guru mengaitkan aktiviti dengan tajuk pengajaran pada hari ini. Tajuk : Sihatkan Tubuh Kita 6) Guru menyatakan tajuk pengajaran. BCB: -Kem.Bertutur -Kem.Mendengar Nilai: -menjaga kesihatan TKP: -Kinestetik -Interpersonal Kaedah : -Audio-lingual Teknik: -Soal jawab -Perbincangan ABM : -audio -Komputer riba -LCD Catatan

Slide Power Point

Langkah 1 (20 minit) Aktiviti 1 1) Guru memaparkan slide Power Point. 2) Guru menerangkan kepada murid tentang kandungan slide. Aktiviti 2 3) Guru mengedarkan risalah kepada semua murid. 4) Semua murid dikehendaki

ABM: -Risalah -Komputer riba -LCD -Pembesar suara TKP: -Intrapersonal -Interpersonal BCB: -Kem.M embaca -Kem.M enulis Teknik: - SQ3R - Soal jawab - Perbincangan Nilai: -Tanggungjawab -Prihatin

(Rujuk CD)

Risalah (Rujuk Lampiran 1)

membaca risalah tersebut dengan pantas. 5) Guru membacakan risalah mengikut sebutan dan intonasi yang betul. 6) Guru meminta beberapa orang murid membacakan risalah dengan sebutan dan intonasi yang betul. 7) Murid-murid membaca risalah secara berkumpulan.

Soalan : i. Apakah maklumat yang terkandung dalam risalah ini? Jawapan : i. Risalah ini tercatat maklumat tentang cara menyihatkan tubuh badan / kita mesti menjaga kesihatan tubuh badan kita

8) Guru menerangkan tentang isi risalah tersebut. 9) Guru bersoal jawab dengan murid tentang maklumat yang terkandung dalam risalah tersebut. 10) Murid berbicara tentang maklumat yang terkandung dalam risalah dengan sebutan dan intonasi yang betul. 11) Guru membimbing jawapan murid.

Video

Langkah 2 (20 minit) 1) Guru menayangkan video tentang penjagaan tubuh badan kepada murid-murid. 2) Semua murid dikehendaki memberikan perhatian. 3) Guru mencungkil pengetahuan sedia ada murid mengenai cara

BBB: -Video -Komputer riba -LCD -Pembesar suara Teknik: -Penerangan -Perbincangan Kaedah : Audio-lingual TKP: -Visual -Verbal -Interpersonal -Intrapersonal KB: -Banding beza BCB: -Kem.Mendengar -Kem.Bertutur

Soal jawab

menjaga kesihatan tubuh badan mereka.

Cara menyihatkan tubuh badan : i. Melakukan senaman ii. Makan makanan seimbang iii. Menjaga kebersihan diri Alasan menjaga kesihatan tubuh badan : i. Sihat tubuh badan ii. Fikiran cerdas iii. Tiada jangkitan penyakit iv. Hidup selesa dan ceria

4) Guru dan murid bersoal jawab tentang maklumat yang terkandung dalam video tersebut. 5) Guru meminta beberapa orang murid menceritakan pengalaman bagaimana mereka menjaga kesihatan tubuh badan. 6) Murid bercerita tentang pengalaman bagaimana mereka menjaga kesihatan tubuh badan di hadapan. 7) Guru menerangkan tentang cara dan alasan mengapa perlu menjaga kesihatan tubuh badan.

Lembaran kerja

Langkah 3 (10 minit)

BBB: -Lembaran latihan

Pemulihan (Rujuk Lampiran 2) 1) Murid dikehendaki melengkapkan ruang kosong berdasarkan aktiviti yang terdapat dalam gambar.

-Komputer riba -Pembesar suara -LCD

(Rujuk Lampiran 3)

Pengayaan 1) Murid dikehendaki menjawab soalan berdasarkan aktiviti yang terdapat dalam gambar.

TKP: -Interpersonal -Intrapersonal -Verbal Teknik: -Latih tubi

KB: -Mengenal pasti

BCB: -Kem.Membaca -Kem.Menulis

Rumusan isi pelajaran.

1) Murid-murid disoal cara menyihatkan tubuh badan.

BBB: -Komputer riba - LCD

Kognitif: -bersenam -makan makanan berkhasiat -menjaga kebersihan diri Sosial: Bertepuk tangan untuk diri sendiri.

2) Guru bertanyakan tentang kefahaman murid terhadap penjagaan kesihatan diri. 3) Murid- murid diminta menyatakan nilai-nilai murni yang diperoleh dalam PdP. 4) Guru merumuskan isi pelajaran.

TKP: -Verbal -Interpersonal -Intrapersonal KB: -Merumus

Nilai murni: -Perihatin -Sayangi diri -Jaga kesihatan

Lampiran 1

Cara menyihatkan tubuh badan :


Melakukan aktiviti senaman Makan makanan yang seimbang Menjaga kebersihan diri

Alasan kita menjaga Bagaimanakah kesihatan kehidupan tubuh badan: kamu jika Sihat tubuh tubuh badan badan kamu sihat ?
Fikiran cerdas Tiada penyakit berjangkit Hidup selesa dan ceria

Cara menyihatkan tubuh badan :


Melakukan aktiviti senaman Makan makanan yang seimbang Menjaga kebersihan diri

Alasan kita menjaga Bagaimanakah kesihatan kehidupan tubuh badan: kamu jika Sihat tubuh tubuh badan badan kamu sihat ?
Fikiran cerdas Tiada penyakit berjangkit Hidup selesa dan ceria

Lampiran 2 Pemulihan Tuliskan aktiviti yang terdapat dalam gambar di ruang kosong di bawah. mencuci kereta mandi mengemas rumah minum susu memberus gigi bersukan

Lampiran 3 Pengayaan Jawab soalan berdasarkan aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah.

1. Apakah aktiviti yang terdapat di dalam gambar ? 2. Mengapakah kita perlu menjaga kesihatan tubuh badan kita ? 3. Apakah kebaikan yang kamu perolehi sekiranya menjaga kesihatan tubuh badan ? 4. Nyatakan cara-cara kamu menjaga kesihatan tubuh badan kamu ?

3.0 ANALISIS KEBERKESANAN TEKNIK DAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU 3.1 Teknik dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Pembelajaran pula diertikan sebagai proses perubahan tingkah laku yang agak kekal akibat pengalaman atau latihan. Pengajaran yang berkesan berlaku jika pelajar menguasai dengan sepenuhnya pengetahuan dan kemahiran yang diajar oleh guru. Pengajaran merupakan satu proses penyampaian ilmu pengetahuan. Pengajaran yang berkesan ialah guru perlu merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang sesuai dengan kebolehan sedia ada dan minat pelajar. 3.1.1 Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III: Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti. Teknik adalah unsur terkecil dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, ia terkandung dalam sesuatu kaedah. Ia merangkumi aktiviti, pelakuan dan kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran. Teknik ialah cara menjalankan pelbagai

langkah dalam pengajaran. Contohnya dalam kaedah permainan, pelbagai teknik digunakan untuk menjadikan permainan itu bermakna dan menyeronokkan. Dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia Tahun 3 selama 60 minit ini, teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan merangkumi teknik soal jawab, teknik perbincangan, teknik membaca SQ3R dan

teknik latih tubi.


i. Teknik Soal Jawab

Teknik soal jawab ini merupakan satu kaedah yang wajib digunakan oleh setiap guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini digunakan bukan sekadar untuk mengetahui tahap dan kemampuan murid dalam memahami pengajaran yang disampaikan. Malah ia juga digunakan

untuk mencungkil bakat dan kemampuan murid terbabit. Melalui kaedah ini, kita akan dapat mengenali dan mendampingi murid kita dengan sebaiknya.. Harus diingat, kaedah ini juga dapat digunakan untuk menilai hasil pembelajaran yang dicapai oleh seseorang guru. Oleh sebab itu, mereka perlulah menguasai kaedah dan juga teknik bersoal jawab. Kemahiran ini bukanlah sesuatu yang dibuat secara spontan, malah untuk mencapai tujuan dan matlamat yang dikehendaki, maka ia hendaklah dirancang dengan sebaik-baiknya.
ii. Teknik Perbincangan Teknik perbincangan pula didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih murid mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85). Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan murid dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru. Ia melibatkan aktiviti perbincangan antara murid secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan murid untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat. Melalui teknik ini, peranan guru akan

berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri. Guru dapat menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai. Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan. Ketika perbincangan, guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-mana yang penting. iii. Teknik Membaca SQ3R Teknik SQ3R ini digunakan oleh guru untuk membimbing murid bagi meningkatkan kemahiran belajar mereka. Melalui teknik ini, murid secara tidak langsung dapat membaca secara kendiri untuk memperkukuhkan kemahiran berfikir. Teknik ini juga digunakan boleh pada tahap murid yang berpencapaian baik dan mahir membaca. Tujuan menggunakan teknik ini untuk menguji pemahaman pelajar berdasarkan bahan atau teks yang dibaca untuk menyelesaikan tugasan.

a) S-SURVEY (Tinjau) Murid membaca secara pantas untuk mendapatkan gambaran awal tentang isi bacaan mengikut pemahamannya sendiri. Murid hanya memfokuskan bahan atau teks kepada tajuk umum, sub tajuk, gambar, ilustrasi, grafik dan pemenggalan teks. Teknik bacaan yang sesuai ialah teknik skimming dan scanning. b) Q-QUESTION (Penyoalan/Pertanyaan) Murid menyenaraikan beberapa isi soalan (intipati) yang terkandung dalam teks. Soalan tersebut berdasarkan apa yang ingin diketahui oleh murid tentang topik/isu dalam teks. Soalan juga berupa penyenaraian siri soalan yang berkaitan dengan tugasan yang diberi. Soalan juga berupa panduan kepada jawapan yang sebenar. Dalam masa yang sama murid sendiri mencari jawapan ramalan jawapan yang paling relevan.

c) R-READ (Baca) Murid dikehendaki membaca secara serius dan memberi tumpuan kepada teks yang dibaca. Dalam masa yang sama murid cuba mencari jawapan kepada soalan yang disenaraikan tadi. Dalam masa yang sama juga, murid boleh menyenaraikan soalan tambahan. Sepanjang masa membaca, murid boleh menaakul maklumat yang terdapat dalam petikan teks/bahan bacaan. Di samping, itu murid boleh bertukar-tukar fikiran dengan sama ada menerima atau menolak konsep maklumat yang dibaca. Hal ini bermakna murid tidak semestinya menerima semua maklumat yang terdapat dalam teks.

d) R-RECITE (Imbas Kembali) Setelah murid membaca keseluruhan teks/bahan, pada peringkat ini murid dikehendaki mengingat kembali semua/sebahagian maklumat yang terdapat dalam teks. Murid menyenaraikan maklumat yang berkaitan dengan soalan atau tugasan. Seterusnya murid dapat menjawab semua soalan tugasan

berdasarkan maklumat dalam teks. Di samping itu, murid juga boleh memberikan jawapan kepada soalan asal sebelum merujuk jawapan yang terdapat teks.murid juga boleh membandingkan ketepatan jawapan mereka.

e) R-REVIEW (Baca Semula) Pada peringkat ini, murid dikehendaki membaca semula soalan dan jawapan yang ditulis atau dicatat. Peringkat ini adalah untuk pengesahan kepada jawapan yang ada pada peringkat recite (menyebut/mengulang). Murid perlu memastikan bahagian tertentu sudah dijawab berdasarkan fakta dan maklumat dalam teks. Murid sepatutnya tidak tertinggal maklumat atau fakta dalam

tugasan pada peringkat question/pertanyaan. Melalui proses teknik SQ3R, murid memperoleh maklumat yang tepat, cepat, dan dapat menyelesaikaan tugasan secara berkesan. iv. Teknik Latih Tubi Teknik latih tubi ialah aktiviti pengulangan fakta-fakta yang dipelajari. Tujuan teknik ini adalah untuk mencapai penguasaan kemahiran di samping menjamin ketekalannya. Teknik ini boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini, murid-murid akan mengalami proses mendengar, melihat

dan memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang menggunakan perkataan itu. Teknik ini memberi penekanan kepada lima aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu : Aspek Kebolehan Menggunakan Bahasa Sebutan (Accent) Menyebut perkataan atau suku kata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi Tatabahasa (Grammar) Penggunaan bahasa yang tepat berdasarkan hukumhukum bahasa daripada semua aspek Perbendaharaan Kata (Vocabulary) Meluaskannnya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai berdasarkan konteksnya dalam situasi tertentu Kefasihan (Fluency) Menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa menitikberatkan maksudnya Kefahaman (Comprehension) Latihan memahami soalan dan mengemukakan jawapan yang wajar Huraian

3.1.2 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Mengikut pendapat Ahmad Mohd Salleh, kaedah ialah suatu perancangan yang sisitematik secara keseluruhan untuk menyampaikan bahan pengajaran.Ia merupakan satu prosedur melakukan sesuatu berasaskan tanggapan-tanggapan asas yang dibina melalui pendekatan.Dengan itu sesuatu pendekatan,memugkinkan beberapa kaedah berbagai-bagai faktur mempengaruhi persembahan bahan secara sisitematik

umpamanya jenis pelajaran. Mengikut pendapat Ee Ah Meng, kaedah ialah suatu ciri tindakan guru yang sistematik serta berurutan dan bertujuan mencapai objektif spesifik,iaitu jangka pendek sesuatu pelajaran.Ia juga membawa implikasi penyusunan. Oleh itu, kaedah mengajar bererti cara mendekati sesuatu objektif dengan langkah-langkah yang tersusun dan teratur.

Kaedah adalah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur,kemas dan sistematik. Ia merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Antara kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia Tahun 3 ini ialah kaedah audio-lingual. i. Kaedah Audio-Lingual Kaedah audio-lingual merupakan satu alternatif dalam pengajaran lisan kerana bersandarkan prinsip mendengar dan bertutur diajar terlebih dahulu kemudian barulah kemahiran membaca dan menulis. Kaedah ini merupakan gabungan daripada dua kemahiran iaitu kemahiran mendengar (audio) dan juga kemahiran bertutur (lingual). Jadi, kaedah ini amat sesuai untuk menjalankan aktiviti kemahiran mendengar dan juga bertutur (lisan). Kaedah ini turut mementingkan penggunaan bahan bantu belajar berupa alat-alat seperti audio seperti radio, pita rakaman, compact disk (audio), dan juga piring hitam. Bahan-bahan yang diperdengarkan kepada murid-murid adalah seperti petikan bunyi haiwan, bunyi sesuatu suasana contohnya suasana seram, senikata lagu, nyanyian, petikan, berita, syair dan sebagainya.

Melalui kaedah ini, murid-murid akan mendengar sebagai contoh rakaman lagu daripada audio yang disambungkan dengan LCD projector. Melalui pengalaman mendengar tersebut, murid-murid akan menyanyikan semula lagu tersebut sambil melakukan pergerakan seperti senaman bersesuaian dengan tajuk pembelajaran untuk menarik minat seterusnya meningkatkan perasaan ingin tahu tentang aktiviti yang dijalankan. 3.2 Analisis dan Penilaian Keberkesanan Teknik dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

3.2.1 Selepas Melaksanakan Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di dalam Bilik Darjah Pengajaran dan pembelajaran adalah dua elemen penting dalam sesuatu proses penyampaian ilmu di antara guru dan murid. Bagi mencapai objektif sesuatu pengajaran dan pembelajaran ,guru dan murid memainkan peranan yang sama penting. Ini bukan sekadar guru sebagai penyampai maklumat dan murid

sebagai penerima maklumat yang pasif tetapi kerjasama antara keduanya yang menentukan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Setiap murid di dalam sesebuah bilik darjah berbeza kebolehan diri antara satu sama lain. Guru perlulah membuat analisa terhadap keperluan seseorang murid di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi murid saya iaitu murid tahun 3 Arif di Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman, Rantau merupakan murid dari kumpulan yang sederhana. Kelas ini mempunyai bilangan murid seramai 33 orang yang mana 4 orang daripadanya merupakan murid pemulihan. Murid pemulihan ini memerlukan bimbingan dan sokongan yang berterusan daripada guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelaksanaan rancangan pengajaran dan pembelajaran yang saya pilih ialah mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 3 selama 60 minit (1 jam) berdasarkan topik daripada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pada kali ini tema yang saya pilih adalah bertemakan Kesihatan dan Kebersihan. Beberapa objektif pembelajaran telah saya pilih untuk dicapai dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini. Antara objektifnya ialah pada akhir pengajaran, murid dapat membaca maklumat daripada bahan dengan tepat dan menyampaikan maklumat yang diberikan melalui pelbagai bahan secara bertatasusila. Guru seharusnya bijak dalam memilih teknik dan kaedah pengajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan menarik minat murid untuk belajar dan kesannya objektif boleh dicapai. Antara teknik yang saya gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini ialah merangkumi teknik soal jawab, teknik perbincangan, teknik membaca SQ3R

dan teknik latih tubi. Manakala kaedah yang diserapkan pula saya menggunakan kaedah audio-lingual dalam pengajaran ini. Sesi pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Malaysia ini telah dijalankan di Makmal Komputer. i. Set Induksi (5 minit) Pada langkah set induksi yang dijalankan selama 5 minit ini, saya telah

menggunakan kaedah audio-lingual dengan memasangkan audio lagu Malaysia Cergas dipermulaan pengajaran. Setiap murid mendengar lagu tersebut dan

menyanyikan sambil melakukan gerakan senaman yang ditunjukkan oleh guru. Kaedah ini bertujuan untuk guru menilai pengetahuan sedia ada murid mengenai diri dan tubuh badan mereka dan secara tidak langsung murid berasa lebih seronok untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Selepas melakukan aktiviti senaman sambil diiringi lagu, guru bersoal jawab dengan murid tentang aktiviti yang telah dijalankan. Pada langkah ini, saya menerapkan teknik soal jawab dan perbincangan dalam kelas tentang aktiviti dan pengalaman yang dialami oleh murid. Murid dapat merasai sendiri aktiviti yang dapat menyihatkan tubuh badan. Melalui aktiviti ini, saya dapat menilai murid lebih beryakinan dan seronok untuk meneruskan pembelajaran. ii. Langkah 1 (20 minit) Seterusnya, pada langkah pertama yang dijalankan selama 20 minit ini saya memaparkan slide power point tentang kesihatan dan cara menjaga kesihatan diri kepada murid. Melalui paparan power point ini murid dapat melihat dan memahami isi kandungan pembelajaran dengan lebih mendalam. Saya juga turut menerangkan secara terperinci tentang isi kandungan pelajaran dan mengaitkan dengan pengalaman murid sendiri itu tentang cara bagaimana mereka menjaga kesihatan diri. Di sini, saya menyelitkan teknik soal jawab melalui pengalaman sedia ada murid. Kemudian, saya mengedarkan risalah kepada setiap murid. Pada langkah ini pula, saya menggunakan teknik bacaan SQ3R untuk meningkatkan kemahiran belajar serta memperkukuhkan kemahiran berfikir murid secara kendiri. Setiap murid perlu membaca risalah tersebut secara pantas untuk mendapatkan gambaran awal tentang isi bacaan mengikut pemahaman masing-masing. Pada peringkat ini, murid membina soalan

daripada tinjauan atau bacaan yang telah dilakukan tadi. Soalan boleh dibina dengan menggunakan prinsip 5W 1H iaitu What (Apa?), When (Bila?), Where

(Di mana?), Why (Mengapa?), Who (Siapa?) dan How (Bagaimana?). Dengan pertanyaan ini, murid akan tertumpu kepada mencari jawapan bagi soalansoalan yang dibina. Seterusnya, murid-murid menyenaraikan beberapa isi soalan (intipati yang terkandung dalam teks. Soalan tersebut adalah berdasarkan perkara yang ingin diketahui oleh murid-murid tentang topik/isu dalam teks. Soalan tersebut juga adalah penyenaraian siri soalan yang berkaitan dengan tugasan yang diberi di samping merupakan panduan kepada jawapan sebenar. Murid-murid akan mencari jawapan dan ramalan jawapan yang paling sesuai.

Setelah murid-murid membaca keseluruhan teks, mereka dikehendaki mengingat kembali ke semua atau sebahagian maklumat yang terdapat. Murid-murid perlu menyenaraikan maklumat yang berkaitan soalan atau tugasan sebelum dapat menjawab semua soalan tugasan berdasarkan maklumat dalam teks. Muridmurid juga boleh mengemukakan jawapan kepada soalan asal sebelum merujuk jawapan yang terdapat dalam teks serta membandingkan ketepatan jawapan masing-masing. Pada peringkat ini, murid-murid dikehendaki membaca semula soalan dan jawapan yang ditulis atau dicatat. Ini adalah peringkat untuk mengesahkan jawapan yang dikemukakan oleh murid-murid pada

peringkat recite (menyebut/mengulang). Murid-murid perlu mempastikan bahawa semua bahagian sudah dijawab berdasarkan fakta dan maklumat dalam teks. Murid-murid sepatutnya tidak tertinggal maklumat atau fakta dalam tugasan pada peringkat question (menyoal). Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan. Bagi murid pemulihan, saya tidak mengasingkan kumpulan akan tetapi saya menggunakan pendekatan menggabungkan dengan murid yang berkebolehan dalam kumpulan tersebut. Tujuan agar murid-murid lain yang telah menguasai bacaan dapat turut sama membimbing rakan mereka. Kaedah ini bertujuan untuk menilai kefahaman murid mengenai maklumat yang terkandung dalam bacaan lalu dapat menyampaikan semula maklumat tersebut dengan tepat. Murid berasa seronok dapat menjana idea masing-masing dan mewujudkan budaya kerjasama dalam kumpulan.

iii. Langkah 2 (20 minit) Langkah kedua seterusnya dijalankan selama 20 minit. Saya menayangkan paparan video animasi tentang penjagaan kesihatan diri. Melalui penggunaan video animasi ini, murid-murid lebih memberikan tumpuan kerana penggunaan bahasa yang mudah difahami dan animasi kartun yang menarik. Selepas paparan video tersebut, saya mencungkil pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid mengenai cara menjaga kesihatan tubuh badan mereka. Melalui aktiviti ini, saya menggunakan pendekatan teknik soal jawab dan perbincangan bagi menggalakkan percambahan dan penjanaan idea murid itu sendiri. Seterusnya, saya meminta beberapa orang murid untuk tampil ke hadapan bagi menceritakan sendiri pengalaman mereka menjaga kesihatan tubuh badan. Murid dapat menceritakan pengalaman mereka sendiri tanpa ragu-ragu

seterusnya mewujudkan interaksi soal jawab dalam kalangan murid. Aktiviti ini sebenarnya dapat meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur dalam kalangan murid. Kemudian, saya menerangkan pula tentang cara dan alasan mengapa murid perlu menjaga kesihatan tubuh badan. Kaedah ini bertujuan untuk memberi penerangan dan pengetahuan yang jelas mengenai cara penjagaan kesihatan dengan betul kepada murid. iv. Langkah 3 (10 minit) Pada langkah ketiga yang dijalankan selama 10 minit ini pula, guru mengedarkan lembaran kerja kepada semua murid. Lembaran kerja ini diberi bertujuan untuk menguji dan mengukuhkan pemahaman murid sama ada mereka memahami atau tidak tentang aktiviti isi pembelajaran. untuk Bagi murid berkebolehan, soalan saya

menggunakan

pengayaan

menjawab

pemahaman

berdasarkan aktiviti yang terdapat dalam gambar. Manakala murid pemulihan pula saya menggunakan lembaran kerja yang lebih mudah iaitu melengkapkan ruang kosong dengan memilih jawapan yang sesuai berdasarkan aktiviti yang terdapat dalam gambar memandangkan keempat-empat orang murid pemulihan ini merupakan murid yang masih tidak menguasai bacaan lagi. Teknik yang saya serapkan dalam aktiviti ini adalah teknik latih tubi.

v. Penutup (5 minit) Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini pula, murid-murid disoal tentang cara menyihatkan tubuh badan mereka. Saya menjalankan teknik soal jawab untuk menguji kefahaman murid terhadap penjagaan kesihatan diri mereka. Saya juga menyelitkan nilai-nilai murni yang diperoleh melalui pembelajaran seperti mementingkan kebersihan dan kesihatan dalam diri murid. Kaedah ini adalah bertujuan supaya saya dapat membuat penilaian pengajaran yang telah dijalankan sama ada mencapai objektif atau sebaliknya.

3.2.2 Bukti (gambar) sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan

SET INDUKSI

LANGKAH 1

LANGKAH 2

3.2.3 Hasil kerja murid

3.3 Cadangan Langkah-Langkah Penambahbaikan Pengajaran merupakan satu proses aktiviti yang khususnya disusun untuk membawa perubahan kepada murid. Sebagai seorang guru, banyak amalan perlu dilakukan agar pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menjadi berkesan dan bermakna kepada murid. Suasana pembelajaran dan pengajaran guru akan menjadi hambar dan tidak bermakna kepada murid sekiranya mutu pengajaran dan pembelajaran tidak berada pada tahap yang memuaskan. Ini adalah kerana pengajaran dan pembelajaran adalah satu proses penyampaian ilmu pengetahuan. Justeru, amalan pengajaran dan pembelajaran yang sempurna dan meyakinkan perlu disi dengan mengutamakan objektif secara jelas, tepat serta mudah difahami. Strategi pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dengan sebaik mungkin supaya matlamat pengajaran tercapai malah murid dan guru akan sama-sama berasakan puas setelah tamat satu-satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran guru agar ia lebih berkesan, beberapa langkah penambahbaikan boleh dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan dan amalan-amalan tertentu untuk membantu guru dalam pengajarannya. Antaranya ialah mengaplikasikan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan. Kaedah yang dipilih harus berubah mengikut keadaan masa, tempat dan murid. Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan murid. Guru juga boleh memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman murid yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan dapat menyentuh perasaan murid. Dengan cara ini, murid akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai hasrat ini, guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan dibantu pula dengan bahan bantu mengajar (BBM) yang canggih dan menarik. Kepelbagaian penggunaan BBM ini sebenarnya dapat meningkatkan lagi minat murid serta mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif di mana semua murid melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Contohnya semasa melaksanakan aktiviti menggunakan BBM ini guru akan memberi peluang kepada semua murid untuk pergi ke hadapan dan mengeja perkataan yang terdapat pada papan carta pusing yang telah disediakan. Ini akan menambahkan perbendaharaan kata murid sekaligus mereka akan mendapat pengetahuan baru. Penggunaan BBM yang berpusatkan murid ini akan menggalakkan interaksi yang lebih berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Murid tidak akan berasa takut dan malu dengan murid sebaliknya mencuba segala aktiviti yang diadakan berdasarkan kepada panduan yang telah diberikan oleh guru. Murid akan bertanya kepada guru sekiranya mereka kurang jelas tentang isi pelajaran yang diajar. Seterusnya, guru juga boleh laksanakan aktiviti di luar bilik darjah. Murid akan merasai keseronokan yang tersendiri. Hal ini kerana, aktiviti yang dijalankan bersama rakan sekelas membuatkan mereka lebih gembira berbanding melakukan aktiviti secara bersendirian. Melalui aktiviti di luar bilik darjah ini, murid mampu untuk memperkembangkan lagi daya kreativiti mereka serta berpeluang untuk meningkatkan lagi tahap perkembangan fizikal mereka secara aktif. Aktiviti di luar bilik darjah ini juga membolehkan murid melepaskan ketegangan yang disebabkan oleh halangan daripada persekitaran terhadap tingkahlaku mereka. Selain itu, penggunaan ICT yang maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kesan yang baik kepada murid-murid khususnya yang di sekolah rendah. Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada murid secara berkesan. Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti power point,flash,video,visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami. Justeru itu, murid tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT. Di samping itu juga, guru perlulah mempelbagaikan intonasi suara dan nada supaya cerita atau maklumat yang ingin disampaikan kepada murid-murid menjadi lebih menarik. Kebaikan teknik bercerita ini dapat melengkapi murid dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kecekapan lisan. Kaedah ini menggalakkan murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Kemahiran-kemahiran yang guru perlu menggunakan dalam teknik bercerita ialah kemahiran verbal seperti penekanan fasa atau bunyi dan penggunaan ayat-ayat yang mudah, nada suara yang sesuai untuk menggambarkan situasi tertentu dan memiliki kebolehan memanipulasi mimik muka untuk menunjukkan emosi yang berlainan.

Bagi mengatasi masalah murid pemulihan pula, guru boleh laksanakan aktiviti permainan bahasa. Permainan bahasa merupakan salah satu cara untuk mempelajari dan menguasai bahasa dengan mudah. Penglibatan dalam permainan bahasa akan memberi peluang kepada murid lemah ini untuk memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa murid antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Aktiviti permainan bahasa tersebut sebenarnya dapat merangsang interaksi verbal, murid menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks pembelajaran yang bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan, bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan juga pengayaan.

3.4 Pengetahuan Baharu selepas mengikuti kursus BMM3104 keseluruhannya dan selepas melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Selepas mengikuti kursus BMM3104 ini, saya berpendapat seorang pendidik perlu menguasai kemahiran berbahasa yang terdiri daripada kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis terlebih dahulu. adalah saling berkaitan dan tidak boleh dipisahkan. Harus diakui bahawa dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran, keempat-empat kemahiran tersebut mesti ada. Hanya yang membezakan kemahiran tersebut adalah aktiviti-aktiviti yang dijalankan sama ada aktiviti lisan (dengar dan tutur), bacaan atau tulisan.

Sebagai seorang guru, kita perlu menjalankan pelbagai aktiviti melalui teknik-teknik yang boleh menarik minat pelajar serta menggunakan prinsip-prinsip penyediaan dan penggunaan bahan bantu bagi merangsang P&P kita. Ini penting bagi membolehkan murid-murid menguasai kemahiran berbahasa dan mencapai matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah iaitu menjadi murid yang berketerampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam urusan harian, perhubungan sosial dan memperoleh ilmu. Saya juga turut mengadakan perbincangan dengan rakan kelas saya dan para pensyarah daripada Jabatan Pengajian Melayu mengenai tajuk tugasan ini. Kesimpulannya, tugasan ini sangat bermakna kepada saya sebagai seorang bakal guru. Hal ini kerana, melalui tugasan ini dapat memberi pengalaman dan ilmu pengetahuan baru kepada saya.

Kepentingan menggunakan variasi teknik dan kaedah mengajar dalam ialah untuk menarik perhatian murid. Dengan teknik dan

situasi pengajaran

kaedah pengajaran yang kreatif,

murid akan berasa seronok dan secara tidak langsung mereka akan member perhatian terhadap apa yang ingin disampaikan oleh guru. Kaedah dan teknik juga penting untuk mengekalkan perhatian murid terhadap sesi pengajaran guru. Apabila murid tertarik dengan kaedah dan teknik mengajar yang digunakan oleh guru, perhatian murid akan dapat dikekalkan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu juga, pemilihan yang sesuai boleh membangkitkan rasa ingin tahu dalam diri akan

kaedah dan teknik

murid. Contohnya seorang guru menggunakan teknik bercerita untuk mengajar, murid tertanya-tanya apakah pengakhiran cerita tersebut.

elalui pengetahuan dan pengalaman saya semasa menjadi murid di sekolah dahulu, yang sebenarnya menjadi faktor kepada ketidakminatan murid itu dalam sesuatu mata pelajaran adalah melalui bagaimana sesuatu perancangan dan pelaksanaan seseorang guru itu di dalam kelas. Di samping itu, sesuatu mata pelajaran itu akan menjadi tidak menarik jika bahan dan juga cara gaya tersebut menyampaikan tidak menarik serta tidak dapat mengawal kelas dengan baik. Selain itu, sesuai dengan peredaran semasa yang penuh cabaran teknologi kini, murid-murid sebenarnya lebih suka dan tertarik jika pengajaran seseorang guru itu dapat diaplikasikan menggunakan teknologi semasa dan lebih mencabar. Oleh itu, kursus ini banyak memberi manfaat dan kelebihan kepada saya untuk digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran semasa di sekolah nanti. InsyaAllah. Sepanjang saya melaksanakan dan membina laman web ini, banyak pengalaman dan ilmu serta kemahiran baru yang dapat saya peroleh dan timba. Saya sedar bahawa sebagai seorang bakal pendidik, pengalaman dan ilmu haruslah ditimba dan dicari sebanyak mungkin sebagai persediaan dan bekalan untuk dibawa ke alam pekerjaan yang sebenar nanti. Oleh itu, melalui kursus ini secara tidak langsung saya dapat mengumpul dan menyimpan sebanyak bahan yang boleh sebagai simpanan dan bekalan saya nanti untuk dijadikan sebagai bahan bantu pengajaran. Di samping itu, saya sedar bahawa sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas memerlukan perancangan dan pelaksanaan yang pelbagai, menarik serta menyeronokkan murid. Melalui kursus ini, secara langsung saya dapat belajar bagaimana untuk membina bahan yang menarik untuk dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, misalnya menghasilkan video yang menarik sesuai dengan tajuk dan tema yang hendak di ajar oleh guru tersebut. oleh itu, peluang dan ruang sepanjang kursus ini dilaksanakan akan saya manfaatkan sebanyak yang mungkin. Sebagai seorang bakal guru, salah satu kemahiran yang perlu dimahiri dan dipelajari ialah kemahiran membina dan mengaplikasikan laman web. Saya sedar bahawa segala maklumat masa kini boleh diakses ataupun dicari menggunakan hujung jari sahaja, bermaksud maklumat yang ingin kita capai sungguh mudah dan senang dicapai melalui akses internet. Dengan itu, melalui kursus ini saya dapat belajar bagaimana membina laman sesawang pengajaran dan pembelajaran untuk murid khususnya untuk subjek Bahasa Melayu (Major saya) di samping dapat memuat naik dan turun

bahan yang disalurkan. Kesannya, pengajaran dan pembelajaran itu akan menjadi lebih mudah di samping dapat mempertingkatkan kemahiran murid dalam menggunakan Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Secara tuntasnya, dapatlah saya simpulkan bahawa kursus ini memberi ruang serta peluang kepada saya untuk menimba sebanyak mungkin kemahiran teknologi maklumat untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, kursus ini juga dapat meningkatkan kemahiran yang dapat membantu serta mempermudahkan proses penyampaian pengajaran di dalam kelas kelak. Akhir kata, segala ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang dimiliki dapat terus dikembangkan dan digunakan semaksimum yang mungkin serta diaplikasikan di sekolah nanti. InsyaAllah, sekian.

4.0 KESIMPULAN
Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan membawa impak yang besar kepada guru dan juga pelajar. Sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar pasti segala ilmu yang dicurahkan oleh para guru akan dapat diadaptasikan oleh para pelajar. Demi mencapai matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia, diharapkan beberapa tindakan yang dicadangkan di atas dapat membantu dalam melahirkan modal insan cemerlang, berminda kelas pertama dan bebas dari kelemahan disiplin dan gejala yang tidak sihat.

Izharnya, setelah mengupas dan membincangkan beberapa tajuk dalam kemahiran berbahasa ini, kita telah dapat memahami dan menimba beberapa pengetahuan yang baru dan cukup bermakna. Kita dapat melihat bagaimana kepentingan setiap kemahiran berbahasa tersebut dalam memperkembangkan potensi dan keupayaan setiap individu terutamanya dalam kanak-kanak yang merupakan sebagai pelajar. Kita juga dapat melihat dalam hal ini bagaimana penekanan sangat diberikan seperti yang termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Hal ini menunjukkan bahawa penguasaan dan pengetahuan dalam kemahiran-kemahiran berbahasa ini sangat penting bagi mencapai pernyataan yang termaktub dalam kedua-dua dokumen tersebut iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Tidak cukup dengan hanya pengetahuan tersebut, kita juga telah melihat bagaimana pelaksanaan amali dalam menggunakan dan mengaplikasikan kemahiran berbahasa tersebut telah membantu meningkatkan dan mengukuhkan lagi pengetahuan dalam hal tersebut. Sesungguhnya, pengetahuan dan penguasaan dalam aspek kemahiran berbahasa ini amat berguna dan mempunyai nilai yang sangat tinggi dalam meningkatkan lagi kemahiran-kemahiran dalam diri kita sebagai bakal pendidik kelak.

12.0 RUJUKAN SUMBER BUKU Adenan Ayob, Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Shah Alam : Siri Pendidikan Guru. Oxford Fajar Sdn.Bhd. Kamarudin bin Jeon, Siti Hajar bt Abdul Aziz.(2012). Bahasa Malaysia Tahun 3, Sekolah Kebangsaaan (Buku Teks). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Aziz Abdul Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Bahagian Pendidikan Guru. (2007). Modul 2/4 Bahasa Melayu KPLI SR. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid. (1993). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kamarudin Hj. Husin. (1986). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Petaling Jaya:

SUMBER DOKUMEN :
Dokumen Standard Prestasi Bahasa Malaysia Tahun Tiga, Kementerian Pelajaran Malaysia (Mei 2012) Dokumen Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Tahap 1, Kementerian Pelajaran Malaysia (2012) Panduan Pengajaran Bahasa Malaysia Tahun Tiga (KSSR). Kementerian Pelajaran Malaysia

SUMBER INTRERNET
http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php http://www.slideshare.net/sifatpgsr/70473486modulbmm3117kaedahpengajaranbahasamelayusekolah rendah http://www.slideshare.net/sifatpgsr/bmm-3117kaedahpengajaranbahasamelayusekolahrendah http://dinamik21.blogspot.com/ http://catatannota.blogspot.com/2011/08/komponen-pengajaran.html

You might also like