3perlu menjadi negara pelaku perubahan dan pencipta penyelesaian dalammengharungi saat-saat paling mencabar iktisad global.7. Sehubungan itu, seandainya suatu masa lalu, kita telah berjaya melakukantransformasi ekonomi berasaskan pertanian kepada perindustrian, kini, kita akanberanjak kepada satu bentuk model ekonomi baru berasaskan inovasi, kreativitidan nilai tambah tinggi. Hanya sa-nya dengan tindakan inilah, kita akan berupayauntuk kekal relevan dalam persaingan ekonomi global.8. Inovasi merupakan agenda utama negara. Kerajaan akanmentransformasikan Malaysia melalui proses inovasi yang menyeluruh,merangkumi inovasi tadbir urus dalam sektor awam dan swasta, inovasi dalamkemasyarakatan (
societal innovation
), inovasi bandar, inovasi desa, inovasikorporat, inovasi industri, inovasi pendidikan, inovasi penjagaan kesihatan,inovasi pengangkutan, inovasi jaringan keselamatan sosial dan inovasipenjenamaan. Sebahagian daripada proses inovasi ini sedang dilaksanakanmelalui pelbagai prakarsa seperti Gagasan 1Malaysia, Bidang KeberhasilanUtama Negara (NKRA), Penunjuk Prestasi Utama (KPI), model ekonomi barudan pewujudan PEMUDAH, PEMANDU dan NEAC. Kerajaan amat komiteddan serius untuk melakukan
total innovation
untuk membawa negara ke tahapekonomi yang lebih maju.
Innovative Leadership for 1United, InnovativeMalaysia
.Tuan Yang di-Pertua,9. Sejak memegang teraju Kerajaan, saya telah mengambil beberapa langkahpenting bagi merangsang ekonomi negara demi menjamin kesejahteraan rakyat.Antaranya adalah:i. Memperkenalkan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, PencapaianDiutamakan;ii. Meliberalisasikan 27 subsektor Perkhidmatan dan Kewangan;iii. Melaksanakan NKRA dan KPI;
Leave a Comment