You are on page 1of 6

1.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Selama dua belas (12) minggu menjalani praktikum di Prasekolah Tunas Asuhan Sek.Keb Seri Kelana, saya mendapat pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan pengalaman pengajaran. Semuanya memberikan saya pengajaran dalam proses meningkatkan kualiti pengajaran saya pada masa akan datang. Pelbagai sudut saya perhatikan sebagai guru pelatih iaitu melalui pengalaman sendiri, pemerhatian saya ke atas pengajaran guru prasekolah tersebut malah saya juga menjalankan analisis dokumen iaitu melalui lembaran kerja murid sepanjang berada di prasekolah tersebut. Dua hari dalam seminggu saya dimandatkan untuk mengajar mereka daripada pukul 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahhari, walaupun hanya dalam tempoh empat jam pengajaran namun dengan karenah murid yang berumur enam yahun ia sebenarnya satu cabaran yang besar bagi saya. Bercakap mengenai karenah, apa yang dihadapi oleh saya adalah masalah pengawalan murid ketika pengajaran. Masalah kawalan kelas adalah satu masalah yang sangat besar untuk ditangani oleh saya memandangkan tempoh empat jam pembelajaran itu adalah tempoh masa yang lama bagi murid enam tahun ingin memberi tumpuan kepada pembelajaran. Oleh yang demikian, belajar sambil bermain adalah satu aktiviti pembelajaran yang paling sesuai bagi mereka. Terdapat seorang murid yang akan tidur apabila menjelang jam 11.00 pagi, manakala seorang lagi akan merajuk duduk di sudut kelas apabila tidak diberi perhatian. Selain itu, terdapat tiga hingga empat orang yang akan mengganggu rakan disebelah atau di hadapannya apabila berasa bosan dalam pengajaran. Kesannya, rakan yang diganggu akan menangis. Selain itu, ketika guru melontarkan soalan untuk sumbang saran, mereka akan menjawab tanpa mengangkat tangan dan suasana bising akan timbul dalam slot pengajaran tersebut. Semua ini perlu ditangani sebaiknya oleh guru prasekolah. Melalui pengalaman juga guru dapat mengatasi masalah di atas namun saya sebagai guru pelatih yang baru saya perlu memikirkan satu kaedah yang mesti digunapakai dalam slot pengajaran untuk mengatasi setiap inci masalah di atas. Maka masalah tersebut pasti akan dapat diatasi dengan baik.

2.0

FOKUS KAJIAN

Berdasarkan permasalahan yang dikenalpasti melalui refleksi P&P yang lalu, saya akan membina satu system yang dikenali sebagai sis tem token dan merit untuk mengatasi masalah kawalan kelas di dalam prasekolah tersebut. Keputusan untuk menggunakan system token adalah satu jalan penyelesaian yang saya dapat kesan melalui penulisan jurnal harian saya. Setiap hari selepas pengajaran saya akan menulis jurnal harian yang mengandungi masalah yang saya hadapi ketika mengajar pada hari tersebut. Apabila jurnal harian dikumpulkan selama lima hari, saya akan mencatat jurnal refleksi mingguan pula. Daripada situlah saya dapat kenalpasti kelemahan, kekuatan serta tindakan susulan yang perlu saya lakukan demi mengatasi masalah pengajaran yang telah saya kenalpasti. Akhirnya saya cipta satu jadual token yang mengandungi nama murid beserta ruangan untuk sticker atau token. Murid yang sentiasa mendengar arahan dan tidak menimbulkan masalah akan diberikan token, token akan dikumpul sehingga tamat waktu pengajaran. Sepanjang tempoh itu, jika mereka berkelakuan engkar arahan atau mengganggu rakan, token akan ditarik balik oleh guru. Sehingga waktu refleksi pada pukul 11.50 pagi, guru akan menjumlahkan token siapa yang paling banyak dapat dikumpul, maka ia akan diberi sedikit ganjaran yang berupa hamper kecil yang mengandungi alat tulis. Hamper tersebut akan sentiasa dipamer di sudut hadapan kelas sebagai motivasi murid untuk berkelakuan positif setiap masa, Jika dihitung, saya perlu menyediakan dua hamper hadiah sahaja dalam seminggu, kos untuk membeli alat tulis tidaklah terlalu mahal sekitar harga RM 2.00 hingga RM 4.00 sahaja manakala hamper tersebut saya balut sendiri supaya ia menarik. Kesimpulannya, hari pertama menggunakan token iaitu pada hari Selasa (19 Mac 2013) memberi impak positif kepada saya. Kelas lebih tekawal, murid berkelakauan baik dan say apula tidak berasa penat seperti sebelumnya. Token merit telah membuatkan murid lebih mendengar arahan kerana mereka khuatir jumlah token mereka akan berkurangan. Ternyata ia membuahkan hasil.

3.0

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dibahagikan kepada objektif am dan objektif khusus. 3.1 Objektif Am Murid dapat memberi perhatian yang sepenuhnya kepada pengajaran guru . 3.2 Objektif Khusus Murid dapat menunjukkan tingkah laku yang positif ketika pengajaran dan mengelakkan tingkah laku mengganggu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ia juga dapat membentuk disiplin murid sejak di prasekolah lagi.

4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini disasarkan kepada dua puluh lima (25) orang murid Prasekolah Tunas Asuhan di Sekolah Kebangsaan Seri Kelana .

5.0 PERANCANGAN KAJIAN Terdapat empat strategi utama yang saya gunakan dalam pelaksanaan kajian tindakan ini. Perancangan kajian dibahagikan secara terperinci kepada tiga bahagian yang utama iaitu perancangan langkah tindakan, perancangan kaedah pengumpulan data dan perancangan cara menganalisis data.

5.1 Perancangan langkah-langkah tindakan Langkah tindakan yang pertama ialah membuat temuramah lisan bersama guru prasekolah yang mempunyai pengalaman yang lebih lama dalam mendidik murid yang berumur enam tahun ini. Beliau telah memberikan beberapa tips untuk menangani tingkah laku bermasalah murid di dalam kelas. Antaranya ialah dengan bersikap lebih tegas dengan murid ini. Namun sebagai guru pelatih yang masih baru, saya tidak boleh terlalu tegas dalam semua hal memandangkan kami baharu sahaja kenal dan mereka pula tidak boleh dipersalahkan. Sememangnya sikap azali kanak-kanak mempunyai sedikit sikap nakal dan ingin bermain. Langkah kedua ialah menemubual kanak-kanak tersebut. Pada mulanya saya meminta mereka berjanji untuk tidak menunjukkan sikap negative dan saya akan 3

memberikan mereka hadiah sebagai ganjaran. Namun ia tidak cukup untuk menjamin mereka akan bersikap baik sentiasa. Terdapat juga antara mereka yang ingin perhatian yang lebih daripada guru. Mungkin disebabkan latar belakang keluarga iaitu murid tersebut adalah anak sulung dalam keluarga dan dalam masa dua tahun telah mendapat adik maka perhatian ibu dan bapa akan beralih kepada adik baharu. Mungkin sebab mendapat perhatian lebih di rumah maka di sekolah murid ini meminta perhatian daripada guru.

5.2 Perancangan cara mengumpul data 5.2.1 Analisis dokumen Data dikumpulkan melalui analisis dokumen iaitu lembaran kerja murid. Saya memeriksa berapa kekerapan murid yang bermasalah tidak menghantar lembaran kerja dan juga menganalisis cara murid menyiapkan lembaran kerja. Adakah mereka cenderung dalam tunjang kraetiviti, sains dan teknologi ataupun bahasa dan komunikasi. 5.2.2 Pemerhatian Saya juga memerhatikan sikap murid ini ketika guru prasekolah sendiri sedang mengajar. Didapati jika guru tersebut yang mengajar, tingkah laku mengganggu kelas agak berkurangan daripada biasa. Kesimpulannya guru kelas prasekolah mampu menangani tingkah laku negative murid melalui pengalaman belian selama Sembilan tahun mengajar. Pemerhatian juga dijalankan melalui rakaman video yang dirakamkan ketika saya sedang mengajar. Saya dapat kenal pasti beberapa kelemahan saya ketika melihat semula rakaman video yang telah dirakamkan. 5.2.3 Perancangan kaedah menganalisis data Oleh kerana kaedah mengumpul data adalah menggunakan pemerhatian tidak berstruktur maka cara saya akan meneliti setiap setiap nota lapangan dan juga senarai semak yang telah dibuat. Semua instrumen kajian ini akan dikumpul dan dianalisis supaya hasil kajian boleh dilihat. Perisian envivo akan digunakan untuk menganalisis data kualitatif yang dikumpulkan.

6.0 PERANCANGAN PERLAKSANAAN TINDAKAN 6.1 Jadual perlaksanaan kajian tindakan BIL. AKTIVITI TARIKH PERLAKSANAAN 1. Mengenalpasti permasalahan dan kelemahan murid 2. Menjalankan temubual bersama guru prasekolah dan beberapa orang murid Membuat analisis dokumen melaksanakan system token dalam P&P Menganalisis pencapaian dan keberkesanan system token dalam P&P Februari Februari CATATAN

3. 4. 5.

Mac Mac April

6.2 Kos Kajian BIL. JENIS BAHAN KUANTITI HARGA SEUNIT (RM) 1.
2. 3.

JUMLAH KOS (RM) 28.00


12.00 2.00 42.00

Ganjaran (3.50 x 2 x 4)
Papan putih jadual token Stiker JUMLAH

3.50
12.00 2.00

7.0 SOROTAN KAJIAN Saudara Choo Seng Chuan adalah salah seorang guru prasekolah dalam kajiannya yang bertajuk Perubahan Dalam Tingkah Laku Murid Prasekolah telah membincangkan secara terperinci berkenaan aplikasi system token dalam pengajaran beliau. Menurut beliau, pengurusan tingkah laku murid semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu aspek penting. Namun, apabila wujudnya tingkah laku yang negatif sedikit sebanyak telah mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian beliau menyatakan system token telah mengubah tingkah laku murid bermasalah di dalam kelas. Beliau juga menunjukkan dengan jelas perubahan murid sebelum dan selepas kajian melalui paparan graf. Beliau 5

mencadangkan agar sentiasa mengubah jenis token dan jenis hadiah agar perubahan murid bukanlah bersifat sementara malah berterusan sehingga murid menghabiskan pengajian di peringkat prasekolah.

Manakala Saudari Nur Adriani bt Abdullah dalam kajiannya yang

bertajuk

Meningkatkan Amalan Kebersihan Dalam Kalangan Murid Prasekolah SK Pulau Rusa, Kuala Terengganu Kesan Daripada Pengguunaan Kaedah Token Ekonomi juga menyatakan bahawa system ini dapat memupuk tingkah laku positif bagi murid prasekolah. Kajian ini dijalankan bertujuan Untuk Meningkatkan Amalan Kebersihan Persekitaran Dalam Kalangan Murid Prasekolah Sk.Pulau Rusa,Kuala Terengganu, Kesan Daripada Penggunaan Kaedah Token Ekonomi. Responden kajian ini terdiri daripada dua orang murid prasekolah dari kelas Prasekolah Bestari Sekolah Kebangsaan Pulau Rusa, Kuala Terengganu. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kajian kes. Kajian ini dianalisis secara kualitatif menggunakan data yang dikumpul melalui kaedahpemerhatian, temubual dan dokumentasi bergambar. Triangulasi digunakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan data dari punca yang berbeza terhadap hasil kajian. Hasil daripada analisis data menunjukkan terdapat peningkatan terhadap amalan kebersihan persekitaran selepas pemberian token ekonomi digunakan. Jelaslah bahawa penyelidikan tindakan ini dapat memberi manfaat serta dapat membantu golongan pendidik terutamanya guru prasekolah dalam melahirkan insan-insan kecil yang cemerlang secara holistik bukan sahaja dari segi akademik, malah dari segi akhlak dan sahsiah.

You might also like