You are on page 1of 1

Refleksi 5,6,7

Melalui KSSR yang telah diperkenalkan terdapat banyak perbezaannya dengan sistem dalam KBSR. Antara perbezaan yang ketara dalam KBSR dan KSSR adalah jumlah waktu dalam seminggu bagi mata pelajaran matematik yang diajar. Dalam KBSR jumlah waktu dalam seminggu adalah 7 waktu berbanding KSSR hanya 6 waktu seminggu. Selain itu, dalam KBSR sistem pembelajarannya lebih kepada pentaksiran berasaskan peperiksaan pusat di mana murid-murid akan dinilai dalam peperiksaan UPSR pada akhir persekolahan mereka dalam sekolah rendah (tahun 6) manakala bagi KSSR, murid dinilai berasaskan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) dan tiada peperiksaan (murid tidak dinilai secara langsung). Dari temu bual yang dijalankan kepada tiga orang guru yang berlainan sekolah, secara keseluruhannya mereka telah menghadiri kursus KSSR walaupun ada yang menghadiri kursus KSSR bukan mata pelajaran matematik. Namun mereka telah diberi pendedahan cara memberi latihan/eviden, cara pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut. Mereka juga telah dapat menjalankan PBS dengan baik ketika berada di sekolah. Dalam pelaksanaan KSSR di sekolah rendah ternyata mampu melahirkan masyarakat yang bersahsiah dengan adanya konsep yang terkandung dalam tunjang keterampiran diri. Melalui konsep ini, murid dapat dibimbing supaya memiliki daya kepimpinan dan sahsiah diri yang tinggi melalui kurikulum dan aktiviti kokurikulum. Dengan adanya aktivti yang dijalankan ini akan mengubah sikap murid supaya rajin berusaha serta bersedia untuk berfikir lebih kreatif dan kritis bagi memastikan penguasaan meraka dalam PBS seterusnya menyemai sikap bersaing antara pelajar bagi menguasai band yang terbaik iaitu band 6 disamping mempunyai sahsiah yang baik.

You might also like