You are on page 1of 1

Jurnal Minggu Pertama Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal 1.

Masalah / Peristiwa Pada minggu ini merupakan minggu pertama saya mendaftarkan diri di SK Changkat Lada 2. Ini juga merupakan sekolah kedua saya menjalani praktikum selepas di SK Sungai Raya. Sepanjang minggu ini, saya mendapati masalah yang ketara berlaku adalah kelewatan murid masuk ke dalam kelas setiap pagi. Hal ini sedikit sebanyak menggangu proses pengajaran dan pembelajaran saya kerana mengambil masa waktu pertama bagi mata pelajaran Bahasa Melayu 2. Analisis Telah menjadi kebiasaan setiap pagi sebelum masuk ke kelas, murid-murid diminta untuk berhimpun di dataran dewan terbuka bagi menyanyikan lagu negaraku dan mendengar tazkirah serta maklumat penting yang disampaikan oleh guru. 3. Cadangan Susulan a) Mengurangkan waktu yang diperuntukkan bagi aktiviti harian seperti 10 minit sahaja setiap pagi. b) Memulakan sesi perhimpunan pagi dengan lebih awal iaitu seawal 7.20 pagi dan dapat memberi ruang untuk aktiviti lain. c) Sebagai seorang guru saya perlu bersedia dengan rancangan kedua sekiranya perhimpunan mengambil masa yang sangat lama. d) Berbincang dengan pihak sekolah untuk mengambil murid kelas saya lebih awal untuk memulakan sesi pengajaran. 4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi dengan segera maka objektif pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dicapai. Oleh itu, saya akan berusaha untuk berbincang dengan pihak sekolah bagi mengatasi masalah kelewatan pelajar masuk ke kelas pada waktu pagi. : : : : 1 Minggu Pertama 26 Januari 31 Januari 2014 Masalah Kelewatan Murid Masuk ke Kelas

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : ................................................ Nama : ............................................... Tarikh : ................................................

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia Tandatangan : ................................................ Nama : ............................................... Tarikh : ................................................

You might also like