Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
35Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Bab Solat

Bab Solat

Ratings: (0)|Views: 1,899 |Likes:
Published by zido84

More info:

Published by: zido84 on Oct 23, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/18/2013

pdf

text

original

 
Bab Solat
Takrif solat:
Solat dari segi bahasa ertinya doa. Dari segi syarak pula ia bermaksud beberapaperkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri dengan salam,mengikut syarat-syarat yang tertentu. Firman Allah swt:
"Dan dirikanlah olehmu solat, kerana sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar" (Al Ankabut : 45)
Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh,zuhur, asar, maghrib dan isya'.
Syarat wajib solat:
1. Islam2. Baligh3. Berakal
Syarat sah solat:
1. Suci badan dari dua hadas.2. Suci dari najis sama ada di badannya, di tempat solatnya, dan di pakaiannya.3. Menutup aurat.4. Menghadap qiblat (kecuali yang uzur dan tidak terdaya)5. Yakin masuk waktu solat.(nota: sekiranya sesudah tamat solat, lalu disedari perkara yang tersebut di atas terjadi- misalnya didapati ada najis di sejadah - maka perlulah diulangi solat itu kerana ianyatidak menepati syarat sah solat)
Perkara-perkara yang membatalkan solat:
1. Keluar/kedatangan hadas.2. Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit, atau tertawa.3. Makan/minum walau sedikit.4. Melakukan gerakan di luar gerakan solat tiga kali berturut-turut (mutawaliyat).5. Berniat keluar dari solat (mufaraqah).6. Terkena najis yang tidak dimaafkan.7. Beralih arah dari qiblat dengan sengaja.8. Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.9. Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.10. Meninggalkan rukun solat.
Waktu-waktu Solat Fardhu:
 Waktu-waktu yang telah ditetapkan untuk menunaikan solat ialah seperti berikut:1. Solat Subuh - bermula daripada fajar menyinsing hinggalah terbit matahari. Masayang diperuntukkan kira-kira 2 jam.2. Solat Zuhur - bermula selepas matahari mulai condong daripada puncaknya sehinggabayang melebihi separuh panjangnya.3. Solat Asar - bermula selepas berakhirnya waktu solat Zuhur sehinggalah matahariterbenam.4. Solat Maghrib - bermula selepas matahari terbenam sehingga hilang mega merah diufuk barat.
 
5. Solat Isya' - bermula selepas mega merah di ufuk timur hilang dan berterusansehingga terbit fajar pada hari keesokannya.
Perbuatan sunat sebelum solat:
1. Azan - ertinya memberitahu, dan pada syarak adalah perkataan tertentu untukmemaklumkan kepada orang ramai tentang masuknya waktu solat fardu.2. Iqamah.3. Bersugi - ertinya membersihkan mulut dan gigi dengan alatan bersugi.
Waktu-waktu yang dimakruhkan solat tanpa sebab:
1. Selepas solat subuh sehingga naik matahari.2. Ketika naik matahari sehingga sekadar segalah.3. Ketika matahari di tengah-tengah langit.4. Selepas solat asar sehingga masuk matahari atau matahari terbenam.5. Ketika masuk matahari.[ kembalike atas]
Rukun SolatRukun solat
ada 13:1. Niat.2. Takbiratul-Ihram (Allahu-Akhbar yang pertama).3. Berdiri bagi yang mampu.4. Membaca surah Al-fatihah.5. Rukuk dengan tama'ninah (tama'ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru).6. Iktidal dengan tama'ninah.7. Sujud dua kali, dengan tama'ninah.8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah.9. Tasyahhud/Tahiyyat Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud.10. Duduk dalam Tasyahhud akhir.11. Selawat kepada Nabi Muhammad saw dalam Tasyahhud Akhir.12. Membaca salam13. Tertib.
Huraian rukun solat:
1.
Niat
: niat dilafazkan di dalam hati. Lafaz yang disebut oleh mulut itu tidaklahdipanggil sebagai niat. Niat solat berlaku semasa seseorang mengangkat takbiratul-ihram iaitu tatkala ia mengata Allahu-Akbar. Umpamanya, untuk solat Zuhur, makaseseorang itu akan bertakbiratul-ihram dan lalu hatinya berkata:
Sahaja aku solat Fardhu Zuhur, empat rakaat, tunai, kerana Allah Taala
Nota: tidak semua perkara dalam niat seperti contoh di atas adalah perkara-perkarayang dituntut dalam perbuatan niat. Perkara yang dituntut dalam niat ada 3, iaitu Qasad("Sahaja aku solat"), Ta'arrudh (Fardhu) dan Ta'yin (Zuhur, sebagainya).Oleh itu, niat "Sahaja aku solat Fardhu Zuhur" sudah mencukupi syarat sebagai niat.Niat "Empat Rakaat", "Tunai" atau "Kerana Allah Ta'ala" adalah tidak disyaratkan,bahkan hanya sunat hukumnya. Namun begitu adalah lebih baik untuk menghadirkankesemuanya di dalam hati.Adapun niat menjadi imam ("Imaman") atau makmum ("Makmuman/Makmumatan")ketika takbiratul-ihram hanyalah disyaratkan pada sembahyang Jumaat sahaja, tetapipada sembahyang lain tidaklah disyaratkan dan hanya sunat hukumnya.
 
Jika tidak diniatkan menjadi imam atau makmum ketika takbiratul-ihram untuksembahyang Jumaat, maka tidaklah sah sembahyang Jumaat seseorang itu.Jika seseorang makmum tidak berniat menjadi makmum ketika takbiratul-ihram dalamsembahyang (selain daripada fardhu Jumaat), dia masih lagi dibolehkan berniatmengikut imam pada mana-mana rukun sembahyang, contohnya ketika rukuk. Namunbegitu, adalah makruh hukumnya jika seseorang itu berterusan dengan sengajamengikuti imam dengan tanpa berniat menjadi makmum.Imam yang tidak berniat menjadi imam ketika takbiratul-ihram, atau ketika mana-manarukun yang lain, tidaklah terbatal sembahyangnya ataupun sembahyang makmumnya.Bagi sembahyangQasar(memendekkan solat fardhu yang empat rakaat menjadi duarakaat), perkara-perkara yang manjadi tuntutan ketika takbiratul-ihram selain Qasad,Ta'arrudh dan Ta'yin ialah niat Qasar. Maka bagi seseorang yang hendak solat Qasarperlulah berniat sekurang-kurangnya: "Sahaja aku sembahyang Fardhu Zuhur Qasar."Bagi sembahyang sunat yang mempunyai waktu dan sembahyang sunat yangmempunyai sebab, maka wajiblah disertakan di dalam niat hanya dua perkara, iaituQasad ("Sahaja aku sembahyang") dan Ta'yin (sunat Hari Raya Adha, sunat gerhanabulan, dan sebagainya).Dituntut juga dalam perkara niat ini ialah menentukan qabliyah (sebelum) dan ba'diyah(selepas) dalam sembahyang sunat Rawatib. Ini tertentu kepada sembahyang sunatZuhur, Maghrib dan Isya' sahaja, seperti dinyatakan dalam niat: "Sahaja aku solat SunatZuhur qabliyah/ba'diyah" atau "Sahaja aku solat Sunat Sebelum/Selepas Zuhur."Adapun sembahyang sunat Subuh dan Asar tidaklah disyaratkan niat qabliyah, keranakedua-dua sembahyang tersebut hanya ada qabliyah sahaja dan tiada ba'diyah (iaitutidak ada solat sunat Rawatib selepas Subuh dan Asar).Bagi sembahyang sunat mutlak pula wajib disertakan di dalam niat semasa takbiratul-ihram satu perkara sahaja iaitu Qasad. Umpamanya seseorang hanya perlu berniat:"Sahaja aku sembahyang".2.
Takbiratul-Ihram
, iaitu mengucapkan Allahu-Akbar untuk memulakan solat.Perkataan Allahu-Akbar itu tidak boleh ditukar dengan lafaz lain.Sebutan kalimah Allahu-Akbar itu diwajarkan agar tidak melebihi daripada empat belasharakat (tujuh alif), dan pergerakan tangannya tidak melebihi tiga kali pergerakan,kerana semua ini akan menjejaskan kesahihan dan kesempurnaan solat.Nota: sebutan Allahu-Akbar yang teramat panjang ketika niat, dan pergerakan tanganyang berkali-kali, adalah disebabkan oleh was-was atau berterusan tidak kepastian samaada apa yang dilakukanya itu telah sempurna atau belum. Was-was adalah berpuncadari bisikan syaitan, dan seseorang yang ditimpa was-was ini perlulah banyak berzikir,sebaiknya zikir "Laa-Ilaha-Illallah."3.
Berdiri
bagi orang yang berkuasa. Sekiranya seseorang itu berdiri tetapi condong kehadapan, ke belakang, ke kanan atau ke kiri hingga tidak dapat dinamakan sebagaiberdiri maka hukum solat itu tidak sah. Sekiranya tidak mampu berdiri maka bolehlahdilakukan solat secara duduk, baring mengiring, menelentang atau secara mana yangtermampu. Untuk solat sunat dibolehkan sembahyang secara duduk, namun tidakdigalakkan.4.
Membaca al-Fatihah
: pada tiap-tiap rakaat dengan memelihara segala makhraj dantajwid fatihah. Mazhab Syafi'e mewajibkan rukun al-Fatihah untuk makmum dalam solatberjemaah.5.
Rukuk
, berserta tama'ninah. Sekurang-kurangnya rukuk ialah membongkokkanbelakangnya sampai dua tangan di atas dua kepala lutut, disertai dengan tama'ninahiaitu berhenti sebentar sekadar lama bacaan Subhanallah, dan anggota-anggota beratkemudian berhenti. Doa tasbih ketika rukuk ialah:

Activity (35)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Ummu Sulaim liked this
Pak Wawan liked this
Nikmatnya Islam liked this
mummysofea liked this
apinpau liked this
Izanezza Munada liked this
Nurhayatt Jaafar liked this
DelL'z Hawk liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->