You are on page 1of 3

PENULISAN JURNAL

MINGGU 6 (3 MAC 7 MAC 2014 )

~ PENTINGNYA KERJA RUMAH ~


1. Isu / Masalah ini adalah murid-murid sudah mula tidak menyiapkan kerja

Masalah utama pada minggu

rumah. Walaupun kebanyakan murid dapat menyiapkan kerja rumah namun ada yang tidak hantar kerja mereka kepada saya. Sebenarnya masalah ini telah diperhatikan berlaku sejak minggu yang pertama dan kedua, namun masalah ini semakin berleluasa pada minggu seterusnya dan menimbulkan gangguan terhadap pembelajaran pelajar lain selain mengganggu emosi saya. Lebih menggusarkan hati saya apabila murid yang sama kerap melakukan kesalahan yang serupa. Kemudian masalah ini menjadi wabak kepada murid-murid yang lain. 2. Analisis

Pemerhatian telah dilakukan sepanjang beberapa minggu dan berikut merupakan hasil daripada pemerhatian yang telah dilakukan ; a. Murid tidak bertanggungjawab terhadap tugasan kerja rumah yang diberikan oleh guru. b. Segelintir murid gagal menunjukkan bukti yang menunjukkan kerja rumah mereka telah berjaya disiapkan dan mengemukakan alasan-asalan yang streotaip. c. Murid lelaki banyak terlibat dalam masalah ini. d. Murid mengaburi mata guru dengan menghantar buku latihan yang tidak sempurna dan didapati terdapat kemerosotan lembaran yang diberikan. Berdasarkan pemerhatian ini, dapat menggambarkan murid-murid ini mungkin tidak mengambil endah arahan yang saya berikan atau mungkin murid-murid terlalu sibuk di rumah hingga tidak mempunyai kelapangan waktu untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. 3. Cadangan Untuk Memperbaiki

Sebagai cara untuk mengatasi masalah ini, saya telah membuat kolaborasi dengan guru pembimbing dan berbincang mengenai hal ini. Hasil daripada kolaborasi tersebut, guru

pembimbing juga bersetuju dengan masalah yang berlaku dan kami berbincang bagi menangani masalah itu. Guru pembimbing menggalakkan kami untuk lebih bertegas dan melakukan pemantauan berkala dan mengejut. Beliau juga menggalakkan saya untuk sering mengingatkan murid dengan bertanya semula tugasan yang telah diarahkan untuk mereka selesaikan. 4. Tempoh Masa

Tempoh masa yang diambil bagi mengatasi masalah ini adalah satu minggu dan berterusan sepanjang praktikunm membuat pemantauan secara berkala. 5. Penilaian Kejayaan

Menganalisis dokumen latihan murid. 6. Tindakan Susulan

Berikut merupakan langkah tindakan susulan yang akan dilakukan bagi memastikan murid sentiasa bertanggungjawab terhadap tugasan yang guru berikan. a. Mengkaji profil murid dengan melihat taraf sosial dan aras kognitif murid yang berada di kelas yang akan diajar . b. Membuat pemerhatian secara berkala. c. Membuat tinjauan lanjut terhadap murid yang mempunyai kekerapan masalah tertinggi. d. Bertegas dan memberi arahan dengan jelas lagi terang. e. Memberi hukuman dan dendaan kepada pesalah. 6. Kesimpulan

Secara kesimpulannya, masalah ini memang sering berlaku dalam kalangan murid di manamana sekolah seluruh negara, namun guru memainkan peranan penting bagi menggalakkan murid supaya sentiasa menyedari akan kepentingan tugasan yang diberikan terhadap perkembangan proses pembelajaran mereka. Sebagai seorang guru pelatih, saya menyedari bahawa hal ini adalah satu aspek yang perlu dititiberatkan oleh seorang guru bagi memastikan pengajaran mencapai objektifnya dan murid menerima pembelajaran dengan baik.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan :.............................................. Nama :..............................................

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia Tandatangan :.............................................. Nama :..............................................

Tarikh

:..............................................

Tarikh

:..............................................

You might also like