You are on page 1of 5

Bayang-Bayang Bayang- bayang terbentuk apabila cahaya di halang sesuatu objek.

Sebagai contoh, manusia berdiri di kawasan yang lapang dan panas pada waktu cerah. Bayang- bayang akan terbentuk kerana cahaya tidak dapat menembusi objek(manusia). Pada zaman dahulu,manusia menggunakan arah bayang-bayang untuk menentukan waktu dan masa. Malah bayang-bayang juga digunakan untuk menentukan arah kiblat.

Kedudukan arah kiblat berpandukan bayang-bayang

Di dalam Mata Pelajaran Dunia Sains Dan Teknologi Tahun 2, tajuk bayang-bayang terdapat dalam Unit 4, topik Terang dan Gelap. Dalam topik tersebut, murid-murid akan mempelajari tentang kejadian bayang-bayang. Oleh demikian, setelah berbincang akhirnya kami memilih untuk membuat bahan bantu mengajar berkaitan tajuk bayang-bayang. Langkah-Langkah Penyediaan Bahan. 1. Untuk menghasilkan bahan permainan bayang-bayang, kita perlu menyediakan alatan seperti di bawah:

Gam

Mounting Board Gunting Bateri Pemegang Bateri Wayar Mentol Lampu Suis Pemegang Mentol

2. Ukur dan lipat di bahgian tengah kertas Mounting board.

3. Lekatkan dibahagian lipatan dengan pita pelekat supaya ia tidak terkoyak.

4. Ulang langkah 1 hingga 3 dengan menggunakan mounting board baharu. 5. Sambungkan kedua-dua mounting board tersebut supaya ia membentuk sebuah kotak seperti gambar di sebelah.

6. Tutupkan bahagian atas kotak dengan menggunakan mounting board.

7. Tebuk di bahagian dalam kotak dan letakkan mentol, manakala di bahagian belakang pula wayar yang disambungkan ke suis dan bateri.

8. Lekatkan kertas mahjong yang akan bertindak sebagai skrin.

9. Bina haiwan dengan menggunakan kertas keras dan diikat pada sebatang kayu. 10. Nyalakan lampu, bayang-bayang akan terhasil.

Kegunaan bahan dalam membantu pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan murid-murid sekarang tidak lagi pernah menonton permainan wayang kulit. Jadi secara tidak langsung kami menggunakan kaedah ini untuk mengajar matapelajaran Dunia Sains Dan Teknologi tahun 2 dan memperkenalkan kepada murid-murid bahawa wayang kulit

merupakan persembahan tradisi. Walaupun begitu, sedikit inovasi dan ke kreatifan telah diselitkan untuk menarikkan lagi bahan bantu mengajar yang dibina. Berdasarkan topik bayang-bayang, bahan bantu mengajar ini di reka untuk memberi satu permainan menarik kepada murid. Murid akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diberikan beberapa jenis haiwan seperti sotong, ikan, siput. Mereka akan berbincang dan akan menggunakan haiwan tersebut sebagai jalan cerita kepada permainan bayang-bayang.

Langkah Penggunaan Bahan 1. Pastikan bateri berada dalam kedudukan yang betul. 2. Hidupkan suis untuk menyalakan lampu. 3. Masukkan bentuk haiwan(yang iikat dengan lidi) ke dalam ruang yang disediakan di atas kotak. 4. Bahan siap sedia untuk digunakan.

You might also like