You are on page 1of 41

1.0 TAJUK Pergerakan Asas Lokomotor, Bukan Lokomotor dan Manipulatif Alatan 2.0 PENGENALAN Pendidikan Pergerakan ...

Thursday, December 9, 2010


Pergerakan Asas Lokomotor, Bukan Lokomotor & Manipulatif Alatan
1.0TAJUK Pergerakan Asas Lokomotor, Bukan Lokomotor dan Manipulatif Alatan 2.0PENGENALAN Pendidikan Pergerakan merupakan salah satu bidang dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Ia terbahagi kepada empat komponen iaitu gimnastik pendidikan, gimnastik artistik, gimnastik irama, dan pergerakan kreatif. Melalui Pendidikan Pergerakan, murid-murid dapat megenali potensi tubuh badan mereka dalam melakukan pelbagai pergerakan. Sehubungan dengan itu, secara tidak langsung, pelajar akan memperoleh pemahaman tentang keadaan alam fizikal yang melibatkan perkara abstrak seperti masa, jarak, hala, bentuk, saiz, kepantasan dan hubungannya dengan pergerakan yang dilakukan. Pakar-pakar dalam Pendidikan Jasmani (Gallahue, D.L., 1996; Gabbard, C., LeBlanc, B. & Lowy, S., 1994; Burton, 1977) membahagikan pergerakan asas kepada tiga iaitu pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan manipulasi alatan. 2.1Pergerakan Lokomotor 1.Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang memerlukan seseorang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Dengan kata lain, dasar menyokong pelaku pergerakan berubah mengikut

pergerakan. 2. Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan, kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat

pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor, gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. 3. Pergerakan lokomotor dibahagikan kepada dua: a)Lokomotor beritma sekata b)Lokomotor beritma tidak sekata 2.1.1Lokomotor Beritma Sekata 1.Berjalan 2.Berlari 3.Melompat (mendarat dengan dua kaki) 4.Hop (melompat dan mendarat dengan sebelah kaki) 5.Leap (melompat serta larian memanjang dilakukan berterusan dengan kaki berselang-seli) 2.1.2Lokomotor beritma tidak sekata 1.Skip 2.Mengelongsor 3.Galop 2.2Pergerakan Bukan Lokomotor 1.Pergerakan bukan lokomotor merupakan pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Ia dilakukan dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan lokomotor juga diertikan sebagai keupayaan menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat. 2.Antara pergerakan-pergerakan bukan lokomotor ialah:

a)Membongkok b)Meregang c)Mengilas d)Memusing e)Menolak f)Menarik g)Hayun h)Bangkit i)Rebah j)Berbuai-buai 2.3Manipulasi Alatan 1.Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar untuk mempelajari asas sukan dan seterusnya menguasai kemahiran sukan yang pelbagai. Pembelajaran kemahiran ini mesti melibatkan manipulasi alat seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali dan sebagainya yang berbeza dari segi bentuk, saiz dan komposisi. 2.Manipulasi alatan ialah bagaimana cara kita menggayakan atau mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan. 3.Kemahiran manipulasi alatan dapat meningkatkan koordinasi anggota badan contohnya, tangan-mata, kaki-mata dan lain-lain. 4.Pada tahun 1988, Thomas, Lee & Thomas, menyatakan bahawa manipulasi alatan melibatkan tiga aspek, iaitu:

a)Memberi tenaga kepada objek (Melontar, membaling) b)Menguasai objek (Menangkap dan menyambut, menahan) c)Mengawal objek (Menggelecek dan memantul bola) 5.Kemahiran manipulasi alatan hendaklah dibina di peringkat umur pra sekolah atau sekolah rendah. 3.0MATLAMAT Kertas kerja ini disediakan sebagai satu perantaraan untuk memahami dan menerima bimbingan yang lebih lanjut tentang pergerakan asas. Perkara yang ingin dilihat adalah keupayaan kanak-kanak melakukan pergerakanpergerakan asas. Selain daripada itu, amali pergerakan asas ini juga bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang pergerakan asas yang lebih mencabar dan kompleks mengikut tahap kemampuan masingmasing, di samping mengikut peringkat umur. Sehubungan dengan itu, amali pergerakan asas ini secara tidak langsung dapat membentuk dan melatih pelajar agar mempunyai badan yang sihat dan cergas serta minda yang cerdas. Di samping itu juga, melalui pendidikan pergerakan, kanak-kanak dapat mencuba sesuatu kegiatan dan perlahan-lahan pengalaman itu akan membawa kepada perkembangan fizikal, intelek, sosial dan sebagainya. Pendidikan pergerakan asas merupakan salah satu wacana yang menyepak, merejam, mengumpan, memukul,

menyumbang ke arah perkembangan keseluruhan pelajar dalam membentuk sikap sahsiah pelajar tentang keperluan sosial, emosi dan estetik.

Memandang kepentingan ini, tujuan amali pergerakan asas ini adalah untuk membantu kanak-kanak membina kemahiran pergerakan asas. Pergerakan kemahiran persepsi motor akan membantu pelajar berjalan, berlari, melompat

dengan betul, mengetahui cara duduk, berdiri dengan betul dan sebagainya. Manipulasi alatan pula membantu pelajar menggunakan alat dengan cara betul dan membentuk kemahiran dalam sukan apabila pelajar dewasa. 4.0OBJEKTIF Antara objektif kertas kerja amali pergerakan asas ini ialah seperti berikut: 1.Menguji para pelajar tentang kemahiran pergerakan asas 2.Membolehkan para pelajar melakukan pergerakan mengikut keupayaan diri 3.Memberikan pendedahan kepada murid-murid tentang pelbagai

pengalaman pergerakan 4.Membimbing para pelajar untuk menggabungkan pergerakan

menggunakan seluruh anggota badan dalam melakukan pergerakan 5.Melatih murid-murid melakukan pergerakan asas dengan cara yang betul dan selamat untuk menjaga dan mendapatkan postur yang baik dalam pergerakan 6.Memupuk kesungguhan, imej kendiri, keyakinan dan sikap optimis dalam diri pelajar 5.0TARIKH 28 hingga 29 April 2010 6.0 TEMPAT Gimnasium Saidina Abu Bakar, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kampus Pendidikan Islam, Selangor 7.0 KUMPULAN SASARAN Pelajar Tahun 6

8.0

PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI 8.1 Prosedur Pelaksanaan Demonstrasi Dalam amali pergerakan asas ini, setiap pelajar dikehendaki mencipta sekurang-kurangnya 25 pergerakan. Ini bermakna, setiap pelajar mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 25 perlakuan yang berbeza-beza. Dalam melakukan pergerakan asas ini, pelajar perlu bergerak memenuhi kesemua ruang dengan memanipulasikan alatan seperti bola, tali, gelung rotan, belantan, kayu atau pundi kacang. Pelajar perlu bijak menyusun pergerakan supaya perlakuan yang akan dilakukan mudah dan licin. Pelajar juga boleh melakukan pergerakan mengikut kelajuan iaitu melakukan pergerakan dengan pantas, sederhana pantas mahupun perlahan ataupun mengikut aras iaitu daripada aras tinggi sederhana dan rendah. Pergerakan yang dilakukan juga mestilah melibatkan pelbagai arah.

ASSIGNMENT PERGERAKAN ASAS


1.0 PENGENALAN Tujuan pengajaran kemahiran pergerakan asas ialah untuk membolehkan setiap kanak-kanak menggunakan tubuh badan mereka sebagai alat untuk melakukan pergerakan dengan cara yang berkesan, iaitu mendorong kanak-kanak untuk mengkaji pertalian antara pergerakan asas dengan elemen-elemen pergerakan ( ruang / masa / kuasa ), melatih kanak-kanak untuk melakukan setiap kemahiran asas dengan betul, serta meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang pergerakan yang dihasilkan. Kemahiran-kemahiran asas boleh dikategorikan kepada empat komponen iaitu Kemahiran Pergerakan Asas, Kemahiran Manipulatif, Kemahiran Asas Sukan dan Kemahiran Asas Fizikal. Dalam Kemahiran Pergerakan Asas, kemahiran ini terbahagi kepada dua, iaitu kemahiran lokomotor dan kemahiran bukan lokomotor. 1.1 Kemahiran Lokomotor Kemahiran ini memerlukan individu bergerak melalui ruang iaitu dari satu tempat ke satu tempat yang lain. la dibahagikan kepada dua, iaitu Lokomotor Beritma Sekata dan Lokomotor Beritma Tidak Sekata. Kemahiran ini mengandungi lapan pergerakan iaitu lima pergerakan Beritma Sekata dan tiga pergerakan Beritma Tidak Sekata. 1.1.1 Lokomotor beritma sekata 1. Berjalan Pergerakan merentasi ruang dengan memindah-mindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki yang lain. 2. Berlari Kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh anggota terangkat daripada mencecah bumi 3. Melompat (mendarat dengan dua kaki) Pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak dengan tolakan / lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki 4. Hop (melompat dan mendarat dengan sebelah kaki) 5. Leap (melompat serta larian memanjang dilakukan berterusan dengan kaki berselang-seli) 6. Meloncat Ketika berlari, pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai. 7. Melompat Ketingting Melompat menggunakan sebelah kaki sahaja. Selepas itu, kaki yang sama akan mendarat semula. Lutut kaki yang tidak digunakan hendaklah dibengkokkan supaya kakinya tidak mencecah tanah.Kaki didaratkan di atas ibu jari dahulu, kemudian hujung tapak dan tumit di atas tanah. 1.1.2 Lokomotor beritma tidak sekata 1. Skip 2. Melongsor

3.Galop

1.2 Kemahiran Bukan Lokomotor Kemahiran ini adalah kemahiran yang boleh dilakukan tanpa menggerakkan dasar penyokong seseorang. 1.2.1 Membongkok Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian badan rapat antara satu sama lain. Kapasiti bahagian badan yang boleh bengkok bergantung kepada struktur sendi terlibat.Sendi engsel membenarkan bahagian badan dibongkok ke hadapan dan ke belakang sahaja.Jenis sendi ini terdapat di Jari-jari tangan, Jari-jari kaki, siku dan lutut.Manakala sendi bola dan soket pula membenarkan bahagian badan dibongkokkan ke hadapan, ke belakang, ke kiri, ke kanan dan dalam bulatan.Sendi Jenis ini terdapat di paha, di pinggul dan di sendi yang menghubungkan bahagian lengan atas dan bahu. 1.2.2 Meregang Meregang ialah ekstensi atau hiperekstensi bahagian-bahagian badan. Ekstensi didefinisikan sebagai pengembalian bahagian badan ke kedudukan rentang selepas ia difleksibelkan atau dilipatkan. Hiperekstensi pula ialah rentangan melebihi 180 darjah. Contoh-contoh aktiviti untuk membongkok dan meregang: 1. Membongkok dan meregang bahagian-bahagian badan. Bermula dengan bahagian kecil badan seperti jari-jari tangan, jari-jari kaki, tangan dan kaki kepada bahagian besar bahagian badan seperti kaki, lengan, kepala dan belakang. 2. Membongkok dan meregang bahagian badan dengan menggunakan bahagian badan yang berlainan untuk dijadikan dasar menyokong.

1.2.3 Mengilas Mengilas ialah pusingan badan atau bahagian badan mengeliling paksi panjang tanpa menggerakkan dasar menyokong.Mengilas hanya boleh berlaku dalarn arah bulatan sahaja.Struktur sendi menentukan bahagian badan yang boleh dikilas.Sebagai contoh, badan boleh dikilas pada paksi panjang. 1.2.4 Memusing Memusing ialah pergerakan memusingkan bahagian badan.Apabila seluruh badan berpusing, dasar menyokong berubah tempat. Contoh-contoh aktiviti untuk mengilas dan memusing: 1. Mengilas bahagian-bahagian badan yang berlainan seperti kaki, lengan, badan, dan leher. 2. Membentuk dengan mengilas dan menggunakan bahagian badan berlainan sebagal dasar menyokong. 1.2.5 Menolak Menolak ialah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan.Menolak menjauhkan objek dari badan atau menjauhkan badan dari objek.Pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan dan lengan, tapak dan kaki, bahu, dan pinggul. 1.2.6 Menarik Menarik adalah untuk menggerakkan atau merapatkan objek kepada badan.Biasanya

pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan. Contoh-contoh aktiviti menolak dan menarik: 1. Menolak dalam ruang dengan menggunakan bahagian badan yang berlainan 2. Tolak satu tangan ke atas , ke bawah , dan ke sisi . 3. Menolak objek seperti pundi kacang dan bola . Guna bahagian badan yang berlainan seperti tangan , siku , dan kaki.

1.2.7 Hayun Hayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh bulatan mengelilingi satu titik tengah yang tetap. 1.2.8 Berbuai-buai Pergerakan ke kiri dan kanan tubuh badan yang dikawal oleh badan. Contoh-contoh aktiviti untuk hayun dan berbuai-buai: 1. Hayun tangan ke hadapan , ke belakang , atau menyilang badan di dada. 2. Hayun kaki ke hadapan , belakang atau ke sisi menyilang kaki lain. 3. Hayun dengan bergayut pada palang. 4. Berbuai dengan berdiri tegak dan menggerakkan badan ke sisi , ke kiri dan ke kanan. 1.2.9 Rebah Badan atau bahagian badan bergerak dari paras tinggi ke paras sendah . Rebah mungkin merupakan satu pergerakan yang cepat atau perlahan untuk merendahkan badan . Rebah yag tiba-tiba berlaku jika tenaga menyokong badan dilepaskan dengan cepat dan secara keseluruhan. Rebah mungkin berbentuk keseluruhan atau separa sahaja.Rebah separa berlaku jika imbangan didapati semula tanpa perubahan dasar menyokong.Sebaliknya rebah keseluruhan terjadi apabila pergerakan ke bawah berlaku secara berterusan sehingga dasar menyokong baru didapati. 1.2.10 Bangkit Untuk bangkit, badan seharusnya mempunyal imbangan, mempunyal dasar menyokong yang stabil dan tenaga otot yang cukup untuk mengatasi tarikan pusat bumi.

Contoh-contoh aktiviti untuk rebah dan bangkit: 1. Rebah-duduk berlunjur, condongkan badan ke belakang sehingga bahagian atas badan tidak seimbang lalu jatuh. 2. Berdiri dan dengan perlahan merebahkan badan di atas tilam . 3. Rebah ke hadapan di atas tilam dan berguling. 4. Rebah dan bangkit berulang-ulang kali. 1.3 Kemahiran Manipulatif Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Melalui pembelajaran kemahiran ini, murid-murid dapat mengawal dan mengendalikan pelbagai objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali, kayu, reben, gelung kecil, belantan dan sebagainya yang berbeza dari segi bentuk, saiz, dan komposisi.

Thomas, Lee & Thomas (1988) menyatakan bahawa manipulasi melibatkan tiga aspek iaitu: 1. Memberi tenaga kepada objek ( melontar, menyepak, merejam, mengumpan, memukul ) 2. Menguasai objek ( menangkap dan menyambut ) 3. Mengawal objek ( menggelecek dan memantul bola )

2.0 MATLAMAT Amali Pergerakan Asas ini diadakan bertujuan untuk memenuhi silibus matapelajaran Pergerakan Asas yang juga menjadi persediaan asas bagi pelajar-pelajar untuk mencapai prestasi yang cemerlang dalam ujian semester dua nanti. Selain daripada itu, amali ini juga bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada aktiviti pergerakan asas yang lebih mencabar dan kompleks mengikut tahap umur.Diharapkan para pelajar dapat menggunakan sebaik mungkin peluang ini dengan menimba seberapa banyak pengalaman dan mempelajari sesuatu yang baru mengenai pergerakan asas ini.Selain itu juga, melalui tugasan amali yang diberikan secara indvidu, diharapkan guru pelatih mendapat pengetahuan yang maksimum disamping mempraktikkan pergerakan yang betul dalam kehidupan seharian. Semoga amali seperti ini menjadi perintis kepada pelajar lain untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini dan seterusnya melahirkan insan yang berkeyakinan dan mempunyai kekuatan serta ketahanan diri yang tinggi. 3.0 OBJEKTIF Kertas kerja ini disediakan adalah bertujuan untuk : 1. Menguji para peserta dari segi kemahiran lokomotor, bukan lokomotor, dan manipulasi alatan. 2. Dapat mengaplikasikan pergerakan asas dalam kehidupan seharian dengan lebih berkesan. 3. Pelajar dapat melakukan pergerakan asas dengan cara yang betul serta dapat menggabungkan pergerakan menggunakan seluruh anggota badan dalam melakukan sesuatu pergerakan. 4. Melakukan kemahiran dengan cara yang betul dan selamat untuk menjaga dan mendapatkan postur yang baik dalam pergerakan. 5. Memupuk kesungguhan, imej kendiri, keyakinan dan sikap optimis dalam diri pelajar. 6. Meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai-bagai bahagian tubuh badan. 7. Melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga postur yang baik. 8. Bergerak secara kreatif dengan menyerapkan empat aspek pergerakan iaitu ruang, masa, beban dan aliran. 9. Mengamalkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian. 10. Mengkoordinasi bahagian tubuh badan bagi manipulasi alatan. 11. Melahirkan perasaan dengan menginterpretasi idea secara simbolik melalui pergerakan. 12. Berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan. 13. Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. 5.0 Tarikh 30 April 2010 6.0 Tempat Gimnasium Saidina Hamzah 7.0 Kumpulan Sasaran Pelajar Tahun Empat

8.0 PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI Dalam amali pergerakan asas ini, setiap pelajar dikehendaki mencipta 20 pergerakan iaitu 10 pergerakan lokomotor dan 10 pergerakan bukan lokomotor. Ini bermakna, setiap pelajar mestilah mempunyai 20 perlakuan yang berbeza-beza.Dalam melakukan pergerakan asas ini, pelajar perlu bergerak memenuhi kesemua ruang dengan memanipulasikan sejenis alatan contohnya alatan seperti bola, tali, reben atau gelung rotan. Pelajar perlu bijak menyusun pergerakan supaya perlakuan yang akan dilakukan mudah dan licin. Pelajar juga boleh melakukan pergerakan mengikut kelajuan iaitu melakukan pergerakan dengan pantas, sederhana pantas mahupun perlahan ataupun mengikut aras iaitu daripada aras tinggi, sederhana dan rendah. 8.1 Pelan lantai Rujuk Lampiran

8.2 Senarai peralatan berat 1) Exercise Mat 2) Bangku panjang 3) Peti Lombol 4) Papan Anjal 5) Skittel 6) Kotak

8.3 Senarai alatan tangan 1) Gelung 2) Belatan 3) Pundi kacang 4) Riben

8.4 Prosedur pelaksanaan demonstrasi Pergerakan 1 Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor Nama Pergerakan : Dirian Bangau Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Berdiri tegak 2) Angkat sebelah kaki bersudut 90 darjah 3) Tangan didepakan untuk meningkatkan keseimbangan

Pergerakan 2 Jenis Pergerakan : Lokomotor Nama Pergerakan : Bola Berputar

Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Berdiri tegak 2) Rendahkan badan seperti melutut 3) Depakan tangan ke hadapan dan menyentuh lantai 4) Gulingkan badan ke hadapan sebanyak dua kali 5) Berdiri tegak seperti sediakala.

Pergerakan 3 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor Nama pergerakan : Irama gelung Alatan : Gelung (1) Cara pelaksanaan : 1) Berdiri tegak sambil memegang gelung dengan tangan kanan 2) Pusingkan gelung bermula dari arah bawah

Pergerakan 4 Jenis pergerakan : Lokomotor Nama pergerakan : Pusingan menggapai langit Alatan : Tilam Cara pelaksanaan : 1) Menahan badan dengan tangan, bermula dengan tangan 2) Pusingkan badan ke arah bertentangan dengan tangan kanan menahan badan 3) Ulang langkah 1 dan 2

Pergerakan 5 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor Nama pergerakan : Tepuk pundi Alatan : Pundi kacang (1) Cara pelaksanaan : 1) Berdiri tegak sambil memegang pundi kacang 2) Lambung pundi kacang itu ke atas sambil menepuk tangan dua kali

Pergerakan 6 Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor Nama Pergerakan : Jambatan Gantung Alatan : Tiada

Cara Perlaksanaan: 1) Baring di atas lantai 2) Bengkokkan lutut dan bawa tangan ke belakang 3) Angkat bahagian belakang badan ke atas

Pergerakan 7 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor Nama pergerakan : Gerakan harimau Alatan : Pundi kacang (2) Cara pelaksanaan : 1) Posisi adalah seperti merangkak 2) Pundi diletakkan di atas belakang tapak tangan 3) Merangkak ke hadapan bermula dengan tangan kanan di hadapan dan diikuti tangan kiri pula secara berselang-seli

PERGERAKAN 8 Jenis Pergerakan : Lokomotor Nama Pergerakan : Lompat Tinggi-tinggi Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Berdiri seluas bahu dengan lutut dibengkokkan sedikit dan tangan dihayun ke belakang. 2) Lompat setinggi mungkin ke hadapan 3) Mendarat dengan kedua-dua belah kaki dan lutut dibengkokkan sedikit untuk menyerap hentakan.

Pergerakan 9 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor Nama pergerakan : Gelungku pusing Alatan : Gelung (1) Cara pelaksanaan : 1) Duduk melutut dengan memegang gelung ke hadapan 2) Pusingkan gelung 360 bermula dari arah kanan dengan menggunakan tangan

Pergerakan 10 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor Nama pergerakan : Imbangan pundi Alatan : Pundi kacang (1)

Cara pelaksanaan : 1) Berdiri dengan sebelah kaki sementara pundi diletakkan di atas kepala 2) Lompat ke hadapan dengan sebelah kaki (seperti permainan ketingting) sambil tangan didepakan untuk mengimbang badan 3) Rapatkan kedua-dua belah kaki setelah semasa mendarat

PERGERAKAN 11 Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor Nama Pergerakan : Duduk Si Tempang Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Peserta berdiri tegak dengan tangan di sisi 2) Peserta mendepakan tangan ke sisi sambil mengangkat dan meunjurkan kaki ke hadapan 3) Peserta duduk separuh dan pastikan lutut dibengkokkan 90 darjah.

Pergerakan 12 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor Nama pergerakan : Bus driver Alatan : Gelung (1) Cara pelaksanaan : 1) Berdiri sambil memegang gelung ke hadapan seperti memegang stereng bas 2) Berjalan ke hadapan dengan memulakan langkah dengan kaki kanan dan memusing gelung ke arah kiri dahulu 3) Ulang langkah 2 dengan menukar arah kaki dan arah pusingan gelung

Pergerakan 13 Jenis Pergerakan : Lokomotor Nama Pergerakan : Lompat Berpusing Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Berdiri tegak kemudian berlari anak sejauh 4 langkah 2) Lompat sambil memusingkan badan 3) Mendarat dengan kedua-dua belah kaki

Pergerakan 14 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan Lokomotor Nama pergerakan : Belantanku sayang

Alatan : Belatan (2) Cara pelaksanaan : 1) Berdiri tegak 2) Belatan digerakkan bermula dengan arah atas 3) Kemudian, belatan digerakkkan ke arah sisi 4) Seterusnya, belatan digerakkan ke arah hadapan 5) Ulang langkah 2,3 dan 4

PERGERAKAN 15 Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor Nama Pergerakan : Imbangan Sisi Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Peserta baring sisi kanan 2) Tangan kanan ditegakkan untuk mengangkat badan ke atas 3) Tahan dan cuba imbangkan badan selama 5 saat

Pergerakan 16 Jenis Pergerakan : Lokomotor Nama Pergerakan : Gulingan Balak Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Berbaring dengan tangan lurus ke atas 2) Gulingkan badan ke sisi

Pergerakan 17 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor Nama pergerakan : Gerudi belantan Alatan : Belantan (2) Cara pelaksanaan : 1) Bongkokkan badan dengan mengangkat sebelah kaki sambil tangan memegang belatan ke hadapan 2) Angkat kaki kiri ke belakang dan putarkan belatan ke hadapan 3) Ulang langkah 2 dengan mengangkat kaki kanan

PERGERAKAN 18 Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor

Nama Pergerakan :Bangkit tubi Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Peserta meletakkan tangan di sisi badan dan lutut dibengkokkan 2) Peserta meletakkan tangan secara bersilang di dada 3) Peserta bangun hingga dada mencecah lutut 4) Kembali ke kedudukan asal

PERGERAKAN 19 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor Nama pergerakan : Lompatan Si Gemuk Alatan : Kotak dan gelung (1) Cara pelaksanaan : 1) Berdiri di permulaan kotak dengan badan berada di dalam gelung 2) Tangan memegang gelung pada paras pinggang 3) Lompat melepasi kotak 4) Mendarat dengan lutut dibengkokkan sedikit

Pergerakan 20 Jenis Pergerakan : Lokomotor Nama Pergerakan : Kudaku Laju Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Berdiri tegak dengan siku dibengkokkan ke dada 2) Kaki kanan diangkat ke hadapan dan kaki kiri melangkah seperti biasa 3) Pergerakan diulang dengan bergerak ke hadapan

Pergerakan 21 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor Nama pergerakan : Morning glory Alatan : Belantan (2) Cara pelaksanaan : 1) Bongkokkan badan ke sebelah kanan dengan memegang belatan ke hadapan 2) Angkat belatan ke atas mengikut arah iaitu dari kanan ke kiri Pergerakan 22 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan Lokomotor

Nama pergerakan : Ular Terbang Alatan : Riben Cara pelaksanaan : 1) Berdiri sambil memegang riben 2) Menggerakkan riben ke kiri dan ke kanan 3) Memutarkan riben pada paras atas kepala.

PERGERAKAN 23 Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor Nama Pergerakan : Tekan Tubi Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Peserta dalam keadaan sedia iaitu dalam keadaan meniarap 2) Peserta meluruskan siku untuk menaikkan badan ke atas 3) Siku dibengkokkan kembali dan badan turun ke bawah tetapi tidak mencecah lantai 4) Ulang langkah 2 dan 3 sebanyak 5 kali

PERGERAKAN 24 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor Nama pergerakan : Lompatan X Alatan : Papan anjal dan belatan (2) Cara pelaksanaan : 1) Berdiri di permulaan papan anjal dengan tangan memegang belatan yang disilangkan seperti bentuk X 2) Lompat ke atas papan anjal dengan tangan di sisi sambil memegang belatan 3) Semasa mendarat, belatan di tangan disilangkan semula

PERGERAKAN 25 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor Nama pergerakan : Hayunan belantan Alatan : Peti lombol dan belantan (2) Cara pelaksanaan : 1)Duduk melutut di atas peti lombol sambil memegang belatan ke arah bawah 2)Belatan diangkat ke sisi dan dihayun ke atas dan ke bawah secara berulangkali PERGERAKAN 26 Jenis Pergerakan : Lokomotor Nama Pergerakan : Merangkak

Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Peserta seperti keadaan merangkak 2) Peserta bergerak ke hadapan Pergerakan 27 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor Nama pergerakan : Lompat katak bergelung Alatan : Gelung (1) Cara pelaksanaan : 1)Posisi badan adalah seperti permulaan lompat katak, iaitu posisi mencangkung, dengan badan berada di dalam gelung sambil tangan memegang gelung 2)Melompat ke hadapan seperti lompat katak

Definisi Pendidikan Jasmani


Menurut laman web eksiklopedia bebas Wikipedia , Pendidikan Jasmani didefinisikan sebagai suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan

fizikal

termasuk

perkembangan

mental

dan

sosial.

Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks pengalaman pendidikan menyeluruh dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu. Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktivitiaktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak, Freeman (1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi. Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalamanpengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.

Bidang pengajaran pergerakan manusia yang berfokus kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan pergerakan dan prestasi motor yang berlaku sepanjang hayat. Perubahan yang berlaku adalah hasil proses menjadi yang di alami oleh sistem biologi seperti proses perkembangan tumbesaran, kematangan, dan penuaan. Ia dapat dilihat menerusi dua aspek iaitu peningkatan keupayaan dari bayi hingga dewasa dan penurunan keupayaan dari dewasa hingga tua. Aspek keupayaan dari bayi hingga dewasa dikenali sebagai tahap bagi golongan muda di mana mereka mempunyai banyak tenaga dan sentiasa bergiat cergas untuk melakukan pelbagai aktiviti. Aspek kedua ialah penurunan keupayaan dari dewasa hingga tua. Pada tahap ini, peningkatan umur berlaku dan mereka melalui proses penuaan. Ianya memberi kesan kepada perkembangan mereka. Contohnya, untuk perkembangan fizikal, golongan ini tidak lagi bergiat cergas dan mungkin tidak berupaya melakukan sesetengah aktiviti.

Kanak-kanak secara semula jadinya suka melakukan pergerakan. Mereka secara fitrahnya ingin belajar dan mempunyai naluri ingin tahu yang tinggi. Apabila kanak-kanak melibatkan diri dengan aktiviti fizikal, mereka akan melakukan dengan sepenuh hati dan mereka juga akan bergerak dengan menggunakan seluruh anggota badan mereka. Menurut Wall dan Murray (1994) dalam Zainun Ishak (2006), pergerakan merupakan suatu daya yang wajib dilakukan bagi seseorang individu. Justeru, amatlah penting agar kanak-kanak didedahkan untuk mempelajari pergerakan dan juga bergerak untuk mempelajari sesuatu. Contohnya, kanak-kanak yang belajar berjalan akan menggunakan pergerakan untuk meneroka persekitaran mereka. Sebelum mengajar aktiviti fizikal, terlebih dahulu guru hendaklah mempunyai minat dan menguasai kemahiran tentang sesuatu aktiviti yang mereka ajarkan. Guru juga hendaklah bertanggungjawab dalam mengendalikan sesuatu pengajaran dan pembelajaran aktiviti fizikal tersebut kerana kemahiran yang akan dipelajari oleh kanak-kanak akan menjadi asas yang kukuh dalam perkembangan pergerakan mereka. Pengajaran aktiviti fizikal awal kanak-kanak amat menyeronokan untuk dipelajari oleh kanak-kanak dan guru. Di samping itu, pengajaran dan pembelajaran berlaku dimana guru dan murid berinteraksi dalam suasana yang riang dan bergembira. Menurut Wall (1981) dalam Zainun Ishak (2006), suatu penemuan tentang apa yang dapat dilakukan oleh tubuh badan dan memperoleh kemahiran adalah pengalaman yang menguntungkan. Selain itu, kemahiran tersebut boleh disesuaikan dengan peralatan yang dijadikan sebagai halangan atau rintangan dan juga daya cipta tarian yang dapat dilakukan secara berpasangan. Pergerakan asas terdiri daripada tiga jenis iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan juga pergerakan manipulatif. Ketiga-tiga pergerakan ini melibatkan kemahiran motor kasar. Lantaran itu, guru dan juga ibubapa perlu membantu kanak-kanak untuk mengembangkan kemahiran tersebut secara berkesan. Ini kerana tubuh badan merupakan alat yang penting dalam melakukan pergerakan. Posted by kumpulan 7 at 11:25 PM 0 comments 2.0) Motor kasar Kemahiran motor kasar bermaksud satu kawalan pada tingkahlaku badan yang memerlukan banyak tenaga dari otot dan membolehkan kanak-kanak bergerak balas dengan persekitarannya. Perkembangan kemahiran motor kasar banyak bergantung pada perkembangan otak kerana ianya memerlukan keseimbangan badan dan juga kemahiran mata tangan kanak-kanak. Jika kanak-kanak mengalami masalah penglihatan atau pendengaran, mereka akan sukar mengimbangkan badan. Antara contoh kemahiran motor kasar ialah berlari, melompat, berjalan, dan sebagainya. Tetapi, sedari awal bayi, mereka mula menunjukkan kemahiran-kemahiran asas motor kasar seperti mengangkat kepala, memusingkan badan, merangkak, dan lain-lain. Perkembangan fizikal kanak-kanak pada umur 3 hingga 6 tahun berada pada tahap sederhana di mana ianya dipengaruhi oleh pelbagai faktor iaitu keturunan, pemakanan, pendapatan keluarga, dan kumpulan etnik. Contohnya, jika ibu bapa kanak-kanak mengalami obesiti, maka kanak-kanak tersebut juga mengalami keadaan yang sama dan mereka mungkin amat sukar melakukan aktiviti fizikal di sebabkan tubuh badan mereka yang besar. Selain itu juga, ibu bapa perlu menjaga pemakanan seimbang bagi kanak-kanak agar meraka dapat bergiat cergas dalam melakukan aktiviti. Pendapatan keluarga juga turut mempengaruhi dimana ibu bapa yang berpendapatan besar dan prihatin akan perkembangan kanak-kanak mampu menyediakan makanan berkhasiat dan peralatan fizikal bagi kanak-kanak. Akhir sekali, bagi kumpulan etnik, contohnya masyarkat Cina yang gemar

melakukan senaman Tai Chi mampu menarik minat anak-anak mereka untuk melakukan aktiviti kecerdasan tersebut. Gerakan motor kasar kanak-kanak dapat ditingkatkan dengan memberi ruang kepada kanak-kanak untuk melakukan pelbagai aktiviti. Aktiviti yang dirancang perlu dilakukan dalam kedudukan yang berbeza seperti arah depan, belakang, kiri, dan kanan. Contohnya, kanak-kanak berlari ke depan, belakang, kiri, dan kanan. Guru perlu menjadi lebih kreatif dalm memperbanyakkan variasi dalam pergerakan kanak-kanak. Ini perlu dilakukan supaya kanak-kanak tidak merasa bosan dan ini akan menyeronokkan lagi kanak-kanak untuk melakukan aktiviti. Di dalam gerakan motor kasar, terdapat 2 kemahiran iaitu kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor. Posted by kumpulan 7 at 11:24 PM 0 comments 3.1) Pergerakan Lokomotor 3.1.1 Definisi Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh kanak-kanak itu akan menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut seperti berjalan, berlari, melompat dan sebagainya (Domelly & Gallahue, 2003). Selain itu, pergerakan lokomotor juga memerlukan penyokong atau titik pusat berubah mengikut pergerakan tertentu. Titik pusat bermaksud kedudukan kaki yang tetap sama ada berubah atau bergerak. Contohnya ialah, ketika aktiviti berlari dijalankan, kedudukan kaki kita berubah dan bergerak dari temapt asal keran kita berlari ke arah depan atau belakang. Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang. Ini bermaksud, sesuatu pergerakan dilakukan kerana kita mempunyai matlamat tertentu mengapa ianya dilaksanakan. Contohnya, seorang kanak-kanak melakukan aktiviti larian setiap hari kerana kanak-kanak tersebut memasang angan-angan bahawa dia mahu menjadi atlet sukan terkenal pada masa hadapan. Aktiviti berlari juga membolehkan kita melarikan diri dari keadaan berbahaya seperti di kejar anjing, penjahat, dan sebagainya. Selain itu juga, aktiviti berjalan juga mempunyai matlamatnya sendiri dan membolehkan kita pergi ke satu tempat ke satu tempat yang lain. 3.1.2. Konsep pergerakan lokomotor Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Aliran merupakan beberapa pergerakan dirangkai dengan berturutan, berterusan dan licin. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu dan boleh menambahkan lagi daya tarikan persembahan tersebut. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor yang melibatkan beberapa aspek. Yang pertama adalah aspek arah tinggi, sederhana dan rendah. Contohnya, dalam aktiviti lompatan, kanak-kanak boleh melakukan lompatan yang bermula dari arah rendah, kemudian sederhana, dan seterusnya tinggi. Sebelum kanak-kanak dapat melompat dengan lebih tinggi, mereka perlu melompat dari arah rendah dahulu. Yang kedua aspek aliran seperti awangan, lurus, berliku-liku, dan zig-zag. Antara contoh gerakan yang boleh dilakukan kanak-kanak ialah berjalan lurus lalu melompat ke atas (awangan), kemudian berjalan berliku-liku, dan berjalan mengikut arah zig-zag. Yang ketiga aspek beban seperti halusringan dan berat-kuat. Pergerkan halus-ringan bermaksud pergerakan halus yang memerlukan tenaga yang ringan atau sedikit seperti berjalan secara perlahan dan pergerakan berat-kuat bermaksud pergerakan berat seperti berlari, melompat dan sebagainya yang memerlukan tenaga yang lebih dan kuat. Aspek yang terakhir adalah masa seperti cepat dan lambat. Masa bergantung

kepada jenis aktiviti yang dilakukan. Jika kanak-kanak berlari, maka masa menjadi lebih cepat manakala jika kanak-kanak berjalan perlahan, maka masa yang diambil menjadi lambat. 3.1.3 Contoh-contoh pergerakan lokomotor Terdapat pelbagai contoh yang melibatakan pergerakan lokomotor antaranya ialah: 1. Berjalan Berjalan ialah kemahiran yang paling asas di mana kita banyak melakukannya dalam kehidupan kita sehari-hari. Ramai kanak-kanak mempunyai tabiat berjalan yang salah. Hal ini biasanya memenatkan beberapa bahagian anggota badan yang lain. Selain kaki ianya juga menyebabkan penggunaan tenaga berlebihan yang sepatutnyan boleh dikurangkan. Kedudukan imbangan yang betul semasa berjalan dan mekanisme yang sesuai boleh membuat seseorang itu berjalan dengan gaya yang betul. Gaya berjalan yang biasa merupakan pergerakan merentasi ruang dengan memindah-mindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki yang lain. Kanak-kanak biasanya mula berjalan sejak berusia 11 bulan. Aktiviti berjalan ini bermula sejak kanak-kanak sudah pandai berdiri bersendirian tanpa bantuan. Pada tahap ini kanak-kanak perlu dibimbing oleh orang dewasa supaya kanak-kanak dapat menguasai aktiviti ini. Selepas itu kanak-kanak boleh berjalan dengan betul bermula umur 1 tahun. Antara teknik berjalan yang betul ialah hujung kaki hendaklah menghala lurus ke hadapan dengan sisi bahagian dalam kedua-dua belah kaki seolah-olah mengikut satu garis lurus. Tangan menghayun bebas berselang-seli mengikut arah yang bertentangan dengan arah kaki melangkah. Mengikut perlakuan seumpama ini dapat memberi imbangan badan dan dapat pula membawa bahagian badan bergerak ke hadapan. Pada ketikanya apabila kedua-dua tapak kaki menyentuh tanah, dan pada masa inilah satu tapak berpijak pada yang baru terhasil dan boleh menahan anggota badan daripada rebah. Kedua-dua badan hendaklah sentiasa tegak dan dalam keadaan yang selesa. Selepas itu, kanak-kanak akan berjalan dengan ibu jari kaki menghala bengkok ke arah luar dan dalam. Kaki terbuka lebar semasa berjalan. Tapak kaki terlalu rapat semasa berjalan menghayun berlebihlebihan. Kepala condong ke hadapan. 2. Berlari Selepas tahap berjalan ia adalah lumrah bagi kanak-kanak untuk bergerak secara laju dan mereka sukakan aktiviti berlari. Kanak-kanak mempunyai tenaga yang banyak dan mereka meyalurkan tenaga tersebut dengan berlari dan melakukan aktiviti yang lasak. Pada usia 3 hingga 5 tahun, kanakkanak sudah boleh berlari dengan lancar dan laju tanpa jatuh kerana otot-otot sudah berkembang dengan baik. Pada usia 5 hingga 6 tahun, kanak-kanak sudah boleh berlari sambil menendang bola. Selain itu, pada tahap ini kanak-kanak gemar berlumba lari dengan kanak-kanak yang lain. Ketika berlari, pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai ketika berlari. Haruslah diingatkan bahawa ketika berlari, kanak-kanak perlu menggunakan hujung jari kaki dan jangan menggunakan telapak kaki penuh. Semasa berlari lutut diangkat ke hadapan dan kemudian kaki dihulur untuk mencecah tempat berpijak. Kaki belakang dibengkokkan serta terangkat dari tanah setelah mengambil kekuatan atau lanjutan untuk bergerak maju. Panjangkan langkah kaki, percepatkan langkah, dan yang paling penting kanak-kanak perlu diajar untuk mengawal pernafasan dengan baik. 3. Melompat Lompatan selalunya digunakan dalam pelbagai bidang sukan, rekreasi, dan kehidupan seharian.

Lompatan bermula sejak dari kanak-kanak lagi dan melibatkan anggota badan untuk menyokong pergerakan ini. Justeru itu, lompatan ialah pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak dengan tolakan atau lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki. Badan berada di udara buat seketika, kemudian turun semula di atas sebelah atau kedua-dua kaki. Tujuan lompatan mungkin untuk menguasai jarak hadapan atau ketinggian lompatan. Selain itu, lompatan juga melibatkan ruang dan jarak yang luas apabila dapat melakukan lompatan dengan selesa. Pada umur 3 tahun lompatan kanak-kanak sudah mula menjadi sempurna. Selalunya kanak-kanak melompat dengan bantuan papan spring. Ini boleh dijadikan peneguhan positif bagi kanak-kanak untuk terus melompat. Kanak-kanak juga boleh diajar melakukan pelbagai lompatan haiwan seperti lompat seperti katak, kangaroo, arnab, dan sebagainya. Ini juga akan menyeronokkan kanak-kanak disamping dapat mempelajari cara lompatan bagi haiwan-haiwan tersebut. 4. Skip Skip adalah gabungan berjalan dan melompat dengan satu kaki. Ianya biasa dilakukan di tamantaman permainan dan aktiviti ini mula dikuasai pada usia pra-sekolah. Antara langkah-langkah skip ialah langkah dengan sebelah kaki, kemudian ketingting dengan kaki yang sama, dan tukar ulang pergerakan dengan kaki yang sebelah lagi. Pergerakan ini boleh dilakukan dengan arah yang bebas, tetapi polanya hendaklah serupa, iaitu bertukar-tukar kaki sambil mengimbangkan berat badan pada setiap pertukaran langkah. 5. Galop (berlari seperti kuda) Galop merupakan satu pergerakan lokomotor yang agak sukar bagi kanak-kanak kerana ianya merupakan satu pergerakan berlari yang disertai dengan melompat dari satu tempat ke tempat yang lain. Akan tetapi, aktiviti ini boleh dikuasai oleh kanak-kanak pada usia pra-sekolah. Galop ini menyerupai cara berlari seperti seekor kuda. Selain itu, ianya merupakan antara variasi pergerakan berlari dan ianya adalah satu cara yang paling kreatif untuk aktiviti fizikal. Antara langkah-langkah untuk melakukan aktiviti ini adalah satu kaki bergerak kehadapan dan kaki tersebut mengimbangi badan. Kaki belakang pula digerakkan kehadapan dan ke belakang dan seterusnya tumit kaki bergerak ke hadapan. Dengan pergerakan yang pantas, kedua-dua kaki diangkat kehadapan dan berat badan diletakkan pada kaki belakang. Menolak dan mendarat bebola kaki ke belakang dan ke hadapan. Lutut dan pergelangan kaki sentiasa dibengkokkan semasa pergerakan dilakukan. 6) Hop (melompat dengan sebelah kaki) Hop merupakan satu lompatan kehadapan yang menggunakan sebelah kaki sahaja dan mendarat dengan kaki yang sama. Ini dapat dilihat menerusi permainan kanak-kanak yang paling popular iaitu teng-teng. Menurut Gabbard (1992), hop merangkumi urutan yang tersendiri. Sebelum kanak-kanak mahir melakukan hop, mereka perlu dapat mengimbangi sebelah kaki sahaja apabila berdiri. Ini bermakna, kanak-kanak perlu berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja. Apabila kanak-kanak berjaya mengimbangkan badan mereka, mereka dapat melakukan hop tanpa bantuan. Antara caracara pergerakan hop ialah mata melihat ke hadapan, berdiri dengan betul dan kedua-dua belah tangan untuk mengimbangi badan. Angkat sebelah kaki dan lutut kaki tersebut dibengkokkan kebelakang. Selepas itu, lompat dengan kaki tersebut dan bergerak ke hadapan. Antara bentukbentuk pergerakan hop yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak ialah bentuk lurus, melengkung, dan zigzag. Dengan itu kanak-kanak akan berasa seronok melakukannya. Contoh permainan popular di kalangan kanak-kanak yang menggunakan hop ialah permainan ting-ting.

7) Slide (berjalan di arah tepi) Slide ialah merupakan satu teknik melangkah kehadapan tetapi ianya menggunakan arah tepi. Ianya dapat melatih kanak-kanak mengetahui konsep kiri dan kanan. Selain berjalan lurus dengan badan ditegakkan kehadapan, kanak-kanak boleh berjalan dengan arah tepi. Badan dibengkokkan samada mengikut bahu kanan atau kiri dan seterusnya berjalan kehadapan. Ia juga dapat melatih keseimbangan badan dan mengembangkan koordinasi mata dan kaki. Ibu bapa boleh menggalakan kanak-kanak ini melakukan pergerakan slide tidak kira di mana jua keadaan. Justeru itu, kanak-kanak dapat memperkembangkan motor kasar mereka. 8) Leap (berlari sambil melonjak) Leap merupakan pergerakan yang hampir serupa dengan berlari. Cuma ketika berlari, pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai. Sebelum melakukan leap, kanak-kanak perlu mahir berlari dahulu kerana ianya amat sukar untuk dilakukan. Semasa berlari, lutut diangkat kehadapan dan kemudian kaki dihulur untuk memecah tempat berpijak. Kaki belakang bengkok serta terangkat dari tanah setelah mengambil kekuatan atau lanjutan untuk bergerak maju. Lonjakan adalah daripada satu kaki dan pendaratan adalah di atas satu kaki yang sama. Kebiasaannya lonjakan didahului dengan satu atau beberapa langkah larian supaya mendapat lonjakan yang sempurna. Posted by kumpulan 7 at 11:23 PM 0 comments 3.2) Pergerakan bukan lokomotor 3.2.1 Definisi Pergerakan bukan lokomotor adalah keupayaan untuk mengerakakan tubuh badan tanpa beralih tempat. Kemahiran yang dilakukan tanpa menggerakkan dasar sokongan atau tidak melibatkan perubahan penyokong atau titik pusat pelaku. Ini bermaksud kanak-kanak berada dalam kedudukan yang sama dan tidak berubah ke tempat lain contohnya aktiviti regangan badan, membaling bola ke arah rakan dan sebagainya. Pergerakan bukan lokomotor adalah penting dalam pendidikan jasmani seperti permainan, seni tari dan gimnastik. Sebagai contoh dalam sukan gimnastik kanak-kanak terlebih dahulu akan melakukan regangan otot sebelum beraksi. 3.2.2 Konsep pergerakan Pergerakan dalam keadaan statik dan memberi penekanan kepada keseimbangan membantu kita menjaga dan menjadikan bentuk badan yang menarik dan badan seharusnya berada dalam keadaan yang fleksibel dan seimbang. Gerakan dibuat dalam keadaan yang tenang dan kurang tekanan. Ini kerana dalam konsep pergerakan bukan lokomotor, tenaga tidak diperlukan dengan banyak dan lebih kepada pergerakan halus-ringan. 3.2.3 Contoh-contoh pergerakan bukan lokomotor 1. Twist Gerakkan pinggang ke kiri dan ke kanan dan berdiri secara statik. Guru perlu menjadi lebih kreatif untuk menarik minat kanak-kanak untuk melakukan twist dengan memainkan muzik yang rancak. Ini akan membuatkan kanak-kanak menjadi lebih seronok. Selain itu, kanak-kanak juga boleh

melakukan twist dengan menggunakan gelung rotan. Cara-cara ialah gelung rotan dimasukan dan diletakkan pada aras pinggang dan kanak-kanak mula melakukan twist dengan gelung rotan. Aktiviti ini boleh dilakukan mengikut arah dan lawan jam. Fungsi gelung rotan itu adalah untuk menahan ketahanan badan untuk mengawal keseimbangan gelung rotan daripada terjatuh. Guru juga boleh mengadakan satu pertandingan melakukan twist dikalangan kanak-kanak. Faedah dari aktiviti ini adalah kanak-kanak dapat menguatkan otot-otot pinggang. 2. Imbangan Y Ini pula merupakan satu aktiviti gerakan bukan lokomotor yang kreatif. Kanak-kanak berdiri statik sambil kedua belah tangan diangkat ke atas dan membuat huruf Y. Selain itu, ia juga dapat mengajar kanak-kanak tentang huruf Y. 3. Menarik tangan pasangan Aktiviti fizikal juga boleh dilakukan secara berpasangan. Guru perlu membiarkan kanak-kanak bersosial dengan rakan-rakan yang lain. Ini akan menambahkan lagi keseronokan kanak-kanak kerana kanak-kanak secara amnya mereka suka melakukan aktiviti bersama rakan-rakan. Dalam aktiviti ini kanak-kanak perlu berkerjasama dengan pasangan masing-masing. Kanak-kanak perlu memegang tangan pasangan dan mula menarik tangan pasangan secara serentak sambil berdiri statik. Selain itu kanak-kanak dapat belajar cara untuk berkerjasama dan bertolak-ansur dengan pasangan. 4. Meregang dan mengendur Aktiviti regangan selalunya dilakukan selepas kita bangun dari tidur dan mengendur pula dilakukan ketika kita berada dalam keadaan sejuk. Ada dikalangan kanak-kanak yang tidak tahu melakukan kedua-dua aktiviti ini. Guru dan ibu bapa perlu mengajar kanak-kanak tentang pergerakan ini. Antara cara-caranya ialah kanak-kanak perlu berdiri statik pada peringkat permulaan. Selepas itu, secara perlahan-lahan badan diturunkan ke bawah lalu menjadi mengecil atau merapatkan badan dalam keadaan mencangkung atau badan kanak-kanak menjadi k, kemudian meregang seperti melompat bintang. 5. Imbangan satu tapak Terdapat dua aktiviti yang boleh dilakukan, pertama ialah kanak-kanak dapat melakukan aktiviti dengan berdiri tegak sambil bola diangkat ke atas kepala dengan berdiri setempat. Kedua, tangan kanan kanak-kanak memegang bola dan tangan kiri mencapai kaki kiri kemudian mebuat imbangan satu tapak sokongan dilakukan. 6. Memutar gelung di tangan Kanak-kanak pada unur pra sekolah iaitu 4-6 tahun, mereka gemar menggerak dan memusingkan kedua belah tangan mereka. Ini kerana bagi mereka ianya membuatkan mereka terbang di awangan atau berenang sambil kedua belah tangan bergerak. Guru perlu menjadi kreatif dengan memberikan gelung sebagai contoh untuk kanak-kanak denagn meletakkannya di tangan mereka. Kanak-kanak dapat melakukan aktiviti ini dengan memutarkan gelung dengan menggunakan sebelah tangan dalam keadaan berdiri statik. Selepas itu, letakkan gelung itu di tangan yang satu lagi. Kanak-kanak juga boleh menggunakan 2 buah gelung dan diletakkan di kedua-dua belah tangan mereka sambil kaki berdiri statik. Aktiviti ini dapat menguatkan otot-otot tangan.

7. Melambung bola Sesungguhnya kanak-kanak tidak dapat dipisahkan dari bermain bola. Guru perlu kreatif dalam mencari alatan-alatan yang boleh membantu perkembangan fizikal kanak-kanak seperti menggunakan bola. Guru dapat melakukan aktiviti ini dalam dua cara. Pertama, melambung bola sesuka hati sama ada pada arah belakang, depan,kiri atau kanan dalam keadaan berdiri statik. Kedua, melempar bola ke arah pasangan secara bergilir-gilir. Dengan melakukannya sejak dari awal, ianya tidak mustahil bagi kanak-kanak untuk menjadi pemain bola jaring, bola tampar, bola baling, dan sebagainya apabila mereka membesar kelak. Selain itu, kanak-kanak dapat memperkembangkan koordinasi mata tangan. 8. Membongkok Selain berdiri lurus, guru boleh mengajar kanak-kanak tentang cara berdir secara bongkok. Ini boleh menyeronokkan kanak-kanak kerana mereka gemar mencuba sesuatu yang baru dan suka bereksperimen. Kanak-kanak melakukan aktiviti dengan membongkokkan badan ke bawah menjadi 90 darjah dan secara perlahan-lahan menegakkan badan. Aktiviti ini juga boleh diaplikasikan dalam lakonan permainan nenek-nenek si bongkok tiga. Selain itu, kanak-kanak dapat meningkatkan daya ketahanan badan mereka dengan melakukan aksi bongkok. 9. Memusing kepala Selain menggunakan tangan dan kaki untuk membuat pergerakan, kanak-kanak perlu diajar untuk menggunakan anggota badan yang lain seperti kepala dan lain-lain. Ini adalah kerana kanak-kanak akan menjadi cepat bosan jika guru sudah mati akal dengan asyik melakukan pergerakan yang sama sahaja. Antara cara-cara melakukan aktiviti ini ialah kanak-kanak berdiri statik dan memusingkan kepala mengikut arah jam dan memusingkan semula mengikut arah lawan jam. Daripada aktiviti ini, kanak-kanak dapat menguatkan otot leher dan belajar konsep arah jam. Selain itu, kanak-kanak boleh meningkatkan lagi pengetahuan mereka tentang konsep kiri, kanan, atas, dan bawah ketika memusingkan kepala mereka mengikut konsep tersebut. 10. Mendekam Guru dapat mengaplikasikan aktiviti mendekam kepada kanak-kanak. Dekam adalah dengan mengunakan satu kaki lurus ke hadapan dan lompatan dilakukan dalam keadaan setempat. Dekam dilakukan dengan tangan menyentuh lantai.

Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor Presentation Transcript


1. 2. AHLI KUMPULAN NURHUSNA BINTI ABDUL MALEK D20082034029 NURUL SYAHIRAH BINTI MAT RAIS D20082033948 HANNATH BINTI MOHAMMAD LAZAN D20082033986 ASMIDAR BINTI ABU HASAN D20082033937 MULIANA BINTI SUDARMIN D20082033991 MARIANA BINTI AB. RAZAK D20082033988 3. ANTARA SUBTOPIK YANG DI BINCANGKAN 4. 5. OBJEKTIF PERGERAKAN LOKOMOTOR Meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai- bagai bahagian tubuh badan. Melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga postur yang baik. Bergerak secara kreatif dengan menyerapkan empat aspek pergerakan iaitu ruang, masa, beban dan aliran. Mengamalkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian. Mengkoordinasi bahagian tubuh badan bagi manipulasi alatan. Melahirkan perasaan dengan menginterpretasi idea secara simbolik melalui pergerakan. Berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan. Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. 6. Memberi pendedahan dan latihan kemahiran pergerakan lokomotor Meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan kanak-kanak Mendorong kanak-kanak untuk memahami pertalian antara pergerakan asas dengan elemen-elemen pergerakan (ruang, masa, kuasa). Meningkatkan kecergasan fizikal dan mental kanak-kanak. 7. Membentuk para pelajar mempunyai tubuh badan yang sihat dan cergas serta minda yang cerdas. Pelajar mendapat kesedaran tentang kepentingan kesihatan dan kecergasan tubuh badan yang sememangnya membawa manfaat kepada diri mereka. Pelajar dapat melibatkan penggunaan seluruh anggota badan dalam melakukan pelbagai jenis pergerakan Dapat mengaplikasikan pergerakan asas dalam kehidupan seharian dengan berkesan Menggalakkan pelajar menggunakan idea dan daya cipta kreativiti bagi melaksanakan pergerakan asas dalam melakukan pelbagai jenis pergerakan. Meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan kanak-kanak Melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga postur yang baik Berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan. Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah 8. 9. DEFINISI PERGERAKKAN LOKOMOTOR Pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan di tempat tersebut. Pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Sebagai contoh, meniru pergerakan keretaapi. Pergerakan lokomotor juga adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Contoh,berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop. 10. BERJALAN Merupakan asas bagi berbagai corak langkah. Pemindahan badan dari satu kaki ke satu kaki yang lain / melangkah dari satu kaki ke kaki yang lain. Kaki akan sentiasa berada di atas permukaan lantai. Cth, permainan keretapi 11. BERLARI Pergerakan yang lebih pantas daripada berjalan dan memerlukan lonjakan. Lebih laju, menolak lantai dengan lebih kuat, berada di udara seketika. Cth, polis entry 12. Berat badan adalah di atas kedua-dua belah kaki. Lonjakan kaki daripada lantai dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki dengan serentak. MELOMPAT 13. LOMPAT SKIP Gabungan berjalan dan melompat ketingting. Langkah satu kaki ke depan, kemudian ketingting yang sama. Corak pergerakan adalah memindah berat badan di atas kaki berselang-seli . 14. Merupakan gaya melompat di atas satu kaki. Berat badan adalah di atas kaki dan badan berada di uadara seketika. Lonjakan kaki daripada lantai dan mendarat di atas kaki yang sama . LOMPAT KETINGTING

15. LOMPAT GALOP Lompat galop adalah bergerak ke depan dengan satu kaki mendahului pergerakan secara tepat. 16. Melantun berlaku apabila badan bergerak ke atas dan ke bawah, atau ke belakang dan ke depan secara beritma pantas dan berterusan. Cth, bermain bola tampar MELANTUN 17. Melangkah dengan satu kaki dan diikuti dengan sebelah kaki lagi. Berat badan dipindahkan dari kaki depan dan gerakkan badan ke depan MELUNGSUR 18. 19. Pergerakan bukan lokomotor bermaksud keupayaan untuk menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat Pergerakan bukan lokomotor merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil. Lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar Pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Cth, melambung, membaling, menggolek (menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar (menggunakan kompang) Pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Pergerakan bukan lokomotor adalah seperti mengilas badan, memusing, meregang,menunduk, menghayun, mengangkat, menolak, manarik, menjatuh, mengongcang, melantun, membuai badan, dan lain-lain lagi. DEFINISI PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR 20. Menghayun adalah pergerakan lentikan pergi dan balik semula yang dilakukan dengan tubuh badan, tangan atau kaki Cth, bermain golf MENGHAYUN 21. Menunduk dan meregang adalah pergerakan melentik dan mengendur. Apabila otototot memanjang, ia adalah meregang , dan apabila otot-otot memendek, ia adalah mengendur. MENUNDUK DAN MEREGANG 22. Menolak dan menarik berlaku apabila daya dilakukan ke suatu arah daripada satu tempat yang khusus. Daya perlakuan menentang suatu objek menjadikan pergerakan menolak dan menarik berbeza daripada perlakuan menunduk dan meregang. MENOLAK DAN MENARIK 23. Mengilas berlaku apabila bahagian atas badan berpusing dan bahagian bawah hanya berada di satu tempat sahaja. Pusingan berlaku apabila seluruh badan berputar di atas suatu tapak sahaja. MENGILAS 24. Menggoyang berlaku apabila otot-otot tegang dengan cepat dan berlanjutan MENGGOYANG 25. . NILAI POSITIF DARI PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR Pendidikan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan malah ia juga dapat menerapkan nilai-nilai positif dalam diri kanak-kanak. Antara nilai-nilai positif yang boleh diperoleh dari aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor ialah kerjasama, disiplin, berani, semangat berpasukan, bantu-membantu, gembira dan banyak lagi. 26. KERJASAMA Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor merupakan satu cara yang boleh digunakan untuk menerapkan nilai kerjasama di kalangan murid-murid Pendidikan pergerakan boleh dijalankan secara berkumpulan serta berpasangan. Secara tidak langsung kerjasama antara murid dapat ditingkatkan dan sekali gus mengeratkan hubungan antara mereka 27. 28. BERDISIPLIN Kamus Pelajar, berdisiplin - menurut atau mengikut tatatertib (peraturan, undang-undang dan lain-lain) Kamus Dewan - patuh (taat) pada peraturan dan lain-lain. Dalam melaksanakan aktiviti pergerakan asas murid2 melakukan setiap pergerakan yg dipelajari mengikut cara yang betul dan ini sekali gus melatih mereka untuk berdisiplin . 29. GEMBIRA Pelbagai cara boleh dibuat utk mempelajari sesuatu kemahiran Guru boleh menggunakan pelbagai alatan yang sesuai utk menjadikan sesuatu aktiviti yang dijalankan

itu menjadi lebih menarik Murid2 pula dapat meneroka setiap kemahiran yang dilakukan dengan rasa seronok. 30. 31. LOKOMOTOR BUKAN LOKOMOTOR Kebolehan menggunakan otot-otot kasar seperti melompat ,berjalan dan sebagainya (motor kasar) Kebolehan menggunakan otot-otot kecil seperti mencucuk manik , mengangkat tangan dan sebagainya (motor halus) Pergerakan yang menyebabkan berubahnya kedudukan badan Keupayaan pergerakan tanpa mengubah kedudukan badan(tanpa beralih tempat) Pergerakan yang memerlukan ruang Pergerakan yang tidak memerlukan ruang 32. SEKIAN TERIMA KASIH

..pergerakan l0k0m0t0r dan bukan l0k0m0t0r.. 0 comments Posted by us! at 2:18 AM PENGHARGAAN Dengan nama Allah s.w.t. yang maha pengasih lagi maha penyayang. Segala puji hanyalah untuk Allah Subhanahu wa Taala. Dialah tempat kita untuk meminta pertolongan dan ampunan, kita berlindung kepada Allah Subhanahu wa Taala dari segala kejahatan diri kita dan keburukan perbuatan kita. Selawat dan salam kepada junjungan besar baginda Rasullah s.a.w. dan seluruh ahli keluarga baginda. Salam kesejahteraan juga kepada orang terdahulu yang telah mengorbankan diri, masa dan harta dalam menegakkan dan menyampaikan kalimah yang hak. Seluruh pujian dan kesyukuran hanya diajukan kepada Allah Subhanahu wa Taala yang memberi taufik untuk menghasilkan tugasan ini. Sesungguhnya tidak berlaku walaupun sekecil perkara tanpa izinNya. Penghargaan dan terima kasih kepada Cik Norly Binti Jamil selaku pensyarah KAF 2023: Psikomotor dan Pergerakan. Segala panduan dan bimbingan beliau dalam menghasilkan tugasan ini amat saya hargai. Penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi tunjuk ajar. Setinggi-tinggi sanjungan kepada ibu dan ayah yang dikasihi. Pengorbanan dan doa daripada mereka menjadi assebab terhasilnya tugasan ini. Akhir sekali, adalah menjadi harapan agar hasil kerja ini dapat dimanfaatkan dan diberkati Allah Subhanahu wa Taala. Segala-galanya daripada Allah Subhanahu wa Taala jua, yang buruk adalah lantaran kelemahan kami. Salam. 1.0 PENGENALAN Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor merupakan asas kepada pergerakan kanak-kanak.

Pergerakan lokomotor seperti berjalan, berlari, melompat seharusnya dititikberatkan pada pendidikan awal kanak-kanak lagi. Kanak-kanak gemar melakukan aktiviti yang mencabar. Sekiranya mereka mempunyai asas pergerakan ini, berkemungkinan mereka tidak akan menghadapi masalah kelak. Namun, ibu bapa serta guru tidak seharusnya mengabaikan kepentingan pergerakan bukan lokomotor. Banyak faedah yang boleh diperolehi melalui pergerakan bukan lokomotor. Ia mengajar kanak-kanak menguasai keseimbangan tubuh badan dan sebagainya. 2.0 OBJEKTIF PERGERAKAN LOKOMOTOR Antara objektif pergerekan lokomotor dan bukan lokomotor ialah dapat memberi kesedaran kepada guru pelatih tentang potensi tubuh badan mereka dalam melakukan pelbagai pergerakan. membantu guru pelatih menguasai semua kemahiran pergerakan asas dengan berkesan, memperkembangkan kebolehan dalam diri setiap guru pelatih bagi membentuk pergerakan yang kreatif, memahami dan meningkatkan kemahiran kepimpinan bakal guru dalam membuat perancangan dan strategi, dan mampu membentuk keperibadian, sikap, akhlak, dan disiplin sebagai seorang bakal guru. Disamping itu, objektifnya adalah untuk meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai-bagai bahagian tubuh badan, melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga postur yang baik, bergerak secara kreatif dengan menyerapkan empat aspek pergerakan iaitu ruang, masa, beban dan aliran, mengamalkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian, mengkoordinasi bahagian tubuh badan bagi manipulasi alatan, melahirkan perasaan dengan menginterpretasi idea secara simbolik melalui pergerakan, sentiasa berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan, dan sentiasa mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. 3.0 MATLAMAT PERGERAKAN LOKOMOTOR Terdapat pelbagai tujuan tugasan ini dilaksanakan. Antara tujuannya adalah untuk memberi pendedahan, peluang, dan pengalaman berkaitan pergerakan asas kepada individu khususnya guru pelatih. Tujuan utama pengajaran dan pembelajaran Pergerakan Asas adalah bagi membolehkan bakal guru menguasai sesuatu kemahiran atau beberapa kemahiran yang terdapat dalam pergerakan asas ini. Pergerakan asas merupakan salah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan tiga pergerakan utama iaitu lokomotor dan bukan lokomotor. Pergerakan ini juga dapat menguji ketahanan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Selain itu, melalui aktiviti seperti ini ia mampu untuk memupuk semangat toleransi dan kerjasama, di samping dapat membentuk kepimpinan serta sahsiah yang baik sebagai seorang bakal guru. Selain itu, matlamat pergerakan ini ialah dapat memberi pendedahan dan latihan kemahiran pergerakan lokomotor, meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan kanak-kanak, mendorong kanak-kanak untuk memahami pertalian antara pergerakan asas dengan elemen-elemen pergerakan ( ruang, masa, kuasa ), dan meningkatkan kecergasan fizikal dan mental kanak-kanak. 4.0 DEFINISI PERGERAKAN LOKOMOTOR Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Sebagai contoh, meniru pergerakan keretaapi. Pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor juga adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Sebagai contoh,berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip,

merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop. Manakala, pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar pula dikenali sebagai pergerakan bukan lokomotor. Pergerakan bukan lokomotor lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Sebagai contoh, melambung, membaling, menggolek (menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar (menggunakan kompang). Pergerakan bukan lokomotor bermaksud keupayaan untuk menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat. Selain itu, pergerakan ini juga merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil kerana ia lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Tambahan pula, pergerakan bukan lokomotor tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Sebagai contah, melambung, membaling, menggolek (menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar (menggunakan kompang). Pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Pergerakan bukan lokomotor adalah seperti mengilas badan, memusing, meregang,menunduk, menghayun, mengangkat, menolak, manarik, menjatuh, mengongcang, melantun, membuai badan, dan lain-lain lagi. Pergerakan-pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar. Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik, pendekatan pergerakan kreatif digunakan. Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman tentang konsep-konsep pergerakan. 5.0 CONTOH-CONTOH PERGERAKAN LOKOMOTOR

5.1 Melompat Ketika melompat berat badan berada diatas kedua-dua belah kaki. Cara melompat ialah dengan melonjakkan kaki daripada lantai dan mendarat kedua-dua belah kaki dengan serentak. 5.2 Lompat Skip Merupakan gabungan antara aktiviti berjalan dan melompat ketingting. Cara melakukan ketingting ialah dengan langakh satu kaki ke depan, kemudian ketingting menggunakan kaki yang sama. Seterusnya langkah kaki sebelah lagi ke depan dan ketingting menggunakan kaki yang sama. Corak pergerakannya ialah dengan memindahkan berat badan di atas kaki secara berselang seli. 5.3 Lompat Galop Lompat gallop merupakan pergerakan ke depan dengan menggunakan satu kaki mendahului pergerakan secara cepat. 5.4 Melantun Pergerakan melantun ini berlaku apabila badan bergerak ke atas dan ke bawah atau badan bergerak ke depan dan ke belakang secara beritama pantas dan di lakukan secara berterusan. Sebagai contoh permainan bola tampar.

5.5 Melungsur Pergerakan melungsur adalah dengan melangkah menggunakan satu kaki dan diikuti dengan sebelah kaki lagi. Berat badan dipindahkan dari kaki depan dan ditutup dengan kaki belakang. Kaki yang sama akan sentiasa dijadikan kaki yang mendahului pergerakan. 6.0 DEFINISI PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR Pergerakan bukan lokomotor ialah keupayaan untuk menggerakkan tubuh badan tanpa beralih tempat. Pergerakan kategori ini melibatkan pergerakan yang tidak mengubahkan dasar menyokong pelaku pergerakan. Pergerakan bukan lokomotor lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Selain itu, pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar. Contohnya melambung, membaling, menggolek(seperti menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar (seperti menggunakan kompang). Oleh yang demikian pergerakan bukan lokomotor merupakan pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Antara contoh pergerakan bukan lokomotor ialah berdiri, duduk, gusti tangan, enjet-enjet semut, tarik naik pasangan, tepuk amai-amai, menaik setempat, mengilas sambil tepuk tangan, tarik dan tahan rakan serta tekan tubi dan sebagainya. Malah terdapat perbezaan antara lokomotor dan bukan lokomotor ialah lokomotor merupakan kebolehan menggunakan otot-otot kasar seperti melompat, berjalan dan sebagainya. Manakala bukan lokomor pula merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil. Disini Pergerakan Bukan Lokomotor adalah kestabilan iaitu sesuatu kemahiran. Kemahiran ini adalah kemahiran yang melibatkan pergerakan setempat atau tidak bergerak dari suatu tempat ke tempat lain. Seperti membengkok, meregang, mengilas, memusing, menghayun, berbuai buai, rebah, bangkit, menolak, menarik, mendekam dan sebagainya. 7.0 CONTOH CONTOH PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

7.1 Menghayun Menghayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh bulat mengelilingi satu titik tengah yang tetap. Menghayun adalah pergerakan lentikan pergi dan balik semula yang dilakukandengan tubuh badan, tangan atau kaki. Selain itu, menghayunkan juga boleh menggunakan tangan dan kaki ke kiri dan ke kanan ataupun dari depan ke belakang 7.2 Membongkokkan Membengkok menegakkan badan

badan

ke

bawah

dan

secara

perlahan

lahan

7.3 Memusing Memusingkan tangan bermula dari depan ataupun dari belakang. Pelajar yang dalam keadaan duduk dan memusingkan badan mengikut pergerakan arah jam ataupun sebaliknya. Pelajar memusingkan badan pada aras pinggang bermula dari arah kiri ataupun dari arah kanan. 7.4 Mendekam Terdapat tiga jenis dekam iaitu dekam dengan satu kaki lurus ke hadapan. Lompat dekam setempat dan dekam dengan tangan menyentuh lantai 7.5 Menyokong

Dalam pergerkan bukan lokomotor menyokong adalah penting kerana adanya kestabilan. Terdapat beberapa teknik menyokong iaitu antaranya ialah sokongan kaki, sokongan sisi, sokongan dua lutut, sokongan pada lantai, sokongan pada kerusi, sokongan satu lutut, sokongan dua tangan satu kaki, sokongan belakang, sokongan satu tangan satu kaki, sokongan dengan rakan seperti aktiviti kereta sorong dan sebagainya. 7.6 Membengkok Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian badan rapat antara satu sama lain. Kapasiti bahagian badan yang boleh bengkok bergantung kepada strukrtur sendi terlibat. Sendi engsel membenarkan bahagian badan dibongkok ke hadapan dan ke belakang sahaja. Jenis sendi ini terdapat di jari tangan, kaki, siku dan lutut. Manakala sendi bola dan soket terdapat di pinggul dan sendi yang menghubungkan lengan atas dan bahu. 7.7 Meregang Meregang adalah ekstensi atau hiperektensi bahagian-bahagian badan. Ekstensi bermaksud pengembalian bahagian badan ke kedudukan rentang selepas ia difleksibel atau dilipat. Hiperektensi pula ialah renyangan melebihi 180. 7.8 Mengilas Mengilas berlaku apabila bahagian atas badan berpusing dan bahagian bawah hanya berada di satu tempat sahaja. Sementara itu, pusingan berlaku apabila seluruh badan berputar dia ats suatu tapak. Selain itu, mengilas adalah pusingan badan atau bahagian badan mengelilingi paksi panjang tanpa menheraakn dasar menyokong. Mengilas hanya boleh berlaku da;am arah bulatan sahaj. Sebagai contoh, badan boleh dikilas pada paksi panjang. 7.9 Memusing Memusing adalah pergerakan memusingkan bahagian badan. Apabila seluruh badan berpusing, dasar menyokong berubah tempat. 7.10 Menolak dan Menarik Menolak ialah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan. Menolak menjauhkan objek dari badan atau menjauhkan badan dari objek. Pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan dan lengan, tapak dak kaki, bahu, dan pinggul. Manakala menarik adalah mendekatkan atau merapatkan objek kepada badan. Biasanya pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan. 7.11 Rebah Badan bergerak dari aras tinggi ke rendah. Boleh dilakukan sama ada pergerakan cepat dan perlahan. Rebah yang berlaku secara tiba-tiba jika tenaga menokong badan dilepaskan dengan cepat. Sebaliknya jika rebah keseluruhan terjadi apabila pergerakan ke bawah berlaku secara berterusan sehingga dasar menyokong baru didapati. 7.12 Bangkit Bangkit seharusnya mempunyai imbangan, sokongan yang stabil dan tenaga yang cukup untuk mengatasi tarikan pusat bumi.

7.13 Melantun Melantun berlaku apabila badan bergerak ke atas dan ke bawah, atau ke belakang dan ke depan secara beritma pantas dan berterusan. Secara kesimpulannya mengikut Burton(1977), kesemua pergerakan merupakan variasi 18 pergerakan asas. Sebagai contoh, pergerakan berikut adalah kombinasi pergerakan-pergerakan di atas antaranya Merangkak dan membongkok dan berjalan. Membaling dan hayunan dengan tangan dibengkokkan dengan satu atau lebih langkah berjalan atau berlari. Mendekam dan rebah serta membongkok, menolak dan menyokong. Menguak dan menolak serta menarik ke kiri dan kanan. 8.0 NILAI-NILAI POSITIF DARI PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR Pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran pergerakan asas iaitu pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Dalam aktiviti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor mempunyai kebaikan dan nilai-nilai positif akan dapat dipupuk dalam diri kanak-kanak tersebut sama ada yang melibatkan aktiviti berkumpulan, kelas mahupun individu boleh digunakan dalam melaksanakan sebarang aktiviti. Pendidikan pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan malah ia juga dapat menerapkan nilai-nilai positif dalam diri kanak-kanak. Antara nilai-nilai positif yang boleh diperoleh dari aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor ialah kerjasama, disiplin, berani, semangat berpasukan, bantu-membantu, gembira dan banyak lagi. 8.1 Kerjasama Menurut Kamus Pelajar kerjasama bermaksud kerja yang dibuat bersama-sama dan dengan tolongmenolong atau gotong-royong. Selain itu, ia juga boleh didefinisikan sebagai kerja atau usaha dan sebagainya dengan bersama-sama atau saling membantu antara dua atau beberapa pihak, atau sumbangan pelbagai rupa yang bersifat bantuan tenaga, sokongan, persefahaman, dan lain-lain lagi dari satu pihak kepada pihak yang lain untuk faedah bersama (Kamus Dewan Edisi 3). Pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor merupakan satu cara yang boleh digunakan untuk menerapkan nilai kerjasama dalam kalangan murid-murid. Ini kerana pendidikan pergerakan asas boleh dijalankan secara berkumpulan serta berpasangan. Murid-murid akan membuat satu-satu aktiviti itu dengan saling bekerjasama antara satu sama lain untuk memenangi permainan dan aktiviti tersebut. Maka dari situ secara tidak langsung kerjasama antara murid dapat ditingkatkan dan sekali gus mengeratkan hubungan antara mereka. 8.2 Keberanian Merujuk kepada Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (1998), keberanian bermaksud kegagahan, keperkasaan, ketabahan, kepahlawanan, keteguhan, keperwiraan, kelaki-lakian dan kejantanan. Manakala menurut Kamus Pelajar pula keberanian bermakna mempunyai sifat-sifat berani. Nilai keberanian sememangnya dapat diterapkan dalam aktiviti pergerakan asas iaitu apabila murid-murid diberi peluang untuk mencuba melakukan pelbagai aktiviti dan seterusnya dapat mencungkil kebolehan yang ada pada diri masing-masing. Contohnya ialah melalui aktiviti lokomotor seperti melompat dari satu tempat yang tinggi. Murid-murid yang mempunyai sikap berani dalam diri mereka akan cuba untuk melakukan lompatan tersebut dan begitu pula sebaliknya. Apabila mereka berjaya melakukannya secara tidak langsung mereka akan lebih beryakinan dengan kemampuan mereka sendiri malahan sekiranya tidak berjaya, mereka akan berasa rendah diri dan malu dengan kawan-kawan yang lain.

8.3 Semangat Berpasukan Semangat berpasukan boleh ditakrifkan sebagai kemahuan untuk melakukan sesuatu secara berkumpulan (Kamus Dewan Edisi 3). Dalam pendidikan pergerakan asas, semangat berpasukan juga dapat dipupuk di kalangan murid-murid. Semangat bantu-membantu dan tolong menolong dapat disemai dalam kerja yang dihasilkan. Semangat berpasukan ini dapat disemai apabila murid-murid melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor secara berkumpulan. Melalui aktiviti berkumpulan ini, secara tidak langsung murid akan menunjukkan nilai saling bantu-membantu dan semangat berpasukan antara satu sama lain. 8.4 Berdisiplin Merujuk daripada Kamus Pelajar, berdisiplin bermaksud menurut atau mengikut tatatertib (peraturan, undang-undang dan lain-lain) atau menurut Kamus Dewan patuh (taat) pada (peraturan dan lain-lain). Dalam melaksanakan aktiviti pergerakan asas murid-murid melakukan setiap pergerakan yang dipelajari mengikut cara yang betul dan ini sekali gus mengajar mereka untuk berdisiplin. Setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru adalah aktiviti yang mempunyai peraturan dan syarat dalam permainan. Bagi menyempurnakan dan membolehkan permainan tersebut berjalan dengan lancar seperti yang dirancang, maka murid-murid perlu mengetahui dan mengikuti peraturan dalam satu-satu aktiviti. Keadaan ini akan membuatkan murid-murid lebih berdisiplin kerana terpaksa patuh dengan peraturan permainan tersebut. Sikap berdisiplin ini secara tidak langsung akan dipupuk dalam diri murid-murid. 8.5 Gembira Pelbagai cara boleh dibuat dalam mempelajari sesuatu kemahiran, bukan itu sahaja malah guru juga boleh menggunakan pelbagai alatan yang sesuai dan ini sudah semestinya akan menjadikan sesuatu aktiviti yang dijalankan itu menjadi lebih menarik. Kanak-kanak khususnya merupakan individu yang gemar dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan pergerakan seluruh anggota badan, mengadakan aktiviti yang memerlukan alatan yang berwarna-warni, mengadakan aktiviti sama ada di dalam mahupun di luar kelas, bermain beramai-ramai dan guru turut serta dalam sesuatu aktiviti serta aktiviti yang melibatkan komunikasi antara satu sama lain. Mereka akan tidak bosan dan berasa gembira serta seronok dengan aktiviti yang melibatkan perkara-perkara tersebut. Oleh yang demikian, murid-murid dapat meneroka setiap kemahiran yang dilakukan dengan rasa seronok. 9.0 PERBEZAAN ANTARA PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR Pergerakan lokomotor merupakan pergerakan yang menyebabkan kedudukan seseorang akan berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Pergerakan lokomotor juga adalah dasar yang menyokong seseorang berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Pergerakan bukan lokomotor pula merupakan pergerakan yang hanya menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa mengubah kedudukan seseorang atau pergerakan tanpa beralih arah. Pergerakan ini juga tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan seperti melambung, membaling dan melayang. Pergerakan yang melibatkan dan kebolehan seseorang menggunakan otot-otot atau motor kasar melalui pergerakan seperti melompat dan berlari. Pergerakan lokomotor merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil.

Ianya lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Pergerakan lokomotor juga merupakan pergerakan yang banyak menggunakan ruang. Hal ini kerana, pergerakan ini memerlukan kedudukan pelaku berubah dan menyebabkan ruang yang digunakan adalah besar. Berbeza dengan pergerakan bukan lokomotor yang kurang memerlukan ruang kerana pelaku hanya kekal di tempat yang sama atau statik sahaja. Walaupun begitu, pergerakan ini memerlukan ruang tetapi hanya sedikit sahaja. 10.0 KESIMPULAN Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ia melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. Pergerakan bukan lokomotor pula berlaku dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan ini lebih menekankan kepada kesimbangan pergerakan badan. Melalui pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor ini, kita dapat mengetahui dan memperolehi banyak kepentingan dan faedah sekiranya diterapkan di kalangan kanak-kanak terutama di prasekolah. BIBLIOGRAFI Admin PJM3012 (2008). Pergerakan asas lokomotor. Dipetik pada Mac 2, 2010 daripada http://pjm3102pergerakanasas.blogspot.com/2008/07/pergerakan-lokomotor-dan-bukan_05.html Chegu Abbas (2009). Sukan dan permainan. Dipetik pada Mac 15, 2010 daripada http://muhamadabbasbinmohdamin.blogspot.com/2009/07/pergerakan-lokomotor.html Creative Thinking (2010). Sains sukan 5. Dipetik pada Mac 20, 2010 daripada http://www.smktpbaling.com/ppk/bsk/bsumber/bs_ssukan_t5.pdf Creative Thinking (2010). Konsep Pergerakan Asas. Dipetik pada Mac 2, 2010 daripada http://pjk.ipti.edu.my/nota/Konsep%20Pergerakan%20Asas.pdf Hanis (2009). Lokomotor dan bukan lokomotor. Dipetik pada Mac 15, 2010 daripada http://hanisnur.blogspot.com/2009/04/lokomotor-bukan-lokomotor.html 0 comments Posted by us! at 1:29 AM

Di sini kami sertakan bersama presentation slide kami..harap anda semua lebih faham dan jelas mengenai pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Good luck!

Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor

..pergerakan l0k0m0t0r, bukan l0k0m0t0r & manipulatif alatan.. 0 comments Posted by us! at 11:35 AM Video ini telah dirakam di Pusat

Kecemerlangan Kanak-kanak, UPSI. Setinggi-tinggi penghargaan buat Cik Norly Jamil selaku pensyarah kami.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada ahli kumpulan

kami..as,iera,nad,yana,yaya dan

husna.Anda semua telah memberikan

komitmen yang tinggi dalam usaha menjayakan tugasan ini. Well

done guys!

Lets enjoy our move!

REFLEKSI Kebaikan
Terdapat banyak kebaikan dan faedah yang boleh didapati dalam aktiviti pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif alatan. Faedah serta kepentingan ini boleh diterapkan dikalangan kanak-kanak prasekolah kerana ia boleh membantu dalam peningkatan kemahiran motor kasar dan motor halus mereka. Ia juga dapat menguatkan lagi otot-otot badan dan membantu kanak-kanak meningkatkan lagi koordinasi mata dan tangan mereka. Hal ini dapat dilihat di dalam aktiviti pergerakan bukan lokomotor yang dinamakan Ball In The Air. Pergerakan lokomotor yang melibatkan gerakan tubuh badan yang menyeluruh dapat membantu kanakkanak menguasai kemahiran pergerakan asas seperti berlari, melompat dan sebagainya. Tambahan pula, pergerakan lokomotor ini dilakukan dengan menggunakan alatan. Selain itu juga, melalui aktiviti ini, kanak-kanak dapat menimba pengalaman dan ilmu pengetahuan yang baru. Di samping itu juga, guru dapat mengenal pasti kemampuan, tahap dan kecergasan murid semasa melakukan aktiviti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Kanak-kanak juga dapat menguasai keseimbangan badan mereka di dalam aktiviti Flamingo Leg. Mereka juga dapat membezakan antara kaki kiri dan kaki kanan. Secara tidak langsung, aktiviti yang dilakukan ini memberi keseronokan dan kepuasan kepada mereka.

Kelemahan
Terdapat juga beberapa kelemahan di dalam aktiviti pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif alatan ini. Antaranya ialah, kanak-kanak mempunyai peratusan tinggi untuk cedera seperti dalam aktiviti Ball In The Air. Hal ini kerana sekiranya bola yang dibaling itu terlalu kuat, mungkin akan terkena muka atau anggota badan yang lain. Ini juga dapat dilihat di dalam aktiviti Spin Wheel yang menggunakan alatan tali skipping. Dikhuatiri tali tersebut akan dilakukan untuk menjerut leher kawan dan sebagainya. Selain itu juga, sesetengah kanak-kanak ini tidak berapa mahir untuk melantun bola seperti di dalam aktiviti Ball Upside Down. Mereka mungkin berjaya melakukannya tetapi kaki mereka akan berubah kedudukan dari tempat asal. Bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini, pemantauan daripada guru dan ibu bapa seharusnya dititik beratkan. Mereka juga perlu memastikan alatan yang digunakan selamat bagi mengelakkan kecederaan dan kemalangan berlaku

KONSEP, MATLAMAT, DAN OBJEKTIF PERMAINAN KANAK-KANAK


KONSEP Bertujuan untuk memberi keseronokan dan kepuasan disamping sebagai pengenalan kepada permainan-permainan utama. MATLAMAT Berperanan sebagai satu saluran untuk mempraktikkan integrasi dan toleransi bagi membina sifatsifat kerjasama dan semangat kesukanan disamping menggalakkan murid-murid berfikir, menyelesaikan masalah dan berkreatif.

OBJEKTIF q Pengajaran bertujuan penguasaan kemahiran dan teknik bersukan yang akhirnya akan membentuk ke arah penguasaan kemahiran sukan tertentu. q Pengajaran kemahiran dan teknik merupakan faktor kedua penting dalam membentuk kesedaran terhadap taktik melalui eksplorasi dalam prinsip permainan. q Kesedaran bahawa majoriti murid-murid tidak mempunyai kapasiti untuk menjadi pemain berkemahiran tinggi, tetapi mereka berkapasiti untuk menguasai sebahagian kemahiran untuk bermain pada tahap yang menyeronokkan. q Keseronokan dalam bermain tertakluk kepada keputusan yang dibuat atas kesedaran terhadap taktik. ( Thorpe and Bunker, 1882 ) ( Much of the pleasure involved in games playing lies in making correct decisions in the light of tactical awareness (Bunker and Thorpe , 1982 ). q Tugas guru adalah untuk mencipta situasi supaya murid-murid dapat membina kemahiran yang diperlukan untuk melakukannya dalam situasi permainan. Penguasaan kemahiran dapat dilihat pada konteks keupayaan murid dan situasi permainan terserlah melalui permainan. q Fokus utama dalam pendekatan mengajar permainan adalah kesedaran taktikal dan membuat keputusan selain dari membina kemahiran dan teknik. q Memberi peluang kepada semua murid selain dari mengukur keupayaan fizikal, utama dalam permainan, sayugia menjana jati diri ( self-esteem ) dan keperluan diri ( personal fulfillment ). berperanan

q Murid-murid digalakkan bermain pada tahap keupayaan taktikal masing-masing memastikan tahap kejayaan dan keseronokkan untuk semua.

KEPENTINGAN PERMAINAN KANAK-KANAK


KEPENTINGAN

Permainan kanak-kanak merupakan permainan yang mempunyai peranan yang penting dalam Pendidikan Jasmani bagi murid-murid di sekolah rendah. Walaupun objektif jangka pendek permainan kanak-kanak adalah untuk menghiburkan murid-murid, tetapi permainan kanak-kanak memberi sumbangan yang baik dan berkesan terhadap perkembangan kognitif, minda serta perkembangan diri murid-murid. Permainan kanak-kanak di dalam pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah merupakan kegiatan yang dipimpin dan diawasi oleh guru sentiasa dengan kawalan yang rapi. Menerusi permainan kanak-kanak, murid-murid dapat membina sifat jasmani dan sosial seperti yang diingini. Kepantasan, daya tenaga, ketangkasan, kemahiran dan game sense adalah beberapa contoh sifat jasmani yang diperlukan. Ini dapat membantu murid dalam mengenal pasti bakat dan kebolehan murid tersebut. Permainan kanak-kanak digalakkan di dalam Pendidikan Jasmani kerana permainan kanak-kanak mempunyai ciri-ciri yang memudahkan guru menjalankan pengelolaannya. Selain itu, permainan tersebut berperanan mendedahkan murid-murid kepada kemahiran-kemahiran asas dalam permainan dan sukan. Di harap dengan pelaksanaan permainan yang berkesan akan melahirkan murid yang cemerlang baik dari segi akademik serta sahsiah yang tinggi dalam menempuh cabaran yang mendatang sebagai seorang murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Permainan adalah penting di sekolah rendah dan kanak-kanak berminat terhadapnya terutama aktiviti yang melibatkan pergerakan.

Permainan membantu kanak-kanak dalam aspek berikut: membantu kanak-kanak memahami aktiviti di sekitar mereka. Kanak-kanak belajar melalui penglibatan secara terus dan pengalaman langsung. membantu pembentukan personaliti melalui kerjasama, berkongsi, mengikut peraturan, inisiatif dan kesedaran tentang kebersihan dan urutan. meningkatkan keyakinan diri. meningkatkan kebolehan fizikal dari aspek motor halus dan motor kasar.

memberi peluang mengenal persekitaran fizikal, seperti saiz, bentuk, warna, berat, tekstur dan jenis. sebagai salah satu cara kanak-kanak meluahkan perasaan gembira, marah dan geram. mengembangkan kebolehan kreatif semasa menyelesaikan masalah dalam permainan. sebagai latihan menyelesaikan masalah dengan pelbagai percubaan. sebagai satu kaedah berkomunikasi dan berinteraksi. meningkatkan perkembangan bahasa dan perbendaharaan kata kanak-kanak.

Pembangunan Kemahiran Motor q membangunkan kemahiran lokomotor q membangunkan kemahiran bukan lokomotor q membangunkan kemahiran pengawalan bola q membangunkan kecergasan fizikal Pembangunan Kognitif q q q q meningkatkan keupayaan mematuhi arahan menolong dalam pemahaman peraturan menggalakkan kreativiti dan imaginasi menambah perbendaharaan kata kanak-kanak

Pembangunan Afektif-sosial q mempelajari hidup bersama dengan orang lain dalam situasi sosial q menggalakkan keadilan q menggalakkan mematuhi peraturan-peratuan

q membangunkan semangat kesukanan yang baik q membangunkan kualiti kepimpinan q membangunkan semagat bekerjasama

CIRI-CIRI

q Memberi Pembelajaran yang Lebih Sempurna q Mempraktikkan Ansur Maju q Menimba Pengalaman Bermain Secara Berpasukan q Pengalaman Bertanding q Sebahagaian daripada Kurikulum q Memupuk Kecergasan Fizikal KEBAIKAN Jenis permainan ini tidak kompleks Strukturnya ringkas dan sedikit kemahiran diperlukan Membawa keseronokan,memberi kejutan keputusan dibuat serta-merta Bersifat hiburan dan membawa pelajar ke alam imaginasi Boleh dimainkan dalam tempoh masa yang singkat Memerlukan sedikit atau tanpa alatan Senang ditadbir dan peraturannya sedikit

You might also like