You are on page 1of 7

http://psv3.blogspot.com/p/elemen-asas-lukisan.

html Elemen Asas Lukisan


ELEMEN ASAS LUKIS Kualiti Garisan

Kualiti garisan sangat penting dalam menghasilkan sesebuah lukisan. Garisan dapat membentuk imej. Kualiti garisan memberi kesan ilusi, penegasan kepada objek yang dilukis dan boleh membentuk mod sesuatu karya. Unsur garisan amat penting dalam karya lukisan yang merupakan kerja peringkat awal untuk menghasilkan catan, arca, ataupun mural.

Perspektif Perspektif dalam bahasa latin disebut perspicere bermaksud melihat terus, merupakan representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata dalam seni grafik seperti lukisan. Perspektif merupakan asas kepada membentuk karya yang sempurna. Perspektif boleh terdapat 1 titik lenyap, 2 titik lenyap, 3 titik lenyap dan perspektif pelbagai titik lenyap dalam sesebuah karya. Perspektif adalah salah satu lukisan berbentuk 3 dimensi. Berbeza dengan lukisan 2 dimensi, lukisan 3D lebih mudah difahami. Di dalam lukisan persembahan senibina, lukisan perspektif merupakan suatu kaedah kita melihat objek dalam bentuk 3 dimensi. Kesan Pencahayaan Karya akan lebih menarik sekiranya pengkarya dapat memanfaatkan kesan cahaya pada karyanya. Ini dapat memberi mood pada karya tersebut.

Jalinan -dibentuk melalui garisan & kesan warna -dibentuk melalui garisan silang, bintik, garisan bergoris dan sebagainya. -juga dapat membentuk kedalaman intensiti ton 5. Ruang -ruang perlu dibahagi dengan sempurna -3 jenis ruang; ruang dalam, ruang cetek & ruang datar adalah bergantung kepada susun atur objek yg akan dilukis.

6. Struktur -perlu ditentukan sebelum menghasilkan sesebuah lukisan -harus membentuk struktur yang betul agar lorekan untuk membentuk imej menjadi lebih menarik. Lukisan terkini banyak menggunakan struktur. 7. Bentuk -kajian bentuk digabungkan antara perspektif, ton, jalinan & struktur -bentuk-bentuk asas seperti ulat, segiempat, kun dan sebagainya 8. Corak & reka bentuk -umumnya adalah menjurus kepada pengadunan pengkarya dalam lukisannya , dominasi keseluruhannya.

TEKNIK LUKISAN 1. HATCHING -melukis guna garisan selari 2. CROSSHATCHING siri garisan yang selari arah tetapi ditindan dengan siri lain pada arah berlainan /berbagai arah 3. SGRAFFITTO - teknik mengikis 1 warna menggunakan objek keras seperti pallete knife untuk mendedahkan warna di bawahnya. Teknik ini

sangat sesuai dengan penggunaan oil pastel yang mana sesuatu lukisan akan dilukis dengan warna bertindan-tindan & berkeadaan lembab untuk dikikis dengan objek tajam

4.

BLENDING akan menghasilkan lukisan yang mempunyai perubahan tona & warna yang lembut, bukan sapuan yang jelas kelihatan. -satukan warna guna jari/kertas gulung

5. BURNISHING lanjutan drpd kaedah Blending. Tanda pensel/pastel ditekan ke dlm kertas & mghasilkn kesan yg pantul /bkilat.Selalu diguna pd peringkat akhir. Pemadam juga boleh diguna. 6. FROTTAGE teknik ini juga dikenali sbg teknik gosokkan. -kertas diletakkan di atas permukaan yg berjalinan sentuh yg rata dandigosokkan dgn pensel utk mdptkn jalinan ojek tsebut. 7. BLOT DRAWING menggunakan tompokkan dakwat yg tjadi secara spontan.kemudian tompokan itu diolah mjadi sesuatu lukisan dgn tambahan unsur garisan/gubahan 8. SCRAPERBOARD papan putih yg disapu dgn dakwat hitam yg mbolehkkan papan itu dikikis dgn alatan tajam. 9. VIGNETTING -sering digunakan dlm mlukis potret menggunakan pastel. Mbawa maksud gambar atau motif yg tidak mpunyai sempadan, juga tidak punyai latar. Warna kertas sendiri jadi latar/ support.

MEDIA Media dominan ialah media kering seperti pensel dan arang untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk ilusi pada sesuatu permukaan.

Penghasilan mestilah memperlihatkan struktur sesuatu benda. Lukisan juga boleh dihasilkan melalui campuran media kering dan media basah. Contohnya, warna pensel dan warna air.

Penggunaan media basah seperti warna air juga boleh digunakan tetapi penggunaannya adalah secara terhad dan minimum.

Lukisan menitikberatkan kepada penghasilan struktur bentuk sesuatu benda dengan penggunaan pelbagai jenis garisan.
TUJUAN PENGHASILAN

Mengkaji struktur sesuatu benda dengan lebih terperinci menggunakan aplikasi unsur dan prinsip seni reka. Contohnya, memasukkan jalinan dan imbangan pada bentuk yang dilukis. Gambaran awal atau gambaran ringkas sebelum penghasilan imej akhir. Contohnya, lukisan sesuatu imej dihasilkan sebelum penghasilan imej sebenar pada catan. Menerusi lukisan juga boleh dijadikan sebagai sindiran atau komentar sosial dalam sesebuah masyarakat dan ia dapat mempengaruhi psikologi manusia. Contohnya, lukisan kartun yang menyindir sistem sosial dalam sesebuah masyarakat.

Lukisan juga dapat dijadikan sebagai luahan emosi dan ekspresi pengkarya melalui tema yang disampaikan melalui imej-mej tertentu.
Jenis

Penggunaan bahan dan media adalah penting dalam menghasilkan lukisan. Tetapi ini tidak bermakna bahan dan media yang mahal sahaja mampu menghasilkan lukisan yang bermutu dan menarik. Lukisan yang bermutu dan kreatif boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan yang biasa sahaja. Tidak dinafikan juga, penggunaan bahan yan gmahal dan berkualiti merupakan satu rangsangan dalam penghasilkan lukisan. PENSEL Pensel merupakan media serba boleh dalam bidang lukisan. Ia digunakan untuk menghasilkan pelbagai nilai di atas banyak permukaan. Pensel digolongkan mengikut nilai kekerasannya. Pensel 6H ( paling keras ) hingga H; kemudian HB; seterusnya B, 1B hingga 8B (paling lembut). Pensel lembut seperti HB atau B adalah sesuai untuk lukisan biasa. Jika pensel HB atau B digunakan secara tajam, ia akan menghasilkan garisan yang tajam dan jika ditekan garisan yang terbentuk akan lebih tinggi nilai kepekatannya. Pensel HB atau pensel yang lembut adalah lebih senang untuk dikawal berbanding pensel yang keras. Garisan yang dihasilkan oleh pensel lembut boleh dicomotkan dengan kaedah gosokan dengan tangan atau pemadam. Jika terlalu banyak bahagian sesebuah lukisan itu dicomotkan, lukisan itu akan kelihatan samar samar. ARANG

sebuah karya menggunakan pensil arang

Pensil arang

Arang merupakan bahan yang memberi kebebasan untuk menghasilkan lukisan secara spontan. Arang yang pendek adalah lebih senang digunakan. Comotan dengan tangan atau pemadam akan menghasilkan pelbagai jalinan dalam lukisan menggunakan arang. Manakala kesalahan pula adalah senang untuk diperbaiki kerana lukisan asal senang dipadamkan dengan menggunakan kain. Hasil lukisan yang telah siap mestilah disemburkan dengan bahan pemati dan seterusnya dilindungi dengan kertas tisu bagi mengelakkan comotan. PEN DAKWAT

Imej menggunakan pen dakwat

Pen dakwat adalah salah satu alat melukis yang senang untuk digunakan. Pen seperti Rapidograph, Rotring dan Faber Castle mempunyai mata pen yang pelbagai saiz. Dakwat kalis air akan menghasilkan kesan warna yang legap. Dakwat biasa adalah kurang legap jika digunakan dan akan memberi beberapa nilai warna jika digunakan secara terkawal. Air boleh dicampurkan kepada dakwat jika warna yang lebih terang diperlukan.

Pen dakwat

PEN MATA BOLA Pen mata bola sesuai digunakan untuk lakaran yang ringkas atau contengan, tetapi sukar untuk menghasilkan lukisan yang pelbagai nilai warna dengan menggunakan pen yang sama.

Pen mata bola

Contoh karya menggunakan pen mata bola

PEN FELT Pen felt sesuai digunakan untuk lakaran atau contengan.

CONTE CRAYON

Conte crayon mempunyai kekerasan yang berbeza. Cara menggunakan conte crayon adalah sama seperti menggunakan menggunakan arang. KRAYON LILIN Krayon lilin lembut tetapi sukar untuk dipadam setelah dilukis. Salah satu ciri istimewa crayon lilin adalah gurisan boleh dibuat di atas lukisan untuk menimbulkan kesan yang menarik. PASTEL Pastel adalah lebih lembut daripada krayon lilin dan mempunyai banyak warna. BERUS Berus telah lama digunakan oleh pelukis pelukis Cina dan Jepun sebagai alatan melukis mereka. Lazimnya, berus yang besar boleh menghasilkan garisan yang nipis jika dikawal dengan betul. Berus yang kecil pula mampu menghasilkan garisan yang tebal daripada garisan yang dihasilkan dengan mata pen yang lebar.

You might also like