You are on page 1of 9

LITERASI BAHASA

Kumpulan: Larry anak limin Dayangku norasdiana Norajeerah Yeo gek chieng

SITUASI
Dua orang rakan sedang mengadakan aktiviti berkelah ke Pantai Teluk Kemang, Port Dickson. Mereka berbual tentang aktiviti yang akan mereka buat hari itu. Pelbagai aktiviti mereka adakan seperti mandi-manda, makan, membaca buku dan lain-lain.

LANGKAH PERLAKSANAAN
1. Guru akan mengagihkan teks. 2. Guru akan membaca dengan kuat teks tersebut untuk diperdengarkan kepada murid. 3. Seterusnya guru akan membahagikan murid secara berpasangan. 4. Kemudian guru akan mengagihkan kad suku kata kepada setiap pasangan dan memberikan situasi untuk simulasi. 5. Guru akan memberikan arahan untuk murid agar mencantumkan kad suku kata tersebut untuk membentuk perkataan yang terdapat dalam teks lembaran kerja dan seterusnya membuat simulasi berdasarkan perkataan yang terbentuk daripada kad suku kata tersebut. 6. Seterusnya murid akan mengadakan simulasi tersebut.

Berkelah di Pantai Teluk Kemang Hujung minggu yang lalu, saya dan Saleh berkelah di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson. Kami membawa bekalan makanan dan minuman ke sana. Kami juga membawa pakaian mandi dan pelampung. Selain itu, saya juga membawa buku bacaan. Saleh pula membawa barang mainan. Air laut yang membiru dan pohon yang menghijau sangat cantik dipandang. Di sana, kami mandi-manda. Sungguh seronok berkelah di sana. Semua ini menjadi kenangan indah buat saya.

Contoh perbualan
Jibam : Saleh, kita nak buat apa hari ini? Saleh : Saya ada bawa bermacam-macam barang untuk aktiviti hari ini. Jibam : Apa awak bawa? Saleh : Saya bawa baju mandi, pelampung, buku, dan majalah. Jibam : Saya pun ada bawa sesuatu. Saleh : Apa awak bawa? Jibam : Saya bawa makanan dan minuman untuk kita nanti. Saleh : kalau begitu, marilah kita makan dahulu sebelum mandi di laut.

Lembaran Kerja.
Lengkapkan perkataan di bawah. 1. 2. 3. 4. 5. pan_ _ _ _ _ut se_ _nok pelam_ _ _ _ _ _ _di

Bina ayat mudah berdasarkan perkataan yang diberi. 1. pantai ____________________________________________________________ 2. laut ____________________________________________________________ 3. seronok ____________________________________________________________ 4. pelampung ____________________________________________________________ 5. mandi ____________________________________________________________

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like