You are on page 1of 1

PENYEDIAAN MODUL SAINS SPM DAN PMR 2013

1. Panitia Sains Teras akan menyediakan modul Sains untuk pelajar tingkatan 3 dan 5. Modul ini akan digunakan untuk program bengkel teknik menjawab soalan sains SPM dan PMR. Selepas pelaksanaan bengkel pelajar akan didedahkan juga dengan program pecutan akhir melalui kaedah latih tubi.Semoga dengan penyediaan modul ini dapat membantu pelajar-pelajar mempertingkatkan penguasaan dalam matapelajaran sains dan seterus meningkatkan pencapaian sekolah. 2. OBJEKTIF: i) ii) iii) Bahan rujukan untuk pelajar menguasai kemahiran proses sains (KPS). Mendedahkan pelajar kepada kertas soalan berformat peperiksaan sebenar. Membantu pelajar membuat ulangkaji dan latih tubi secara terancang dengan bimbingan guru matapelajaran.

3. SASARAN Semua calon PMR dan SPM 2013.

4. KEWANGAN Berhubung penyediaan di atas, saya memohon pihak tuan agar dapat memberikan peruntukkan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM 1600.90 bagi memperbanyakkan modul tersebut.Ini kerana bayaran secara tunai adalah lebih murah berbanding secara LPO. 5. PENUTUP Segala sokongan dari pihak tuan Pengetua didahului dengan ucapan terima kasih. Diharap modul ini dapat meningkatkan kualiti dan mutu pencapaian sekolah serta dapat membantu pelajar membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan PMR dan SPM 2013

Disediakan oleh:

Diluluskan oleh:

.. (LEZABIT @ JUBI DUSIN) Ketua Bidang Sains dan Matematik SMK Abdul Rahim Kudat, Sabah.

. (EN. AWANG JAYA AWANG DAMIT ) Pengetua SMK Abdul Rahim Kudat, Sabah

You might also like