You are on page 1of 16

Pencipta Pencil berkata,

Ada 5 perkara perlu engkau tahu sebelum ku hantar engkau ke dunia!.


Ingatlah selalu akan perkara ini supaya engkau menjadi pencil yang terbaik.

Pertama.
Engkau mampu melaksanakan banyak perkara yang membanggakan, tetapi dengan syarat engkau membenarkan seseorang memegangmu.

Kedua..
Dari masa ke semasa, engkau mengalami penajaman yang menyakitkan, tapi ini adalah perlu demi menjadikan engkau pencil yang lebih baik.

Ketiga
Engkau mampu membetulkan setiap kesilapan yang mungkin anda lakukan.

Keempat.

Apa yang sangat penting ialah apa yang ada di dalam jasad engkau.

Kelima..
Dalam pelbagai keadaan, anda mesti meneruskan tugas menulis. Anda mesti sentiasa dapat meninggalkan tanda yang terang dan difahami.

Ia memasuki kotak dengan penuh kefahaman terhadap harapan dan tujuan Penciptanya. Si pencil berjanji akan sentiasa ingat dan tidak lalai..

Sekarang,

Dengan mengambil tempat pencil itu dengan diri anda;


Ingatlah selalu dan jangan lalai, pasti anda menjadi orang yang terbaik seadanya.

Pertama .
Ada berupaya melakukan banyak perkara berguna dan mendapat ganjaran yang anda kehendaki, jika anda membenarkan orang lain membimbing diri anda.

Kedua . .
Dari masa ke semasa anda akan mengalami kesakitan dan mengalami beberapa masalah, tetapi ini perlu demi menjadikan diri anda supaya lebih kuat dan tabah menghadapi cabaran.

Ketiga ...
Anda berupaya memperbetulkan kesilapan yang mungkin pernah anda buat, dan ini perlu demi menjadikan diri lebih matang. .

Keempat.
Bahagian paling penting ialah apa yang ada dalam diri anda.

Kelima .
Di setiap permukaan bumi anda pijak, pasti anda meninggalkan jejak.

Kita umpama sebatang pencil... Dicipta untuk tujuan yang khusus, unik dan istimewa. Dengan memahami dan ingat, marilah kita jalani hidup di dunia ini dengan hati yang memiliki arah yang bermakna.

TQ

You might also like